Tuesday, April 16, 2013

Terbeban dan Bebanan

pagi ni laki aku ngadu pasal cukai..sigh..napa lah beliau turut dikenakan cukai? Bukankah beliau ada anak bini yang nak disara? Gaji beliau cukup-cukup makan jer seisi keluarga. Kenapa tak mencukai orang yang pendapatan 10k ke atas. Macamla gaji laki aku tu gaji bersih...cukai  nak kena bayar rm1800. sedih tak sedih lihat wang ngalir cam gitu jer.. padahal minggu minggu kena top up diapers anak dan juga susu anak. Tak ada maknanya kalau nak pergi bersuka ria. paling risau lari budget.

beruntungla orang yang dapat BRIM. kita ni nak mohon BRIM, gaji cam tak layak jer walaupun sebenarnya tak mencukupi. siap cukaikan lagi gaji laki aku...kemana perginya cukai tersebut?? Makan kat luar pun bercukai juga... Orang dapat BRIM bukannya guna duit sebaik mungkin (bukan semua). Dapat duit BRIM terus berlagak, keluar makan belanja ramai-ramai dalam rm200-300. Apalah maknanya kalau digunakan lagu tu?? Lagi-lagi nanti kalau betullah dapat BRIM 1200 lepas pilihan raya PRU13 ni. duduk goyang kaki jer lah manusia padahal sesetengah orang bekerja cam nak mati cari rezeki untuk keluarga tapi di tarah pula. Bila bayar lambat, kena denda. Bukan kelambatan itu disengajakan. Tapi sebab tak mencukupi penyaraan keluarga...geram dan terkilan gak rasa hati.

cam laki aku...gaji sedang-sedang, kata orang. tak sikit tak juga banyak. maka istilah cukup-cukup makan itu memang kena pada keluarga aku. tapi bila kena tarah? hati siapa tak berdarah??.Tak ker merajuk laki aku tu... Lainlah kalu keje kerajaan --Masuk pejabat, keluar pejabat ikut masa--. itu pun lambat turun keja, awalnya balik. tak termasuk lagi dengan waktu rehatnya dan minum petangnya. Bukan nak bezakan, tapi terasa ketidak adilan disitu.  Berlainan pula dengan laki aku yang kena bangun awal, kena gi cari market, keja sampai malam...ada orang tau?? orang tak tau..orang ingat kita orang senang...laki aku kerja senang?? tak tau tangisan dalaman beliau. walaupun beliau tak pernah menangis bila bermasalah pocket bocor. Beliau seboleh mungkin tak nak aku tau. tapi aku ni kan bini....aku tau la...tapi aku buat-buat tak tau coz tak nak tambah kekusutan di kepala beliau. justeru itu, aku berazam tak nak jadi seorang isteri yang meminta-minta dan terima apa yang ada seadanya..seboleh mungkin,

aku tak kisahla kalau gaji beliau dicukaikan SEKIRANYA gaji beliau ada EXTRA. Haaa...ini tak termasuk lagi rasa segan kami pada orang tua yang sedang sakit yang memerlukan rawatan. Celah mana lagi nak mencari RM untuk dihulur?? Terasa lemas...diumpamakan kepala ini bagai ditekan-tekan  dalam air, nak bernafas pun susah.

sesak nafas.....sigh...



2 comments:

Bonda Ryan said...

sabar jaq, rezeki anak pasti ada. tapi ada benarnya keluhan kamu tuh, ain agak setuju. bertahan lah yer..

Mrs. Daniel said...

bersabarlah ni cik ain...sekadar mengeluh lepaskan kekusutan yang bersarang dalam hati ni.

Post a Comment