Monday, April 15, 2013

Anak itu sungguh kesian...

sebelum ini kita dikejutkan dengan video youtube tentang seorang ibu yang menendang dan memukul bayinya. semua memberi response negetive pada perlakuan ibu berkenaan. even aku ni pun, termengalir air mata melihat sikap ibu tersebut terhadap bayinya itu. sangat kesian,kan?

related to the entry...semalam baru aku berpeluang melihat seorang ibu mengendong anaknya. muka anak tersebut sepertinya macam terkena chicken pork dan sebelah matanya cam lebam. Selama ni mendengar jiran-jiran memperkatakan pasal perlakuan ibubapa budak yang sebaya anak aku yang boleh juga dikatakan mendera kot..hari-hari kedengaran budak tersebut menjerit menangis. Kekadang aku pun terdengar juga akan jeritan itu. Malah jiran yang duduk di bawah rumah berkenaan pernah cakap kat aku..."orang atas ni cam orang gila jer bunyinya dengan anaknya". kejap-kejap kedengaran jeritan ganasnya dan diikuti bunyi pukulan. Tapi semua orang terdiam...termasuk aku. mati kutu...pada awalnya, aku ingatkan si ibu marahkan anak dia cam aku marahkan anak sulung aku  ni juga. memanglah terjerit-jerit sampai darah naik ke bumbung kepala. tapi budak tetap budak...sekali marah, kejap jer lagi dia buat hal. nak buat cam mana...kenalah reverse psycho dengannya.

tapi semalam....hati aku terasa sayu melihat budak itu. kebetulan aku  berjumpa dengan para ibu yang seaktiviti dengan aku iaitu packing kondom..hang jangan nak gelak plak. terus aku tanya depa.."ehh..tadi aku terserempak dengan seorang perempuan yang mengendong anaknya. tapi aku kesian tengok muka anaknya..cam kena chicken pox jer..tapi sebelah matanya itu cam bengkak pula". alahhh..ko ni momma lolo...itulah perempuan yang selalu pukul anak dia tu. duiii.....maka berdiskusi la kami.

Bukan ibu dia jer yang pukul dia..bapa dia pun sama. pernah sekali dia malu bawa budak tu ke Giant pasal orang asyik bertanya dia kenapa pipi anak?? ye lah..dia rotan anak sampai berbekas pipinya. puntung rokok pun dicucuk sekali kat budak tu..kesian sangat.

aku yang mendengar hati terus sayu. aku cakap kat depa. Ko ambikla budak tu time free.. tu lah..nak jaga anak orang, kita ni pula sibuk packing menda ni ha..(merujuk kepada kondom). Menurut teman, dulu ibu budak tu bekerja, tapi disebabkan seorang anak dia lagi ada masalah, dia terpaksa duduk umah jaga. tu yang tension dan stress tu nak ngadap anak 24jam katanya. .aku ni pula terfikir-fikir, cam mana nak gi ketuk umah orang tu nak minta anak dia dengan alasan suh berkawan dengan anak aku. huhu..nanti apa pula kata dia? dahla tak pernah bertegur sapa dengan aku..malah dia sempat komen aku kat jiran-jiran mengatakan yang tiap kali bertembung dengan aku, muka aku masam jer..well, dah muka aku. nak buat cam mana,kan?? tak kenal maka tak cinta(drepa juga yang kata)..bila dah kenal nak "bercinta-cinta"(ni yang aku kata) pula..tak boleh lagu tu.  tak nak la tunjuk peramah sangat kat semua orang..sengih sana..sengingh sini.....takut orang kata OVER. haaaa! Malah teman-teman seaktiviti ni pun mengiyakan..haha...ha ah lah momma lolo..dulu ingatkan momma lolo ni sombong, tak nak berkawan dengan orang. muka asyik serious jer...tapi bila dah tau, baik jer orang. (hidung kembang kuncup gak la time tu..ge ge ge..)

dalam hati dah rasa teringin sangat nak gi ambik budak tu, jauhi dari ibu dia agar tak terus disakiti lagu tu. sangat kesian....aku yakin dan percaya minda dan psychology budak tu pasti terdera. memang dari rumah aku, agak sayup-sayup juga kedengaran kemarahan si ibu terhadap budak tersebut.

No comments:

Post a Comment