Thursday, April 26, 2012

lonely and alone

terasa diri keseorangan. nak mengadu pada emak bapa, jauh di perantauan. adik beradik pun semuanya sibuk dengan kehidupan masing-masing. terasa sunyi. terasa sepi..cuba sedaya upaya meladani si kecik ku yang tengah demam. kenapa aku risau sangat ni?? aku rasa yang hanya aku yang ambil peduli. atau...apakah ini memang tanggungjawab aku seorang jer untuk menjaga dan menguruskan sakit pening si kecil?? sigh...

second day demam

hari ni, dah masuk dua hari si kecik aku demam. suhu meninggi jer selalu. semalam, jam 3am menangis lagi. aku terpaksa berhijrah dari bilik tido ke ruang tamu agar tidak mengganggu si daddynya yang juga turut demam plus the next day bakalan pegi keja. aku dah mula risau, lalu aku tak melayan mataku walaupun sebenarnya aku mengantuk sangat. hari ni, suhu dia tinggi lagi. bingung gak aku. nothing i can do..si kecik nak berkepit memanjang. merengek-rengek. dah la semalam banyak pesanan penaja dari si daddy suh aku 'kerjakan' umah... =(  nanti pulang kerja, mesti sambung berleter lagi. tensionnya!!!

 bacaan petang ni. jam 2pm.

basahkan kain dan letakkan kat kepala n badan dia. dia paling tak suka nie...

sometimes aku stress gak...dengan anaknya..dengan diri aku sendiri...tapi seems like no one understand. seems like nothing different though i m still fight with my morning sickness. tension betul!! lagi lah..keje sekolah, langsung tak bersentuh sekarang. sekadar melepas rasa geram dan sedih yang terpendam. mengurus anak sakit seorang cam gini..nak mengadu kat suami macam tak kena pula. takkan mengurus anak pun tak boleh??but..siapa pernah lalui, akan faham lah. tak perlu aku terangkan panjang lebar.

Wednesday, April 25, 2012

demam lagi

semalam, aku dan si kecik membaringkan diri seawal 8.30pm coz the next day(hari ni), dia ada appointment kat klinik. susah gak dia nak melelapkan mata. fikiran dia still busy kot...banyak yang dia nak buat. tapi since mommy dia offl light, akhirnya tertido juga. si daddy pula buat kejutan malam tadi. katanya, tak balik. tup2 tengah malam muncul pula batang hidung kat rumah dalam jam 10pm gitu.

si daddy juga terus mengambil tempat. aku yang mamai-mamai dengan kehadirannya setakat melirik kemudian sambung perjalanan mimpiku. walaupun kedengaran sang suami mengadu bahawa dia kurang sihat. tanganku ditariknya lalu diletakkan di atas dahinya dengan harapan aku akan memicit-micit kepalanya bagi meredakan kesakitan. aku sekadar memicit seadanya coz tanpa sedar, mata aku terus terpejam rapat.

si kecik aku yang tertido terjaga pada tengah malam. mula menangis dan merengek. aku menepuk-nepuk badannya. tapi tangisannya menjadi-jadi. lalu aku bangkit dari pembaringan dan memberikannya susu botol 80z. itupun diekorinya aku ke ruang tamu. boleh pula menangis meniarap sambil menunggu. apabila masuk bilik semula, dia minum setakat 40z sahaja. kemudian menangis lagi. aku ingatkan, mungkin si kecik bermimpi kot. tu yang sampai nangis-nangis. tapi...keadaannya berlarutan setiap jam, pasti dia merengek dan menangis minta di pegang. risau juga kalau-kalau dia sakit. dahinya ku sentuh. Ok jer...tapi dia tetap nak aku memeluknya sambil duduk. last-last sakit kepala aku pun ter'usik'. aku mula rasa berang. aku terus membaringkan diri dan membatukan diri...si daddy pula terpaksa bangun, lalu dipeluknya. apabila terasa si kecik sudah tido, di letakkan perlahan di atas tilam. sangkaan meleset lagi...dia terus menangis. berganti lagi dengan pelukan ibu sambil mendodoikan dia. begitulah sehingga jam 6am. tapi pagi tadi, badan dia terasa panas membahang. lantas aku mengambil ubat lalu dengan bantuan daddnya memasukkan ubat tersebut di buntutnya. tak lama lepas tu dia pun tido. Aku membuat analisa sendiri. Mungkin si kecik menangis ada kebarangkalian kot dia sakit kepala. tapi tak tau nak bagitau kat mommy dia rasa sakit yang dia alami...kesian dia.

jam 9am aku kejutkan dia, nak bawa dia pegi klinik untuk appointment 1 tahun 3 bulan. kat klinik bukan main lama lagi menunggu. ramai sangat orang..turn kami sampai pada pukul 1.30pm. tapi bila jumpa doktor, sampai jam 2pm gak lah...kesian doktor n missy tak da rehat. tapi kedengaran mereka menyuruh rakan sekerja menapau makanan.. Hari ni berat my kecik ialah 10.2kg. Apabila missy melihat kat kepala si kecik ada tampalan cool fever, missy terus  mengambil suhu dia. Demam dia ni...dulu datang, si kecik ni demam. datang kali ni pun demam lagi yer?? celoteh si missy.  kami terpaksa masuk semula bilik pemeriksaan untuk jumpa doktor. panasnya si kecik---> 38.3C. pada awalnya ketika di klinik, dia ligat nak jalan sana sini. tapi, apabila sampai tengahari mungkin dia mula tak rasa sedap badan. Dia mula minta digendong pula. Doktor berikan dia ubat demam. katanya, dua hari lagi kalau tak sembuh bawa semula ke klinik. nak ambil darahnya.. 

sepulangan di rumah, aku terus bagi dia ubat. lapkan badannya. membawanya berbaring di ruang tamu. tapi terlalu banyak godaan di kiri kanannya sampai dia tak sempat nak membaringkan badan. sibuk memanjang. lalu aku memasukkannya dalam buaian. sekarang, dia masih lagi lena di dalam buaian. Semalam aku bagitau cikgu kat nursery aku hantar dia belah petang. tapi, bila dapati dia demam begini, tak sanggup plak nak memaksa dia mengikuti aktiviti kat nursery. plus, dia sering jer bad mood...sikit-sikit nak nangis. Aku pun turut terasa tak sedap badan. mungkin semalam tido yang sering terganggu menyebabkan kepala ini dah haywire petang ini. Walaubagaimanapun, aku berdoa semoga Tuhan memberikan aku kesabaran dalam menghadapi karenah si kecikku sayang.

semoga si kecikku cepat sembuh. mommy sayang.

loves,
mrsd

Tuesday, April 24, 2012

Intimasi ketika hamil

hamboii...tajuk entry. Anda berani baca?? relax arr...ini sekadar perkongsian umum jer. Minggu lepas aku pergi  berurut dengan seorang makcik ni ha...mulut dia memang ringan jer bercerita pot pet pot pet....makcik lah katakan. eishhh adik ni...anak sulung dulu lahir normal ker ikut tingkap?? aku pun selambakan diri aku juga. Ikut tingkap kak. ni mesti adik kurang bersama dengan suami ni ketika hamil. aku angguk. ye lah..perut dah boyot, manalah berani nak lakukan aktiviti "lasak" seumpama itu dah. di awal kehamilan pun kami suami isteri terus menghentikan kegiatan sukan yang satu ni. kata orang, rahim tak kuat lagi. kena jaga-jaga..lepas first trimestar tu, ok dah. hurmm..tapi aku dan suami memang tak beranilah nak berisiko. Lagi satu, time ngandung yang first, aku tak leh nak hidu bau badan suami. siap bina benteng lagi di antara kami. haha..kenangan lucu gak la.

makcik tadi pun apa lagi..adik, lepas ni tak payah dah nak puasa-puasa tu. nanti dah beranak, time tu lah puasa 40 hari tu. ooo..jawabku. dulu, akak ni. Esok beranak, malam ni masih lagi bersama suami. senang untuk bukaan. biar jalan licin, katanya lagi. owhh...kataku lagi. lagi satu..biasanya time mengandung ni, suami rasa semacam jer bila bersama dengan bininya. ada kelainan..."rasa lebih sedap..ketat pun ada". hahaha..terkeluar pula gelak jantan aku dengan bahasa makcik yang selamba jer ni. adik, jangan kedekut dengan suami tau..time ni, dia nak. kena bagi..haa..ada sesetengah wanita tu, rasa nakkkk ajerrr ketika mengandung. lagi satu kesilapan wanita ni, tak nak bagi kat suami last-last suami try kat luar, lagi bahaya. adik tengok jer lah kes-kes kat luar sana. suami selalu curang kat bini ketika bini dia orang hamil atau ketika pantang.  peliknya adik ni...tak mau lah cam gitu lagi. jangan takut...tak ada apa lah.

entahla...aku kalau pegi berurut dengan makcik ni, ada-ada jer info baru yang aku pelajari. maklumlah, orang lama. banyak pengalaman. Walaupn pemikiran dia agak kampungan tapi bila tengok penampilan dia, mak oiii...up to date,uols.  well, conclusionnya...aku pun tak pasti selamat ke tak berintimasi ketika hamil ni. saja nak kongsi cerita jer.

shopping mode

hari ni setelah bersarapan, aku berpatah balik ke Jusco. semalam suami aku sms mengatakan hari ni merupakan hari AEON day atau JJday. bawa jer member card untuk kumpul point dan juga untuk dapat diskaun. elehhh..tak semuanya berdiskaun. diskaun pun cuma sekadar 10-15% jer. Bila suami kasi reminder hari ni start jjday till 1/5, aku punya tangan ni dah mula menggeletar. haha..ada-ada jer idea nak membeli. siap message balik suami lagi.."ni reminder i sales ni, duit belanja mana?". Apabila sang suami menghulur..apa lagi, list shopping of the day hari ni just untuk si suami jer. tak beli pun untuk diri sendiri...aku lebihkan kat bahagian men underwear. Haruslah membeli 7 helai boxer warna-warna ceria..haha..tak nak lah nengok sewarna jer. Seronok juga rasanya memilih inner wear untuk suami ni... tunggu jer lah response sang suami nanti. sebenarnya suami suruh bini tunggu dia pulang, barulah belikan dia baju kerja...tapi aku ni  excited sangat..jadi tergapai lah juga 3 helai baju kerja. lepas ni kalau dia ajak pegi lagi, aku ikut jer lah..kali ni, duit belanja bukan lagi keluar dari purse bini. hehe..aku nyer shopping budget dah abis dahhh...sekarang, duk diam-diam jer lah. =)

Special day

huhu...setelah post entry lunch of the day~~24/4 baru aku teringat sesuatu. hari ini merupakan hari istemewa buatku dan seisi keluarga. meskipun sudah beberapa tahun dia tak bersama kami, namun tarikh ini begitu bermakna bagi setiap ahli keluargaku. ya..hari ini merupakan hari jadi abangku. Abangku yang telah kembali kepadaNya. Dia berkongsi tarikh yang sama dengan anak buahku, Susanna Urai Jok. Buat kekandaku tercinta, Selamat hari jadi. I love you. I miss you.~~semua ahli keluarga merinduimu. Bagiku, ketiadaanmu adalah untuk satu tempoh yang lama dan kita pasti kan bertemu juga. aku tak merasakan yang aku kehilanganmu selama-lamanya. cuma, aku terasanya seperti engkau pergi jauh atau merantau dan tiba masanya kan pulang juga.

Ya Tuhanku, semoga engkau menerima abangku Linus Lusat M. bersama denganmu. Berikan lah istirehat kekal kepada abangku tercinta dan terimalah dia dalam pelukanMu. Buat abangku tersayang...damailah engkau di sana. Tuhan menyertaimu dan menyayangiMu. You are always the best brother i ever have in this world. I love you so much, bro. R.I.P.

Lunch of the day~24/4

ari ni aku makan kat restauran biasa...pagi tadi aku menyinggah gak kat restoran ni sebentar after hantar anak ke nursery. sekadar bersarap~~mee hoon goreng dan teh O kosong ais~~. tapi hari ni ada insan yang sudi spon aku. haha..aku pun bukannya kenal pun orang tersebut. ialah..aku gatai2 gi duduk semeja dengan orang tu. saja nak ajak berbual-bual. bosan makan keseorangan. hadushhhh....malu pun ada sebenarnya. tak pasal-pasal orang belanja plak. jangan salah anggap ek..bukan lelaki tau. ompuan. kalau lelaki, haha..aku duduk membelakang jer. so, tengah hari tadi, aku ke situ semula untuk makan. well...dah jadi cam dapur ke-3 after kedai makan G.I.Joe. aku dah mula bosan makan kat G.I.Joe sebenarnya...kerap sangat. so, tukar selera gitu. lebih suka makan nasi campur. tapi hari ni aku pilih makanan pedas...satu cawan teh O limau kosong ais tidak cukup untuk menghilangkan kepedasan. makin pedas, makin sedap gitu...hihi...cost makanan aku tengahari ni rm5.00. 

Daun ulaman, ikan keli cili padi, terung cili padi dan sambal 

nasi dan bayam (sekadar catitan: nasi aku tak abis, OK!)

Yong Tau Fu

hurmm...Perempuan mengandung ni banyak karenahnya. sang suami sabar jer lah melayan bini ketika dia sedang bertaraf "PERMAISURI". Bersyukur juga aku mempunyai seorang suami yang perihatin tentang pemakanan aku ketika ini. ialah..kalau silap tempat makan...makanan bersisa gitu jer. setakat makan beberapa sudu jer. selebihnya "RAJA" kena habiskan semuanya. tension giler suami kalau terpaksa makan dua kali ganda dari yang sepatutnya. Belajar dari pengalaman, sang suami terpaksa ikutkan jer selera si bini. dan kali ini...aku teringin sangat makan Yong Tau Fu. Biar di hujung dunia, kami tetap redahi..Ya, drive-drive cari makan di Puchong. aku pun tak tau sangat nama tempat tu.. lain kali pegi lagi, aku akan intro kan tempat tu. memang ramai orang dan dapat sambutan. kalau makan ramai-ramai lagi bestttt. slurpppsss.





Aku belasah 4 ketul yong tau fu dalam sup tu ha..nasi aku makan separuh jer. tapi memang kenyang dan puas hati lah..selebihnya, sang suami gak perabiskan. tapi bila menghirup sup yong tau fu tu...heaven betul lah!!! haha....selera ibu mengandung memang pelik. silap-silap sang suami yang akan kelihatan 9bulan berbanding bini. sabo jer lah!! and thanks husband, dear!!

Multivitamin


sekadar nak berkongsi pengalaman ketika mengandung. setelah membuat self-test sebanyak tiga kali menggunakan self-tester, ternyata aku sah mengandung. Tanpa berlengah lagi aku mengajak suami membeli multi-vitamin untuk wanita mengandung iaitu Obimin. tapi setelah aku mula mengikuti checkup di klinik aku mendapat free multivitamin yang exactly sama dengan Obimin yang aku beli di farmasi. warnya dan panjangnya sama...kat luar aku spend rm30 untk vitamin tersebut. kat klinik, aku dapat free...so, buat apa buang duit untuk barang yang sama?? tapi aku membeli Obimin terdahulu sebabnya aku excited sangat nak baby dalam kandungan aku sihat dan membesar dengan gayanya. so, sepanjang kandungan ini aku mengambil pil yang diberikan oleh klinik kerajaan serta iron tablet untuk  menambahkan darah. ye lah..aku selalu jer merasa 'semut-semut' di hujung jemariku. kini dah tak ada lagi. tapi yang pelik, setelah aku makan kedua-dua pil ini, aku seolah-olah terasa kenyang jer. Menurut kaum ibu, pengambilan pil pink yang diberi klinik memang baik untuk  tumbesaran bayi. so, barang baik...ON jer lah. makan pun sebiji jer sehari. hehe...

Eczema

eczima...satu penyakit kulit yang aku deritai setelah sekian lama. acap kali aku membeli ubat sapuan untuk disapu pada tompokan kegatalan pada tangan, lutut dan kakiku. yang peliknya, sembuh sekejap kemudian akan muncul lagi. bukan saja menyebabkan kegatalan namun menyebabkan aku rasa agak rendah diri ketika bersama dengan orang lain. bila bersalaman, sudah pasti kelihatan tompokan kegatalan di jemariku. ianya bukan kurap OK.. dulu ketika mengandung anak sulung, penyakit ini mula menghinggapiku di bahagian lutut kanan dan pergelangan kaki kanan. tapi setelah anakku dilahirkan penyakit tersebut lenyap bagaikan membuka baju sahaja tanpa meninggalkan sebarang kesan atau parut. tapi, setelah anak sulung aku berusia 6 bulan, ianya menyerang pula lutut kiri aku pula. ini disebabkan aku menggunakan lutut kiri aku sebagai sesendal ketika bangun apabila duduk di lantai serta bersila. pada awalnya, cuma luka-luka kemudian bertukar menjadi gatal yang akhirnya tak pernah-pernah sembuh. 





Bosan dengan keadaan ini, hari ahad lepas sang suami membawa aku ke farmasi Smiles. menurut ahli farmasi  tersebut penyakit ini memang tidak mendapat jawapan dalam perubatan kenapa ianya terjadi dan perubatan yang khusus. bila aku cakap, bila letak krim ianya akan sembuh. ahli farmasi tersebut mengatakan bahawa surface jer sembuh tapi kat dalam still lagi abnormal. so, dia suggestkan supaya aku mengambil supplement. hurmm...terkejut aku melihat harganya. Rm300++ tapi diambil selama dua bulan. diambil secara oral sebanyak 1ml. aku agak terasa was-was gak. kalau tak sembuh, tak tau lah....tapi, nampaknya sang suami begitu sayangkan bininya. tanpa teragak-agak dia membelinya. terima kasih, sayang. dan setelah hari pertama aku menggunakannya, ternyata kesannya sudah kelihatan. ini sudah kira bagus. ya..aku juga siap dipesan oleh ahli farmasi tersebut supaya tidak mengambil hidangan seafood dan juga protein kerana ianya akan menyebabkan kegatalan yang tidak sudah-sudah. kena berpantang la pula, ya. 

so sesiapa yang mengalami masalah kulit seperti ini, baik mencuba suppliment di atas nescaya kegatalan semakin berkurangan dan masalah ini mendapat jawapan. Hari ini hari ke tiga aku mengambilnya, dan tanda-tanda kesembuhan itu sudah kelihatan. syukur.

Monday, April 23, 2012

rindu suaminya

nak tido dah ni...aiyakkk...bila dah membaringkan diri. otak pula ligat berpusing...teringat kat suami. rindu la tu...haha..anak pun sampai mengigau-ngigau sebut papa dia. inikan lagi bini. tapi..bini ni selalu act "Macho" as if, berjauhan pun OK. dan aku ni jarang nak tunjuk kat sang suami yang aku ni rindu kat dia..jiwang pun, jiwang sendiri jer. tak kasi tau pun kat sang suami. ye lah, bak kata sang suami, "asyik suami jer nak tunjuk  kasih sayang kat bini. nak tunggu bini, jangan harap."..biasalah tu. aku ni jenis bini yang nak suami sayang bini lebih.  bini plak jenis yang menyimpan dalam hati jer tapi bukan maknanya tak sayang. cuma kurenggg sikit dalam bab2  nak menunjukkan kasih sayang kat suami..bak kata suami, "tak reti nak romantic langsung." haha.. sorry la...

bah la. semoga sang suami sihat dan baik-baik saja walau dimana saja dia berada. bini dan anak sentiasa mengingati dan menyayangimu.

loves
wife&Bb

Buluh vs Anugerah

sempat tadi aku menjeling berita tv3 pasal bayi yang bakal lumpuh akibat tindakan kekasih yang bertindak kejam terhadap seorang bayi ketika bergaduh dengan ibu bayi tersebut. fuhhh...manusia ker binatang tu?? yang si ibu ni pula, pegi menumpang rumah kekasih buat apa?? sekadar kekasih tu...tak kawen lagi. ish ish ish...sekarang budak tu koma, sakit sampai nak lumpuh begitu, apa nak buat sekarang. kesian,kan  baby tu...hancur hati ibuku mendengar perlakuan manusia yang sebegitu. geram kat orang lain, lepaskan kat orang lain. terfikir aku...9 bulan bukan satu tempoh yang pendek untuk seorang ibu mengendong bayi dalam kandungan ke hulu  ke hilir. tak cukup dengan membawa badan, penyakit demam pening bagai turut di alami. kemudian bila dilahirkan pula, pelbagai karenah si kecik pula kita hadapi. sakit pening dia juga jadi kerisauan kita..bila dah jadi cam gini?? sigh...aku pun tak tau nak kata apa. ialah...aku ni ha..selalu gak cubit dan pukul anak aku. tapi pukulan tu beragak-agak la..tak la niat nak membunuh anak. cuma nak mengajar jer..bila dah nangis, hati aku pun turut luluh gak. tapi kena juga nak ajar anak bagi tau dia apa yang dia buat tak betul. walaupun dia still tak faham lagi..ya lah, melentur buluh biar dari rebung. kalau tak, heiii budak tahun satu pun dah pandai kurang ajar sama emak bapa coz time kecik-kecik dibiar jer anaknya memukul diri..bila dah besar sikit, lagi tak sedar perbuatan tersebut salah..terus berkelakuan liar. makanya, bila budak itu kian membesar, yang susahnya siapa?? ya. betul aku atau para ibu bertindak mengangkat tangan tatkala ingin mengajar anak. tapi...bila suami aku jerit dan nak pukul anak, aku terasa sangat. aku sangat tak suka bapanya melayan dia begitu. sebagai ibu...sakit hati melihat anak diperlakukan sedemikian rupa baik oleh ayahnya sendiri..ye lah, kita yang jaga dia 24jam, kita tau lah. lagilah kalau anak kita ni diapa-apakan oleh orang lain. memang terasa gila...aku ibaratkan seorang ibu ni umpama seekor ayam betina yang melindungi anak-anak ayam dari bahaya. lalu disembunyikan dibawah kepaknya. haaa...binatang pun sayangkan anak. apatah lagi manusia yang diberi akal dan fikiran...manusia...manusia..apa nak jadi ni?!

Parkir!!

Petang tadi aku bawa si kecik ke farmasi beli ubat. dah malas nak ke klinik dah..percuma kena charge ubat sampai rm30-40 sekali bawa. pengalaman mengajar kami untuk mencari di farmasi setelah doktor bagi ubat pada simptom penyakit yang sama. jauh beza...harga kat farmasi baru rm4.90 berbanding kat klinik yang mencecah puluhan ringgit. ya, si kecik kami selsema. hingus meleleh jer keluar dari hidung...hingus hijau gitu. so, tadi aku bagi kat dia 1ml ubat selsema. tertido terus..power gak ubat tersebut...aku tengok hidungnya pun kering. ishh..kalau tak, setakat jam 10pm begini mana ada dia nak landing time. still busy nak sepahkan rumah.

tapi nak cerita sikit ni...on the way back. punya sakit hati aku ni. sangat menyampah apabila melihat kenderaan yang simply jer park belakang kereta orang parking. maka jalan yang dua hala lalunya menjadi sehala dek sikap mementingkan diri sendiri  manusia sebegini. aku ni ha...lori datang dari arah depan..kereta besar-besar...macam mana aku nak menyelit badan kecik keta aku. tau la kecik...siap kena hon orang belakang lagi. kalau keadaan sebegini, siapakah yang harus dipersalahkan?!! menyirap gak darah aku..bila berjaya melimpasi kenderaan "poyo" yang menenggek dibuntut-buntut kereta orang lain, aku hon lama-lama kasi lepas gerammm. bikin panas ko tauk...ni kes jalan dua hala menjadi satu. tak termasuk kita yang dah parking nak beredar, sewenang2nya parking kat belakang kereta kita. kita nak beredar cam ner?? kalau keta aku ni keta kebal, aku lantak pi jer lah..biar kemek kereta depa tu. tapi menyedarkan keta aku pun jenis yang turut akan lunyai kalau bergeselan dengan keta lain, maka aku menunggu dengan kepanasan di hati yang membuak-buak. tatkala perasaan tak boleh dibendung, maka aku pun membingitkan persekitaran dengan hon yang bertalu-talu. sakit hati ke tak sakit hati?? tak pasal-pasal dapat  hi-blood coz sikap manusia yang mementingkan diri sendiri begini. hissiii...

sekadar meluahkan rasa amarah dan tak puas hati dengan sikap sesetengah pemandu kenderaan yang merasakan diri mereka jer yang bayar cukai jalan raya...berangggg!!

emosiku

time bercinta, bukan main lagi....pasangan melayan kita cam puteri raja. bila dah kawen, pasangan melayan kita cam mak cik dia jer...lagi-lagi kalau badan dah cam bibik jer. fuhhh....keluhan seorang yang tengah "mengandungi" ni susah. semenjak berbadan dua ni, aku begitu mudah terasa. sensitive, kata orang. tengok movie sedih, air mata mudah jer mengalir laju. tengok berita pun sama...hati aku mudak robek. lagi-lagi tiap kali ke klinik seorang diri untuk follow-up check. selalu jer perasaan hiba muncul menemani diri tatkala menunggu nombor masuk ke bilik pemeriksaan. melihat isteri yang sarat mengandung ditemani suami....melihat baby kecik yang baru lahir...terus jer air mata aku keluar. kekadang aku cuba alihkan perhatian dari menikmati pemandangan di persekitaranku. tapi akal logik aku memang sedar...aku tau suami aku tak boleh menemani aku cam suami orang coz suami perlu keluar mencari rezeki. aku tau..tapi bila melalui keadaan cam gitu, aku boleh sebak pula. kekadang, terdapat fikiran nakal kat kepala otak aku ni especially bila laki aku cam tak call or sms cam kebiasaan. dia ni bekerja ker atau tengah berseronok dengan perempuan lain ni??..hurmmm...tapi aku tau suami aku orang nya macam mana. tu lah....kekadang, fikiran jahat ni jer selalu menguasai kepala hotak aku ni bila suami bersikap "pelik". ialah..dulu, asyik tanya dah makan ker...sihat ke tak??...tapi alih2 senyap sunyi menyepi...mestilah sang bini terasa. huhu...

sindrom wanita mengandung dah mula mengambil tempat di dalam diri ini. semangat diri sangat-sangat FRAGILE kebelakangan ini. lagi-lagi time penat...time rasa sakit....bila sendiri-sendiri, memang sedih to the fullest lah jawabnya. tapi suami pula memang sibuk tahap gaban, mana ada masa nak layan bini yang emo-emo cam gini. kesiannnnn....tetiba diselangi dengan background dengdangan lagu siti nurhaliza : aku meminta pada yang ada...aku merindu pada yang kasih,...aku merayu padamu yang sudi merinduku...owhhhhhh.  ish..ishhh..ishhhh.... ada hati nak  berjiwang-jiwang bercinta pula walaupun sudah menjadi ibu beranak satu dan bakal beranak dua. haha...aku pun manusia biasa gak. cuma cover version, lebihhhh!!

Batu Api

hurmm..tajuk jer menggerunkan dan menyakitkan hati. aku terfikirkan kisah-kisah rumahtangga yang berantakan gara-gara batu api yang menyebabkan pergaduhan suami isteri. tak kiralah siapa yang jadi batu apinya..adik-beradik, orang tua termasuklah kawan-kawan. Mesti pelikkan apabila pasangan kita tak bersikap seperti dirinya yang sepatutnya atau kebiasaan melayan pasangan. Pasangan berubah sikap...dulu boleh mendengar kata pasangan apabila pasangan meluahkan perasaan atau keinginannya. tapi kemudiannya bersikap seolah-olah yang pasangannya adalah orang lain. sedih juga kalau melalui keadaan cam gitu...kalau dulu pasangan akan berterus terang dengan pasangannya. contohnya, pendapatan bulanannya, dia akan bagitau semua pendapatannya, nak beli  apa, duit belanja untuk apa,..apa-apa jer lah. tapi sampai satu peringkat, dia seolah-olah berahsia dan seolah-olah pasangannya bukan lagi orang yang dia kenal. kalau cam aku..aku makan hati lah, kalau tengok laki aku berperangai sedemikian rupa. tapi bagi aku, orang lain boleh menasihati kita or pasangan kita. tapi kita tau pasangan kita macam mana...orang lain cakap jer tau...dan orang lain lebih senang kalau kita dalam keluarga ni berantakan. hanya kita yang tau nak mengemudikan rumah tangga kita. tak perlu terikut-ikut kata orang lain. kita ada cara kita yang tersendiri. ada cara kita untuk memanjakan pasangan kita atau membahagiakan pasangan kita. kalau tak suka, tegur cara baik..kekadang, bila kita mengadu sana-sini orang lain akan "mengajar" kita untuk bersikap sebaliknya terhadap pasangan kita. mungkin kira rasa puas hati mengikut nasihat-nasihat percuma 'batu api' di sekeliling kita tanpa mula mengenali hati pasangan kita seperti dahulunya dan membutakan hati dan perasaan pada pasangan kita kerana kita lebih menganggap kata-kata orang lain lebih baik dari pada pasangan sendiri. Tak sedih ker kalau pasangan kita dipandang rendah oleh orang lain?? kita happy ker dengar bila orang kata, bini ko begini...bini ko begitu....dan kita mengiyakan pula..bini aku terukkkk....padahal, perempuan yang ko pegi mengadu sana sini adalah ibu kepada anak ko..ish ish ish.....seperti kata orang, menepuk air di dulang terpercik terkena muka sendiri. so, bila pasangan berubah sikap, berhati-hati...kebarangkalian dia terkena percikan batu api atau...dia dah ada "peneman tapi mesra" yang  lebih sempurna dari pasangan halalnya..sampai hati juga,kan?? tapi...kalau bagi diri aku, personally...aku mungkin tetap begini. sama seperti ini..dan seandainya pasangan aku "berniat churang" dan "kedapatan" pula...i will say, good bye forever!! berseronoklah dengan dunia barumu..dan aku akan teruskan hidupku bersama anak-anakku without YOU in our life...aku ni boleh tahan gak ego dan degil. rasanya, suami aku pun faham akan sikap aku yang satu ni. kata orang, hidup suami isteri ni umpama cubit paha kiri, paha kanan turut terasa sakit..so, suhhhhh batu api!!!!

asam garam kehidupan

aku terjaga dari tido seawal 5am pagi ni. memang aku set alarm untuk bangun awal. al-maklumlah, sang suami akan keluar  kota lagi hari ni. semalam kami beranak pegi ke rumah yang company sang suami sediakan untuk  beliau dan beberapa orang rakan di Kajang. jauh juga la...ngam jugala aku pernah katakan kat suami, "tak payah datang balik umah kalau weekday." penat tu nak berulang alik dari klang ke kajang. phieww..apa boleh buat, terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki dan sebuah kehidupan yang lebih sempurna dari apa yang ada pada masa kini.  menginjak kaki ke rumah teres sang suami, fuhhhh....feel like home. dalam hati aku ni terdetik gak, "bila lah agaknya kami sekeluarga akan merasa rumah sebegini. anak-anak boleh berlari riang dengan persekitaran rumah yang besar." tapi...aku pasrah. lets god. kalau ada rezeki, tak kemana kot...bersabar jer lah aku mendaki dan menuruni tangga so-called condominium yang kami miliki sekarang. atleast bersyukur coz kami bukannya menyewa pun. dah settle dah bayo semua..cuma terkadang mengeluh apabila kepenatan melanda lebih-lebih lagi dalam keadaan diri yang "mengandungi" sebegini.

well, back to the story. so, seperti biasa aku sediakan pakaian suami untuk lima hari. hishh..suami aku ni macam dah nak pindah jer gayanya dah. rumah kat sini plak yang menjadi rumah persinggahan beliau. ialah, balik sehari jer sekadar membawa pakaian kotor untuk dibasuh dan recycle dengan pakaian berikutnya. aku kejutkan sang suami dari tido. katanya, kejutkan dia jam 6am. tapi tak bangun-bangun pula. apa lagi aku guna taktik jahat untuk kejutkan beliau. " wuiii..bangun cepat..bangun...duit dah panggil dah. cepat..nanti duit lari...bangunnn gi cari duit", dengan suara yang annoying. haha..akhirnya response juga sang suami..."hishiiii bini aku ni dah mula jadi mata duitan." haha..aku gelak dalam hati. atleast, aku bagi peringatan gak supaya suami mempunyai sasaran dalam pekerjaannya coz bininya mata duitan. haha..jahat,kan??

so, setelah suami pergi. aku sambung tido. seriously mengantuk juga la. tapi terjaga jam 8.30am. si kecik meluru ke arahku. merangkul leherku. mencium pipiku. hurmmm...si kecik ni haa. sungguh pandai psycho dia punya mommy. aku pun bangun gak lah..si kecik dah terbiasa bangun awal sekarang. maklumlah...nak ke "school" dia. aku mandikan dia dan siapkan dirinya. settle. then, time to school!! uhhhh...si kecik berhingus la pula. badannya ada sikit panas, so aku kasi dia makan paracetamol. mencegah lebih baik dari merawat...suhu badan dah kasi hint2 bahawa dia kan demam panas lagi la tu.  sampai kat school, dia mula menangis. hissshh..tiap  kali perpisahan terjadi, mesti kedengaran ledakan tangisannya berlagu sendu. hiba gak..tapi mommy harus tabah, OK. lama-lama nanti ok juga tu.

deeeiiii...panjang juga cerita ku. detail,kan? haha...ialah, setiap moment begitu berharga untuk diingati dan tak seharusnya dibiarkan berlalu begitu saja. so, layan jer lah cerita dari makcik ni ha. sepulangan menghantar si kecik dari nursery, seperti biasa aku ke restoran berdekatan."akak, air cam biasa ek?" Beres. sampai orang kedai tersebut pun tahu dan ingat aku nyer favourite drink teh O kosong ais...kat sini kalau sebut teh O still dimasukkan gula dalam minuman tersebut. bila sebut kosong, maksudnya tanpa gula. dulu aku pun pelik. tapi alah bisa tegal biasa. hehe...tak ketinggalan mee hoon goreng dan sepotong ayam masak merah. hishhh..mencabar tekak aku betul restoran ni tau..pagi-pagi lauk dah siap. tu la pasal orang yang konon-kononnya nak datang sarapan terus jer makan tengahari. 

kisah kat restoran plak...tup tup kawan aku pun ada gak kat situ. aku tak menyedari kehadirannya bersama anak dan suami. "tak tau lah mommyLolo...tetiba jer laki aku ajak sarapan pagi ni. tak pernah-pernah tau. bila kena ajak begini, OK jer lah", sempat sang kawan berbisik kepadaku. hurmmm...aku tersenyum dan mengangguk. sang suami mula sibuk mengambil makanan untuk anak bujangnya. kemudian memilih lauk pauk untuk si bini pula. dan lastly, dia pilih untuk diri sendiri. agak lama gak lah dia memilih. memanglah, sukar nak buat pilihan kat sini. kalau boleh, nak ambik semua jer. haha..sempat aku menjeling pinggan si isteri. kaki ayam dengan pedal goreng kicap. ketika makan, si isteri cuma makan pedal ayam tersebut, dia meng"offer"kan kaki tersebut kat anak bujangnya. anaknya menggeleng. anaknya lagi sedap jer makan ayam masak merah. si laki punya pinggan, pelbagai juga lauk diambilnya. hurmmm..tak berani menggelengkan kepala secara Live. aku gelengkan dalam hati jer lah...takkan banyak-banyak lauk, si bini pilih kaki ayam. si bini pun tak berselera nak sentuh kaki tersebut. timbul rasa kesian sangat kat bini dia yang ikut jer rentak suami dia. tapi memang nampak kat mukanya cam tak puas hati jer. apabila si suami dah makan, dia beredar dan duduk pula dengan sekumpulan lelaki lain, rakan sekerja.  tadi sepertinya aku dengar si bini memesan beli something kat kedai 99 yang bersebelahan. tapi rupanya suaminya duduk kat belakang kami bersama teman-temannya. apabila kumpulan tersebut beredar, mereka pun turut beredar. hari ni aku langkah kanan..suaminya belanja makan pula. actually aku tak nak..coz aku tau keadaan mereka. mungkin inilah sikap sesetengah lelaki. ego tak bertempat.

sepulangan dari restoran, aku saja singgah kat rumah teman tersebut. malas nak terus memanjat tatkala perut tengah kekenyangan..Pok, boss dah gi kerja? dah. katanya ringkas. so, lepaklah aku bersama teman tadi. teruslah si teman meluahkan perasaan buat diri ini. simpati pula mendengar. "laki aku tak pernah-pernah bawa aku keluar cam gini. lagilah nak gi shopping...ni nak balik kampung bulan mei ni. mak mertua pula dah order barang dapur. siap pula suruh beli untuk anak perempuannya yang satu.-2 biji periuk nasi elektrik. Mereka tak tau keadaan kami kat sini. Tuhan jer tau...kami sendiri tak terbeli. aku ni ha, pakai-baju tak pernah bertukar baru. ni, nak balik ke kampung suami kenalah bergaya sikit. kalau balik kampung aku, tak kisah pun. pakai kain batik pun tak apa. bila minta beli barang, tak cam bini orang lain. seminggu dua minggu baru dapat. kekadang tak dapat langsung." begitulah lebih kurang luahan perasaan si kawan. ialah..suami sang teman pekerjaannya bawa teksi jer. banyak mana lah sangat dapatnya..mungkin itu sebabnya sang suami tak dapat memenuhi permintaan si bini. tapi..permintaan pun bukannya mahal-mahal pun..atau keperluan harian juga yang dipesannya. tapi yang paling tak best ialah..suami ni, suka bergaul dengan orang bujang. masanya lebih banyak digunakan bersama teman-teman berbanding di rumah. rakan si teman tau kegiatan sang suami, tapi tak berani nak bawa mulut kat si teman. bayangkan, mereka menunggu penumpang di tepian Jusco. apabila takda penumpang, mereka boleh ke panggung menonton wayang. boleh pula bersenang lenang begitu dengan teman-teman tapi anak bini kat rumah mati kutu. Pernah juga aku ni terserempak dengan sang suami di kedai makan. memang gaya makannya agak lumayanlah. tapi bini kat rumah...makan seadanya saja.

justeru itu sang teman tadi menerima upah membuat kuih. untung tak seberapa pun..setakat 30biji karipap boleh dapat rm10. tolak modal..mungkin untung rm5-8 jer. tapi dia sanggup berjaga pagi-pagi atau waktu petang untuk membuat kuih. ditambah pula menjahit sikit-sikit. memang kesianlah...tak kisahlah kalau kita hidup susah, tapi suami perlulah memahami isteri dan anak-anak. bukan nak bawa mulut untuk menceritakan keburukan orang. tapi ini adalah satu pengalaman yang menyedihkan bagi seorang wanita. pernah aku membeli lauk-pauk coz aku malas nak makan sorang. aku menapalah dua-tiga jenis lauk. aku dan seorang teman pun mengajak si teman dan anak-anak untuk makan. berselera anak dia makan ayam masak merah yang aku belikan. siap suruh tambah nasi lagi..si anak yang masih lagi lurus "mak, nak ayam lagi.." anak perempuan dia pun boleh gak nak makan padahal si emak mengatakan anaknya yang tu tak da selera makan. hurmmm...aku faham.

beginilah asam garam kehidupan. setiap manusia mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza..tapi aku tabik kat sang teman ni coz dia seorang yang penyabar. dia tak melenting melalui kehidupan yang sebegitu bersama sang suami. kata orang, perkahwinan merupakan satu perjudian. kalau jumpa pasangan hidup yang baik, untunglah. kalau yang sebaliknya...sabar jer lah.


Saturday, April 21, 2012

hakikat

tidak semua apa yang kita lihat dan dengar adalah benar. kekadang semuanya itu lakonan ataupun khabar-khabar angin. kadangkala kita melihat sesebuah rumah tangga tu aman jer...tapi hakikat sebenarnya, tak siapa yang tahu. kadang-kala kita lihat sang suami/isteri sepertinya romantik dan setia pada bininya. tapi tak siapa yang tahu hakikat sebenar perangai sebenar sang suami/isteri sepertinya apa..

tak semuanya benar...tapi hakikatnya....hurmm.

celoteh sabtu

ya..semua orang pun tau ari ni ari sabtu. pagi-pagi lagi si kecik dah bangun. pada awalnya aku buat deq jer..ingatkan dia masih nak teruskan tido. bila aku gerakkan sikit badan, terus dia merangkak dan tenung muka aku sambil tersenyum. alahaiii...cair aku dibuatnya. lalu dia memanjat badanku dan memelukku erat. hurmm..inilah nikmatnya jadi ibu kot..tak jadi nak teruskan niat aku untuk teruskan tido, aku bangun dari katil dan dia pun mengekori dari belakang. seperti biasa aku akan mainkan dia lagu children songs. sambil menunggangi kambing merah dia, dia menonton rancangan tersebut. sementara itu, aku jerangkan air untuk dijadikan air mandian dia. so, dia pun atleast badan dah ready untuk dimandikan seawal 7.30am. haha..kalau dulu, nak mandi dalam tab dia. sekarang, aku mandikan dia cam budak besar dah. simbah..simbah..dia plak tak banyak karenah. suka lagi ada...

jam 8.30am aku gi antar dia ke nursery. sunyi jer..budak2 lain tak sampai lagi. aku hantar sampai dalam. sekarang dia cam mula nak cam dia nyer nursery. bila nak sampai jer, dia mula duduk dan merenung ke luar tingkap. begitu juga ketika aku menjemputnya pulang. dia tengok jer nursery tu tatkala kami berlalu dari kawasan tersebut. as time goes by, rasanya dia makin "matang" kot. cuma...tiap kali aku lepaskan tangan menyerahkan dia pada cikgu, haaa...dia still nangis lagi. hadoii..aku pulak, tak nak biasakan diri aku cair dengan tangisan tersebut. aku gagahkan diri untuk melangkah pergi meninggalkan dia dengan persekitaran asing buat dirinya.

sepulangan dari nursery, aku gi sarapan kat restoran berhampiran. soto jadi pilihan...tapi...cuma sepotong nasi impit dapat aku abiskan. selebihnya, aku tak da selera. kemudian, aku menapau sebungkus dua nasi lemak. aku bawakan ke rumah "kawan". mana tau aku boleh makan....ya, aku makan juga 5-6 sudu nasi lemak. lepak dulu dengan keluarga tu.  suasana agak bingit dan huru-hara. biasala...budak-budak. tapi tak kisahlah. coz aku tak rasa sunyi sangat. layan jer lah perangai depa. kesian mama depa jer lah..nak makan jer, anak yang satu nak ini...yang satu lagi nak itu.....mama dia terhenti-henti jer makan oleh karenah sang anak-anak. tapi aku tabik gak kat kawan aku ni. penyabar orangnya...kalau aku lah...haha...dah besar cam gitu, rasanya rotan jer pengganti diri dalam memberi arahan. ialah..nak disiplinkan anak-anak biar dari rebungnya. tapi, tak apalah..nanti budak2 ni besar, rasanya mereka pun tak selamanya berperangai cam gitu. atleast aku belajar juga sikit-sikit cara nak handle budak. bukannya satu kerja yang mudah, uols. pening2. setakat satu boleh lah...kalau lebih dari dua ni?? terpekik terlolong satu kampung la jadinya kot...haha

lepas makan-makan dan sembang, aku minta diri. teringin nak rehatkan diri. nak tido..tapi sesampai di rumah, semuanya itu lari bertempiaran. mood tido tu lari pula setelah penat memanjat tangga so-called condominium ni ha. sambil membiarkan mesin basuh membuat kerjanya dengan sendiri, aku pun membuka ni lappy. baru berpeluang, OK!! kalau si kecik ada, jangan harap aku boleh nak ngadap skrin ni ha. dia pun nak rebut nak tekan2. haiyooo....

sekian dulu. hari ni si kecik half-day kat nursery. hari ni nak bawa dia gi popular book store. nak cari lagu yang boleh main dalam kereta. haha..anak aku sekarang layan lagu country songs yang dimain berulang-ulang...badan siap digoyang-goyang lagi ikut rentak dan irama. moment paling best, aku dan si  kecik berpegangan tangan sepanjang pemanduan aku ke nurserynya.. bila aku menyanyi dengan penuh semangat dan perasaan...ala-ala menjerit gitu, si kecik memandangku dan tersenyum. terasa bangga jadi ibunya setiap kali dia menghadiahkan aku senyuman manis. sayanggggg sangat kat anak aku ni. muaahhh.

Friday, April 20, 2012

wordless friday

sewaktu mrsd tengah nak memulakan bicara ini, kat luar jendela kelihatan rintikan hujan. ya. sememangnya mrsd baru jer balik dari klinik untuk bsp review yang dibuat semalam. syukur buat permulaan ni, tak ada "pen merah" yang mengotori list bsp msd. haha..orang bujangan or belum mengandung tah2 tak paham kot apakah itu bsp?? well, sekadar penerangan ringkas. bsp ni ialah ujian untuk test gula dalam darah. alahhh..yang main cucuk2 jari tu. begitu la...hehe...

actually, kebelakangan ni, mrsd jarang sekali on lappy mrsd. tiap kali ngadap lappy, si kecik menangis berebut nak menekan punat keyboard sama. hurmm..last2 si mommy terus tutup. berfacebook pun through tablet jer. oklah..tak da apa pun yang mrsd nak ceritakan. banyak sangat peristiwa yang berlaku sampai mrsd tak tau nak mengarang ayat. ya...jiwa tengah bercelaru. bak kata orang...jiwa kacau.

agak busy sekarang dengan kandungan yang ini. badan tak putus2 sakit. dua hari lepas gi berurut. first time mrsd berurut membengkak. hadoiii..tak boleh nak baring. semalam pegi lagi...nak kasi si tukang urut surutkan.  ok jugalah...makcik yang urut ni memang power. dia cam sengaja jer tekan kuat2 kalau kita ni mengaduh..geram pun ada, gitu. actually nak gi kedai urut. suami pun suh pegi kedai urut. plus ada promotion. well, bila tau mrsd mengandung, mereka tak nak pula. kecewa gak lah....

semalam tido awal dalam jam 9.30pm. consider awal lah tu..biasanya sampai midnite baru membaringkan diri. tapi semalam betul2 rasa ngantuk selepas diurut seluruh badan. tapi kaki dia skip pula.katanya boleh bleeding...alahai..aku ni nak suh picit relax jer. bukan nak kuat2 pun...yang penting rasa denyut2 kat kaki tu lega. tak paham betul lah.... anak aku sebetulnya, pulang dari daycare semalam pun dah mengantuk gak. penat gak kot. hurmmm...tapi selesai mandi, dia nak main pula. tapi terpaksa gak tido coz mommy dia tutup lampu. budak yang satu ni, mommy dia lagu twinkle2 little star terus tak boleh berjauhan dengan mommy dia. menangis. takut. hurmmm..lawak pun ada. ialah...my husband gi lekat bintang bagai kat siling bilik tido. bila terang benderang tu, dia cam takut plak...haiseyyyman. apala..

oklah..mrsd nak rehat dulu. sakit bahu selalu jer menjenguk mrsd sekarang ni. agaknya driving punya pasal kot. terasa diri  ni mudah jer sakit kalau silap2 gaya or kekasaran yang berlaku pada diri ini. anak manja kali yang di dalam ni. hadoiii....suami pun dah 5 hari tak pulang. si anak plak semenjak daddy dia outstation, balik-balik sebut papa..papa..papa...pagi-pagi, sebelum tido or di dalam kereta. rindu agaknya dia kat daddy dia kot. hurmm... daddy dia pun bukannya nak call sangat. tak rindu kat bini dia la tu.. huhu..tak per lah...malas nak layan perasaan jiwang2 nih. biarlah...

nak tido jap. jommmm.

Friday, April 13, 2012

Feeling Good

oh yeahh...aku pun tak tau dah berapa  minggu dah kandungan aku ni yang sebenarnya. kena pegi klinik lagi for another scan untuk confirm bila expected date untuk si baby menjenguk dunia. cuma satu perkara yang aku nak share..makin lama, aku makin perasan. haha...ya, betul kata orang, bila seseorang wanita itu hamil, dia akan merasakan dirinya lah wanita paling cantik atau jelita walaupun pada hakikatnya di mata orang lain, tak cantik mana pun.. perasan jer lebih-lebih. ha..aku peduli apa dengan pandangan orang. yang penting, sekarang ini, aku rasa diri aku cantik. uwekkkk..uwekkk....melihat kepada raut wajahku. semakin menegang. maksudnya, semakin berisi la tu..semakin memberat...tapi, muka cam berseri-seri pula rasanya. dan...aku tengok, ramai perempuan yang menggandung akan naik seri di muka mereka..bercahaya gitu. aura kehamilan dia tu buat dia nampak cam bahagia jer hidup yang dia sedang lalui. ni yang aku suka pasal mengandung ni...rasa diri cantik. tu pasal lah agaknya  sekarang aku cam nak melaram jer memanjang...kebarangkalian gurl lagi kot ni...hahaha...saiz badan tu, belakang punya cerita lah. yang penting, raut wajah tu nampak cheriaaaa gitu walau tanpa secalit makeup pun. natural beauty gitu... tak caya, jom lihat....hahahaha....kalau rasa nak muntah, sediakan baldi awal2 k. ngihhhh.


Kemarahanku

sudah dua hari aku tidak menggerakkan keretaku. Parking kat satu tempat jer lah.. ialah...si kecik aku cuti, maka aku tak adalah kemana-mana. ada pun, naik keta suami jer lah. semalam aku dan anak kuar makan. punya mendidih dan berdarah hati aku bagai di hiris sembilu melihat keadaan kereta aku. siallllll!! sangat marah. tak tau lah kalau ko orang terkena. banyak-banyak kereta, kereta aku juga yang jadi pilihan. memang aku mencarut jer semalam. cos, terkadang apabila kemarahan melampau ni, aku tak boleh nak kawal pun mulut aku. anak sial!! anak babi!!! bodoh!! semuanya terkeluar dari mulut aku dengan mudahnya..actually sumpah seranah tersebut datangnya dari hati yang membara. tapi hari ini, aku mengambil keputusan untuk bertenang...biarlah. kalau aku terusan sakit hati dan marah, tak baik lah untuk kesihatan dan kandungan aku. huhu...kononnya begitula. tapi, pagi ni pegi hantar si kecik ke daycare, luka tersebut berdarah lagi melihat kesan karya yang menyakitkan  mata dan menyakitkan hati aku di depan mata. inilah bahana tinggal di kawasan perumahan so-called "condominium". huhu...




sampai hati ko orang buat kereta aku cam gini. geram tauuu...kalau aku nampak orang yang buat ni, sah2 aku tampar jer. tak kiraaaaa...sakit hati mode.

Keluhanku

huhhh..kata nak update blog hari-hari. takde maknanya. sejak membawa "budak" baru ni, ada-ada jer halangan. plus, takda masa lah, untuk mengadap lappy. most of the time, mrsd rasa tak sihat jer.. banyak terbongkang. nak duduk pun rasa tak kena. lagi-lagilah kalau nak ke hulu-ke hilir dalam rumah kami yang kecik seadanya ini. boleh rasa nak pitam pula.

semenjak nanny kami cuti, aku kena ambil alih tugas dia. cuci kain baju, jemu dan lipat, sapu umah, mengemop lantai dan sebagainya. lagi terasa berat nak siapkan anak lagi. semenjak si kecik ni masuk daycare, perangai dia pun ganas semacam jer...bertambah hyper. penat aku menjaganya.

sempena pertabalan agung beberapa hari lepas iaitu hari rabu, dia plak jatuh sakit. demam panas. suhu mencecah 39C. aku yang tido bersebelahan dengannya boleh terjaga apabila bersentuhan kulit dengannya. Panas membahang..aku pun tak sedap hati. malam-malam menangis. tapi pengalaman lepas mengajar aku untuk bertenang. bulan mac lepas, dia jatuh sakit serupa itu juga. kebarangkalian gigi nak tumbuh lagi. coz dia balik-balik menggigit blanket atau hujung bantal. Pagi-pagi buta pun menangis sampai aku rasa pening kepala. dia nak di dukung. dukung pun still nangis. agaknya memang sakit sangatlah kot... so, bila still panas lagi, aku masukkan ubat kat dubur dia. then only she ok. kasi paracetamol makan, tak da kesan langsung. semalam tak sampai hati nak hantar dia ke daycare. ialah...baru kebah dari demam. so, aku biarkan dia tido lama-lama. tapi...know what. ingatkan dia duduk umah,buat cara sakit time sakit. but then...OMG!!! pening kepala aku dibuatnya..rumah bersepah. tak kuat semangat aku mengikut rentaknya. really...aku betul2 rasa nak pengsan. terasa sakit belakang dan bahuku. Aku punya emosi pun bergelora. tak dapat dikawal. aku sampai mencubitnya dan memukulnya. kegeraman. ya, mungkin sebab keadaan diri aku sendiri yang rasa sangat penat. tapi...bila dia nangis, aku rasa kesal plak bertindak ganas..tapi....hadoiii, aku stress banget!!!

hari ni, aku hantar dia ke daycare. tak boleh tahan dia kat umah walaupun aku sebenarnya menyenangi kehadiran dia. tapi..bila mengenangkan aku perlu buat kerja aku sendiri, aku tak boleh sentimental. semalam, aku tension sangat coz aku cuba nak buat kerja aku, nak focus...at the same time, dia plak nak  minta perhatian. haru lah jadinya. duduk kat umah memang memeningkan kepala....ingat duduk umah boleh duduk diam-diam jer ker?? tak lahhh..ada-ada jer yang perlu kena buat...lagi-lagi kalau dapat laki yang cerewet cam laki aku...tak tau laki ko orang cam mana plak ek? itu ini mesti dalam keadaan bersih dan kemas. tapi..bila ada anak cam ni, macam mana nak maintain. all the time, tak boleh duduk diam la jawabnya...stress juga nak memenuhi kriteria OSHA laki aku ni. terkadang terfikir gak aku, laki orang lain cam ni juga ker ek?? well..tension gak dengan orang yang perfecto macam ni. huhu..maaflah suami, aku terpaksa melepaskan keluhanku.

memandangkan suami aku outstation untuk beberapa hari, so aku biarkan rumah dalam keadaan seadanya. tak kuasa aku nak bergerak banyak dalam keadaan aku yang selalu rasa mabuk-mabuk. doktor kata, jangan angkat berat-berat. tapi aku...terpaksa juga mengangkat si kecik ni turun naik tangga flat ni. adalah juga 10kg++ budak ni. memang hari-hari terasa sakit bahu dan pinggang rasa nak patah jer. sampai jer ke tingkat 4, memang terasa nak pitam pun ada. tapi apa boleh buat, nak makan pun aku kena kuar. aku tak boleh nak masak. hidu bau masakan nasi mendidih pun menyesakkan dada aku. muntah dia...hanya orang yang mengandung jer tau rasa sakitnya. actually aku pun dah bosan makan kat luar. dah tak tau apa nak makan dah. hari-hari pening dan bingung fikir apa nak makan. nak makanan berkhasiat?? apa?? tapi kat umah aku plak tak boleh nak masak. how i wish my mum ada...atleast terjaga juga diet pemakanan diabetis aku.

entahlah...aku ingatkan mengandung kali ni ok. mula-mula dulu tak da masalah. tapi makin lama morning sickness ni pun datang menguji aku. tiap hari aku rasa lemah tak bermaya. tak kan hari-hari aku cakap kat laki plak. dia pun tension gak tengok bini hari-hari lembik. sampaikan ada satu hari tu, dia gi belikan aku pati haruan. huhu..siap panaskan lagi. aku hargai niat baik suami aku. "pegi minum pati haruan yang i dah panaskan tu. nanti sejuk, tak sedap." terkejut gak aku. pati haruan?? bukan untuk orang lepas bersalin normal or pembedahan ka??..hurmm..aku tegur la dia. "ni nak bagi aku minum pati haruan ni, nanti i plan nak beranak normal kali ni, tak "buka-buka" lagi laluan macam yang first dulu". tersentak gak dia..."jangan minum lagi lah..nanti kita cari pati ayam pula. takkan tiap kali i balik keja tengok ko tak bermaya macam ni." part ni yang best laki aku...prihatin dia ni boleh tahan la..cuma tu lah, cuma leceh bab kekemasan dan kebersihan rumah jer. phiewwww. ye lah...sepatutnya aku kena berehat atleast 3 tahun atau 2 tahun sebelum kasi si kecik aku ni adik. tapi...bila rasa luka c-section ni cam sembuh, semangat nak ada bb tu membuak-buak plak. nah...kan dah tak larat. rasa sakit kat bahagian tu pun turut terasa juga. cuma diam-diam jerlah...malas nak cerita kat suami selalu. dia pun bosan dengar bini asyik sakit memanjang. kena lah tanggung sorang-sorang.

oklah...panjangnya keluhanku hari ni. nak mengadu pun, pada siapa juga kan?? 
realiti kehidupan.

Friday, April 6, 2012

3rd day daycare

ari ni ari ke tiga mrsd antar anak ke daycare. hurmmm..terlewat sikit. my anak bangun pagi awal gak tadi. tapi lepas mrsd tukar lampin dan kasi susu, dia tido balik. tak nak ganggu tido dia, mrsd bagi ruang untuk dia tido. sementara tu mrsd sediakan beg sekolah, pakaian, bekal dan botol susu dia. hurmmm...semangat betul mrsd. rasa seronok jer sediakan barang-barang si kecik ni. seolah-olah sediakan barangan budak ke sekolah rendah plak. sampai jer kat school dia, mrsd hantar sampai pintu.  biasanya cikgu ambil kat gate. mungkin sebab kami lewat sejam, mereka cuma buka gate dan biarkan mrsd masuk. anak aku nangis juga tadi...ialah, baru bangun tido, terus bawa pegi school. belum lagi kecoh kat umah, dah kena antar jauh-jauh dari mommy dia.

one thing yang mrsd perasan la kat si kecik ni. setelah dua hari berpisah dari mommy dia, dia semakin nakal. berkeras nak buat apa yang dia nak buat. semalam pegi church, huhhhh...tak boleh diam langsung. berpusing-pusing cam cacing kepanasan. bergerak sana sini sampai membuat mrsd hilang sabar. terus menjentik tangan dan pipi dia. kemerahan pula. aiyooo....daddy dia kata pula, biasalah. dulu dia baby, dia tak reti nak buat semua tu. sekarang dia dah jadi budak, banyak idea lah nak bergerak dan buat itu ini. tapi masalahnya, mommy dia yang tak larat nak lawan tenaga kecik yang cam cacing kepanasan itu. phiewww...

apapun, semalam menurut cikgu dia, si kecik aku ni dah boleh menyesuaikan diri. lebih baik dari first day. dia tak nak bergaul dengan budak-budak sebaya dia, sebaliknya nak bergaul dengan abang-abang dan kakak2 yang lebih besar dari dia. ialah..budak2 besar tu reti nak buat dia gelak or happy. budak kecik mana paham apa yang dia nak. haiyaaa....

Wednesday, April 4, 2012

first day daycare

ari ni aku nekad antar mygurl ke daycare. Hari selasa minggu ni tadi, the nanny balik kampung. dont know if she want to come again or back forever. tapi bila memikirkan keperluan diri yang memerlukan masa sendiri untuk focus pada study, terpaksa juga la menghantar dia. pagi-pagi bangun, sediakan beg dia. Baju, lampin, susu dsb segala keperluan. sepanjang perjalanan menghantar dia ke daycare berkenaan hati ni sayu jer. sepertinya aku tak sanggup untuk melepaskan dia pergi.. aku sebolehnya tak nak berpisah dengan mygurl ni. tapi aku tak da kudrat untuk memerhatikannya dan menjaganya sepanjang masa, seorang diri dalam keadaan aku yang tengah morning sickness begini. Plus, aku nak focus pada penulisan thesis aku...dia ni plak tak boleh nak tengok aku ngadap laptop. mesti nak kacau. nak-nak lagi, sekarang ni dia dah pandai memanjat meja. fuhhhh...

boleh tahan mahal juga la monthly yuran daycare si kecik ni. rm450 permonth plus tadi makanan dia bayar sekali  jer for half year, rm100. hurmmm...apa boleh buat. nak cari tempat yang terbaik untuk dia gak. Mahal memang mahal bagi orang seperti kami. pendapatan tak seberapa. tapi, bila difikir-fikir sometimes, kami boleh spend $$ for nothing. atleast hantar dia ke tempat begini dia boleh belajar dan bermain dalam satu masa. Plus, dia orang menggunakan English medium dan teaching mandarin kat budak-budak daycare ni. Tadi, terkejut gak budak-budak below 3 tahun sedang di ajar bahasa mandarin bertulis. fuhhh...aku pun tak lepas weiii...interesting ba tu. apapun, nampak gaya kena la hantar dia hari-hari dari jam 8am hingga 6.30pm. satu lagi jadual anak aku yang perlu aku turuti.

well, untuk anak aku nak yang terbaik. bukan i nak manjakan anak. tapi i nak dia melalui segala kebaikan dari merasa kesusahan hidup yang pernah aku alami. Apapun, semoga dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Cuma ada sedikit kerisauan bersarang di dalam hati ini. ialah...berita-berita yang kurang enak di dengar pasal daycare sedikit sebanyak mengganggu jiwa dan perasaan aku dan suami. tapi..bila lihat cikgu dia, rasanya OK kot dan moga-moga insiden yang tak diingini berlaku kat anak aku. Amen.

mommy love.

Monday, April 2, 2012

tak nak mandi..

ni lagi satu bawaan yang pelik. entahlah..ko orang rasa pelik ke tak?? aku sangat2 allergic ngan air sekarang ni. nak mandi, susah sangat. air mandian yang terpancur dari paip kini mempunyai sejenis bauan yang sentiasa membuatkan mrsd termuntah ketika mandi. dulu elok jer...tak da pun bau air. tak tau kenapa sangat2 sensitif hidung ini. sampai suami pun kata, " apa yang orang suka, ko tak suka. apa yang sedap, jadi tak sedap. yang tak sedap jadi sedap. terbalik sungguh". huhu...kalau bab2 mandi, memang liat mrsd nak gerak. masuk bilik air cepat jer...tak boleh tahan lama sangat dalam bilik air. hati tak tenang dan jiwa bergelora.. peliknya bawaan anak yang satu ni. hadoiii....