Tuesday, April 16, 2013

Kerja Kerajaan

related dengan title entry...ekoran dari post aku yang terdahulu entitle TERBEBAN DAN BEBANAN. pastinya ada juga yang mungkin tersinggung bila aku cubit sikit sikap pekerja kerajaan kita. Tapi perlu diingatkan, bukanlah aku nak kata semua lagu tu. tak semua...dulu ayah aku pun pekerja kerajaan. tapi gaji tak naik menegak dan melintang cam orang lain yang kaki bo%^&*. Sekolah ayah aku tak ada tukang kebun ataupun tukang potong rumput. Ayah aku seorang guru juga guru besar sekolah rendah kerajaan. Aku respect abis dengan beliau...bukan aku nak puji ayah aku. tapi cuba you all gi ke ex-school yang ayah aku ajar. cuba tanya depa apa kata orang kampung pasal ayah aku.

seawal pagi, beliau sudah bangun gi potong rumput padang sekolah. Begitu juga dengan tandas sekolah yang asyik tersekat. tak tau budak sekolah time tu berak batu or berak kayu. huhu..bayangkan ayah aku terpaksa kasi lancar tu saluran tandas dengan menyeluk walaupun berbalut plastik konon-kononnya. tapi aku yakin mesti ada juga yang tertempias kat tangan beliau. Kalau you ols or orang lain lah..sanggup ke tak buat keje seumpamanya?? Ayah aku tak ada orang monitor pun...tapi dia buat semua kerja sekolah macam dia yang punya. sekarang terfikir-fikir...orang lain dok naik gaji, ayah aku lagu tu juga. kesian juga di hati...thats y aku kata tak semua pekerja kerajaan yang curi tulang tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

tapi kita sedia maklum dan terbiasa juga dengar statement orang,kan?..."biasalah pekerja kerajaan". dan aku pun pernah terdengar dengan telinga aku  ni pekerja kerajaan berkata, "kalau tak puas hati or nak complain jangan datang sini, pegi sana swasta". maknanya swasta lebih baik dari kerajaan la tu kan? abis..tak bolehkah pekerja kerajaan jadikan standard mereka setaraf dengan pekerja swasta? Bukan mereka bekerja tak bergaji...kerja bergaji, apa. sound cam kerja free jer bunyinya. hadohh...

jadi kepada yang tersinggung..jangan ambil hati. jadikan iktibar. bukan aku sorang jer berperasaan begini..kalau tak, takkan ada doktor yang dikenakan tindakan undang-undang pasal kat luar ramai pesakit manakala kat dalam doktor sedang baca news paper oleh menteri.(aku pun lupa kes tersebut tahun bila). Sama kesnya dengan lawatan aku dan beberapa orang sahabat ke sebuah pejabat. sunyi jer pejabatnya. semua khusyuk ngadap komputer, as if semua buat keja. tapi dari kejauhan kami dapat lihat skrin komputer depa tak asing lagi skrin facebook. huhhhh!! kami tak di layan langsung...sedi tak sedi...

aku bukan kutuk. tapi...fikir-fikirkanlah!!


No comments:

Post a Comment