Wednesday, March 28, 2012

tido perut kosong

kesian my anak. memanglah tido dalam buaian apabila kerap dibuai. takkan nak kasi dia tido sampai petang tanpa makan nasi kot. kita yang dewasa ni pun pandai lapar. apatah lagi budak kecik cam my baby. mana tau nak cakap yang dia lapar. nangis jer lah..tapi dok syiokk tengok tv, tangan terus membuai yang lantasnya memaksa si kecik tido dalam keadaan perut kosong. hangin jer aku.  "kejutkan budak tu..takkan nak biarkan dia tido dalam keadaan perut kosong jer kot?" aku separa menjerit dari dalam bilik. makin menjadi-jadi nih..tak suka. 3.21pm.

ayam kampong

pagi ni mrsd rasa Ok sikit setelah terjaga dari tido. semalam mrsd tido awal. pening kepala. nak tengok cerita jam 9pm pun tak leh. coz suami tengok cerita raja monyet tv8. hurmm..actually, kepala aku dah sakit pun. cuma cam nak kuatkan semangat duduk tercongok depan tv nak tengok liyana jasmay nyer lakonan. cam best bah..tapi terpaksa mengalah ngan laki. so, aku masuk bilik, bedebummm..terus tido. baby pula kat luar bermain dengan nanny. dalam jam 11++ suami masuk bilik tido. ditegurnya aku..hurmmm...malas aku nak layan. actually dia minta aku urutkan kepala dia. mungkin bila aku tak da response, dia tau la kot yang aku tak berapa sihat kepala otak aku ni. dia plak picit-picitkan kepala aku. rasa lega...tapi kejap jer. si baby masuk bilik. ditolaknya tangan ayah dia yang sedang memicit kepalaku. dipusingnya mukaku mengadap dia, terus cium-cium muka aku. hamboiii..sayangnya anak aku kat aku, bukan main lagi yer...jeles bah sebenarnya tu coz daddy dia kasi muka kat mommy. so, suami nak borak-borak pun aku tak layan langsung. dingin. bukan sengaja, tapi memang sangat sakit kepala. malas nak fikir. nak tido pun payah sebenarnya. tapi aku buat-buat pejamkan mata mencari mimpi. 

pagi ni, bila rasa OK aku plan nak gi breakfast ngan suami plak kat kedai  mamak tepi pejabat dia. makcik makan thosai kosong and teh O. lepas tu, gi Digi. potong smart plan digi internet makcik..dah tak nak dah bayo bulan rm 49 semata-mata untuk fb jer. kat umah pun dah ada broadband. as if fb sangat2 penting dalam hidup plak. ditambah dengan call n sms. naknya mencecah gak 100++ bill makcik. so, hari ni makcik tukar plan rm48 sebulan utk buat panggilan jer. pakai ke tak pakai ker, tetap rm48 juga kena. kecuali kalau terlebih rm48 tu, dia tambah charge cam biasala. tapi tak lah serugi aku melanggan digi plan. dah hp ada wifi, gi restoran ada wifi dah boleh online dah..apala gunanya bayo bulan2 rm49, tu kan?? hihi...lepas tu makcik gi ambank plak. gi check harga insurans n roadtax. owh-owhhh tak lama lagi due date suda wa punya roadtax ler...

dari ambank ke pendamar plak. gi beli ayam kampung segar u. pilih ayam, sembelih dan tetak depan mata. balik umah, makcik terus masukkan ayam tersebut ke dalam chicken steamer. nahhh...sekarang, makcik bolehlah makan sup ayam kampung yang dicampur dengan herba2 lebihan time beranak dulu. makcik kena buat cam gini utk restore energy makcik ni ha. setiap hari lembik tak bermaya. rasa tak best gituuu..mahal gak ayam kampung sekilo ek?? rm12. tadi makcik beli rm20.40 seekor. aku pun tak tau sangat apa khasiat ayam kampung ni..cuma bila nampak badan si ayam, ianya agak keding berbanding ayam daging la..hadadaaa...tak per lah. kata nak sihat, kan?? hehe...ayam bermacam jenis ayam. 

geram betol

ni ha..makcik tengah bersemangat nak install adobe photoshop dan illustrator kat lappy makcik ni. ada ka pula si nanny datang bawa baby ke dalam bilik. dibiarnya si baby bergentayangan kat belakang aku yang membelakangkan budak tu. apa lagi..bedebup budak tu jatuh. panas jer hati ini. itu untuk kali pertama...kali keduanya, dia just cakap, jangan baby...nanti jatuh. budak tu, paham tak paham dia mana mengerti. mana la dia ingat jatuh tu sakit ke tak. betul-betul budak tu jatuh kali kedua. tersembam kat kotak yang bersebelahan dengan mrsd. fuhhhh...mrsd dah tak leh nak menahan hati dah. "ambik budak ni..aku ni tengah buat kerja", kataku keras. jarang sekali aku memarahi dia ni. selalu aku makan dalam jer...baru dia bawa si baby kuar dari bilik. ingat aku dok suka-suka kot ngadap lappy ni. selalu nak datang 'nyibuk' if aku ni buka facebook. tak suka sangatlah sikap cam ni...sometimes, tak da privacy langsung. lebi-lebi daaa....ishhhh. geram betolllll. kang pukul 2pm mula lah tercongok depan tv nonton puteri yang ditukar. bersambung sampai jam 7pm cerita anugerah.. tegur salah, tak tegur pun salah..gerammm dan fanassss!!! aku rasa aku dah cukup sabo dah ni. huhu..semalam aku kuar antar adik balik tempat dia. bila aku pulang, aku tanya. "dah bagi ubat kat baby ker?" selamba jer geleng kepala. belom. hangin tak hangin aku. takkan tiap kali aku nak pesan plak. now, 2.05pm. know what, anak aku belom makan lagi tu.... bukan lauk ke apa ker tak da dalam peti sejuk utk buat lauk kat baby. bagi pun bubur kosong jer...mana la budak tu nak makan. bila aku bagi dia makan kat luar, boleh habis sepinggan nasi orang dewasa dimakannya. dia boleh plak kata, "time dia nak, memang macam tu la dia makan." aku terus jer potong..."budak ni, kalau takda lauk, dia memang tak nak makan.". tapi diulang juga perkataan tu. hangin jer aku...macam dia tau segala-galanya plak. lawan towkey nihhhh!!!

Tuesday, March 27, 2012

aku penat mengidam!!

ya, terlupa nak dokumentasikan hal yang satu ni. mengidam. hadoiiiii lah. this second preggy sangat mengada-ngada. sebelum disahkan mengandung dah ngidam nak makan itu ini...teringat lagi ajak mrd gi makan Nandos kat jj bukit raja. ada sejarah plak kat situ, satu supermarket gelap gulita. maka makan dalam gelaplah kami. ishhh...tak cukup dengan itu, nak balitong pedas kat port klang. sambil makan balitong tersebut, sempat aku cerita kat nanny, siput ni lah yang aku nak sangat makan time aku ngandung si lolo. sampai termuntah kat tayar kereta. rupa-rupanya, aku mengajak hubby ke tempat kejadian merupakan ulangan bahawa si lolo pun bakalan dapat adik. hadeiii...kendian nak makan sejenis ikan di sarawak. ikan sungai yang dikenali sebagai "atuk lawek" or "masik lawek". yang ni....tak boleh termakbul langsung. aku suh bapa bawa dari sarawak, jarang pula orang dapat ikan berkenaan, katanya. bapa suh aku gantikan dengan ikan patin. hurmmm..tak teringin pun coz  atuk lawek dalam ingatan. kemudian, nak makan bak kut teh....selagi tak menghirup kuah panas bak kut teh, selagi itu aku terasa-rasa. dan...hari ini, satu lagi makanan yang agak sukar aku dapati disini telah mengganggu ruangan minda aku ni. Nasi kerabu. owhhhh...sedapnya. kenapa agaknya ya, time ngandung...kita nak makan benda2 tertentu dan imaginasi ketika memakan benda tersebut sangat menyeronokkan, sedap dan harus untuk di telan. susahhh weiiii..i m sick of this kind of craving. kalu mudah dicari, tak per. ni...nak dapatkan kat mana ek???? dan ko orang nak tau...selagi tak makan menda tu, dalam hati terasa sangat kecewa, terkilan dan mudah terasa hati. ya...cuma aku tak tunjuk sangat kat suami. ye lah...mesti suami aku kata aku mengada-ngada nak itu nak ini. hakikatnya tidak...its come out of sudden, OK. tak di rancang. huhu....aku pun tak nak mengidam2 nih. dulu time si lolo, tak seteruk ini apa yang aku inginkan. relax jer...nak kenny rogers la...nak kfc lah...nak mcd lah...kan senang cari semuanya tu. bawaan budak....bawaan budak. sabar jer lah aku. huhu ni baru first semestar...how about second and third semestar nanti?? peninggggg3.


kalau beginilah gayanya

hurmmm...tajuk entry yang agak mengeluh. satu keluhan yang berat dan deras dilepaskan ketika mrsd terfikir apakah tajuk untuk entry kali ni. ya...dah jarang dah mrsd nak mengupdate mrsd nyer blog ni. uols tau la...ibu mengandung first semestar lah katakan. ada-ada jer yang tak kena pada tuan punya badan. sakit pening letih dan sebagainya. mrsd nyer lappy terdampar kelesuan di atas meja. sikit pun tak berjaya untuk menggoda mrsd untuk 'meraba-raba'nya. haha... pernah mrsd terbaca blog seseorang. mrsd terlupa blog yang mana satu, bahawa ada kalanya seorang ibu akan allergic pada lappy or pc. mungkin benar kot. coz mrsd pun terasa-rasa cam gitu gak. tak berminat langsung nak online pun. sesekali tu adalah. selebihnya, mrsd lebih banyak berbaring, kelesuan gitu. pening kepala yang tak sudah-sudah plus loya yang tak abis2. terlalu sensitive dengan bau-bauan persekitaran. last nite mrd suh mrsd masak mee goreng sedap. dah terbayang dah bau yang bakal menyelubungi seisi rumah. hadoiii..busuk sangat ker bau mee goreng sedap tu?? tanya sang suami. aku tak tau nak cakap apa. memang pelik juga deria hidu aku time ngandung2 ni. tu yang mrsd lebih banyak menyorok dalam bilik tido dari duduk kat ruang tamu. bau masakan jiran boleh menceroboh rumah kami. maka ueeekkk2 la aku. sampai satu ketika aku tak boleh nak hold aku nyer muntah, terblueeekkk kat verandah jiran. apodaaa....tu arr. sapa suh masak beriya sangat. busyuuukkk!!! though sebenarnya wangi, time aku tak ngandung la. heee

berbalik pada entry. kalau beginilah gayanya....nampaknya aku kena membuat perancangan keluarga 2-3 tahun lagi sebelum mendapat bb yang ke-3. coz niat di hati nak cukupkan korum 4. kali ni rasanya mrsd sangat penat. sangat pening. dan banyak sangatttttt.....sampai mrsd rasa, keseronokan preggy mula pudar. huhuhu....bukan bermaksud mrsd tak suka nak preggy tau. cuma 'side income' kepeningan dan kepenatan mengusung si kecik ni buatkan aku rasa agak tension..huhu...ko orang faham ker apa yang aku maksudkan ni.   lagi-lagi aku tergolong dalam kod-merah(pada buku kehamilan). maksudnya, agak berisiko juga kandungan kali ni. cuma, aku berdoa, semoga yang baik-baik saja yang bakal aku lalui dan tempuhi sepanjang 9 bulan 10 hari membawa si kecik yang belum lagi menampakkan diri di screen scanning. hope u doing well, in there little darling. mommy cant wait to cuddle u and to kiss you!!

k lah. mrsd nak rehat dah ni. pening kepala dan sakit tengkuk. kalau la ada insan yang sudi memicit-micit bahu dan kaki mrsd ketika ini.  ohhhh nikmatnya!!.....phiewwww.

Friday, March 23, 2012

Anak sakit lagi

jam kat lappy dah menunjukkan angka 4.02am. mrsd still terkebil-kebil layan fb. hurmmm..bukan fb mrsd punya tapi mrd punya fb. well, mrsd dah masuk share ngan suami dah...sharing is caring. hihihi ada ka orang buat cam gitu ek?? apa yang dipost kat wall suami adalah pesanan dari si isteri. mesti orang pelik tu. tapi mrsd (mmyLolo) after post update kat wall mrd. so, pandai2 ko orang lah nak nilai, ni laki dia ker bini dia yang post ni. hahaha...

sepagi begini mrsd tak dapat memejamkan mata. tadi si kecik muntah. sangat kesian pula melihat dia yang agak terseksa nak batuk. rasanya ada kahak mengeras kot kat kerongkong dia. everytime nak batuk, dia menangis. cam penat jer dia nak batuk. plus, dia tak pandai nak batuk pun. hadoii...nak makan pun tak lalu beberapa hari ni. makan sesudu dua, terus muntah balik. nasib baik menyusu dan minum air kosong boleh lepas. semalam mrsd dah bawa dia ke klinik. doktor kasi ubat demam, ubat batuk dan antibiotik jer. tak tau cam mana nak request untuk cairkan kahak dia. dahla sebelum batuk menjenguk, dia demam panas. rupa-rupanya gigi nak tumbuh..tido dia pun tak menentu. tengah malam menangis sampaikan mrsd risau yang teramat sangat. apa taknya, budak ni sampai menggigil-gigil tapi rasa badan dia sangat panas. lantas mrsd kejutkan suami bawakan dia ke hospital. konon-kononnya, kecemasan. hampeh....cemas lah sangat. 2jam30minit juga menunggu. hadoii.

dah sembuh yang satu tu, sekarang penyakit lainnya pula menjenguk. pity little gurl. tido asyik merengek-rengek. tubuh aku ni beberapa kali dah bermandikan muntah dia. sekarang baru terasa beratnya tanggungjawab menjadi seorang ibu..ditambah pula dengan keadaan diri sendiri yang sarat dan melalui morning sickness begini. dengan peningnya..dengan loyanya...lemah....phieww. betul-betul satu cobaan dan cabaran buat mrsd. kekadang kesabaran mrsd hilang gak. ialah...bila diambil, menangis. diletak meraung. tak tau apa yang perlu dibuat. rasa nak naik jer penampo kat muka si kecik...huhu...ialah, mrsd sendiri tengah melayan rasa yang kurang menyenangkan pada diri sendiri ditambah pula perangai si kecik yang "macam" mengada-ngada. well, aku tak berniat pun nak menampor dia. huhu...saja kata2 ganas terkeluar tatkala kesabaran sudah sampai ke kemuncak.

oklah, mrsd nak membaringkan diri. jam 6am kena antar adik mrsd keja plak, kat hospital. ari ni mrsd ajak dia datang bermalam di umah mrsd coz mrd gi outstation. ye lah, anything happen, ada gak orang yang berpengalaman bersama dengan mrsd. ada juga perasaan lega ditemani oleh seorang missy. hehe... k lah, nak tido dah ni. 

thanks la kepada sesapa yang follow2 mrsd nyer story-mory... =)
peace.

Saturday, March 17, 2012

The journey

today is saturday. sepagi 3.40am mrsd dah bangun dah. si kecik merengek-rengek. rupa-rupanya nak tukar lampin dia. kendian, kejutkan adik i coz ari ni dia balik miri. semalam dah antar dah gi lcct. malangnya, terlepas sempadan Klia menyebabkan kami tersasar ke seremban. hadeiii. punya jauh nak U turn balik. terpaksa U turn after tol. bila sampai kat airport, dah tak boleh nak check in pula. phiewww...geram pun ada, marah pun ada. macam mana boleh terlepas. aku drive tp follow dari belakang jer. menyesal rasa hati coz tak nak kejutkan suami untuk bawakan. mrsd nak dia rehat coz dia bekerja in the morning. so, mrsd bergantung harap kat abang mrsd. disebabkan mrsd tak nak terlepas pandang buntut kereta abang, mrsd pastikan jarak selamat dengan abang. mrsd tak tengok pun signboard dah...walaupun mrsd dah jumpa simpang tersebut, tapi dalam ingatan, mungkin abang ada jalan lain lebih dekat. mana tau....dia terlepas. kejang gak rasa perut dan tulang belakang mrsd memecut apabila berpatah balik..mrsd mengomel sepanjang pemanduan. hurmmm...bila terjadi cam gini, barulah aku terasa my husband is truly hero. he never make silly mistakes. well, dah husband ni ala-ala mr. perfect dalam segala sesuatu yang dia lakukan. hehe... hari ni, dia yang jadi driver. kami sampai kat lcct sejam lebih awal. lega rasanya.

emak bapa mrsd pula akan balik isnin depan. mereka pun sebenarnya dah tak sabar nak balik kampung. banyak urusan, kata mereka. terpaksa membeli lagi ticket penerbangan lagi. first ticket dah burn. hadoiii..happy la airasia mendapat derma dari depa. tapi nak buat cam mana...dah berlaku. well, setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya. redha jer lah.. bapa pun asyik2 sakit jer. kejap2 badan panas. demam. so, atleast boleh gak dia berehat sekejap sehari dua ni. Lolo pun boleh bertemankan abang saudaranya. bukan main gembira dia ada kawan. berkejar-kejaran mereka berdua. happy gak mrsd apabila mendengar gelak ketawa si kecik yang kedengaran cam geli hati yang bersungguh-sungguh. syukur, tak lama lagi ada la teman dia. hopefully jadi kakak yang baik, yer sayang mommy.

mrsd pula, still begini. tubuh badan rasa lemah tak bermaya. rasa rimas gak. hadoiii...pening. tak tau penat apa  tah... sakit memanjang jer rasanya. mrsd kuatkan juga diri ni. tak nak ikutkan sangat. tapi, bila "berdegil", mrsd mula nak muntah2 pula. katil terpaksa menjadi sandaran. sangat bosan. huhu

Friday, March 16, 2012

no daily update

sorry uols,
mrsd dah tak berapa rajin nak mengupdate any entry beberapa bulan semenjak mrsd dah "berisi" ni. rugi memang rugi coz banyak peristiwa penting dan memory yang perlu didokumentasikan pada diary alam maya ni. tapi apa boleh buat, keadaan mrsd sekarang tak mengizinkan. suami kata,mrsd ni "manja" sangat time pregnant ni. ialah...sakit sana..sakit sini...hamboiii..bukan main sedap, mengata aku, yer?? hurmm...mrsd nak kuatkan diri pun nak buat cam mana. loya. rasa segala tulang temulang lembik semacam. tak cukup dengan itu, pening pula menjenguk. ditambah lagi dengan sensitive terhadap bau-bauan yang menyebabkan aku muntah angin. sangat sakit uols. sampai nak pitam rasa time muntah. jadi, mrsd banyak berbaring dan berkurung dalam bilik tido sepanjang hari. nak buat itu ini pun memang takda semangat langsung. diam terpaku jer atas katil. mula-mula dulu,mrsd happy sangat. yahooo..kali ni kandungan tak seperti terdahulu. no morning sickness. so, mrsd dengan riang ria ke sana ke mari. tapi rasanya, minggu demi minggu mrsd tak boleh menghidu sebarang bau-bauan yang boleh bikin  muntah. actually bau wangi, bah. tapi hidung aku antar message kat otak, bau busuk. huhuhu...teruk,kan? kekadang mrsd marah gak coz sometimes mrd cam tak faham akan keadaan diriku...terdetik dalam hati, "cubalah ko rasa apa yangku rasakan sekarang ini." huhuhu... ialah, sometimes, mrsd tak bergerak langsung dari katil. tak tido pun.cuma, berbaring dalam keadaan tubuh yang lemah tak bermaya. sangat tak besttttt. hopefully after first semestar kandungan ni, keadaan ini berlalu. tak tahan woooo. huhu

so, kepada sesiapa yang sudi-sudi mengikuti kisah hidup dan coretan mrsd, harap maafkan mrsd, ya. keadaan memaksa mrsd. hormon plak tengah swing2. moody. sensitive--mudah terasa hati. biasalah tu, wanita mengandong bah!!

deactivated FB

merujuk kepada title entry di atas, mrsd dengan ini mengumumkan bahawa fb mrsd sudah deactivated. maksudnya, sudah tidak kelihatan lagi di ruangan fb. atau dengan erti kata lain, mrsd "ghaib"kan dari pandangan semua. well, ini bukan untuk selama-lamanya, tapi untuk satu tempoh waktu tertentu sehingga mrsd terbuka pintu hati untuk kembali bergiat semula di laman muka buku. banyak sebab mengapa mrsd kena tutup dulu  cerita di laman muka buku. most of all, mrsd tak nak connected dengan sesiapapun except through sms or phone call. malas mrsd dari merasa "terikat" dan "mengikat" diri dari laman muka buku ni. balik2 nak update...balik2 nak baca latest update orang. mrsd nak tolak tepi sementara waktu. mrsd nak bagi tumpuan pada perkara yang memerlukan keutamaan di dalam hidup mrsd. so, jangan panik. sesiapa yang mengenali mrsd or yang nak menghubungi mrsd, do not hesitate to call me or sms me K.

with loves,
mrsd.

Friday, March 9, 2012

sepi

tak tau apa yang harus diperkatakan. layan fb. semuanya membosankan. tiada isu yang menarik hati untuk di diskusikan. cuma...hari ni tertanya-tanya akan seorang kenalan. yang sebenarnya pernah satu kelas dengan mrsd. siapakah gerangan tuan punya nama. tanya jawab. tanya jawab. ohhh..rupa-rupanya rakan senakal dan sewaktu denganku ketika aku di tingkatan lima. hehe....kecik dunia. tapi malangnya, sebelum itu aku cuba cam muka tuan punya badan. sungguh berbeza...dulu dia agak plum n chubby2 meanwhile mrsd pula miliki badan ukuran pramugari, itu cikgu sains aku yang kata. cikgu shah jahan. hahaha....sekarang, member aku ni, dah kurus. totally transform. muka jadi lain dah...badan slim jer..wah2...steady ehhh. memang betul. kalau orang berisi ni dah mula slim, memang muka pun transform jadi ayu dan cantik gitu. ho ho ho...bila dah gedempol cam aku ni...tak tau tang mana lagi nak dipanggil ayu. saja nak sedapkan ati, "terasa diri cute" jer lah. haha... selamat bertemu kawan.  

apapun, mrsd malas nak mengupas isu pada pagi ni. rasa lemah tak bermaya. hari ni, adalah hari sunyi sepi buat mrsd. makanya, aku dan tilam pastinya "bersatu". hurrmmmm....rasa ini sungguh tak menyenangkan. nak tido dan berbaring pun dah bosan. nak duduk or buat something, badan rasa lemah2. tak da semangat langsung. hadoiii...parah2.

Thursday, March 8, 2012

BE nuffnang bayar yuran pengajian

Bio betoiii....hurmmm...andailah kata Nuffnang bermurah hati menyedekahkan BE kat mrsd sekarang ini, tentunya mrsd gunakan wang itu sebaik mungkin.  Mrsd nak bayo yuran pengajian mrsd. rm1,130. banyak tu...mana nak cari ek?? yuran untuk satu subject jer tau..hadoii...hampehhh...jauhnya mrsd berangan...cam tunggu kucing bertanduk jer.  sekarang ni BE mrsd langsung tak  bergerak pun. amount tu juga terpapar kat situ. nak cash out pun tak boleh...tak cukup2 lagi. hissii...sunyi sepi  mode...dulu seposen lima sen pun boleh membuat hari mrsd cukup ceria. hurmmm..nampaknya mr.Nuffnang dah tak nampak blog  mrsd kot.....sedih mode. memang tak mengharap pun masuk riban-riban. atleast biarlah akaun mrsd kelihatan "hidup", ada pertambahan sikit-sikit kesinggg kesingggg tu dalam setiap minggu. sekarang tak gerakkkk langsung...statik gitu.  cam kecewa juga la...ialah..siapalah kita ni, kan Mr.Nuff. dah tak sudi jeling kat kita walau sebelah mata pun. huhu..

Bawaan

peliknya mrsd rasa preggy kali ni. bila lapar, boleh sampai menggigil-gigil. bila dah terlebih waktu makan, makan pun rasa tak lalu dah. makan separuh jer. sedih gak tengok nasi dan lauk pauk, tak nak membazir punya pasal, mrsd kuatkan hati utk telan jer makanan tu. habiskan. sambil melawan rasa dari mengeluarkan semula. rasa cam telan pasir jer...errkk, mrsd tak pernah pula menelan pasir. hehe.. telan-telan tanpa menikmati kesedapan makanan. dan...mrsd ingat, mrsd akan OK berbanding kandungan sulung. ternyata sangkaan mrsd meleset. mrsd tak leh menghidu bau bawang  yang digoreng. OMG!! seluruh isi perut rasa tertarik jer, membuak-buak nak kuar. nak dengan itu, mrsd rasa nak pitam, lemah dan tak bermaya. walaupun tak buat menda-menda yang memenatkan, tapi asal jer nak blueeekkk, aku rasa cam penat sesangat.. sehari dua ni aku "paksa" nanny untuk memasak. manakala aku kuncikan diri dalam bilik tido. tapi bau2an tu still juga boleh menceroboh masuk. huhu..pening kepala dan loya aku dibuatnya. hadoiii...teruk juga rasanya kali ni. bila keluar dari rumah lagi lah. bau pelbagai masakanan, india, melayu dan cina jiran tetangga membuatkan aku blueeekkkk. hishhhii. sangat2 tidak menyenangkan.

Mimpi

kata orang, mimpi itu mainan tido. tapi...apabila hampir setiap kali berlayar di dunia fantasi, mrsd pasti akan bermimpi. dan paling membosankan, mimpi-mimpi tersebut mendebarkan dan menakutkan. hari ni, mrsd bermimpi lagi. tapi, biar mrsd singkatkan cerita mimpi tersebut. sangat banyak selok-beloknya mimpiku itu. sekejap ke sarawak, sekejap ke semenanjung. hadoi..tapi mrsd pilih part yang kasi nervous mrsd. Ya, mrs mimpikan kawan-kawan mrsd suka-suka nak rakamkan ketakutan mrsd terhadap ulat. dan ulat itu sungguh kelihatan menjijikkan. apalagi, memang mrsd meronta-ronta kepenatan. menangis yang meraung-raung...depa pula seronok jer melihat aksi mrsd. huhu..dan akhirnya mrsd terjaga. terasa penat jugalah. nasib baik juga terjaga, kalau tak, suami pasti akan ketinggalan untuk urusan penting. memang pun dah lambat 40 minute tu dia. dia memang mrsd kejutkan dah 6.30am. tapi katanya nak bangun 7am. so, mrsd pun mengambil tempat di sisi beliau. rupa-rupanya mrsd pun tertido sama sehinggalah mimpi-mimpi menjelma bertukar ganti. well, nak ceritakan kat uols, pernah mrsd tak berani nak tido malam. coz malam2 mrsd diganggu oleh mimpi-mimpi yang dahsyat dan pelik. jadinya, waktu malam mrsd berjaga, siang pula mrsd tido. pelik pula time tu, tido siang, mimpi tak seteruk tido malam. apakah???? anyone can explain?? or...mungkin sebab mrsd dah malas nak say good nite prayer sebelum tido kot. jumpa jer bantal, terus zzzz. tu yang di ganggu oleh "cobaan" dalam mimpi tu. aiyakkk...sometimes suatu ketika dahulu ketika 'insomnia" menimpa diri, mrsd amalkan juga petua cuci kaki sebelum tido tu...sometime menjadi, sometime tak. tetap gak mimpi...hadeehhhh. terasa cam tengok tayangan movie plak. dan pelakon utamanya dalah aku..huhu


hehe..actually pagi ni pun suami mimpi gak. tu yang buat mrsd terjaga jam 6am sebelum bermimpi si ulat kuning. suami siap tendang-tendang kaki mrsd menggunakan tumitnya. sakit, uols. kemudian, tangannya pula menepis-nepis anak perempuannya sehingga si kecik menangis. aku yang geram, tendang balik betis mrd coz  bila mrsd panggil dia macam tak dengar dan sepertinya lost..manalah tau, tak pasal-pasal menumbuk si kecik yang menepis balik tangannya yang kasar mengenai kaki si kecik. hadoiii...parah ni.

Monday, March 5, 2012

Fasha dan Jejai VS Leeya

aku terbaca entry bloggers pasal pasangan kekasih ni.ishhh..pepagi cam gini, emosi aku tercalar dek canangan perkahwinan depa.  entah kenapa aku terasa emo pula ek?? ok bah, kalau dia orang kawen. dari berkawan memanjang dengan isu kontroversi yang tak sudah-sudah. tapi masalahnya, kenapa aku pula yang emo. tak suka dengan perkahwinan mereka?? sorry, fasha. aku tau ko tak bersalah walau sebesar zarah pun kat aku. tapi aku tetap tak suka. kenapa yer?? hurmmm...mungkin aku dipengaruhi emosi aku yang membenci tagline "kebahagian di atas air mata orang lain"  kot. sama halnya case memey and norman hakim dulu, termasuk gak Dato' CT.  sekarang, aku dah tak ikuti or nak tahu menahu dah pasal depa..menci..menci...cuma Dato' CT tak jadi nak menci pula... ada bias sikit di situ. haha...cair pula pabila tengok keayuan dan kejelitaan dia. plus dia sepertinya bukan seorang wanita yang mengada-ngada. low-profile biarpun mantopppp. entahlah..apa2 jer lah!!

anddd...Leeya ni pun satu hal. respect abis lah dengan dia ni coz begitu berani membuat keputusan kawen muda. kalau tak silap mrsd umur dia 23 tahun ketika itu. mrsd membayangkan diri sendiri ketika berusia 23 tahun. weiiii...aku takut nak kawen dan berkomitmen. usia itu masih lagi zaman kegemilangan remajaku. tak terfikir pun nak kawen-kawen nih. setakat bercinta tu, adalah. thats y, anak orang dah teruna dara, anak aku umpama anak buah vs auntie2. padan muka aku. choosy lah konon2nya. blueerkkk....sometimes aku terfikir gak, napa perempuan muda sekarang cam "gelojoh"  jer nak kawen ek?? dah sampai seru,, nak wat cam ner??..... tabik springlah kat ko orang atas keberanian itu..but then, bila dah bercerai-berai cam gini, what say you?? tak da jodoh??...hurmmmm...well, tak mudah juga untuk mengadjustkan diri dengan pasangan hidup ni. tahun pertama hingga tahun ketiga perkahwinan, masih boleh lagi nak terima pasangan seadanya. selepas daripada itu, dah mula membebel, complain, itu tak kena, ini tak kena....dua insan nak hidup bersama selamanya. tapi kalau tak da persefahaman??? entahlah...kes berat juga ni.

ishh  napa lah aku sibuk hal depa nih...kabut.

Dia buat perangai

seawal 4am mrsd terjaga. si kecikku nak menyusu. mrsd kasi. tapi malangnya, mungkin si kecik tertidur, lalu digetapnya puting susu ibu. huhu..sakitnya, bukan main. terasa cam putus jer. lalu aku menariknya dan mengalih badanku dari mengadap si kecik. apa lagi, subuh-subuh dia meraung-raung. aku buat tak layan jer..but then, sampai satu tahap, coz dia nangis emotional sangat, sampai tersedak dan nak muntah-muntah. nasi dan susu basi terkena badanku. pada awalnya, daddynya pujuk gak suruh dia tido. mungkin melihat tiada response dariku, tangisan dia menjadi-jadi. tapi bila dah tersedak, hati aku tak senang. ingat nak mogok tadi. terbatal plak... aku yang membatukan diri terus bangun sepantas kilat dan terus merampas dia dari daddynya. aku menepuk-nepuk belakangnya supaya dia betul-betul keluarkan muntah tersebut. Nasib baik adik aku pernah ajar cam mana nak tepuk belakang kalau budak tersedak or tertelan something.  aku takut dia lemas coz bila dia menarik nafasnya sambil menangis, muntah tersebut cam stuck kat anak tekak dia. memang susah untuk bernafas.  i know how it feels. cepat-cepat suh daddy dia suis on lampu. dia still nangis dengan nada sedih mode yang teramat sangat. huhu..mungkin terasa aku tak pedulikan dia kot.

hadoiiii..menyesal pula dalam hati coz biarkan dia layan terus-menerus tangisan dia tadi. muka dia kelihatan pucat. terus aku memeluknya. perasaan serba-salah sangat2 menguasai diri. kemudian dia sandarkan kepalanya di dadaku after settle hal muntah-muntah dia. kelihatan lemah. lantas aku suakan lagi putingku buat dia. (puting=ko orang jangan terasa lucah pula bila aku guna perkataan ni. biasalah ibu-ibu yang bf.) dia menghisap bersungguh-sungguh. bila keadaan agak reda, aku cakap kat dia. "bb, mommy tukar pampers ok?.' berulang-ulang. then, dia lepaskan susunya. dia faham juga tu. time aku tukar lampin dia, dia siap angkat kaki lagi. lepas tu aku pakaikan dia seluar. dia tahu angkat kaki, satu-satu masuk ke lubang seluar. sambil berbaring dan seolah-olah mengharapkan aku sambung aktiviti penyusuan. kemudian aku tukarkan bajunya pula. dia nangis sekejap coz aktiviti tergendala. bau masam dan busuk susu basi yang dimuntahnya membuat aku sedikit mual. lepas tu, aku gi buatkan susu botol dia setia pula menanti. tak menangis. then, aku bagi susu botol, kejap jer dia hisap. owhh..dah nak tido dah, bisik hati kecilku. aku pun mengambil tempat di sisinya. dia menangis pula. dia bangun dan nak aku memeluknya. dan kami duduk berpelukan untuk satu tempoh agak lama. kemudian aku perlahan-lahan baringkan dia...dia nangis lagi, nak aku peluk juga. apabila keadaan dah ok, aku slow talk ngan dia. "bb tido dengan teddy bear ni k", kataku sambil menepuk-nepuk bantal yang bercorak teddy bear. dia cam akur. itupun, aku berbaring dan menepuk-nepuk dadanya. apabila mendapati dia dah mula berlayar ke alam mimpi, aku punya mata pula tak nak terpejam. 

lantas aku mengadap lappy ini. aku nak catat keadaan atau pengalaman ini. setiap sesuatu yang terjadi dan dilalui bersama si kecik adalah berharga and i dont want to miss a thing.  tadi sebelum tido, aku berposisi mengiring mengadap dinding coz meletak bantal di bawah perutku. dia menarik rambutku agar aku mengadap ke arahnya. bila aku buat deq, dia gi cium pipiku. tapi still aku buat deq. last-last, dia menampar-nampar kepalanya sambil melihat mukaku. huhu...sedih aku. sampai begitu sekali dia mencari idea untuk mendapat perhatian dariku. terus aku mendakapnya dan menyusukannya. hadoii... mana tau, jam 4am ni pula dia buat perangai cam gini. aku sangat risau kalau-kalau #penyakit misteri#nya kembali lagi. saat yang paling mencemaskan dan menakutkan aku sebagai seorang ibu. (Penyakit misteri itu berkeadaan seperti ini; dia akan menangis sehingga nafasnya terhenti. wajah jadi pucat lesi. tubuh jadi longlai lemah tak bermaya) dan aku sangat-sangat bersyukur coz dia tak alaminya lagi. tapi sekarang, aku mula risau lagi....huhu



Sunday, March 4, 2012

Dah namanya berbadan dua..

sepanjang hari ni mrsd rasa tak sihat badan. dengan rasa pening-peningnya. dengan loya-loyanya. dengan rasa nak pitamnya. semuanya serba tak kena. makan pun takda selera...walaupun perut sebenarnya lapar. bila mengisi, rasa nak muntahkan balik. hadoii....tadi terpergi ke solaris duta mas. puhhh... punyalah jauh...well, kami ke sana semata-mata nak pegi tengok kawan aku nyer exhibition. silap aku juga tak call dia terdahulu. gallerynya tertutup pula pada hari ahad. setakat tengok dari luar jer lah. hadeii..suami bengang jer.. napa tak call dia?? bukan dekat nih?? huhu..aku pun sedih gak. aku ingat ari minggu gallery buka cam biasa. dahhh, kena bebel ngan suami. aku diam jer. salah aku juga. bukan dekat wooo. dalam pening aku jer, aku bertahan untuk ke sana. plus, suami pula dah hangin. aku lagi rasa nak pitam dibawah panas teriknya matahari. aircond kete tak rasa langsung. semangat2...ialah, cuaca pun sangat panas. nyway, this is my first time memijak bumi solaris kat kl ni. best juga tempatnya. cool..tak kotor sangat udara...i suka. hehe.. 

oklah. nak kena hantar anak buah pula ke rumah sewa dia. tak tau di mana lokasi rumah tersebut. semalam jemput dia kat airport lcct, tengah malam dari bukit tinggi Klang ni ha. sampai kat umah, jam 2.20pagi. jadi, apa tak paginya aku rasa pening and mual. hadoiii... got to go now. ciao!!

Friday, March 2, 2012

duitmu duitku jua..duitku duitku jua...

tajuk diskusi wanita hari ini tv3. cam seronok jer,kan??? tetamu undangan si Khai dan Rosma. Bini si Khai ni maintain jer mantoppp. semakin sweet gitu. daripada riak wajah mereka, sepertinya mereka melalui fasa rumah tangga yang bahagia, gitu. tahniah..tahniah..well, sepanjang mengikuti diskusi ini, mrsd terkedu dan geli hati apabila ada segmen temuramah kisah benar, pasal seorang wanita ni mengaku culture shock kawen ngan orang kaya. "kekadang sampai 5k shopping satu bulan. semua akaun suami, saya yang pegang. ke-5 akaun suami ada pada saya. termasuk card dan pin no. sekali. apa saya nak, saya boleh beli. duit saya, tetap duit saya tapi saya guna juga duit suami tanpa izin. salah suami saya juga tak didik saya dalam berbelanja. suami saya tak perlu bagi duit kat emak bapa dia pasal emak bapa dia pun kaya. ada business. baik bagi duit kat emak bapa saya. mereka lagi memerlukan. lagipula, saya nak berbelanja sesuka hati saya daripada suami berbelanja or ada perempuan lain. baru puas hati." lebih kurang cam gitulah dialog wanita yang dikenali dengan nama Zairin.

aku tergelak. fuyooo...punya baik suami dia, bagi semua $$$$ kat bini dia. tapi dalam hati aku. kekadang lelaki ni, ada udang di sebalik mee. duit boleh cari....jangan2 si suami ada bini lain kat luar, sudah ler. so, untuk cover rasa serba salah, dibiarnya isteri menggunakan duit dia sesuka hati. who knows....segala-galanya mungkin. nak duit ker nak suami, then?? hehe

ish ish ish...cam mana ek rasanya jadi orang kaya. boleh spend duit untuk apa2 jer yang kita suka...sweep sana sweep sini...money pula lai-lai tanpa pening2. hurmmm...aku mula berangan la pula. kalaulah aku kaya...perkara pertama yang aku nak buat, bayar aku nyer PTPTN. bolehlah gi keluar negera melancong and melencong bersama keluarga. lagipula, aku dan suami masih belum gi Honeymoon--->"tertunda" gitu. aku nak gi shopping bagai ratu. nak tu..nak ni..nak tu...nak ni...fuyooooo!!! bestnya.

tok..tok..tok...aku ketuk kepala aku sendiri. ishh indahnya angan-angan aku ni. angan-angan Minah Jenin. Bila buka mata, tup tup tup...jatuh menyembah tanah. menyempat pula berangan tinggi melangit ketika panjat pokok kelapa, yer?? 

apapun, aku bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui kini. well, sekarang ini semuanya hasil penat lelah suami. dan aku setakat jadi pengurus kewangan keluarga. so, aku tau la untung rugi turun naik "saham" pendapatan laki aku. takda maknanya nak bershopping sakan untuk diri sendiri. sedangkan berbelanja untuk membeli pakaian sendiri pun, jarang sekali. kena fikir berkali-kali. dah elok-elok belek baju, diri dah teringin nih...bila tengok harga. hati mula tawar nak memakai. mahal gitu..lebih baik beli untuk anak---->huggies. fuhhhh. makin mahal pula lampin pakai buang sekarang. lagi-lagilah Huggies Ultra, mahal sungguh. ari tu terbeli time promosi jer. sekarang takda promosi, harga mencecah rm50++.  nak bagi dia pakai yang murah-murah untuk jimatkan perbelanjaan hidup, kesian pula tengok kulit dia keradangan. so...huggies( merah) is the best untuk si kecik kami. . tak ada pula istilah duitmu duitku. pasal, aku tak "tax" pun duit suami aku. semuanya cukup-cukup untuk kami meneruskan hidup...duit cukup untuk makan..bayar bill ..kereta...minyak....kata orang, "masih boleh hidup lagi".  tu la pasal  istilah "duitmu duitku" tidak sesuai dalam perlayaran bahtera rumah tangga kami setakat ini.


Bersyukur selalu.

peningku.

ya. bangun pagi ni, kepala mrsd manyakkkk pening. huhuhu...teringin nak sambung tido semula. tapi mata dah tak nak lena. semalam aku tak sedar bila si kecik tertido. dia asyik-asyik berdiri di tepi tingkap. nak buka cermin. apalah agaknya yang nak dilihatnya di luar sana tengah malam buta. bila aku buat-buat tido, dia gi tarik rambut aku lah..tampar muka aku lah....sakit gak. minta perhatian, No. satu.

pagi ni mrsd buntu. bukan disebabkan otak serabut. tapi memang kepala pening. so nak mengentry pun semadi nadai kata orang iban. tak da idea coz kepala still blur-blur. mrsd bangun jam 9am ari ni. bila bawa baby keluar. hurmmm...si nanny pun belum bangun juga. hadoiii....sigh. sepatutnya dia ada appointment ari ni. tapi nanti nak hantar adik aku balik ke rumah sewa dia plak. or, nanti jam 2pm aku bawa dia ke klinik. alamatnya, sehari suntuklah aku menanti ni nanti. so boringgg!! dahla kat klinik sini, flow dia sangat slowwww. bosan sungguh.


aku pelik gak dengan penyakit dia ni. makan ubat pun tak sembuh-sembuh. sakit apa macam ni ek?? keje pun bukannya berat sangat. malah waktu rehat lagi panjang. dari jam 2pm nonton tv sampai jam 7pm.  movienya: cerita puteri yang ditukar(2-3pm), Bella(3-4pm), little star(4-5pm), Anugerah(6-7pm).mana nak cari tu...tapi aku diamkan ajer. biarlah. yang penting jangan ngadu2 sakit, sudah. macam tak logik, balik-balik sakit tapi buat kerjanya tak seberapa. makan pun cukupppp sangat. terlebih pun ada kottt. entahlah.... so...i have nothing to say. what say you??. 

Thursday, March 1, 2012

selamat pagi dunia

yea....yea....selamat pagi dunia. hari ini hari khamis dan 5 minit lagi akan masuk pukul lima. awal mrsd bangun,kan??? ngehhh3. beginilah jadi bini. bila suami nak gi travelling, tido pun tak lena. bukan apa...mrsd dari hari selasa lagi sudah kena remind oleh husband untuk packing barang yang dia nak bawa. well....mrsd tak buat pun. sehinggalah jam 4.30am tadi, mrsd dikejutkan oleh alarm bernada chicken dance. nak pejam semula mata, tak lalu. actually takut terlajak plak. susah tuuu..karang mrd terbangun awal dan mendapati pakaian semua belum kemas. kan dah naya, pagi-pagi berlagu sendu dan haru biru. mesti burung murai akan berkecau pot pet pot pet...bukan saya tak pernah bagi tau...bla bla bla... anyway, semuanya dah selesai. coz, mrsd tak leh 'dan' nak kemas2 awal sangat. rasa cam ada yang tertinggal plak. suker wat keje last minute, tau. ish ish ish...bahaya ni. terbalik sungguh dengan sikap mrd. well, tu lah namanya perkhawinan. mesti berunsurkan positive+negetive=positif. hehe...ilmu matematik tu.


kejap lagi nak kejutkan mrd. semalam request nak minum milo and crackers. malangnya crackers dah habis. so, mrsd dah stanby dengan mee goreng sedap. leh gak tumpang sekaki. mrsd pun dah lapar sekarang. ada sikit pening2 kalau bangun awal cam gini. ada rasa bluek...bluek....rasanya morning sickness aku pun dah mula menjinak sekarang nak menunjukkan belang. hadeii....oklah. stop duluan. air masih dijerangan. mee sedap on the way!!! hehe...

have a great day peoples. ngih3.