Wednesday, June 5, 2013

i m working mother

hi there..
lama tak jumpa yer?? minta maaflah..mrsd busy dengan life mrsd. beberapa hari ni anak mrsd sakit plak. demam. anak laki aku la tu...so, most of all the time, my life feel really compact. lately mrsd dah temui a way out for my better life. #cross-finger!! so...agak busy la juga nak setting my own business. well..actually, i m just my boss assistant. and for sure my boss is my husband. i have to do anything and everything by my own. the boss just invest and the rest is my effort.

for the time being, i do my work from home. really hard to do so. my kids always want to see my. i use to lock myself in the room.however my daughter is super duper *stitch.  She really dont want me to do my work and keep on disturb me. and if i lock the door, she keep on banging the door and cry loudly so tat i open the door for her. and....when she entered the room, fuhhhh, she started to touch here and there thus my i lost focus. so, to pleased her. i have to go out and accompany her. actually doing nothing..just sit there and she will be happy. urgghhh....kids nowadays really know how to get our attention.  Nyway, we are still in process survey for an office thus i will do my work like others...seriously, working office hour because i need focus and really need my own territory or space.

though i m busy with my work, aku ni masih lagi mencemar duli di dapur. memasak sudah sinonim dengan diri ini. kang aku tak masak, tak berselera plak makan. my helper pun kuat makan if i yang masak. sometimes bla i biar jer dia masak, dia sendiri tak lalu makan. tapi bila i yang masak, i can trigger dia punya selera termasuk aku derrrr...haha....bukan nak bangga diri, tapi bila kita masak dengan hati dan perasaan, confirm apa yang kita masak akan menyebabkan pertambahan nasi ke dalam pinggan. haha...

okayla..nak masak dulu. bye..

Wednesday, May 22, 2013

Bila momma mula sibuk

sigh....penat pula rasanya makcik ni ha. Semalaman tak tido. menyibukkan diri kin research sikit...nak berbisness online bak kata orang tu. macam sedap jer bunyinya BUSINESS ONLINE nih. dalam kepala otak ni bergentayangan idea idea: boleh duduk umah...sambil-sambil online boleh jaga anak....hekkks lah sangat. Bila dah ngadap lappy dah sah-sah mata tak leh nak beralih arah. focus...focus.... menda yang kita buat saling berkaitan. takkan kejap-kejap buat itu...buat ini... potong stim namanya tu. tak boleh jadi...tak boleh jadi...cam malam tadi. punya aku kasi tumpuan 101% mata tertumpu di skrin lappy.

tapi situasiku sungguh syahdu...my anak kecik agak lincah. ke sana ke mari beliau merayap-rayap sampai ke dapur dan bawah meja. kekadang aktivitinya juga terhenti tatkalan babytv mainkan lagu yang syok di pendengarannya. cute juga..tapi emaknya buat keje like no body business. si kakak awal-awal pengsan. sebelum tu, aku bawa di gi jalan-jalan jusco. biasalah...jusco dah ganti taman dah buat we all. sengaja buat dia terkejar-kejar or berlari-lari so that malam hari boleh tido awal. tapi...ngekkkkk!!! jam 2am terjaga juga. nah...lain pula jadi acara ku..memberi amaran ketika mengarahnya suh masuk tido.. dia terjaga coz si kecik gi manja-manja dengannya. menyondol-nyondol si kakak sampai terjaga. 

terpaksa tutup lampu seketika. akhirnya si adik mengalah juga, tertido. si kakak jugalah..jam 4am pun tak tido lagi. terpaksa aku merebahkan badan buat-buat tido. really take time, u know. so, ingat senang ker buat keje dari rumah ni?? ada-ada jer yang kita buat.

sampai pagi la aku berjaga coz ada masalah sikit dengan apa yang aku perbuat. geledah sana..geledah sini..google sana..google sini...tak juga menemui jalan penyelesaian. virus pula yang melekat...hadoohhh....akhirnya jam10am aku menyerah. kepala rasa berat dah. aku pun membaringkan diri di sofa dan terus zzz...tapi, sebaik saja nak betul-betul hanyut...teringat plak janji dengan seorang kawan. jam 11am mandi dan jam 1130 bertolak dari umah. lunch appointment....menjamu selera kat seksyen 7, shah alam. menu tengahari tak lain tak bukan ikan patin masak lemak dan ayam goreng cicah sambal. malang hari ni tak da sambal tempoyakk..hadeiii.. lepas makan we two tukar lokasi plak gi old town. i m on business talk ok..hehe...my friend promote insurans kat i. tertarik dan berminat gak aku dengan product dia...tapi..hold on dululah..memang aku ada planning utk itu tapi kena settle mende lain dulu.

jam 2pm balik umah. try lagi online....cam biasa..the kids awake. tak leh nak kasi tumpuan...last2 tutup lappy..membaringkan diri. elok jer nak belayar..terdengar tangisan si kecik plak. tangan dia terkena pintu dikerja kakaknya. haiyooo....ada-ada jer. begitulah kejadian hari ni....cuma beberapa jam jer tidonya. kepala pun terasa berat jer..

cam mana nak focus ni ek?? kat umah, memang tak leh langsung...kang maid aku ingat aku suka-suka jer online. dah cam mem la pula aku terjelepuk kat atas sofa dengan hanya jemari kontotku mengetik kekunci. Memang aku buat bodo jer la apa berlaku di sekeliling..sekadar jadi "remote" kat anak aku dengan jeritan lantangku melarang olah nakalnya yang kekadang kalu dibiarkan pasti rumah cam dilanda tsunami. 

hurmmm...terasa kekurangan hari ni...si kecik harus ku peluk. terasa damai dalam hati dengan kecomelannya. lagi pula dia pandai meletakkan kepalanya di dada time kita merangkulnya. manja gitu..sayang vboy, mommy.

oklah...nak bawa anak gi walkaton kat taman batu cam biasa..hehe...ciao!!

Tuesday, May 21, 2013

Toyol in the house..

agak-agaklah tajuk weii... haaa...rajin ler pula mrsd ni mengentry hari ni ek?? plink..plink..plink...idea tengah mencurah-curah ni...well, betul lah kata orang. berblogging pun satu cabang seni gak. seni kan sesuatu yang sukar untuk didescribekan tapi akan menerbitkan rasa puas hati dalam diri orang yang  mereka, mencipta atau mengarang. Begitu juga halnya dengan berblogging ni..orang ketagih FB..manakala aku ketagih BLOGSPOT. haha...aku tak kisah apa orang kata. aku kisah apa yang aku nak kata jer... coz i m the writer maa. .menaip dan mengepost entry as if ada orang baca, macamlah ada orang ikuti penulisanku..punya perasan,kan?? tapi aku duli apa..aku puas hati sudah. it is the way how to release tension my way bah!! Oklah..anda pernah tengok toyol tak??..kat umah aku ada...toyol yang cute. toyol yang kasi hati ceria...toyol yang tak bikin takut, OK!!

nahhh ni dia...toyolku yang comel. terpaksa membogelkan si kecik
gara-gara rashes yang dialaminya...sangat cute peel si Vboy, (7bulan ni)..kegeraman mommy dia!!
toyol oh toyolku!!!




Moment of Glory

paling awal...3 tahun. paling lambat..5 tahun. hadoii...masuk empat puluhanlah umo ku andai menunggu lagu tu. Tetiba merindui perut boyotku...demi mengelakkan manipulasi alam maya, maka aku pun mengedit gambo hamilku yang ke-9 bulan, Vboy inside. hehe...sekarang ni harus dan wajib  untuk merancang. Aku dah mengambil ikhtibar dari kandungan keduaku...sepatutnya paling awal, dua tahun baru boleh hamil. tapi aku ON jer pasal geram tengok bb orang cute jer tahun lepas. tapi tahun ni, niat tu...aku kena pendamkan dulu. sabar....hopefully the third nanti twin. harus kena selalu sebut...kata itu,kan doa. hehe...aku mengimpikan bb twin plak. coz lepas ni, aku cuma ada sekali jer peluang untuk menghamilkan diri.  lepas tu terus...zasssss kekal. pasal dah dua kali zasss...oh myyy....beginilah kot keadaannya kedua-dua anakku dilahirkan----->2010/2012.


a moment of glory...anak itu satu anugerah tak ternilai!!
*
*
*


 bahagianya mendengar tangisan si kecik...syukur Tuhanku.
*
*
*
apapun, sekarang kena merancang!!
 *
*
*
haaa...ni dia. aku tak ambil pil perancangan dari kerajaan or menyuntik diri setelah mengkaji baik buruk pada kesihatan diri. tapi aku yakin dengan cara tradisional iaitu merancang dengan cara Maajun Warisan Keluarga..so far, so good!! Sekarang i tengah consume bottle ke-2.

barang baik, apa salahnya dicoba!!



 

Lost weight

The Truth Is…

There Are No Miracles…

IF you want to lose weight fast, you need to commit to yourself. You need to follow a strict plan. But you need to follow a plan that actually works. You need to follow a plan that suits your own body, your own life-style, your own schedule. It it doesn't' more likely the plan will fail.. (source articles : http://loseweightplan.org/.)

 source articles : http://loseweightplan.org/

aku pun nak kurus gak ni...bilalah agaknya ekk?? anyway...to every problem, there's a solution. it is just about the TIME matter. believe me... i wont give up!! this is my promise to myself. i want to live healthy..move easily...and i want to be fashion victim as well. he he.. ye lah, time i kuros dulu, i tak reti nak berpesyen pun...only now, bila i sedar diri dah cam biji nangka dalam guni, baru lah berkira-kira nak berpesyen ngan orang. tapi cam poyo kan, nak guna pakaian yang berbody shape..kin malu bah!! jadi....for the time being, pakai jer pakaian longgar-longgar, pasal tak nak lelemaks tu menonjol di sana sini..sakit mata memandang.(itu kalau orang mok-mok cam i ni yang sengaja nak pakai ketat-ketat aka sendat-sendat ler)

azam: aku nak sihat!!!




Hearty Breakfast

haa...dah bersarap ker uols??
pagi ni disebabkan diri ini dapat bangun dengan bertenaga dan cergasnya dek cukup tido tanpa gangguan semalaman, maka pagi ni aku berdaya untuk menyiapkan sarapan dengan gaya tersendiri. chewahh..pada awalnya, terfikir-fikir gak...bestnya berbreakfast pepagi cam gini..roti canai...nasi lemak...thosai..??? hurmmm..MEE GORENG in the mind!! nasibLAH tadi pagi laki just breakfast secawan milo dengan biscuit marie..actually my laki request NESTUM. pebret dia... tapi tak tertunai lak pasal bini dah bancuh milo.(dua-dua cair..jadi kena pilih satu lerr). Anyway, semalam teringatkan masakan my mom, Mee Goreng. simple but nice. So, aku pun ON MODE mengasapkan dapur...aku cobalah sedaya meniru style mee goreng my mom....ahaaa..sedap memang sedap..uhukkk terbatuk sendiri. tapi tak leh dapat "rasa itu". Mak memang terbaekkkk!!  Tak dilupakan mengudap kek batik versi laki ambo yang dibuatnya semalam untuk memenuhi rasa tekak bini dia yang mengidam. hadehh....tak mengandung pun still mengidam, meh?!! kaii...

 tu dia...breakfast like no body business..hehe...siap menambah lagi.

kek batik air tangan laki aku...dap..dap..dap...kata si kakak.
tu na... kesan hirisan buat breakfast pagi ni.

selamat bersarapan uols....tu ler i kata. kalau aku serious nak memasak untuk keluarga aku..memang bagai dipam-pam la we all jadinya. Memang menambah-nambah time makan. kalu makan kat luar, itu yang kita pesan, itu jerlah yang kita makan. tapi kat umah....tambah..tambah....tambah....jadi, kalau tengok sekeluarga gemuk: bapa, isteri, anak...maknanya, bini dia rajin masuk dapur dan masak sedap-sedap untuk seisi keluarga. hehe... sekian.


Pagi yang positif

Gooddddddddddddd Morningggggggg world......
haaa...punya bersemangat morning greeting shout out dariku pagi ini. YES!! thats it..hidup harus bersemangat, bukan?? Reaksi positif ku ini disebabkan malam tadi aku dengan amannya bisa tido tanpa gangguan oleh si kecik maupun si kakak. Tak pelik pun, kan?? tapi bagi diriku, ianya really something to have good sleep aka enough sleep.

ok, tak per, meh makcik kasi cerita sama lu...alkisah bermula begini. My boy kan ada rashes teruk kat celah kelengkang dia, termasuk bawah ketiak. Nak dikatakan disebabkan diapers dia tak sesuai, tak leh gak. Semalam gi jumpa doktor luar, makcik pun tunjuklah masalah myboy kat dia. hurmm..terdiam si doktor. Sedang menganalisa problem kot.. alahan diapers dia kot...diapers tak sesuai ni..kena tukaq. Aiyakkkk!! aku terlupa kasi tunjuk dia tang ketiak. tu alahan apa lak?? deiii...

then, beliau pun kasi  transkripsi ubat kat nurse dia. ambik ubat kat luar yer, puan? well..kejap jer jumpa doktor ni. Taraaa....owh owh..sebelum ni aku ada gak tengok iklan ubat ni kat luar klinik depa. kat jusco pun ada gak. tapi aku merasakan yang penyakit anak aku tak sama dengan gambar-gambar yang tertera pada iklan yang dipamerkan itu. mana tauuuu,kan? so...sebelum tido, akupun apply ubat tersebut kat kawasan-kawasan berkenaan. my laki pun tengok gak...alahhh, kan dah cakap ari tu..merujuk kepada iklan. well..lets see...dah banyak kali dah bawa my boy ke klinik. malu nak bawa dah...tak surut-surut merahnya. sangat merahhhh OK!! kalu kita yang dewasa ni kena..tak tau nak cakap apa dah..disebabkan dia baby, maka dia tak retilah kasi tau how gatal it was.

pagi ni...can see the differences. Thanks God...kenapalah aku selalu lewat-lewatkan bawa myboy gi klinik tersebut. ari tu..time telinga dia bernanah, sampai sebulan aku dok bawa ke klinik kerajaan, tak sembuh-sembuh gak. sekali, aku bawa klinik ni, tiga hari jer...terus kering!! suka lah emak dia. nah..kali ni pun sama. gembira tak terhingga hatiku ini. Pagi ni aku boleh bangun....boleh sediakan sarapan untk suami...sebelum-sebelum ni, tiap malam dia bangun. menangis. ingatkan nak susu...tapi rasanya terjaga dek kegatalan kot. aku plak, bila dah terjaga berkali-kali, paginya aku pengsan terus sampai tengahari. tak larat nak bangun untuk siapkan sarapan lakiku. dia pun memahami gak keadaan aku... Malam ni ny anak, langsung tak terjaga sampai ke pagi. fuhhh..nice!! suami pun tersenyum happy. nasib baik...katanya. Sempat gak beliau memeriksa tang tu dan lega melihat perkembangan positif my anak. My boy kalu nangis malam-malam effect both of us. laki aku pun terjaga, anak sulung pun terjaga dek gangguan nada suara my boy yang so macho. Suami pun liat nak bangun bila dah terjaga malamnya.

mempersembahkan....inilah ubatnya. syukurr...

 nyenyaknya dia tido till emak dia type entry ni, kedua-duanya masih lagi dibuai mimpi indah...
kalau tak, dengan aku-aku sekali join depa pasal tak cukup tidoq. haha..

si kakak pun tak terganggu tidonya...we all still maintain babylove diapers.
sekarang ada offer kat AEON untuk babylove. heee...

syukur..syukur..syukur..tak abis abis ku panjatkan dalam hati ini. Beginilah seorang ibu. tak pernah berputus asa demi kesejahteraan anaknya. moral of the story, setiap kali anak aku mempunyai masalah kesihatan, sering kali hati aku dan kesabaran aku teruji. Ibu mana yang tahan melihat penderitaan anak-anak,kan? Yang penting, berusaha dan jangan berserah...Tuhan memberi kita akal fikiran supaya kita jangan berputus asa. teruskan ikhtiar..dan tiada yang mustahil kerana akhirnya masalah kita akan terjawab. so, para ibu di luar sana...jangan pernah berputus asa dalam hal-hal yang melibatkan si jantung hati kita. Now i m happy...Nothing impossible in God/s hand.

sekian, laporan pagi.



Monday, May 20, 2013

Penindasan aka pembuli

melaporkan...woaahhh...entry pagi ni berkisarkan peristiwa yang benar-benar berlaku di persekitaranku. Hujung minggu aku tak bersiaran coz busy ngan anak-anak...kasi tumpuan sepenuhnya pada keluarga la kononnya ni. tak malayan pun fb mahupun blogging...menghimpunkan cerita untuk dikongsi bersama.

Penghujung minggu ni, banyak benda terjadi.....berkaitan dengan entry title. Penindasan. Maknanya...bila yang berkuasa bertindak...bila yang kuat menunjukkan kuasa vito....hurmm..this is not about politik OK. alkisahnya...sang adik lelaki yang telah membelasah si kakak sampai lebam-lebam. Kejadian berlaku dalam jam 10pm ke atas. maka sunyilah rumah jiran yang lainnya nak memasang telinga. Hurmm...aku yang tak puas hati hantarlah sms kat jiran aku. Untung aku telah berkenalan ngan jiran ni after stay sini more than 3 years, baru tahun ni bermesra-mesra dengan jiran tetangga. "beb..ada orang gaduh ker?" soalan bodoh pertama yang aku ajukan, kot-kot jiran tersebut dah tido. "yup, jiran atas..depan rumah si Anu". owhh....aku membalas lagi.."yang selalu jadi dj blok kita tu ker? yang selalu pasang muzik kuat-kuat?" maka berbalas message la kami..duhh.."ha ah..adik si anu pukul kakaknya...mabuk punya pasal." owhh.... bila dah tau situasi sebenar, aku pun malas nak ambil tau dah...and then the next day, aku jumpa lagi teman kat bawah.. "eh, apasal depa gaduh semalam ek?" ulang lagi soalan buduh. maka..terjadilah bla bla bla bla......"adiknya itu ditangkap polis malam tu juga. after you abis bermessage ngan i. kakak dia gi buat laporan." Duhhh....merasa la tido dalam lokap, yer? tak pasal-pasal...

the next day after pergaduhan antara adik beradik, terjadi lagi jeritan kesakitan yang panjang pada petangnya. Nasib laki aku tak da kat umah time kejadian. kalu tak mesti gi menyebok kot dia...huhu...susah gak orang yang ada rasa tanggungjawab melampau ni. tak da ribut tak da hujan, boleh-boleh gi campur tangan hal orang. risau bini awok tau...tak suka lagu tu. sambung balik... budak-budak yang berhimpun depan umah aku pun berlari menghala ke arah tempat kejadian. Aku pun minah kecoh gak. haha...buka pintu setakat menjengah. "napa dik?". anak jiran aku yang hanya memandang dari kejauhan cuma menggelengkan kepala. Dia pun malas nak  pegi. Kemudian budak-budak yang berlari untuk melihat kejadian kembali dengan pelbagai reaksi muka. ah..biarlah, kataku. tak hairanlan jiran kat bawah tu..dah biasa sangat dengar jeritan dia laki bini bergaduh. haaa..tinggal kat pangsapuri ni, banyak sangat wayang.itu tak termasuk dengan kejadian emak bapa yang pukul budak. mendengar jeritan si budak pun boleh tahan buat hati kita cukup berdebar-debar.

begitulah...hujung minggu aku yang penuh kejutan. Keamanan sejagat yang kacau bilau...Aku dapat tau dari jiran aku yang jeritan itu datangnya dari jiran bawah dia. si bapa pukul anak...nak mati anak dia disebabkan si bapa .patutlah tangisan dan jeritannya sayu sehingga meremangkan bulu romaku. Jadi, bukan pasangan suami isteri yang paling bawah tu ler..silap telahanku. 

Bila berlaku kejadian gaduh-gaduh sekarang ni, mostly jiran-jiran tak berani nak kuar menjenguk. or tak heran dahhh....well actually,  kita yang jadi takut. mana tau orang tu nampak kita, cam kita...datang serang kita plak. huhu..budak-budak ni jer lah yang selamba jer jadi "wartawan". Aku pun malu gak nak menyibuk..kekadang aku laki bini pun buat wayang gak...jadi, as time goes by, biasalah semuanya itu. cuma cara wayang itu dimainkan jer berbeza. Ada yang lebih suka menayang...pendek kata, cara wayang itu bergantung kepada pelakon-pelakonnya mengikut watak. haha...kita kentut kat rumah kita pun, jiran depan boleh dengar tau....hadoohhh...

ok...kesimpulannya. kebanyakan kes yang berlaku di sini, selalunya yang kuat-kuat monopoli keadaan. cam ibu bapa vs anak....suami vs bini.....lelaki vs perempuan... bukankah penindasan namanya ini?? mentang-mentanglah pihak satunya tidak mampu untuk lawan balik. kesian,kan?? Apapun, aku mulai memahami satu perkara. atau mungkin disebabkan usia semakin meningkat maka pemahaman aku tentang kehidupan pun turut berubah....setiap orang ada masalah. jadi, pergaduhan-pergaduhan yang tercetus disebabkan masing-masing punyai masalah. kadang-kadang pergaduhan itu satu cara untuk merungkai serabut dalam hati. maka terlepaslah irama suara yang bergelombang tinggi diikuti dengan hempasan pintu or hentaman tah apa-apa... Laut mana yang tak bergelora,kan??

begitulah kisah hujung mingguku...




Friday, May 17, 2013

Payung Emas

hamboiiii tu dia tajukkkkk entry...sah-sah uols boleh mengagak apa ke mende payung emas ni kan?? Ianya untuk para bini yang sanggup berpoligami bagi yang beragama Islam...merelakan perkahwinan suami dengan perempuan lainnya..kedua..ketiga..keempat...well, jangan salah sangka plak...aku ni sedang menonton tv3.  Wanita mana yang  sanggup bermadu,kan?? well..malas aku nak mengulas lanjut...tapi kalau aku letakkan diri aku di tempat wanita yang dimadukan...ya ampunnnn...its like the end of the world, kot. siapa nak berkongsi kasih,kan?? aku ni kedekut...hehe..kongsi-kongsi ni bukan tabiat aku. lagilah orang yang kuat api jemlesnya cam aku ni... tapi aku salute lah orang yang boleh melalui keadaan ini di dunia nyata.  Biasanya mereka yang mampu melaluinya adalah wanita yang tabah dan pastinya seorang wanita yang lemah lembut dan menurut kata laki dia. syabas betti.. syokkkk juga cerita ni layan petang-petang. beremosi plak aku...heeee

sekian.

Sekalung Tahniah dariku

Pada 14/5/2013 satu lagi sejarah dilakar oleh ahli keluargaku. Tahniah buat adindaku tersayang kerana akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda Perakaunan. Syukur kepadaNya kerana impian kedua-dua orang tuaku akhirnya tercapai juga melihat beberapa orang anak mengenakan topi bersegi empat. Atleast dari sembilan orang, lima orang berjaya  berdiri sama tinggi dengan orang lain. Ini kalilah...kita taklah kaya harta tapi dari segi pendidikan kita orang taklah ketinggalan jauh dibelakang. Aku tau...pasti kali ini mama dan ayah menitiskan air mata lagi tatkala  mendengar nama adindaku diumumkan serta melihat adindaku melangkah segak di pentas untuk menerima skrol ijazahnya. Hati siapa tak berbangga melihat kejayaan anak-anak,kan? Aku tau...ayah pasti berbangga meskipun beliau jarang mengongsikan perasaannya pada kami anak-anak. mama..aku gerenti beliau tidak dapat menyembunyikan air mata kegembiraannya. Syukur....berhasil juga anak-anak kalian.  Kita orang sebenarnya tak pandai..tak bijak...tapi semangat kalian yang menyebabkan kami move on...tak pantas...tapi sampai juga ke garisan penamat.

 tahniah...tahniah....Adinda kedua bongsu....congratulation bro. John
smart bergaya rupamu pada hari yang bersejarah ini.

 Orang penting di sebalik kejayaan adindaku...tak lain tak bukan, mama dan ayah tercinta..

Turut grad pada hari yang sama ialah cousin Anthon, anak kepada mendiang
Uncle Tom. Terharunya melihat kejayaan cousinku ini tanpa ayahanda beliau
mengiringinya. aku tau akan harapan ayahanda mereka terhadap anak-anaknya...congrats
adin, Anthon.

Apapun, perjuangan belum selesai. Ada rezeki, sambung MASTER plak ek??...nyway, good luck in your career, little bro. dan selamat menjalani kehidupan sebenar....student mode dah OFF dah buat sementara waktu. sekaranglah masanya berhadapan dengan realiti kehidupan. Jalani dengan penuh kesabaran dan rasional.

selamat maju jaya adindaku!!! JIAYO!! JIAYO!!


Tribute to Mama2013

haduhhh...aku ni. adaka pula terlupa nak ucap trimas buat mama terchinta.  Maafkan aku, mama. Anakmu ini agak sibuk dengan rutin harian serta menguruskan keluargaku sendiri tapi bukan bermakna aku lupakan akan dirimu. Mana mungkin dan mana bisa dong...Mama sentiasa dalam ingatan even ketika aku diraikan oleh suami dan anak-anak fikiran ini sempat melayang teringat akan dirimu. Syukurlah, sempat juga anakmu ini mengungkapkan rasa cinta anakanda buatmu. agak janggal juga rasanya bila anakanda mengucapkan I LOVE YOU padamu. Pada usia ini baru aku mempunyai keberanian dan kekuatan untuk mengungkapkan kata-kata keramat ini. ye lah..sejak menjadi ibu, barulah aku tahu rasanya. Pasti mama pun mengasihi aku sebagaimana aku mengasihi anak-anakku. Lagi-lagi aku ni seorang anak yang bermasalah dari kecilnya. seperti anak aku yang sulung ni juga. terasa kepayahan, kerisauanku ketika anak sulungku ini selalu jatuh sakit. demikianlah juga rasanya kalian meladaniku. Tak ketinggalan juga dengan kedegilan aku dengan niatku untuk belajar dan belajar lagi. Kalian berdua sentiasa mendorong dan memberi semangat buatku sehinggalah aku berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana. Semuanya itu terjadi disebabkan semangat dan restu kalian yang sentiasa beserta denganku. Tiada kata-kata lain yang mampu aku ucapkan buatmu, Mama. Hanyalah perkataan TERIMA KASIH, IBU dan AKU SAYANG PADAMU dengan segenap hati ini. 

 Mama tercantik dalam hidupku...

I love you, mama...

Doaku semoga yang Esa sentiasa merahmatimu dengan memanjangkan umurmu untuk menikmati kebahagiaan di hari tuamu dan diberikan kesihatan badan yang baik. Doaku juga semoga aku akan mampu membahagiakanmu...berikan anakmu ini masa untuk membuktikan kasih ini padamu dan juga ayahanda tercinta. Ampuni dosaku sejak ku dilahirkan sehingga ke hari ini. Maafkan aku kerana pernah menyakiti hatimu dan mengasarimu dengan kata-kataku serta tingkahlakuku yang tidak sepatutnya. Kekadang aku terlalu beremosi...kekadang aku terlalu ingin kehendakku dan kataku dituruti...namun kesabaranmu memukauku. Mother is always a mother...and i love you the way you are.

once again, terima kasih mama atas segalanya. Tiada apapun dalam dunia ini yang mampu menandingi kasihmu buatku. Biar satu dunia menentangmu...mengutukmu...menghinamu..mengata tentangmu, aku tetap mengasihi dan menyayangi kerana engkau adalah IBUKU tersayang.

love,
anakmu yang manja

Thursday, May 16, 2013

Lawak sadis on Mother's day

kisah lawak yang terjadi pada hari ibu...lawak yang sadis dan kejam gitu. huhu...after we all spent time outing, sekali pusing-pusing kedai area we all before balik umah. ternampaklah satu IKLAN yang menggegar lutut. duhh..apa lagi, bergegas kami pulang. Memang TERBAIK taw cuci pakaian kat CleanPro..lebih baik dari hantar kain-baju kat laundry. pakaian lebih bersih...kering dan terus lipat gitu. tapi...disebalik gambo di bawah...jeng jeng jeng...si luncai terjun dengan labunya!!

 Di awal pembukaan dulu, CP ni ada buat promosi FREE for 10 days. kami last minute jer
tau pasal promosi tersebut. bila pegi, dah kena bayo la pula...begitu juga peristiwanya pada mother's day ini. Bukan sepanjang hari rupanya promosi FREE. Dari pagi, sampai jam 2pm jer.  sedih...sedih...

Disebabkan kami dah cabut semua sarung sofa, blanket, toto, sarung bantal dan lain-lain 
pakaian, maka kami terpaksa masukkan juga kesemuanya dalam ke-empat-empat mesin
dibawah. dari yang FREE we spend 4xrm8=washing/4xrm4=dry. nah..terlebih-lebih pula telah 
kami spend. Dari FREE we spend MONEY..MONEY..

demikianlah penutupan hari ibu yang kami lalui. Aku dan laki aku duduk melepak di CleanPro sampai lewat malam. aiyoyo...yooo.....pa boleh buat. tapi tak rugi gak...our sofa pun
dah look new. OK What!!!

Sekitar Hari Ibu 2013

Hari ibu tahun ni berbeza dari tahun lepas. ye lah..tahun lepas, anak satu. tahun ni dah dua...si papa pun agak excited juga nak UPkan hati si bini aka mommy budak-budak ni ha. well...thanks lalink for everything. chayang you moreLAH!!!  Let's see our day....

 pre-celebration on 11/5/2013

 restoran mee hoon...terbahikLAH!!

tunggu besar dulu yer, sayank?!!

kai-kai after mamam...

 at home. peel buah hatiku...kata papanya, pertandingan bergilir menangis
paling cute. hadeii...

Sampai umah dapat lovely card from hubby and anak-anak...cute!! mommy 
so touch, u know..heee

 suprise gift...what arrr?? the gurl plak excited to know..deiii..

 taraaaaa...air purifier. tau lah si mommy suka bau wangi...patutla kat
jusco tadi si papa asyik melekat jer kat ruangan mende ni..ada hati
nak kasi mommy rupanya.

 tu dia...terus testing. syok si anak tengok bubble and lampu bertukar
warna. hurmmm...wanginya!!!

Above all...thanks to God for my life..thanks for mr. lalink...thanks for my kids...thanks for everything. what a wonderful life.....la la la... i m not rich, but i m happy with my life!!!

THANK YOU MY LORD AND MY GOD


Breakfast of the day

hi..good morning and happy teacher's day...
amacam today?? ada feeling good ka u? well..as for me, hurmmm...not to complain but to share with ya ols that i dun have enuf sleepLAH!! my son and my doter tak  mou tido semalam. hadohh..terpaksa layan depa sampai jam dua pagi. menyanyi mendodoi depa berdua sampai mommynya yang terlelap. my doter bolehlah layan suara mommy dia..tp the younger, mana paham lagu-lagu mommy dia. dia nak juga merayap. bila aku buka mata, dah dia nak menghala ke dapur plak. phieww... then, terjaga lagi jam 3.30am pasal my doter nangis. badan panas. dohh...kerisauan meresap dalam jiwa. mommy pun gi godek-godek dalam freezer, cari obat. lucky ada satu shot 10ml for her. then only baru dia tido. This morning kedua-duanya bangun awal plak. si adik memangggg....menangis pepagi cari susu. mommy dia pengsan, tak larat nak bangun dahhh. si papa panggil berkali-kali minta melayan karenah si kecik. aku bukan tak dengar tangisan dia..tapi aku rasa tak berdaya nak bangun dan buka mata. Aku biarkan dia nangis dan tangisannya terhenti coz si papa mengacahnya. Tapi, time si papa dah nak kuar dari pintu, turun keje..aku pun bangun memenuhi permintaan si kecik. bancuh susu buat keduanya..dan keduanya pun layan dengan penuh khusyuk. aku??? masih rasa tak cukup tido..tapi perut plak  lapar. macam-macam tekak aku demand...actually nak bersarap thosai telur kat bawah pokok. tapi aku cam tak larat nak menuruni kayangan ini. tak da energy. so..aku dengan creativity yang ada...ha ha ha... capailah angel hair...spaggeti gitu. selesai bersarapan, barulah aku ada energy menaip entry ini. tapi..........perut still berkeroncong!!! cam mana tu..
spaghetti my style vs teh O....boleh laaa... =)

Wednesday, May 15, 2013

happy mother's day to me

hurmm...dah beberapa hari dah tarikh keramat untuk menghargai seorang wanita yang bergelar ibu. as for me, memanglah hari-hari adalah hari ibu. tapi bila orang tetapkan satu hari tu sebagai hari pengiktirafan maka hari tersebut mempunyai signifikan tersendiri buat si ibu atau seisi keluarga. dan aku....dah dua tahun empat bulan dah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata or si jantung hati aku dan juga papa mereka serta orang-orang yang mengasihi mereka berdua.

Aku dan permata hatiku...mommy budak-budak ni bertambah
debab...alahaiiii!!! cam mana ni??!!

 first time dapat card dari laki aku....dan juga anak2ku..
sob..sob..sob...terharu, ko!! tapi harus cover..bijak laki aku nak amik hati aku..
cukuplah laki aku dan anak-anak aku yang recognize kecantikan aku..haha...i dont
need world to mention it..i m beautiful in my hubby and kids eyes is more than enough...
so touching ler this fatty mommy heart. duhhh!!

Yang kasi warna tu card ialah papa budak...yang kasi signature
kat bawah rama-rama tu ialah anak sulung aku..ngiahaha...
bekerjasama depa mewarna kad untuk so-called mom.

nah...tu dia..complimentary card. a hint for a husband to wifey arr..
katanya, gi la try for free Bizzy Body and Facial first...
hadeiii...gift serampang dua mata gitu....

laterlah  i update lagi gambo another gift dari laki aku...gift yang tak seberapa romantis tapi
serba guna untuk seisi keluarga. anyway, thanks lokong for the intention to make my day. sekurang-kurangnya ada gak inisiatif laki aku kasi kejutan kat aku,kan
 meski bukan sejibik banglo, kereta merz, intan atau berlian(agak-agakla weiiii..hahaha).....yang penting, niat dan keiklhasan.

love ya ols dearly.

mommy.


Apo kona...

huhu..tak tau nak cakap apa dah,..anak bongsu aku, kejap sembuh satu penyakit bersambung ngan penyakit lain. cobaan untuk si kecik. kesian plak..tapi this time, the mother plak. dah elok-elok takdoq penyakit, la ni...ada lagi. huhu...

tak taw nak cakap apa dah...kulit wa bermasalah lagi. itu allergic kembali lagi. tapi this time, apa plak yang aku silap makan. aku dah mula tergaru-garu dah ni. apakah kesan dari aku makan sambal belacan semalam. hadoii...

tah apa-apa tah aku ni...ada-ada jer penyakit yang menyinggah. aku bingung. bengang pun ada gak..why oh why...why me?? huhu..i hate scratching...sakit hati dengan diri sendiri pun ado ni. jangan lagi membengkak muka kemerahan dek kegatalan. kenapa ni...kenapa...apa pula silap makan kali ni?!!! 

geram mode.


Pencuri Susu

ya, kejadian berlaku pada hari isnin lepas ketika aku gi shopping barangan dapur di sebuah shopping mall, bukit tinggi. Setelah urusan membeli belah selesai, aku pun kuar dari ruangan mall. tapi terpandang akan kaunter penjualan rumah. biasanya seorang lelaki yang jaga kat situ. tapi hari tu kelihatan seorang perempuan bertudung hitam sedang berdiri di situ. aku ingatkan penjaga baru, tukar shift dengan laki berkenaan kot. tapi sekali aku dekati, aku dengar dia bercakap dalam bahasa asing. bercakap sorang-sorang pula tu. (cam mengomel-ngomel gitu) sah-sah warga asing....aku matikan niat aku nak bertanyakan harga rumah tersebut dengannya.

Sekali tu...aku pun nak menuruni eskelator. tetiba perempuan tu pun ada berdiri kat depan eskelator pula. dia tak turun, tapi berdiri. aku tak kisah pun. so, ketika kaki aku memijak eskelator, tetiba perempuan tadi melangkah. alamak!!! terkejut aku...kelihatan satu kotak di sebalik baju kurungnya. dan aku perasan barangan dalam kotak tersebut ialah susu...tak silap aku, susu enfagrow kotak. mahal bah... terus seorang lelaki botak yg ada kat belakang dia angkat lalu menggendongnya menuruni eskelator dengan lajunya. aku terkejut. orang-orang di berhampiran dengan tempat itu pun terkejut. terkedu. terkelu. semua memandang kehairanan. Perempuan tadi pun cepat-cepat mencelah menuruni tangga sambil mengeluarkan sesuatu dari pocket bajunya.

baru aku teringat. pernah ada liputan dalam tv pasal sindiket susu berjenama. mungkin beginilah kot caranya depa. dulu seingat aku taktiknya ialah penyamaran perempuan mengandung. yang ini pula guna baju kurung dan bertudung..cuma aku pelik..how come la censor tak berbunyi?? how come dia seret kotak berat tu dari dalam baju dia?? mesti dia jalan slow-slow,kan?? terror juga dia orang ni mencuri sampai orang tak perasan langsung.

anyway, peristiwa yang terjadi depan  mata aku ni bikin aku kecut. takut. Ada juga manusia cam gini kat dunia ni. apalah perasaan mereka ketika mencuri tu ek?? tak takut ker?? gembira ker?? puas hati ker??..kalau tertangkap, cam mana?? kan malu......

RM6

haa...siapa ada rm6 dalam saku or dalam purse sekalipun ketika ini. aku? purse tengah kosong der....hadoii. tepuk dahi mak, K. well..nak dijadikan cerita. Semalam aku dan si bongsu ke klinik rawatan harian ampuan untuk tujuan memenuhi appointment anakanda tercinta dek masalah telinga berair yang berterusan selama sebulan. Tapi semalam dah ok dah..saja nak check takut-takut ada kebocoran gegendang telinganya. hati ibu mana yang tak risau melihat telinga si anak penuh dengan nanah hijau yang jatuh meleleh sampai ke bahunya. kalaulah kita yang dewasa ni kena, mesti bengang,kan? mesti pendengaran pun kurang. agaknya itulah yang dirasakan si kecik. pasal tu lah, time tido dia merengek-rengek. kali sakit kot..berdenyut-denyut. huhu..

ketika menunggu tetiba keheningan di ruangan menunggu menjadi gamat. seorang nenek tetiba menggamuk dan bikin kecoh. dia marahkan nurse di kaunter dengan suara yang kuat. semua orang tertanya-tanya apa yang terjadi. termasuk aku. menyibuk menolak stroller anak aku menjengah ke tempat kejadian. Kelihatan beberapa orang nurse cuba menenangkan dia. Tau jer lah, nenek...mana nak malu,kan? lagipula...menda yang hilang itu sangat penting dan bermakna bagi dirinya.

"mana plastik saya?? tadi kat situ..mana? tadi saya letak ke situ. tadi awak suruh saya turun daftar. saya pergi dan saya lupa bawa. dalam plastik tu ada nombor talipon anak saya. ada nombor talipon anak buah saya. dan...ada RM6 ringgit orang bagi. Ada duit RM6...RM6...macam mana saya nak balik nanti. nombor talipon tak ada..duit rm6 pun hilang. tadi saya letak sana".

phieww...aku kembali duduk. kesian...bagi sesetengah orang, rm6 bukannya apa-apapun. tapi bagi orang yang memerlukannya, ianya sangat bermakna. its really something!!Nak gak aku gi hulur duit kat dia..tapi dalam purse aku cuma ada rm20. Haruslah beragak-agak kalu yer pun nak tolong orang..Saja aku malas topup purse. kalau tau ada sikit duit dalam purse, taklah menyinggah di mana-mana time balik. terus pulang umah jer...

setibanya turn anak aku, aku pun menyorongnya masuk. "amboii...tembamnya dia...so chubby la bb ibu ni. baru 7 bulan,kan?" ha ah..jawabku. Doktor itu pun meneropong telinga si kecik. Dia tersenyum."Nasib baik gegendangnya tak bocor, ibu tak payahla nak korek telinga baby ni. telinga dia bersih. takut terkena jangkitan pula dan kebarangkalian untuk bernanah tinggi. pastikan telinganya tidak dimasuki air."

kami pun pulang. sepanjang dalam perjalananan hati aku terkenang-kenang....rm6...rm6....rm6. Kesusahan setiap manusia berbeza. bersyukur selalu.

Friday, May 10, 2013

Wah...anak ibu.

bercakap pasal masa...yang paling boleh dikaitkan ialah tumbesaran anak-anakku. seperti semalam jer depa kuar dari perutku. macam tak sangka dan tak percaya pula......
*
*
*
dah besar dahhh....
*
*
*
aku sendiri tak percaya....aku dah jadi ibu?? itulah kenyataannya.
 I AM A MOTHER.

happy7 birthday V_boy

seperti semalam aku melahirkanmu...happy 7 month old, sayang.  V_Od mommy ni, semakin besar...semakin cute dan semakin bijak... serta pandai minta perhatian gitu. Anak mommy la kata,kan. hehe... si V_od suka sangat mengacau si kakak dan mudah tersenyum. Semoga engkau membesar menjadi seorang anak yang penyayang, memahami, penyabar dan baik hati.

baby V_Od lima hari
*
*
*
pantasnya masa berlalu
*
*
*
ahaaaaaa...hari ni my v-Od boy berusia 7 bulan. dah boleh merangkak dan boleh duduk dah.
 cuma, duduknya still goyang-goyang lagi.
Mommy sayang V_Od dunia akhirat dan sehabis hati mommy.
muaaahhhhhhhhhh....

Third Day National Achiever Congress

wah..wah..wah...bukan main lagi aku laki bini gi congress ni uols...makan jer kejenya. haha...itu tandanya bahagia. ngiahaha....biasala..laki yang tak romantik, begitula caranya dia tunjukkan kasih sayangnya kat pasangan. kalau nak harap ayat-ayat berbunga-bunga...so sorryla. my laki bukan penyair or bukan juga sasterawan negara. sendiri mou ingatla..hehe

hari terakhir mengikuti seminar..hadohhh..tak kayo lagi dah mula makan besar, nampak. haiyaa....taklah. Inilah akibatnya bila kuar umah. ada-ada jer menda nak diexplore untuk menerobos tekak. Pagi itu, sebelum kami bergerak dari territory kami, kami singgah dulu berbreakfast di BT Dimsum. dimsum ni kan...kecik kecik...sikit sikit...diambil terusssss.. sekali bil kuar...hambiq ko!! dushh..tampar palak. harapkan cute jer lebih...harga pun cute gak ma...


tengaharinya pula wa laki bini mula bingung pikir apa mou makan. mari lihat apa wa makan sama laki wa untuk lunch...





simple and nice. ish..ish..cam ni pun boleh laku, ko...tauge, kobis, daun bawang dan lobak merah jer sayurnya. manakala pilihan lainnya ialah daging or ayam  (ada lagi lain-lain). untuk tengahari tu, aku try daging. boleh tahan jugalah..plinkkkk...tetiba kasi idea untuk aku buka kedai makan lebih kurang cam gini. cepat, senang dan jimat kos.....idea...idea...

 memang makanan aku...sorry ekk...dinner malam otw balik, laki aku bawa terjah restoran cina di puchong. thanks lokong for your concern to wifey stomach. gegege...

begitulah berakhirnya seminar yang kami ikuti di MIECC. Bukan saja kami gain knowldege, bahkan kami turut gain weight dengan jayanya. kami dengan berdisiplinnya tidak ponteng untuk mengisi perut dengan pelbagai aneka makanan. fuhhhh...

as a conclusion, The Mines betul-betul mencabar tekak OK. dan aku tewas menggelupur dek rasa-rasa yang enak yang menggoda tekak. pasal makanan....akulah no.1. Diet lu mana, mrsD?!!! well...makan pun diet apa...diet tidak semestinya kurangkan makan or tak makan. Begitu la tu...kalau bagi alasan semata-mata untuk penuhi nafsu makan yang bermahajara lela. Plus ada lokong di sisi...maka menjadi-jadi selera makan kami. 

dan.........i can feel it. seriously.... peningkatan berat badan yang mendadak. HELPPPPP!!!




Second Day National Achiever Congress

hurmm...masih lagi aku nak menyumbangkan idea-idea untuk uols gi jalan-jalan cari makan. Laki wa suka bawa wa makan walaupun suruh wa jaga pemakanan..kawal makan demi kesihatan, katanya. ye lah..nak harapkan kurus cam dulu-dulu, jangan harap ler yer? yang penting sekarang, sihat...laki wa tak romantic cam laki orang lain..tak kasi bunga bagai....tapi happy bila lihat bini makan sehingga licin pinggan. tu la cara laki wa kasi hati wa berbunga-bunga...thanks lalinks. nah, jom terjah restoran the mines. kami pilih untuk.............

*
*
*
breakfast di bawah pokok
*
*
*

*
*
*
*
*
lunch of the day
*
*
*


Wa tell you. this is first time wa makan kat pizza san francisco ni. sangat sedap and yummyliciousssss, uols!! kalau ada berhampiran tempat i, mesti jadikan port utama untuk mamam. The very thumbs up, Ok!! Wa favourite ofcourse lamb chop very the puas hati..and the pasta memang marvelous!!! sangat...sangat...sangatttt sedap!!!
*
*
*
Dinner time..
*
*
*

G.I.Joe food corner at my territory, Botanik Garden. Seafood Tom Yam,
Kangkung Belacan and Telur Dadar. Sambal belacan is their signature....fuhhhh. KENYANG!!
SIMPLE BUT NICE. oppsss..tak lupa pula otak-otak JB sementara menunggu makanan tiba.
tibai abis..haaa
 *
*
*
Perut wa tarak ada ruang untuk kosong. sentiasa berisi dari pagi sampai ke malam. Puas hati....tido malam pun mungkin tersenyum kot. hahaha...



 



Terharunya

sebelum aku terlupa akan perasaan ini, baik aku sharekan bersama kalian. hurmm...memang. memang aku terharu sesangat dua hari lepas. ceritanya begini...Aku telah parkkan kereta aku di tepi jalan raya yang sangat sibuk berdepan dengan sekolah rendah. alkisahnya, setelah selesai membeli keperluan dapur aku dan anak bongsu akupun masuk kereta aka nak mengundurkan kereta. Disinilah bermulanya kisah. setiap kali aku reverse, kereta yang datang dari depan tak kasi peluang. Begitu juga kereta dari belakang. ya. jalan ada dua jer...haaaa..tak boleh jadi ni..  aku keraskan hati aku. Lantak drive jerlah..biar kereta yang datang dari depan berhenti dan kasi ruang untuk aku masuk ke lane yang bertentangan. aduhhhh... bukan kereta yang datang, ngko...its a big lorry. ketika lori tersebut masih jauh, aku pun reverse stering dan bergerak ke hadapan. sekali, lane bertentangan pula jam. nahhhh..si lori semakin mendekat. aku angkat tangan suh dia tunggu....lorry tu siap signal highligh aku lagi. fuhhh...orang kat lane bertentangan yang tak bergerak cam memerli dan sengih-sengih ibarat kerang busuk memandang ke arah aku. ada yang siap bagi signal tunjuk-tunjuk kat belakang suh aku undur lagi. aku pun undurkan diri masuk semula tempat parking. Melihat aku kuar masuk, beberapa orang pakcik yang sedang menunggu anak tertarik datang  untuk melihat panorama yang tercipta. Dalam hati terdetik gak...kalaulah pakcik-pakcik ni tolong reversekan kereta aku dan bawa kereta aku ke lane bersebelahan. hurmmm...itu cuma detikan dalam hati. well...suddenly keluar seorang lelaki (aku tak nak mention bangsanya...takut menimbulkan racist plak), mungkin dia kesian tengok aku keluar masuk keluar masuk parking coz kereta dari depan dan belakang tak kasi chance aku keluar. di tahannya kereta yang mendatang ala-ala polis trafic dan kasi signal suh aku kuar. maka, terlepas la aku dari jerat kuar masuk parking yang almost 30min keadaan aku sedemikian rupa.

aku pun melambai tangan kat pakcik tersebut tanda ucapan terima kasihku pada beliau. dalam ramai-ramai pakcik yang datang menghampiri yang sekadar menyaksikan. tak da seorang pun yang bertindak. seronok kot tengok aku terkial-kial mengemudi keretaku. mentang-mentanglah aku seorang perempuan. huh!! dan..ketika pakcik yang seorang tadi berdiri dan menahan kereta yang menghala dari depan untuk aku bagi ruang kat aku untuk beredar, terasa bening panas di jendela mataku. hatiku sebak. aku nak menjerit. cam nak menangis pun ada. Ohhh...ada juga manusia yang baik hati yang sanggup bersusah payah menolong aku meskipun tak  mengenali aku dan yang pasti bangsa serta agamanya berbeza denganku. Bersyukur sesangat that day...ko orang pernah tak rasa perasaan begini. perasaan berterima kasih yang tulus yang sukar di ungkap dengan kata-kata.

to you--Uncle of the day...siapa pun uncle, saya betul-betul berterima kasih pada uncle atas kebaikan hati uncle. minta maaf kerana tidak dapat mengungkapkan kata-kata terima kasihku justeru aku harus beredar secepat mungkin dari kesesakan lalulintas di tempat berkenaan. May your God bless you always.

#masih terasa-rasa lagi kesebakan itu di dadaku.





Thursday, May 9, 2013

Beza orang miskin dan orang kaya

Hadohhh,,,menyakitkan hati jer tajuk entry malam ni. memangpun...bukan nak kutuk atau menghina orang miskin. peghhh...melampau sangat bunyinya mengkategorikan orang sedemikian rupa,kan? hurmm..ada baiknya aku tukar istilah miskin dengan kurang berkemampuan. nanti ada plak yang lebih-lebih terasa hati. aku tak bermaksudkan sesiapa ok. relax u there...


Nak dijadikan cerita, semalam dan hari ni diistiharkan sebagai hari AEON. Semalam aku dan suami setakat window shoping jer, jeling-jeling mende yang mungkin berkenan di hati. so, tak adalah membeli anything. setakat cuci mata jer lah. Actually laki aku dapat message dari AEON tat we two ada voucher. semalam tak sempat nak ambik. ramai sangat orang..malas menunggu punya pasal though menekan no. giliran. cam kat bank jer la pula rasanya dan suasana. hadeii...meriah...meriah..

so, hari ni aku pegi lagi. nekad nak ambik voucher aku. refer above pic...hehe...rm40 jugalah. hadohhh...kalaulah aku tak amik rm80 that day, kan best. mesti dah rm130. boleh gak membelibelah sakan. beli barang dapur memang lepas sangatlah...membantu sesangat bak kata orang. (well, voucher yang terdahulu dah dilaburkan semula untuk beli diapers budak-budak juga.) tapi aku dari umah niatkan nak beli purse. hadooohhh..purse aku dah uzur weii....kesian tengok. mana tau boleh ganti baru..huhu..

so, aku pun beriya dan bersungguh-sungguh gi kat bahagian purse. dari jauh cam ada potongan 70% dan 50%. laju jer kaki aku melangkah. sekali tanya...purse yang aku suka, potongan cuma 20-30%. hurmmm..sekadar menelan air liur lah aku. dengan voucher rm40 kena tambah another rm-30-rm40 after diskaun. tapi aku tak sampai hati plak membayar harga tambahan. huhu..

my purse yang rabak...seperti mana isinya yang juga rabak..huhu..
 (kalau nak tau seseorang itu adalah jenis yang setia, petunjuknya senang jer. orang itu akan menggguna sesuatu untuk satu jangka masa yang agak panjang. selagi benda itu elok dan boleh digunakan dia tak akan beli baru or tukar  benda lain sehingga benda tersebut betul-betul tak boleh digunakan lagi. haha..juga boleh dikategorikan sebagai kedekut/lokek pasal sayang nak beli baru. hadoiii)

melihat pelanggan lain...senang jer sambar ini dan sambar itu..wahhhh...best gilerrr kalau berRM banyak,kan?? boleh membeli apa saja berdasarkan minat kita. bukan cam aku....membeli bukan sebab cantik or aku minat...tapi cukup ke idok fulus aku untuk membeli? gulppp....disinilah perbezaannya yang nyata. orang yang tak berkemampuan cam aku ni...setakat berangan jer lah memiliki barangan berjenama. bak kata orang..cukuplah  sekadar belek-belek dan menyentuh barangan tersebut. dapat hidu bau barang mahal di jemari, jadilah labu. ha ha ha...gelak yang dibuat-buat gitu. Aku ni ada gak citarasa bagai our first lady Malaysia. suka shopping...shopping,kan terapi. tapi takda $$$$, nak buat lagu apo la kan?? BRIM pula tak lepas.

maka voucher aku...akan aku laburkan semula untuk beli sayur...sigh...demi kesejahteraan keluarga terchinta juga,kan?. tak mou lah mengeluh.