Monday, April 29, 2013

Maajun Warisan Keluarga (MWK)

hurmmm...sebotol telah aku telan. mula-mula rasa yeyekkkk...tapi lama kelamaan cam best pula rasa menelan bijian maajun ni. Ya, tujuan pengambilan adalah untuk merancang keluarga. Pengambilan pun tanpa was-was. Mujarab dalam 24 jam..kalau makan jam 9 malam, malam lainnya pun WAJIB diambil jam 9 malam juga. 

well..saja nak kongsikan kat uols esp. para ibu...aku sarankan, silalah amalkan pengambilan Maajun jika berniat nak merancang keluarga. Tak da side effect yang membimbangkan...malah faedah lainnya pula menggembirakan hati. Lagi-lagi para isteri yang beranak normal...faham-faham jer lah....hihi...kebaikannya memang terasa. =)

hari ni hari terakhir untuk botol pertama MWK ku..esok kena rehat 7 hari. Pada hari ke 8nya baru ON botol baru. senang jer amalkannya pasal makan sebiji jer sehari. Tak beri masalah......

*klasiknya aku...bermaajun segala. hahaha....


monday blue

haaa.....happy monday to everyone. hari ni tak da apa nak dibicarakan. mood tak berapa baikLAH!! hehe..tak lah..saja jer. hari ni buntu. tak tau apa nak buat. nak cari keje, dah tutup dah pintu hati ini. biarlah.. nanti petang nak bawa myboy ke hospital rawatan harian Ampuan. Dah masuk sebulan telinganya masih bernanah. Kesian tengok muka comel my boy.... hari ni, aku tutup hati untuk mana-mana anjakan paradigma. STOP THINKING and FORCING mySELF!! lets time...and let it be God's Time...

oklah...nak relax-relax di hari Isnin nih. nanti-nanti ada idea...aku akan post bebelan entry lainnya.

ciao!!

Sunday, April 28, 2013

NASI LEMAK PENJAJA PAGI

pagi ni laki aku beli nasi lemak dan mee hoon goreng (tak goreng pun). wah...entry aku pagi ni penuh dengan kritikan. Nasi lemak tak berlauk...cuma mee hoon jer lah aku cuba untuk habiskan. Tahla, kenapa dengan penjaja-penjaja kat sekitar rumah aku ni. berniaga cam tak nak jer..cuba kalau aku. haaaa...serious.

mereka masak lauk pauk sikit jer. bila orang beli dah habis...naper ek?? kuih pun berapa biji jer...teringin aku nak berniaga pagi-pagi. mesti laku punya...tapi aku ni non-muslim. mana boleh niaga open. karang kena pula..

entahlah..some people ada peluang, tapi tak digunakan sebaik mungkin. buat keje cam hidup segan mati tak mau. cuba buat elok-elok..sedap..mesti ada pelanggan tetap gitu. aperrrrlah!!! tah apa-apa tah!!

Paling teruk

haaa...salam sunday buat semua...tengah beristirehat di hujung minggu yea bersama keluarga?? aku dan suami masing-masing tengah ngadap lappy lagi..anak-anak masih tido lagi. Gantian la tu coz asyik asyik terjaga. Waktu siangnya barulah dapat tido dengan lena. my boy tido muka maintain senyum jer..sejuk hati tengok. si kakak pula tido telengkup..alahaii...

pagi-pagi lagi sang bapa kuar gi beli nasi lemak dan mee hoon untuk dibuat sarapan. laaa...tak ada ayam pula nasi lemaknya. maka terbengkalai jer kat meja makan..jap lagi ada orang tolong habiskan. hihi...

oklah, isu pagi ni makanan paling teruk aku pernah makan. bukan tak ada yang teruk selain daripada makanan ini, tapi semalam rasa sangat tak puas hati. selama ini kami suami isteri memang tak pandang pun RASA MAS restaurant. tetiba semalam nak try makan ler....cuma restaurant ni jer yang kami tak pernah singgah sepanjang menjadi ahli JUSCO tegar di bukit tinggi, klang.

Hurmm..sekali tengok menu...OK jer pun. cantik jer...harga pun, lebih murah dari Chicken Rice shop. Aku pun sengih-sengih jer mengorder makanan pasal jimat sikit makan malam tu. mesti puas hati pasal seekor ayam percik kami pinta. Suami menambah sup bebola, japananese tauhu dan mix vege. 

trennggg tenggg tenggg....sekali tiba hidangan atas meja. kami terkedu. terdiam. kemudian tersenyum. suami terus kata, indah khabar dari rumah. Semalam lupa nak bawa hp bercamera. kalau tak boleh aku tunjukkan disini keistimewaan makanan yang tiada taranya ini. mix vege-OUT! sejuk ngko!!! Japanese tauhu-OUT!! sejuk dan keras serta kecik(mungkin digoreng berkali-kali pasal tak laku), sup bebola-OUT!! sejuk dan ditabur tauge (takda skill langsung dalam hidangan..tengok pun malu. cam dicampak dalam air panas cam tu jer..tapi itu pun bukan panas. sejukkkkk) and lastly ayam percik seekor (AVERAGE!!=OUT!!) pasal sejuk. nasi pun sikit...kalau iyer pun tak reti masak, atleast panaskan ler menda-menda tu dalam microwave. tu pun tak reti ker?? hak tuiiii... tu tak termasuk lagi dengan sudu dan garfu yang tak tersedia di atas meja. kena lambai-lambai panggil....haiyooo yooooo....what a really really bad service,uol...geleng palak kamek koh!!

kalau you ols nak singgah makan kat RASA MAS, AEON bukit tinggi. baik tak payah!! really-really not value for your money!!! haaaa...makan kat sini cam nitemare jer bagi aku sekeluarga...huhu

sekian.


Saturday, April 27, 2013

Home Invasion vs 9/10

fuhhh..aku baru jer selesai menonton tv2 entitled as above entry. puas hati tengok ending cerita nih...rasa teganggg jer aku sepanjang menonton movie ni. Lagi satu, iklan pun kurang. Seronoklah layan. haha...emosi aku mampu dibawa seiringan menghayati perjalanan plot cerita. tak sia-sia duduk umah petang sabtu ni. biasanya, tengok cerita hindustani...tapi tetiba ada movie omputih, elok benarlah tu. ingat nak tido-tido kejap tadi pasal nak kuar jalan bawa anak aku. First time mata aku tegak jer duduk depan tv tanpa mata kelip-kelip (tipula tu mata tak berkelip langsung..haaa)

hurmm...hari ni kuar ngan teman gi buru keje kilang. sampai teman tu kate, Ko ni mama lolo...elok-elok dah belajar tinggi-tinggi nak juga jadi minah kilang ker?? apa aku nak cakap?? tak kisah la teman... janji halal,kan?? bukan aku pegi mencuri pun..atau buat keje yang tak helok.. tapi hampa juga aku. Maaf yang, tak da kosong buat sementara waktu ni. kecewa gak aku....haiii...keje kilang tercikai pun orang tak nak hambiq??!! sedih derrr.....aku sekadar letak kelulusan UPSR jer.. percaya lah tengok muka aku ni...hadoiiii!!! tu lah akibatnya menipu, tak restu kot. kang aku kasi kelulusan sebenar, mana ada orang nak upah aku plak. dilema betul ler, ko tauk!! 

Teman siap hentam aku lagi..."kalau aku ko lah mama lolo..tak yah keje. duduk umah goyang kaki. bukan laki ko tak leh kasi ko duit pun." tergamam aku. hurmm...nak harap duit laki aku, maknanya tak ke mana lah aku. setakat membesarkan badan sendiri bole la... aku ni berniat nak hulur-hulur kat emak bapa aku tiap bulan. takkan nak harap duit laki aku plak. tak manis la lagu tu...ye lah, aku ni di sekolahkan emak bapa aku,  tapi hujung-hujungnya aku tak mampu nak kasi balik walau sedikit pun sekurang-kurangnya depa boleh gunakan untuk ke hospital or whatever keperluan depa. Segan  aku kat emak bapa...depa tak minta pun dari aku. Mereka tahu dan faham kedudukan aku sebagai isteri orang. tapi sebagai seorang anak, aku tau rasanya harapan orang tua pada anak-anak. dan pastinya aku tak nak kecewakan emak bapa aku. Dulu selalu janji kat emak bapa...nak belajo tinggi-tinggi nak ubah keadaan keluarga agar keluar dari kepompong kemiskingan....aku selalu janji kat emak...kat ayah....Now, setakat mampu menelan air liur bila dengar anak orang kasi kebahagiaan kat orang tua depa. teringinnnnn sesangat bahagiakan emak bapa aku di hari tua depa. kalau nak harapkan duit laki aku dan aku tak bekerja??? masakkkkkkkkkk la jawapannyer!!! serious dilema seorang wanita, isteri, ibu dan anak...

on the way balik, aku nekad nak berniaga kecil-kecilan pula. biarlah... bermula dari bawah sekalipun, lagi manis. Cuba tanya orang yang berjaya ni...selalu mereka mulakan dari bawah. ye lah..kira bonuslah orang yang terus duduk puncak tanpa perlu bersusah payah tu. rezeki kome gitu... to me, bila kita yang buka sendiri...berusaha sendiri....segala jerih payah dan titik peluh itu akan dihargai...jadi kejayaan itu lebih manis, gitu.. so...aku akan mulakan gerak gempur cari kiosk tumpang kedai plak...

Berangan jer tak guna...kena berusaha ke arah itu. Kata orang, 9/10 rezeki datang dari perniagaan. tak mudah..memang ada dugaan dan cabaran. tapi...itulah yang akan mengkentalkan hati   agar lebih kuat dan tabah untuk menggapai impian.

Top up Kesabaran

Setiap hari adalah perjuangan. itulah kata-kata yang aku bisikkan dalam hati ini...tak kiralah jenis perjuangannya. sebagai seorang ibu, perjuangan yang paling utama ialah kesabaran dalam meladani anak yang aggressive dan active. fuhh...kalau ikutkan emosi tu...senang jer tangan ni melayang...nak mencubit jer lah keje bila mulut dah tak berbisa.

aku...setiap kali terjaga dari tido, berazam untuk tidak menyakiti anak gadisku dengan alasan, dia masih budak. masih kecik. tak paham apa-apa lagi...Tuhan tolong topupkan kesabaranMu di dalam hati ini agar aku bisa menjadi seorang ibu yang pengasih dan penyayang serta penyabar. Jangan biarkan aku dihanyutkan emosi amarah tatkala meladani perangainya yang seringkali menguji hati dan perasaan.

aku sayangkan anak-anakku Ya Tuhan...Meski niat aku adalah untuk mengajar anak, tapi perlakuan kekasaran itu tidak sepatutnya aku lakukan pada tubuh comel. lagipun...dialah racunku..dialah maduku...dialah segala-galanya. sehari tak mendengar tawa riangnya, terasa hidup aku kosong. Cuma aku ni terkadang stress dengan keadaan aku sendiri "penganggur bertauliah" begini...




Hidup bukannya mudah

morning world..
pagi ni aku boleh bangun awal sikit...heeee...my boy cuma sekali jer kejutkan aku untuk buatkan dia susu. Pelik tapi benar, dia tetap tido sampai ke pagi meski kain lampinnya kuyup. Cam kehujanan plak anak bujang aku. kesian.....tak tau apa lagi nak kasi kat ruam beliau. Selama ni aku mendabik dada yang anak aku tak kena masalah ruam. dan hanya berpunca dari tisu basah pewangi...maka anak aku menderita kesakitan aka kegatalan. maafkan mommymu sayang....

dan..
pagi ni aku bersiap sedia nak merayau lagi dengan teman. Tak tentu hala tujunya...hanya bermotifkan mencari keja yang sempoiiii. kalu keje standard tu, kena apply sana apply sini. Semalam dapat call suh pegi interview gak. tapi jauh di sanaaaaaaa...KL. lagipula dalam financial investment. makcik tak minat, nkgo...malas nak pening pening dan pusing pusing kepala ngan mende serious lagu ni. makcik tak nak stress-stress dah. cukupla masa belajo jer stress. Mana pula nanti nak peningkan etika pakaiannya..minyaknya...hadoohhh. tak sukerrr....

well..
apa yang kita nak, tak dapat. apa yang kita tak nak, beratur pula kat belakang kita.  Apapun, aku nak kuar gi pekena soto dulu dengan teman. heee....biarlah pekerjaan itu rezeki dariNya. Redha jerlah dengan ketentuannya. Hanya masa yang menentukan...sabar...sabar...sabar....

*cam mana ni...helper aku tak bangun lagi. =(


Friday, April 26, 2013

temu janji

hurmm..ari ni janji ngan kawan kuar gi cari keje. nampak gaya, tak gi la kot. call-call tak angkat pun teponnya. janjinya jam 9am.. hurmmm...susahnyer janji orang bumi ni. aku dah siap masak bubur labu untuk si kecik. my helper tak bangun lagi ni.  bertuahkan, jadi helper aku?? sukahati mak bapa depa jer buat apa yang depa suka. nak tegur pun malu...prinsip aku, pandai-pandai sendirilah nak buat apa. aku nak tunjuk itu ini...aku tak suka acting like MEM besar though berbadan besar. Pandai ko lah.... cuma bengkek dalam hati jer lah. though tak buat mende apa pun, tak bestlah lewat bangun,kan? cam mana kalu aku keje, lagu ni lah yang terjadi...bernanah ler hati aku. Sebentar tadi aku sengaja masuk biliknya ambil diapers budak-budak ni haa...nasib beklah  tengah iron baju budak-budak ni..kalau tak,..aku tak buat apa-apapun. cuma reputasi tu buruk ler kat depan mata aku..kenaikan gaji pun akan lambat jadinya. 

oklah..tengah explore mende internet nih....tunggu response kawan tu. tah-tah masih membuta juga kot. hadoiii..

Thursday, April 25, 2013

Aku bukan robot

pagi tadi aku bangun jam 12 tengah hari ko...huhu..tak malu emak orang bangun tatkala tengahari menegak di kepala. well...semalam we all tido jam 3am. kendian aku asyik terjaga dek anak aku. aku pun bukannya robot...terasa gak penat wehhh... dua tiga kali bangun buatkan anak susu...aku berjalan sambil terpejam mata. mengantuk sangat la tu.. nasib baik tepat tujunya aku ke sinki mencuci botol, amik air  panas dan susu. haru..haru...

sebaik jer bangun tadi tengahari, aku terus kasi si boy makan. nasib baik ler helper aku dah masakkan bubur. itupun kira dah agak lewat gak dia masak..(harusnya jam 10 pagi, bubur si boy dah kena masak dah).Dia gak terus khusyuk rework sebaik dia bangun tido. sampai terlupa buat apa yang patut. alahaiii...  lepas baby makan, aku terus sambung  keje-keje rework sampai ke petang. jam 7pm barulah aku turun dari kayangan untuk ke dobi berhampiran. pakaian kotor banyak...lagi-lagi si boy tak dipakaikan diaper sangat dek ruam yang melampau kat celah kelengkangnya. sengaja biarkan dia bogel kasi bernafas kulit dalaman si adikkk. jadi, bau bacing la juga umah kami dek kencing adik kat kain-kain yang menutupi "the little bro" dia. haaa...

now, segala kerja rumah dah settle...now nak berjuang siapkan barang rework plak. sambil lipat-lipat sempat gak berangan aku nih... berangan nak kaya. haaaa..... boleh kaya ker lipat kondom ni ek?? tak apa..aku akan buktikan...dengan sekadar lipat kondom, kita bakalan lihat apa akan terjadi....tunggguuuuuuuuuuuuuu. heeee...

ooppsss...termengarut plak aku. oklah...setengah guni lagi nak kena lipat ni. ciaoo!!


Manusia...manusia...

what a bad day today...sigh....semalam washing machine rosak. hari ni gi dobi. mesin duit syiling plak rosak. hadohhhh...tertepuk dahi aku. aku ambil keputusan gi tukar duit kat kedai-kedai berhampiran. berapa jer buah kedai kat tempat aku ni.. aku pun pusingla bawa anak gadis aku. masuk kedai kuar kedai bertanya dengan muka yang dibuat-buat manis. senyuman malu sebenarnya tapi buat-buat tak malu punya senyuman. kata orang, senyuman kerang busuk gitu...huhu... "abang...akak..adik...ada syiling baru 50sent tak? nak tukar.." 

aku sempat menilai perangai manusia. ada yang baik hati....ada yang kedekut taik hidung masin. aku berterimas kasih sesangat kat depa yang baik hati. Ada tak ada itu lain cerita...yang penting time aku tanya tu, ada yang terus belek tempat duit syiling. ada la juga container kecik tempat duit (menipu la itu jer duit yang ada sepanjang hari berniaga,kan? tapi tak apalah, atleast ada gak gaya depa mencari duit syiling walaupun takda.  (sebenarnya ada, tp malas nak ambiq kat tempat simpanan)

aku salute peniaga cina, depa terus cari dalam laci lagi. seringgit dua pun jadilah... yang lain??? betul-betul taik idung masin. yerrkkk.... bila aku tanya...depa diam. lepas tu...macam berfikir, boleh pula tengok-tengok kat  kaunter dari jauh cam duit tu  nampak jer dari kejauhan. "takda la akak." aku senyum. bukan hampa. tapi kecewa dengan sikap depa. sekali aku tanya pekerja yang jaga kaunter, dia belek-belek tempat syiling...memang aku dah agak, semua tu skill tak nak kasi. aku paham sangat. Tapi aku still mengharap. "tak da la kak". hurmmm...sekali aku nampak boss dia... "boss, nak duit syiling baru 50cent." Berapa nak?? haaa....pembantu dia terdiam, lepas tu pura-pura gi tempat lain.

aku tau aku perlukan syiling pasal mesin syiling rosak...tapi aku juga tau...sikap manusia yang kedekut dan perangai kepura-puraan manusia. terukkknyaa!!! bukannya aku minta free duit syiling depa tu. just minta tukar jer..itu pun tamak!!! buduh...buduh...

Rumit juga yea..

mata dah ngantuk nih...hari ni baru dapat barang baru. jenama baru...ala-ala chewing gum gitu. hurmm..susah gak aku nak gambarkan kat uols jenis product yang i rework kat umah ni. malas nak tangkap gambo kendian upload punya pasal la ni. biarlah....mak cik sekadar menceritakan jer ek?? hee...

hari ni suami pulang lewat keja, around 12am gitu. menyempat gak tolong aku packing masuk tu barang dalam box. huk huk huk..rm0.17 sen pula kali ni. harga termahal setakat ni. kira-nyer kira, kita orang baru siapkan rm3.00. punyalah dari petang tadi dok duduk packing. lenguh-lenguh di bahu tu jangan cakap lah..memang ada. montot pun sakit duduk memanjang. itu tak termasuk jeritan gegak gempita suaraku melarang anak dara aku gi buka semula kotak-kotak kecik yang cam cute tersebut.

k lah..nak tido dah. sok perjuangan masih ada ni. half tong sampah besar tu lagi haaa nak kena siapkan.

nite ols.

Wednesday, April 24, 2013

Buat Duit Dari Rumah

Tajuk entry yang mengancam pagi ni. Dah almost seminggu aku google kat internet pasal cari keje buat kat umah ni. pemasangan komponen elektronik or anything yang boleh dibuat di rumah ect....lagi satu, taking surveys paid la kononnya..

semuanya nak minta sejumlah wang pendahuluan or kata nyer....wang pendaftaran. Aik??? aku ni cari keje, bukannya dah dapat keje. maksudnya aku cari keje pasal aku bermasalah dalam kewangan. yang depa ni tau aku dah sengkek, minta lagi wang pendaftaran buat apa,kan?? Kononnya cam tolong, ini sudah ah long maaaa... kalau iyer pun begitu, kasi dulu kerjanya. dapat duit nanti, boleh bayo. kalau betullah menda yang depa offer tu wujud or bukanlah penipuan semata-mata. itu tak termasuk yang sekadar jual buku kejayaan bekerja dari rumah. dalam buku tu ada senarai syarikat yang offer keje ker?? kalau setakat tips-tips tu...tak payah laaaa.

Penat dah google....aku simpulkan, takkan ada orang nak offer rework ni kat internet. yang suh kasi alamat post office suh kita post sampul surat tu pun satu hal. apa lahhhh....sekarang email ada, der..napa tak guna email jer kasi explain tu kerja. haiyoooo...

dannn....ada yang offer product, suh kita bayar dulu. lepas tu kata nyer depa akan beli balik barang yang telah siap kita buat. boleh blahhhhhhhh....jangan sesekali tipah tertipu dengan skill ni. dah banyak kali terjadi kes cam gini menipu suri rumah tangga yang desperately nak bekeje dari rumah cam aku ni. yang betulnya cam yang we all buat sekarang packing kondom. memang dari kilang tapi hancus melalui orang tengah plak...tu yang nak cari lubang lain selaen kondom ni....

nak jadi translator online pun kena bayar dulu wang pendaftaran....tah apa-apa lah!!!


Tuesday, April 23, 2013

Diet Rumpai Laut

hurmmm...baru hari pertama nak serious berdiet via rumpai laut....entry awalan aku dah ceritakan bagaimana penerimaan tekak aku kat rumpai laut ni. memang iyekkkksssss. tapi satu perkara yang aku perasan....my perut rasa terisi jer. tak rasa lapo pun..bila teringat nasi, selera plak cam tak ada. so, tengahari ni aku minum sup jer lah. nasi cam tak leh nak lalu gak kat tekak aku. Tak per... baru first day,kan?? beberapa hari lepas aku just minum jus rumpai laut. Minum dengan makan berbeza tauuu..

apapun...lets try another diet dengan barang baekkk ni. kalau berkesan, tak yah lah nak beli ubat-ubat mahal untuk kurangkan selera makan. Guna jer bahan asli....chemical pun tarak. Other benefit pun ada gak...tunggu dan lihat jer lah dulu.....kang cakap banyak tebabooommm berkompang sana sini, sekali ada menda lain plak mengusik seleraaaa, kan kantoiii!! haaaa....Usaha tangga jaya!!!

tapi aku dah plan dalam kepala otak aku ni nak makan thosai telur petang ni...sedapnya ya ampunnnn.

ReWOrk

hurmmm...mana nak cari kilang yang boleh kasi peluang suri rumah bekerja dari rumah ek?? kondom dah beberapa hari tak hantar stok nih. boring plak rasa duduk-duduk saja-saja di rumah. kalau ada lubang baekkkk punya dari kilang, kan best. seronok gak buat keje dari rumah ni. kawan teman buat kotak hadiah. semua bahan-bahan dibekalkan direct dari kilang. tapi teman tak galakkan aku lakukan pasal gam yang digunakan sangat kuat...berbau..tak termasuk turpentine lagi, katanya. takut anak-anak active cam anak aku ni nak cuba try test nak tau apa ke benda dalam tin or kotak-kotak kayu yang baru di gam dirobohkan. kan tangkap sendu...lumayan gak perolehan teman tersebut. satu kotak bersamaan rm1.30. kekadang dia buat 200 kotak dalam dua-tiga hari. kira ok la tu...lagi cepat buat, lagi masyukkkk. Modal pun tak perlu nak kuarkan. Orang kilang yang hantar dan ambil barang terus dari rumah. OK bah,kan?? sekarang sibuk nak cari lubang baeikkk nihhh....tapi di mana ya???? any idea peps??... Aku dah macam tak berdaya nak kuar untuk bekerja tinggalkan anak-anak. My boy ni tak henti-henti lagi sakitnya...mana mungkin hati ini bisa tenang berjauhan dari anak. Takkan nak minta kuar kejap-kejap ngan boss..malulah gueee...huhu....prestasi harus kena jaga depan majikan weiii...

Mogok

my helper bilang sama gua...bingung kepalaku....bingung kepalaku...aik?? hati aku cam tak sedap jer bila beliau berkata demikian. Apa hal? soalku dengan pandangan ingin tau serta jauh dalam hati mendoakan tiada perkara buruk berlaku.

Mesin basuh ada problem la... tak nak spin... tak nak bergerak.... hurmmm. aku pun bingung gak bila dengar masalah yang baru timbul. hadoohhhh...mesin basuh kami mogok pulak. Pagi tadi OK jer...tak tau tang mana uratnya yang sakit or lenguh-lenguh.

mesti wak karto bising nanti ni...tu lah ko orang, pakai barang mesti rosak...aku andaikan awal-awal butir bicara yang bakal terucap di bibir wak karto sepulangan dari kantor nanti. huuuhhhh...mana nak ngadap pakaian menimbun dan mana pula nak mengadap muka wak karto yang pasti membebel panjang. urgghhhh....

tension tau, kalau mesin basuh buat hal...


Serious uweeekkkk..

solemnly announce that i did not turn up for the interview...huhu..sepatutnya jam 9am pagi tadi. Akibat asyik terjaga sepanjang malam dek tangisan my boy, aku tak dan nak bangun pagi. Sakit kepala. Anggap jer lah bukan rezeki aku. tapi tengok nanti petanglah...aku nak pegi juga dengan muka tak tau malu. haha..kalau rezeki aku, depa terima lah.. kalau bukan, what to do...dah nasib aku begitu.  =)

semalam aku masak rumpai laut buat kali ketiganya. Kali ni aku masak guna multipurpose rice cooker dengan low heater. lama gak baru melebur tu rumpai laut. Dua kali masak, rumpai laut aku tak jadi jelly pasal banyak sangat air. haaa....practice make perfect. Maka jadilah Pure Marine Collagen aku. miahaha...haha....

Pagi ni aku cedoklah konon-kononnya tiga sudu jelly rumpai laut. Ingat nak berani mati makan PMC aku plain. hakkkk....hambiq ko!! half way aku masukkan sunquick. Baru lalu tekak aku sikit. Tapi aku tak leh nak perabiskan....serioussss uwekkkksss uols. huhu...rasa semacam jerk kat tekak aku. hurmmm...rasanya aku wat jadikan masker muka jer lah PMC aku ni. Lebih baik minum jus jer berbanding jelly. aku kalah FEAR FACTOR menelan PMC buatan aku. Meremang bulu roma aku OK!! haha...

oklah..anak nangis. nak kena dokong jap. ciao!!

Jus Rumpai Laut

sebelum tido malam tadi aku kasi laki aku minum secawan kecil jus rumpai laut. huhh..muka diaaaa. Tahan jer lah bau hanyir sebiji bau ikan mentah. Aku nak amalkan kasi laki aku minum jus ni sebelum tido. dia kan ada Gaut. Nak tengok keberkesanan so called collagen ni kat asid huric badan dia. Sempat pula aku mengusiknya: ni dah minom jus ni, tak leh nak ciom molot dah..bau hanyir. kah..kah..kah.. 

My father testi kat aku semalam, mengatakan beliau rasa sihat after minum jus rumpai laut ni. Father aku ni mudah lelah. tapi semenjak dah mengamalkan minum jus Rumpai Laut, dia dah mula turun memotong rumput. Aku apa lagi, membebel. Biar relax jer..cukup-cukuplah bekerja. ye lah, orang tua kan? mana reti nak duduk diam. Asal rasa sihat sikit, terus cari kerja nak kuarkan peluh. Apapun, harap-harap penemuan rumpai laut ni memberi manfaat yang berkekalan buat ayahanda tercinta serta seisi keluarga yang mula mempraktikkannya.

oklah, nak tido dah. tuan puteri plak tak leh nak tido lampu terang benderang begini. Ada-ada jer kejenya. Siap kena dek ayahnya coz gi siram susu kat badan papanya itu. sorang plak tak leh nak tido gelap. aku??...jadi burung hantu.

nite all.


Bila malam menjelang tiba...

ketika aku menaip entry ini, jam menunjukkan angka 1am. Hurmm..disebabkan aku berjaga, aku pun buka lappy pinkyku ini. Sebenarnya bukan niat nak online pepagi buta ni ha...tapi...my boy tak leh nak tido. ni dah empat malam tidonya tak menentu. asyik menangis jer...tangisan yang bernada sedih berirama syahdu gitu.

malam ni, my helper yang dah nak tido terpaksa kuar dari bilik tidonya coz suara my boy sangat kuat. Aku pula mati kutu bila dia menangis tak henti-henti. Boleh plak my boy terdiam dan minum susu yang aku telah bancuhkan. tadi, dia menolak susu tersebut sebaliknya memilih untuk menangis. Aku tak tau apa penyebab my boy ni jadi begini bila tiba waktu semua manusia di muka bumi ini memejam mata menganyam mimpi,. Adakah disebabkan ruam di celah kelengkangnya or telinganya yang berair. Persoalan bermain di minda.

si kakak pula, bila tengok helper ada bersama tidonya terbang entah ke mana. dia plak berebut nak dapat perhatian our helper. aiyooo....tadi dah kena marah dah..nangis kejap...ingat nak tido, till now still berjaga juga. my boy yang tertido, kejap-kejap terjaga dan menangis. Terpaksa our helper memangkunya sambil menyanyi dan mendodoi di bahunya. 

pagi ni nak kena bangun pula..nak gi interview jam 9am. duhhh...aku nak cuba-cuba jer sebenarnya. see how lah..if the salary attractive, aku ON. if not, malaslah nak keje 8 to 5 in the office ni...aku sekarang prefer keje yang perlukan pergerakan badan (bergerak ke sana sini..or do something..bukan dok duduk depan komputer. tak suker..boring).

my boy dah tertido di pangkuan the helper..minta-minta terus terlena sampai ke pagi. Tetiba dia pandai meragam malam-malam sekarang. andaikanlah beliau bisa berbicara dan nyatakan pada mommynya ini apa mahunya, kan senang. tapi beliau hanyalah bayi berusia 6 bulan. =( Aku sebagai ibu sedih gak pasal tak memahami kemahuan dan ketidak selesaan si bujang tersayang ni.

si kakak ni pulak sibuk-sibuk...psstttt papa...psssssstttt papa..sambil tunjuk papanya yang tido and berdengkur. Padahal dia yang kecoh tak nak tido. puas aku menjengkil mata ke arahnya. 

selamat malam sayang, tidolah.

Monday, April 22, 2013

Kesian anak laki aku..

hari ni bawa my boy gi klinik. telinganya on off on off berair. tak tau apa puncanya. Ditambah dengan ruam di bahagiaan tuttttnya. sangat merah...dah tiga malam beliau tak menentu tidonya. Semalam aku tidak pakaikan my boy diapers. sekadar menutup bahagian bawahnya dengan kain supaya bahagian celah pahanya itu boleh bernafas. kejap-kejap aku bangun kasi tepung agnesia.  gara-gara nak jimat seposen dua, aku beli wiper kat speedmart yang berfragrant. Itulah bermulanya ruam kat paha my boy. Doktor kasi surat refer kat hospital rawatan bahagian telinga di Ampuan Rahimah. Sok bawa dia ke situ plak.

anak laki aku ni tak habis-habis berterusan jer penyakit yang mengintainya. risau aku...bila tengok telinga dia berair cam nanah, kesian sangat tengok muka dia. Doktor kasi ubat titik jer dari hari tu. napa tak sembuh-sembuh ek??. aku tak nak fikir yang bukan-bukan. harap my boy akan sembuh dengan segera.

manja anak laki mommy nih...

Sunday, April 21, 2013

Lagu Rindu

Bintang malam katakan padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi sampaikan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya

Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk si dia tercinta
Walau hanya nada sederhana
Ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan

lyric: kerispatih

Friday, April 19, 2013

Ibu Kolagen (rumpai laut)

sekarang ni tetiba plak orang perkatakan pasal rumpai laut. hurmmm...dulu aku pun tak kisah perihal rumpai laut ni ha. tapi disebabkan keluarga aku yang paling dekat pun mengamalkannya, maka aku pun mengambil tahu.

pertama, ibu aku yang tubuh badannya pun agak cute cam aku serta tersenarai juga di antara pesakit kencing manis MALAYSIA. katanya berat badannya pun kurang...dan bacaan kencing manis pun OK. Uncle aku yang sorang lagi sama...dah cocok-cocok perut untuk pengawalan gula dalam badan. setelah pengambilan rumpai laut ni, dah dua bulan dia tak perlu menjadi doktor suntik diri sendiri. Yang seorang lagi auntie aku muka memang pucat jer...sakit buah pinggang. pelawat dialisis tegar..khabarnya semakin sihat. apa lagi sekarang ramai para suami yang GOUT...yang nak cantik muka tu, jangan cakapla..dah jadi gelombang rumpai laut la pula sekarang ini. siapa tak nak muka tegang cantik jer,kan?..haaaa!!!

so..why not try if for good,kan?? aku pun nak kurangkan berat badan...senang jer masak. makan. tak perlu risau kesan sampingan gitu. aku siap ada stok pula...kalau serious nak beli, tinggalkan message kat komen entry i and no. phone untuk di hubungi. untuk pengetahuan, komen tersebut tidak dipublish untuk menjaga kerahsiaan pembeli.

rumpai laut Ori sabah mari...
(sekadar nasihat: kalau takut tertipu, jangan beli yang dah siap dalam bentuk jel. buat sendiri lagi baik)
Rumpai laut purple gred AAA =rm60 1kg
Rumpai laut putih kekuning-kuningan gred AA=rm50

si kecik yang penipu

hadoiiiLAH..aku tak tau samada aku nak gelak or nak menangis dengar cerita seorang teman ni pasal anak salah seorang teman juga. isu berbangkit hari ni tadi ialah mengenai duit belanja anak ke sekolah. aku ceritalah alkisah anak kepada seorang teman aku aka jiran aku. aku sangat kagum dengan anak-anak beliau yang tangan tak melilau mengambil duit dalam purse bonda depa. Duit hanya kuar kalau bonda mereka yang buka purse. kalau tak macam tu jer lah sehingga bonda mereka balik berjalan dan tangan bonda mereka sendiri yang hulur duit kat tangan depa. punya bagus kan anak cam tu. Awal-awal lagi sejuk perut ibu mengandung.

berbalik pada entry di hari jumaat yang penuh keberkatan ini, adalah alkisah anak kepada seorang teman aku ni juga mengambil duit si mama dari tabung. Mamanya tak adalah perasan duit dalam tabung berkenaan tapi si ayah menyimpan duit berkenaan untuk membayar sewa bulanan umah depa sebanyak tiga ratus. tak tau lagu apa...si anak telah mengambil duit berkenaan dan membahagikan kat rakan beliau di sekolah. Untung ibu anak kepada anak teman prihatin check beg duit anaknya sepulangan dari sekolah dan terperanjat melihat note rm50 dalam purse. setahu si ibu tak pernah dia bagi duit sebanyak itu kat anaknya buat belanja. Tanya punya tanya si anak pun beritahu yang anak teman yang beri duit tersebut kepadanya. katanya anak si teman jumpa duit di padang. huhu.. si ibu tak puas hati terus gi jumpa temanku yang satu. apalagi terjadilah sessi soal siasat...si anak tetap bagitau si ibu bahawa duit tersebut di jumpai di padang lalu diberi pada kawan-kawan. 

tapi temanku itu tak puas hati dengan jawapan berkenaan. lalu si ibu call si ayah tanya-tanya kalau beliau ada hilang duit or satu amaun duit sebanyak tiga ratus. si ayah pun cakap kat teman ada mengasingkan rm300 yang diletak dalam tabung untuk bayar sewa umah. teman pun cepat gi check...TIADA. apa lagi si teman naik angin lalu dipukulnya sampai berbiras gak tangan kaki budak tersebut. Mulut pun di cili-cilikannya. ialah...itu jer lah belanja untuk bayar sewa bulan berkenaan. Suami pula bawa teksi, pendapatan pula tak tetap. siapa tak bengang!!

lalu si ibu pegi sekolah jumpa cikgu pasal si anak bilang beliau di buli pula di sekolah. Cikgu pun apa lagi mengumpul semua budak tanya samada kes buli berlaku di sekolah. last-last find out, si anak beli gasing dengan kawan-kawannya sepuluh ringgit satu dan kebetulan kawannya itu bawa 7 biji gasing yang berharga rm5 jer sebenarnya. punya angin si ibu..si ibu pun bawalah gasing berkenaan pulang dan suruh si anak makan gasing tersebut. end of story, ada lagi..malas nak cerita detail...cuaca panas nih!! huhu..

kisah terjadi penghujung tahun lepas 2012 dan budak berkenaan baru tahun 2. Bayangkan dia sanggup menipu si ibu walaupun dipukul oleh si ibu berkali-kali tapi terpaksa mengaku bila si ayah beritahu pasal duit sewa rumah. sedih..sedih....aku yang dengar pun terkedu. aku tau rasanya itu bila budget tight. si ibu sampai menangis-nangis lagi.

budak sekarang...budak sekarang...tak tau nak cakap apa daaa...

Maajun Warisan Keluarga (MWK)

good morning world.............
haaaaa.....terjaga aku dipagi yang kudus seawal jam 6am sebaik alarm hp aku mula berdering. telinga aku cukup sensitif mendengar bunyi alarm. aku setkan alarm coz nak kasi my boy ubat antibiotik. setiap 6 jam kena makan. so, 6am, 12am,6pm dan 12pm waktu makan ubatnya. senang ingat dan waktu pagi perlukan kesabaran for me to do so. Apapun, telinga my boy tadi ku lihat dah kering. Punya susah ni budak makan ubat. nangis panjang....akaiiiii tang ni yang bikin aku lemah.

wooppsss....pepagi aku ada isu nak share ngan you all. haaa....lihat balik entry..lihat balik tajuk entry...cantik!! makcik mengamalkan maajun Warisan Keluarga(MWK). Baru botol pertama pun..kekawan makcik makan maajun ni pengganti pil perancang. uols tau la pil perancangan, suntikan, implano dan segala macam perancangan keluarga ni ada effect-effect tertentu. Mak cik ni berminat pasal maajun ni ialah pil herba. no effect depa khabaq. Makcik berkeputusan nak makan pasal makcik pun nak berperancangan keluarga juga itu memang pasti. keduanya, makcik punyai haid manyak tak teraturLAH!! kekadang bulan menjelma kekadang gerhana kekadang kelam...paling tak best, bila datang..keadaannya tak menyenangkan hati. hitam coklat dan likat (cam ala-ala habis peod). Lagilah kalu time makcik degil nak minum ayaq ais. huh!! memang cam segan jer nak kuaq tapi agak lama juga. Last ari tu sampai dua minggu. huhu..

Makcik makan ini MWK sudah beberapa hari. Bulan dah menjelma terang semenjak dua hari lepas. Makcik pun tak sangka secepat dua minggu after makcik berhenti yang last, kok udah datang gitiew. haaa...but this time, makcik rasa best. Puas hati tengok itu "jus tomato" pengalirannya baik dan penuh. phiewww...senggugut pun tarak. OK la tu...

Maajun ni kena makan 21 hari. Then berhenti selamat tujuh hari. Pada hari kelapannya sambungkan lagi botol ke 2 selama 21 hari dan begitulah seterusnya. Menda baik cam gini, makcik teruskan saja.. nak jaga rahim secara khasnya dan kesihatan dalaman secara amnya. heeee...ala-ala makcik gitiew, yer? nak tau pasal MWK, googlekan jer terusss. Pasti anda lebih memahami apa yang makcik ala-ala testimonikan ni. Makcik pun rasa segar jer berbanding sebelumnya... =) 

Makcik tak jual jamu..cuma kongsikan kebaikannya. haaa!!

Anjakan Paradigma melampau

ko orang pernah tak rasa bila ko orang nak sesuatu or buat sesuatu, ko orang tak boleh nak tido or lelap mata. semangat yang membuat-buak sampai mata  enggan terlena. baringkan diri otak dok melayang...aku nak buat cam ni...aku nak buat cam tu...macam mana ek aku nak buat....banyak soalan berligar-ligar kat kepala hotak aku ni sekarang. aku tau susah... tapi aku cam suka cabaran sebegini. cam aku sekarang tak berminat nak keje makan gaji...lagi lagi keje gomen. tak seronok langsung. masuk pejabat..duduk...cam itu jer keje hari-hari. gaji pun tahap tu juga. ialah...keje gomen tak berisiko. nak wat loan pun sonang... banyakla keistimewaannya. tapi aku nak keje yang sukahati kepala hotak aku sendiri. akulah boss...akulah kuli...takda orang maki aku..aku maki orang boleh. hahaha...tak kisahla apa jenis keje. biar kuli-kuli di mata orang...tapi kuli bukan sebarang kuli...kuli bertauliah OK!! haaa....

sekarang ini sedang mengintai lubang baik punya... i like this feeling. bersemangat... berenergy... i know...if i love to do something, i will do anything to achieve my goal. so, i sangat-sangatlah allergic nak mendekati orang yang boleh kasi bunuh semangat juang aku. kalau nak kata buat tu susahlah...buat tu nak kena begini-begini...minta maap, yer?? anda sedang menekan kepala aku kedalam air bikin aku lemas. aku tak suka orang cam gini...jangan jadikan aku seorang yang pesimis dengan kehidupan. aku tak sabar nak terokai kehidupan yang pelbagai...haaaa!!!

urrrggg...mood tido hilang tah ke mana. kedengaran irama dengkuran sang suami yang memecah keheningan malam yang sepi. anak-anak pun dah tido dengan lena. Si kakak kalau tak dimarahi memang tak boleh nak tido. so, tiap malam kena kasi dia nangis. huhu..bukan kemahuan aku dan papamu berlaku sedemikian sayang. Untuk kebaikan mu juga. Kalau tak memarahi beliau, tak tidolah dia ngadap tv sorang-sorang which is not good for her health. 

Oklah..nak paksa mata ni juga untuk terpejam. karang pagi nanti tak terbangun pula. dahhhh tinggal angan-angan mat jenin plak. Nak berjaya, kena ubah gaya hidup...minda....i believe i can fly with my kids by my side with my own time managing.

boleh ba kalu aku!!! heeeeeeeeee.....

Seronoknya kehidupan!!

aku pernah rasa life aku kelabu jer....dengan sijil sebesar ponco cam gini, duk umah. betul-betul rasa diri ini seorang loser walaupun itu ialah kehendak suami yang menginginkan aku sentiasa berada di sisi anak-anak sehingga mereka membesar. well..siapa tak ingin lihat anak membesar depan mata,kan? but life nowadays, sorang keje tak cukup weiii..lainlah laki aku nyer gaji 10k tiap bulan bolehlah aku bersenang lenang goyang kaki jadi mem besar kat umah. Ramai yang menginginkan job full time housewife ni, esp wanita yang telah bekerja. haaa...duduk umah bukan jaga budak jer  taw...kena monitor rumah. Dari bangun tido sampai tengah malam suami anak tido pun, kalau nak ikutkan keje tak abis-abis. even time tido pun kena bangun berjaga bancuh susu untuk anak.

aku mula rasa perspektif minda aku berubah sehari demi sehari. dulu..betul betul buntu. cam dalam kotak padat, begitulah diumpamakan otak aku dulu. hari-hari ku rasa kelabu. rasa nak marah memanjang. aku dah temui anjakan paradigma yang bikin hati dan hariku terasa lebih indah.

Aku tak sabar menunggu hari esok (pagi ni), for another new discovery interesting in my life. life is so enjoy though challenging. suka..suka...suka...now i lebih suka membusykan diri. dalam kebusyan membuat sesuatu yang menyempat.kesempatan dalam kesempitan..syiokkk owhhh... contohnya, sibuk lipak kotak kondom yang diberi tempoh dua hari untuk disiapkan. memang kena siapkan tak kira ribut, hujan atau petir. Tapi aku menyempat gi main badminton petang-petang dengan kekawan or bawa anak jalan-jalan gi jusco. balik umah, kasi mandi anak, kasi anak makan, kasi anak tido...then baru aku pulun wat keje. terasa masa aku penuh. aku rasa lebih baik begitu.

rasanya aku dah ketagih lipat kotak menda dush dush itu... ha ha ha...

Thursday, April 18, 2013

Kereksnya ngko!!

fuhh...aku baru jer balik cari keje. haaaa....terbaik punya entry today. saja jer...ronda-ronda kilang. ternampaklah kat pintu pagar satu kilang ni. tak kisahla keje kilang pun, keja kilang lah...lagipun dekat umah. waktu keje pun 8pagi ke 5petang. Ok la tu...gaji rm750. Tapi aku memang tak kisah dari duduk  ternganga jer kat umah.

nak di jadikan cerita...aku dan teman masuk pejabat dengan was-was. semua mata memandang cam nak makan orang jer. "yer, nak jumpa siapa?" aku dan teman jawab jer lah nama yang tertera kat iklan. "yer saya. nak apa?" hurmm..aku terus negetive hotak aku ni. rasa nak ajak terus teman kuar dari pejabat tu. teman aku yang becok tu pun terdiam tak reti nak bercakap. terkedu. apalah salahnya bawa we two duduk kat sofa yang berdekatan. ni tak. ditanyanya dari jauh jer...as if aku dan teman ialah pengemis. 

nak tanya keje. aku pun acuh tak acuh. aku pun mulalah buat muka poyo gak...gaji operator kat sini berapa? tanyaku. 750 katanya angkuh. aku pun angkuhkan lagi diri aku. aik?? bukankah semua kilang harus bayar gaji pekerja sekarang rm900 selaraskan. :takda pun. itupun dah naik tau. kalau tak 650 jer kalau tak confirm.". owhh kataku. tak apalah.. aku kasi signal kat teman..jom kuar.

sampai keta, we two terdiam. saling berpandangan. haha...terkejut dengan sikap orang tadi. macam ni lah gayanya, baik tak payahlah. aku kata ngan teman. kalau dia offer riban-riban pun aku tak naklah bekerjasama ngan orang kereks nak mampus cam ni. Boleh blahhhh la..

teman aku sempat lagi kata kat aku..dia tu mama lolo, kalau tau ko punya kelulusan maunya pengsan. punya berlagak entah-entah spm pun tak lulus. huhu...aku diamkan diri jer. aku berkelulusan tinggi pun tak guna weiii...atleast orang tu ada juga keja. lagi syahdu....huhu...

apapun...this is life!! i will never give up....

Wednesday, April 17, 2013

Apa harus aku lakukan

tatkala mendengar jeritan kesakitan itu...dan jeritan si kemeroyanan si ibu yang tak henti-henti, hati bagai digaru-garu untuk gi ketuk pintu rumah orang berkenaan. jangan sakiti dia sebegitu rupa. kalau boleh aku nak minta anaknya itu dan dan tu juga. tapi apakan daya...hati kata ya, tapi aku tak cukup keberanian untuk bertindak. cuma rasa kesian ni jer yang lebih-lebih mengganggu hati dan perasaan aku.

aku pun marah anak juga. pukul anak juga...tapi tak lah sampai peringkat mendera. sekadar teguran agar dia berhenti dari melakukan perkara yang kita tak nak lakukan. tu jer. nak jadi ibu ni tak mudah. kesabaran tu sangat penting. dan aku kalau boleh top up kat mana-mana kesabaran ni, nak juga aku topupkan untuk hati aku ni haaa.

aku berharap anak itu mampu bertahan. =(

0.08 cent sekotak besar

haaa... aku baru berpeluang nak duduk nih. dari semalam duduk bersila ngadap kotak-kotak kecik dan kotak besar. hurmmm...sampai lenguh lenguh juga tulang belakang duduk. tak termasuk dengan suara jantan makcik kasi arahan sama si gurl.. dont!! dont!!..dont!!...haha..begitu la jadi suri rumah tangga yang bekerja dari dalam rumah sendiri. 

terima kasih la kat laki aku pasal tolong angkat satu beg plastik kondom seberat 20kg dari tingkat bawah sampai ke tingkat 4.  Siap tolong lagi melipat kotak, OK!! pada awalnya laki-laki teman semua kaki tengok bini depa jer. sekarang dah pandai dah rajin-rajinkan tangan melipat kertas untuk buat kotak or masukkan kondom dalam kotak. hihi...daripada duduk jer...sambil-sambil bercerita dan usik mengusik dengan bini, apa lah salahnya kan?? well...kali ni punya banyak kotak kecik telah terhasil. Baru sebentar tadi aku kelapangan, gi jejalan rumah teman. "bila depa nak angkat menda ni? dan baper sekotak?". biasanya khamis petang dalam jam 8pm gitu la...sekotak besar tu rm0.08. syahdu dalam hati. kenapa tak upkan saja rm0.10 jer. nak juga charge sen-sen kat we all. sakit pinggang tau, melipat kotak dan masukkan kotak-kotak ni ha. really  lah orang tengah memang potong sana sini kat we all. tapi apa boleh buat...we all buatkan juga meski dalam hati rasa bernanah. huhu..

Kejap lagi nak bawa anak anak turun pijak bumi. kesian depa berkurng dalam rumah. alangkan kita yang tua ni pun pandai pening kepala duduk terkurung dalam sangkar batu begini. kusutttt ko tau!!! 

oh ya...saja nak mention..berat badan "orang" turun lagi tau...hihi =) ni yang bikin semangat nak bermain badminton kat taman bersama teman-teman "orang". syuknya berpeluh...


Tuesday, April 16, 2013

Kerja Kerajaan

related dengan title entry...ekoran dari post aku yang terdahulu entitle TERBEBAN DAN BEBANAN. pastinya ada juga yang mungkin tersinggung bila aku cubit sikit sikap pekerja kerajaan kita. Tapi perlu diingatkan, bukanlah aku nak kata semua lagu tu. tak semua...dulu ayah aku pun pekerja kerajaan. tapi gaji tak naik menegak dan melintang cam orang lain yang kaki bo%^&*. Sekolah ayah aku tak ada tukang kebun ataupun tukang potong rumput. Ayah aku seorang guru juga guru besar sekolah rendah kerajaan. Aku respect abis dengan beliau...bukan aku nak puji ayah aku. tapi cuba you all gi ke ex-school yang ayah aku ajar. cuba tanya depa apa kata orang kampung pasal ayah aku.

seawal pagi, beliau sudah bangun gi potong rumput padang sekolah. Begitu juga dengan tandas sekolah yang asyik tersekat. tak tau budak sekolah time tu berak batu or berak kayu. huhu..bayangkan ayah aku terpaksa kasi lancar tu saluran tandas dengan menyeluk walaupun berbalut plastik konon-kononnya. tapi aku yakin mesti ada juga yang tertempias kat tangan beliau. Kalau you ols or orang lain lah..sanggup ke tak buat keje seumpamanya?? Ayah aku tak ada orang monitor pun...tapi dia buat semua kerja sekolah macam dia yang punya. sekarang terfikir-fikir...orang lain dok naik gaji, ayah aku lagu tu juga. kesian juga di hati...thats y aku kata tak semua pekerja kerajaan yang curi tulang tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

tapi kita sedia maklum dan terbiasa juga dengar statement orang,kan?..."biasalah pekerja kerajaan". dan aku pun pernah terdengar dengan telinga aku  ni pekerja kerajaan berkata, "kalau tak puas hati or nak complain jangan datang sini, pegi sana swasta". maknanya swasta lebih baik dari kerajaan la tu kan? abis..tak bolehkah pekerja kerajaan jadikan standard mereka setaraf dengan pekerja swasta? Bukan mereka bekerja tak bergaji...kerja bergaji, apa. sound cam kerja free jer bunyinya. hadohh...

jadi kepada yang tersinggung..jangan ambil hati. jadikan iktibar. bukan aku sorang jer berperasaan begini..kalau tak, takkan ada doktor yang dikenakan tindakan undang-undang pasal kat luar ramai pesakit manakala kat dalam doktor sedang baca news paper oleh menteri.(aku pun lupa kes tersebut tahun bila). Sama kesnya dengan lawatan aku dan beberapa orang sahabat ke sebuah pejabat. sunyi jer pejabatnya. semua khusyuk ngadap komputer, as if semua buat keja. tapi dari kejauhan kami dapat lihat skrin komputer depa tak asing lagi skrin facebook. huhhhh!! kami tak di layan langsung...sedi tak sedi...

aku bukan kutuk. tapi...fikir-fikirkanlah!!


sakitnya

tulang itu masih melekat di kerongkong ini. sakitnya terasa ketika aku bercakap. cam mana nak kuarkan tulang ni ehh??

sakitnya.....huhu

Terbeban dan Bebanan

pagi ni laki aku ngadu pasal cukai..sigh..napa lah beliau turut dikenakan cukai? Bukankah beliau ada anak bini yang nak disara? Gaji beliau cukup-cukup makan jer seisi keluarga. Kenapa tak mencukai orang yang pendapatan 10k ke atas. Macamla gaji laki aku tu gaji bersih...cukai  nak kena bayar rm1800. sedih tak sedih lihat wang ngalir cam gitu jer.. padahal minggu minggu kena top up diapers anak dan juga susu anak. Tak ada maknanya kalau nak pergi bersuka ria. paling risau lari budget.

beruntungla orang yang dapat BRIM. kita ni nak mohon BRIM, gaji cam tak layak jer walaupun sebenarnya tak mencukupi. siap cukaikan lagi gaji laki aku...kemana perginya cukai tersebut?? Makan kat luar pun bercukai juga... Orang dapat BRIM bukannya guna duit sebaik mungkin (bukan semua). Dapat duit BRIM terus berlagak, keluar makan belanja ramai-ramai dalam rm200-300. Apalah maknanya kalau digunakan lagu tu?? Lagi-lagi nanti kalau betullah dapat BRIM 1200 lepas pilihan raya PRU13 ni. duduk goyang kaki jer lah manusia padahal sesetengah orang bekerja cam nak mati cari rezeki untuk keluarga tapi di tarah pula. Bila bayar lambat, kena denda. Bukan kelambatan itu disengajakan. Tapi sebab tak mencukupi penyaraan keluarga...geram dan terkilan gak rasa hati.

cam laki aku...gaji sedang-sedang, kata orang. tak sikit tak juga banyak. maka istilah cukup-cukup makan itu memang kena pada keluarga aku. tapi bila kena tarah? hati siapa tak berdarah??.Tak ker merajuk laki aku tu... Lainlah kalu keje kerajaan --Masuk pejabat, keluar pejabat ikut masa--. itu pun lambat turun keja, awalnya balik. tak termasuk lagi dengan waktu rehatnya dan minum petangnya. Bukan nak bezakan, tapi terasa ketidak adilan disitu.  Berlainan pula dengan laki aku yang kena bangun awal, kena gi cari market, keja sampai malam...ada orang tau?? orang tak tau..orang ingat kita orang senang...laki aku kerja senang?? tak tau tangisan dalaman beliau. walaupun beliau tak pernah menangis bila bermasalah pocket bocor. Beliau seboleh mungkin tak nak aku tau. tapi aku ni kan bini....aku tau la...tapi aku buat-buat tak tau coz tak nak tambah kekusutan di kepala beliau. justeru itu, aku berazam tak nak jadi seorang isteri yang meminta-minta dan terima apa yang ada seadanya..seboleh mungkin,

aku tak kisahla kalau gaji beliau dicukaikan SEKIRANYA gaji beliau ada EXTRA. Haaa...ini tak termasuk lagi rasa segan kami pada orang tua yang sedang sakit yang memerlukan rawatan. Celah mana lagi nak mencari RM untuk dihulur?? Terasa lemas...diumpamakan kepala ini bagai ditekan-tekan  dalam air, nak bernafas pun susah.

sesak nafas.....sigh...



Monday, April 15, 2013

tulang itu...

tersekat di kerongkongku...huhu...punyalah sakit. aku sampai masukkan jari meraba di penghujung lidahku. kejap rasa menghilang..kejap muncul balik kesakitannya. Dahla aku pantang diet nasi...tapi teringatkan petua emak aku. katanya, kepalkan nasi panas dan telan. fuhh..dah kepal pun. ingatkan dah pergi. tapi rasanya tulang itu masih di situ pasal bila aku telan air liur terasa keperitannya.

macam manalah nak kuarkan tulang ikan selar goreng ni...ni yang aku  malas makan ikan kecik-kecik ni. ada-ada jer perhentiannya kat dalam kerongkongku.

menahan sakit jer lah hari ni. huhu...oh ya, beratku turun lagi 400g. bersemangat ni berdiet ketat. haha...air harus minum banyak. kalu tak feningggg.

Berazam kuat la pula

hari ni hari isnin...
aku berazam nak berdiet ketat hari ni. apapun halangan mendatang, akan aku tempuhi dengan segagah hati aku. hihi..orang sekarang tengok potongan badan jer. ishh..gemuk la orang tu...nak minta kerja pun kena isi ruangan berat badan. hakaiiii...sedih...sedih...mesti berubah gaya pemakanan demi kesihatan diri gak ni.tiga hari berdiet dah turun satu kg. Kira ok la tu kan? perjuangan untuk minggu ni ialah untuk mengelak makan manis-manis dan nasik. cabaran kuat nihh!! hadeii...

aiyak...hari ni tak da barang masuk. boring plak tak packing memacking nih..dengan melakukan aktiviti tersebut aku tak sedar masa berlalu. kind of killing time activity.. walaupun terpaksa mengejar masa. atleast do something rather than nothing,kan??

dan..hari ni aku terlepas janji ngan kawan untuk pegi cari keja gara-gara malamnya tak bisa tido aman dek anak bongsu yang dok merengek-rengek minta susu. Kena minta maaf sesangat kat member tu. huhu...aku pun tak kisah sekarang. keje apapun, aku ON jer...aku nak cari modal..nak buka kedai makan. sendiri tak usaha, tak dapatla..nak harap orang tolong, sorry la. nak berhutang bank? say no to HUTANG...baik buat sesuatu jangan berhutang orang or bank. Gaji laki pun cukup-cukup untuk hidupkan anak beranak...so, do you think i can sit happily, goyang kaki?? hanya kita boleh mengubah nasib kita sendiri.

dalam hati aku ni tetap dan sentiasa menuntut... I want to be a business woman!!





Anak itu sungguh kesian...

sebelum ini kita dikejutkan dengan video youtube tentang seorang ibu yang menendang dan memukul bayinya. semua memberi response negetive pada perlakuan ibu berkenaan. even aku ni pun, termengalir air mata melihat sikap ibu tersebut terhadap bayinya itu. sangat kesian,kan?

related to the entry...semalam baru aku berpeluang melihat seorang ibu mengendong anaknya. muka anak tersebut sepertinya macam terkena chicken pork dan sebelah matanya cam lebam. Selama ni mendengar jiran-jiran memperkatakan pasal perlakuan ibubapa budak yang sebaya anak aku yang boleh juga dikatakan mendera kot..hari-hari kedengaran budak tersebut menjerit menangis. Kekadang aku pun terdengar juga akan jeritan itu. Malah jiran yang duduk di bawah rumah berkenaan pernah cakap kat aku..."orang atas ni cam orang gila jer bunyinya dengan anaknya". kejap-kejap kedengaran jeritan ganasnya dan diikuti bunyi pukulan. Tapi semua orang terdiam...termasuk aku. mati kutu...pada awalnya, aku ingatkan si ibu marahkan anak dia cam aku marahkan anak sulung aku  ni juga. memanglah terjerit-jerit sampai darah naik ke bumbung kepala. tapi budak tetap budak...sekali marah, kejap jer lagi dia buat hal. nak buat cam mana...kenalah reverse psycho dengannya.

tapi semalam....hati aku terasa sayu melihat budak itu. kebetulan aku  berjumpa dengan para ibu yang seaktiviti dengan aku iaitu packing kondom..hang jangan nak gelak plak. terus aku tanya depa.."ehh..tadi aku terserempak dengan seorang perempuan yang mengendong anaknya. tapi aku kesian tengok muka anaknya..cam kena chicken pox jer..tapi sebelah matanya itu cam bengkak pula". alahhh..ko ni momma lolo...itulah perempuan yang selalu pukul anak dia tu. duiii.....maka berdiskusi la kami.

Bukan ibu dia jer yang pukul dia..bapa dia pun sama. pernah sekali dia malu bawa budak tu ke Giant pasal orang asyik bertanya dia kenapa pipi anak?? ye lah..dia rotan anak sampai berbekas pipinya. puntung rokok pun dicucuk sekali kat budak tu..kesian sangat.

aku yang mendengar hati terus sayu. aku cakap kat depa. Ko ambikla budak tu time free.. tu lah..nak jaga anak orang, kita ni pula sibuk packing menda ni ha..(merujuk kepada kondom). Menurut teman, dulu ibu budak tu bekerja, tapi disebabkan seorang anak dia lagi ada masalah, dia terpaksa duduk umah jaga. tu yang tension dan stress tu nak ngadap anak 24jam katanya. .aku ni pula terfikir-fikir, cam mana nak gi ketuk umah orang tu nak minta anak dia dengan alasan suh berkawan dengan anak aku. huhu..nanti apa pula kata dia? dahla tak pernah bertegur sapa dengan aku..malah dia sempat komen aku kat jiran-jiran mengatakan yang tiap kali bertembung dengan aku, muka aku masam jer..well, dah muka aku. nak buat cam mana,kan?? tak kenal maka tak cinta(drepa juga yang kata)..bila dah kenal nak "bercinta-cinta"(ni yang aku kata) pula..tak boleh lagu tu.  tak nak la tunjuk peramah sangat kat semua orang..sengih sana..sengingh sini.....takut orang kata OVER. haaaa! Malah teman-teman seaktiviti ni pun mengiyakan..haha...ha ah lah momma lolo..dulu ingatkan momma lolo ni sombong, tak nak berkawan dengan orang. muka asyik serious jer...tapi bila dah tau, baik jer orang. (hidung kembang kuncup gak la time tu..ge ge ge..)

dalam hati dah rasa teringin sangat nak gi ambik budak tu, jauhi dari ibu dia agar tak terus disakiti lagu tu. sangat kesian....aku yakin dan percaya minda dan psychology budak tu pasti terdera. memang dari rumah aku, agak sayup-sayup juga kedengaran kemarahan si ibu terhadap budak tersebut.

Melepas la pula

semalam, Ahad laki aku baru buka post box we all. katanya "ada surat untuk awak.". Dalam hati terdetik. surat apakah? hadohh..ptptn dah nak menuntut hutang agaknya. dahla aku ni tak keja-keja lagi. dalam hati tertanya-tanya...surat apakah?

hurm..sekali melihat pada sampul, Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam...aku tersenyum. ada harapan ni masa depan. hadei dei....disebabkan debaran, aku tak boleh nak buka tu sampul. aku suruh laki aku buka. "alah...ni surat offer you jadi suri rumah tangga jer.." sound macam laki aku ni suh aku jadi SRT kekal nih..huhu..tak bule...tak bule....

Tatkala surat dah terbuka..ujian untuk jawatan Pegawai Pentadbir Diplomatik. aku cakap kat laki aku. "pelik lah dia orang ni..kata urusan dibatalkan. tetiba suruh pegi ujian pula." dalam hati berkira-kira untuk menghadiri ujian tersebut. ada masa ni nak ulang kaji...dahla ada ujian Matematik...kena beli buku ringkasan SPM matematik nih....

SEKALI.....owh owh...tarikh ujian 13/4/2013. Aku rasa lain macam jer. aku pun tanya my helper. "sekarang berapa hari bulan?". jadi SRT sampai tak ambil pusing date of the day, taw. huhu...dah 14/4/2013. laaaaaaaa....sabtu tadi examnya berlangsung. sedihnya di dalam hati...kecewa pun ada...

tertelan air liur terkedu. Bukan rezeki aku agaknya kali ni..huhu

lagi menunggu panggilan mode.

Saturday, April 13, 2013

Hidup adalah perjuangan

sungguh. title entry ni terus mendesak agar aku mengarang tentang perasaan ini tentang isu berkaitan. ya. semenjak menjadi suri rumah tangga, walaupun orang kata duduk dalam rumah bagaikan katak di bawah tempurung. dok ngadap kuali dan penyapu namun minda kemanusiaan aku terbuka sedikit demi sedikit. aku...tak adalah bergaul dengan orang bijak pandai, sekolah pun tidak weii...memang aku bergaul dengan pelbagai golongan ibu-ibu di kawasan persekitaranku. dari hanya memandang, kemudian tersenyum, bersapa, berbual dan seterusnya ketawa mesra hinggalah bergossip...fanas fanas...maknanya aku ni lulus dari segi "bukan manusia pilih bulu". aku yang tak ada kelassssssss cam orang lain. tapi aku rasa HIDUP bila boleh berinteraksi dengan orang yang peramah, baik hati dan ikhlas. pendengki dan iri hati...aku tak nak dekati. bahaya untuk kesihatan.

dulu aku give up nak jaga badan. oppss..bab ni la pula yang dibahaskan. ehemm...well, memang aku nak kaitkan dengan kehidupan aku. suatu ketika dahulu boleh tahanla juga wa punya body. wewitttt....tanyala bapa budak-budak ni. haha...then, tanpa aku sedari badan makin membulat. aku cuma tahu aku menggemuk tatkala nak membeli baju dan seluar. owh..owh..tak muat. barulah aku tau aku gemok!! hambiq ko!!...sedihnya dalam hati. banyak dah usaha aku untuk menguruskan badan. tapi tang tu juga. hingga rasa give up melampau hinggap dalam hati ini. "biarlah....yang penting, gemuk asalkan bahagia". statement menipu. aku tak rasa bahagia pun dengan kegemukan yang aku miliki. aku tengok baju..air liur meleleh...aku tengok orang kurus, teringin sesangat dalam hati sehinggalah bila berperasaan give up datang, aku gantikan dengan mamammm. geram, kan? lebih baik aku makan jer sepuas hati. haha..

kebelakangan ini, pintu minda kemananusiaan aku terbuka...melihat kehidupan ini di sudut positif. aku bergaul dengan kaum ibu tah dari negeri mana-mana. boleh masuk beb...pada awalnya we all duduk-duduk menyembang petang-petang. activiti ini beralih ke arah aktiviti sihat. we all bermain badminton, you!! walau tidak punya gelanggang...atau net...peluh keluar. dan boleh juga bergelak ketawa. stressless!!

lagi satu perjuangan ibu-ibu seperti kami yang duduk di rumah sebegini ialah melakukan REWORK. maknanya, siapkan menda-menda kecik packing dan masuk dalam kotak. product yang we all buat ialah KONDOM. ko jangan terkejut plak!! tiap kali aku cakap perkara ni kat orang, depa gelak-gelak. fikir bukan-bukan la tu. hadohhh...tapi aku tak marah depa coz aku pun cam tu dulu. ekekeke... walaupun sekotak yang mengandungi 6 kotak kecik dan di dalam sekotak kecik tu ada 6 lapisan kondom(tak nampak pun isinya) hanyalah berharga rm0.07cent. nah..ko bayangkan, bersungguh-sungguh para ibu ni buat menda ni.  pada mulanya aku pun bising gak...sikitnya. tapi duit tak jatuh dari langit,kan? lama kelamaan..satu perasaan halus menular dalam diri ini. Memanglah kelakar...memanglah lucu..memanglah tidak berbaloi...tapi, jangan berhenti. just do it!!!

semalam aku baru dapat gaji pertama...*Gaji (dengan air mata bergenangan) sebanyak rm3.10 bersamaan dengan 44 kotak kondom. berbanding kalu aku duduk jer...satu sen pun tak dapat kan?? ibu-ibu tu boleh gelak kesyukuran dapat habuan depa yang tak seberapa. so, why not me??? ialah, takat keje ni takkan nak demand pula kan. bak kata laki aku...buat keja ni untuk syok-syok jer daripada duduk tak buat apa-apa. beliau lagi laju pasang kotak dan packing berbanding aku. 

hidup adalah perjuangan!! apapun yang kita lakukan...lakukan dengan kesyukuran




Wednesday, April 10, 2013

penat la pula

aku terasa moody jer nih..badan rasa sakit-sakit..sengal-sengal. mata rasa mengantuk nak tido jer...jalan menaiki tangga sampai ke tingkat empat buatkan aku rasa semput jer. terasa nak terus tido jer setelah sampai umah. fenat nak mammm.....lagilah mengendon si boy yang beratnya 7.9kg itu. dan aku sangat pasti....berat badan aku juga bertambah lagi...dan lagi...setelah berhenti mengambil satu produk menguruskan badan yang bikin my kulit allergic. huhhhh!! now aku rasa berat badan makin menjadi-jadi...dan terasa diri semakin kontot. hadoiii....napa selera makan aku sentiasa membuak-buak though aku sakit sekali pun. kenapa??!! kenapa??!! anak aku dua-dua sakit both turun berat badan and tak da selera makan. kenapa ibu mereka punyai selera naga cam gini?!! 

semalam baru mula mengamalkan maajun warisan keluarga. kata depa boleh digantikan sebagai ubat perancang keluarga. so far, tiada yang melekat kata depa lah..apa lah salahnya mencuba,kan? herba jer pun berbanding pil-pil perancang dan juga suntikan mahupun implan yang sememangnya ada kesan tersendiri. atau..apakah kepenatan ini berpunca dari maajun yang kuambil ini kerana menurut depa, badan akan mengalami satu fasa "orientasi" untuk disesuaikan dengan maajun tersebut. apa yang aku tau...aku rasa sangat-sangat penat hari ni. esok aku share pasal maajun ni kat hang semua. hari ni betul-betul tak larat. nak tidoq jer.. =(

tired...sigh...nak tido jap. laki pula balik awal petang ni...aku lom masak lagi. huhu..serious tak da mood. badan rasa berat jer nak bergerak untuk buat itu ini. what happen to me, weh?!!!

Gondol la pula

hari ni genap sudah myboy berusia 6 bulan. aku telah membawanya ke klinik untuk temujanji suntikan imunisasi 6 bulan. meskipun telinganya terdapat infection, doctor tetap beri green light boleh kena suntikan si boy. hurmm....berat badan beliau turun dengan bergayanya. kalau berat badan emak yang turun sebegitu gaya tak per juga. huhu...dari 8.7kg ke 7.9kg. ialah..beliau kan demam. ni pun baru nak sembuh.

sepulangan dari klinik, aku bawa dia ke kedai Ane. gi gunting rambut. kasi botak licin si boy. haha...muka nampak kecik dah. ketara lalu kesan penurunan berat badan beliau. Pulang rumah, aku  terus kasi dia makan cerelac. happy sungguh dia...senyum bangga..kesian gak tiap kali we all makan, dia dah pandai nak telan air liur.  hari tu genap 5 bulan aku kasi dia makan. duh..rupa-rupanya tak leh lagu tu. aku rasa tu la penyebab beliau semput kot. aku hentikan dari terus memberi dia makan sehingga harni ni dia 6 bulan, baru clear bunyi pernafasan dia. so, ibu ibu di luar sana jangan excited kasi anak below 6 month makan tau..aku ni pun terpengaruh dengan kawan. anak depa empat bulan dah kasi makan dah. Dulu si kakak tak da pun such problem coz aku betul-betul ikut nasihat doktor. Betullah..memang bersebab kenapa depa tak suh kita kasi baby makan sebelum waktunya. sistem anak lemah lagi. lagi-lagi baby yang tak fully bf cam my boy..mudahlah kena penyakit. kesiannn...

apapun....my beloved boy, happy 6 month old. you look really cute in botak licin head. haha...love you pengabis hati, sayang!! muah.

Tuesday, April 9, 2013

Telinga Bernanah pula dah!

dah 4 hari telinga my boy berair..bernanah. hari tu terkejut tengok both telinga my gurl and my boy bernanah on the same day. tapi telinga si kakak dah kering, OK. tapi si adik continue berair lagi. nasib baik tak berbau. risau gak aku...well, both of them demam and batuk-batuk. si kakak batuk sampai muntah dan hingus pula berjuntaian dari hidung. means kahak dia boleh dikeluarkan dengan cara tersebut. tapi my boy, hingus jernih jer...dan tak muntah. cuma batuk jer yang berturutan. Thats y, seminggu lepas my boy warded. pernafasan dia bising...laju. Kat klinik pakar kanak-kanak membawanya, first time my boy kena nabulizer, charge rm65. mahal tu...tapi the next day, still keadaan yang sama. kesian tengok dia bernafas yang cam penat jer.. aku bawa la dia ke bahagian emergency hospital ampuan. anak aku terus di refer ke CAR. pusat ashma kot...anak aku terus dapat nabulizer..bila doktor check, still ada gak bunyi kahak di dadanya. for the second time after dapat nab, doktor kasi tau aku, "ibu, anak kena warded ni. nafas dia laju sangat." begitulah kisahnya...dua hari tiga malam jugalah aku dan my boy check in kat HTAR. bila kami check out, my boy ada sikit OK. tapi still batuk-batuk and pernafasan berbunyi.

seminggu dah keluar  dari hospital, telinga plak bernanah. aku gi farmasi jer minta ubat. dapatla ubat titik...telinga si kakak after diletak obatnya, terus kering pada hari berkenaan. tapi si adik ni, sampai hari ni ada lagi. ye lah, kahak banyak  nih..melalui telinga lah keluarnya.. kekadang sampai menitis-nitis di baju. kesian aku tengok dia... tido pun merengek-rengek. mesti rasa berdenyut-denyut dan sakit kot tu.  menangis jer lah bahasa budak untuk menyatakan rasa sakitnya. huhu...sayang anak mommy nih.

petang ni aku akan bawa dia ke klinik lagi. nasib baikla klinik dekat jer dengan tempat tinggal we all. apa-apa hal terus ke klinik jer. free pun free though bayo singgit time mendaftar....cuma tu lah, kepantasan sistem jer yang siputLAH!!

keja dari rumah

ahaaa...punya boring duduk membesarkan badan. truely mengembang dengan jayanya diri ini. serious penyakit pun terasa-rasa sedang mengintai. almost everyday terasa sakit kepala..menelanlah dua biji panadal pagi dan dua malam...mungkin stress duduk jer kot.

selama ni aku pandang sebelah mata jer jiran-jiran aku buat keje dari rumah. tapi dek duduk memanjang tak buat amenda...aku pun risik-risik depa. dan akhirnya perseptif aku pun tertukar dengan sendirinya. ialah..dah jadi ibu-ibu mind jer sekarang ni.aku pun risik-risiklah...aku dengan selambanya menyatakan hasrat hati. "aku pun nak..." the next day, pintu umah aku diketuk. "barang dah sampai kat bawah". aku nyer helper pun turun lah pegi angkut tu barang.

terkedu melihat seguni kondom. haha...itulah koje nyer. masukkan sarung kondom ke dalam kotak. fuhh...semangat nak bekerjalah katakan. aku dan helper laju jer buat keje. malam suami balik keje, memang ringan tangan orangnya. terus tolong sekali.

tapi laki tak puas hati....ialah, memang kejenya senang. tapi bayangkan....sekotak, baru dapat 4cent. bukan kotak kecik tau...kotak besar. kita orang punyalah buat...semuanya 44 kotak besar. hanya boleh dapat rm1.60 jer kot. punyalah masa dan tenaga yang we all guna. sangat tak berbaloi OK. but then..kita mana boleh buat duit,kan?? terpaksa bodoh-bodohkan diri dan ingatkan diri sendiri...daripada tak buat apa-apa, baik buat something walaupun hati sangat-sangat tak puas.

dengan lolo gurl sekali nak tolong...tolong musnahkan kotak. haha...bergemalah jeritan maknya ni ha... lolo NO!!..Lolo dont!!! anak aku suka ler tengok kotak-kotak tu...macam permainan jer kot agaknya dia lihat we all melakukan keje packing memacking ni.

any kind of job like this, do contact me.. heee

Monday, April 8, 2013

punya lama tak service

patutnya aku bawa myViva untuk diservice, bulan sembilan tahun lepas. sekarang,kan dah masuk 2013. baru sekarang terhegeh-hegeh nak menservicekan myViva. tak ikut peraturan appointment langsung wehhh. bukan apa...ada ada jer alasan aku napa tak gi service centre. well..sebulan demi sebulan berlalu. tapi dalam hati sebenarnya risau gak kalau kalau ada kereta aku ni ada kesakitan urat di mana-mana. ye lah.. kekadang aku ni boleh tahan juga memecut. break kekadang tak makan. tu yang risau tu.. kekadang factor kewangan pun iyer juga. money of the month terlebih guna.. ni lah dia..masalah kalau seorang jer yang keje. huhu...nasib baik mampu bayar bulanan.syukur.... fuhhh...

hari ni aku budget service dalam rm150 cam gitu ler...nasib baek bawa duit lebih. time jumpa advisor tu...check check semuanya rm275.00. phiewww...aku bawa rm250 tepat-tepat. so terpaksa tak usik dulu filter, rm50. next time la gi geletek tang tu...hurmmm. actually risau gak tak gi service on time. Terlebih over plak aku tak gi service. tapi syukurlah....lepas juga hari ni.

nanti kena service lagi on 10/10/2013...owh owh...jatuh pada harijadi my little boy. wahhh....dah nak setahun dah anak aku. cepatnya masa berlalu..terasa nak mengandung semula. rindu membawa perut. haha..

Bersyukurlah

syukur tuhan aku masih bangun lagi pagi ni untuk menikmati indahnya cahaya mentari, menyedut udara Ilahi, menatap wajah tercinta dan merasa ciuman kasih sang suami. Terima kasih Tuhan atas peluang berdenyutnya nadi dan jantung ini.

entah kenapa kebelakangan ini dalam hati aku selalu berdetik...andai ku tahu...kapan tiba ajalku....hatiku sering berbisik..bagaimana andai aku pergi??? tak terkapai dek akalku apa yang akan berlaku selepas ketiadaanku. Namun, aku berbisik dalam hati kepadaNYa...Tuhanku, izinkan aku melihat putera puteriku membesar, bahagia dan mampu untuk berhadapan dengan cabaran dunia.

menatap indahnya senyuman anakandaku yang tercinta menjadikan aku menjadi bertambah lemah. mereka adalah kelemahanku. juga kekuatanku. Biarlah mereka memahami betapa aku mencintai mereka sepenuh hati ini.

oppsss....terpaksa hentikan coretan ini. baru tersedar jam dah menunjukkan 10.07am. janji nak service kereta jam 1030am. hadoiii...baru jer nak berbloggy. hadohhh....kena mandi cepat2 nih n pecut to perodua!!!