Wednesday, April 10, 2013

penat la pula

aku terasa moody jer nih..badan rasa sakit-sakit..sengal-sengal. mata rasa mengantuk nak tido jer...jalan menaiki tangga sampai ke tingkat empat buatkan aku rasa semput jer. terasa nak terus tido jer setelah sampai umah. fenat nak mammm.....lagilah mengendon si boy yang beratnya 7.9kg itu. dan aku sangat pasti....berat badan aku juga bertambah lagi...dan lagi...setelah berhenti mengambil satu produk menguruskan badan yang bikin my kulit allergic. huhhhh!! now aku rasa berat badan makin menjadi-jadi...dan terasa diri semakin kontot. hadoiii....napa selera makan aku sentiasa membuak-buak though aku sakit sekali pun. kenapa??!! kenapa??!! anak aku dua-dua sakit both turun berat badan and tak da selera makan. kenapa ibu mereka punyai selera naga cam gini?!! 

semalam baru mula mengamalkan maajun warisan keluarga. kata depa boleh digantikan sebagai ubat perancang keluarga. so far, tiada yang melekat kata depa lah..apa lah salahnya mencuba,kan? herba jer pun berbanding pil-pil perancang dan juga suntikan mahupun implan yang sememangnya ada kesan tersendiri. atau..apakah kepenatan ini berpunca dari maajun yang kuambil ini kerana menurut depa, badan akan mengalami satu fasa "orientasi" untuk disesuaikan dengan maajun tersebut. apa yang aku tau...aku rasa sangat-sangat penat hari ni. esok aku share pasal maajun ni kat hang semua. hari ni betul-betul tak larat. nak tidoq jer.. =(

tired...sigh...nak tido jap. laki pula balik awal petang ni...aku lom masak lagi. huhu..serious tak da mood. badan rasa berat jer nak bergerak untuk buat itu ini. what happen to me, weh?!!!

No comments:

Post a Comment