Saturday, April 13, 2013

Hidup adalah perjuangan

sungguh. title entry ni terus mendesak agar aku mengarang tentang perasaan ini tentang isu berkaitan. ya. semenjak menjadi suri rumah tangga, walaupun orang kata duduk dalam rumah bagaikan katak di bawah tempurung. dok ngadap kuali dan penyapu namun minda kemanusiaan aku terbuka sedikit demi sedikit. aku...tak adalah bergaul dengan orang bijak pandai, sekolah pun tidak weii...memang aku bergaul dengan pelbagai golongan ibu-ibu di kawasan persekitaranku. dari hanya memandang, kemudian tersenyum, bersapa, berbual dan seterusnya ketawa mesra hinggalah bergossip...fanas fanas...maknanya aku ni lulus dari segi "bukan manusia pilih bulu". aku yang tak ada kelassssssss cam orang lain. tapi aku rasa HIDUP bila boleh berinteraksi dengan orang yang peramah, baik hati dan ikhlas. pendengki dan iri hati...aku tak nak dekati. bahaya untuk kesihatan.

dulu aku give up nak jaga badan. oppss..bab ni la pula yang dibahaskan. ehemm...well, memang aku nak kaitkan dengan kehidupan aku. suatu ketika dahulu boleh tahanla juga wa punya body. wewitttt....tanyala bapa budak-budak ni. haha...then, tanpa aku sedari badan makin membulat. aku cuma tahu aku menggemuk tatkala nak membeli baju dan seluar. owh..owh..tak muat. barulah aku tau aku gemok!! hambiq ko!!...sedihnya dalam hati. banyak dah usaha aku untuk menguruskan badan. tapi tang tu juga. hingga rasa give up melampau hinggap dalam hati ini. "biarlah....yang penting, gemuk asalkan bahagia". statement menipu. aku tak rasa bahagia pun dengan kegemukan yang aku miliki. aku tengok baju..air liur meleleh...aku tengok orang kurus, teringin sesangat dalam hati sehinggalah bila berperasaan give up datang, aku gantikan dengan mamammm. geram, kan? lebih baik aku makan jer sepuas hati. haha..

kebelakangan ini, pintu minda kemananusiaan aku terbuka...melihat kehidupan ini di sudut positif. aku bergaul dengan kaum ibu tah dari negeri mana-mana. boleh masuk beb...pada awalnya we all duduk-duduk menyembang petang-petang. activiti ini beralih ke arah aktiviti sihat. we all bermain badminton, you!! walau tidak punya gelanggang...atau net...peluh keluar. dan boleh juga bergelak ketawa. stressless!!

lagi satu perjuangan ibu-ibu seperti kami yang duduk di rumah sebegini ialah melakukan REWORK. maknanya, siapkan menda-menda kecik packing dan masuk dalam kotak. product yang we all buat ialah KONDOM. ko jangan terkejut plak!! tiap kali aku cakap perkara ni kat orang, depa gelak-gelak. fikir bukan-bukan la tu. hadohhh...tapi aku tak marah depa coz aku pun cam tu dulu. ekekeke... walaupun sekotak yang mengandungi 6 kotak kecik dan di dalam sekotak kecik tu ada 6 lapisan kondom(tak nampak pun isinya) hanyalah berharga rm0.07cent. nah..ko bayangkan, bersungguh-sungguh para ibu ni buat menda ni.  pada mulanya aku pun bising gak...sikitnya. tapi duit tak jatuh dari langit,kan? lama kelamaan..satu perasaan halus menular dalam diri ini. Memanglah kelakar...memanglah lucu..memanglah tidak berbaloi...tapi, jangan berhenti. just do it!!!

semalam aku baru dapat gaji pertama...*Gaji (dengan air mata bergenangan) sebanyak rm3.10 bersamaan dengan 44 kotak kondom. berbanding kalu aku duduk jer...satu sen pun tak dapat kan?? ibu-ibu tu boleh gelak kesyukuran dapat habuan depa yang tak seberapa. so, why not me??? ialah, takat keje ni takkan nak demand pula kan. bak kata laki aku...buat keja ni untuk syok-syok jer daripada duduk tak buat apa-apa. beliau lagi laju pasang kotak dan packing berbanding aku. 

hidup adalah perjuangan!! apapun yang kita lakukan...lakukan dengan kesyukuran




No comments:

Post a Comment