Sunday, August 28, 2011

Tah apa-apa tah

Morning uols...
 dah pagi dah rupanya.  Azan pun dah berlalu...hai..hai..hai...beautiful sunday...aku still lagi semacam tekun jer ngadap lappy. haiya...ni lah dia, ibu millineum ni. teraddict dengan technology. Si kecik beberapa kali dah membuatkan aku PAUSE mode. Pandai dia mencari aku yang sekejap hilang-sekejap hilang. ha ha ha.... ibu yang nakal, yer??

well, sebenarnya aku sibuk lagi mengadjust aku nyer nuffnang. Hilang lagi...tadi sibuk nak tukar template lah. Konon-konon nak tukar selera. Lepas tu..buat-buat rajin gi mengedit aku nyer header. Coz size tak berapa cun sebelum ni. Tu yang mata semakin membulat dan membulat sampai mood tido pun dah blah. Terasa cam budak graphic pula diri ini---->memang aku ex-budak graphic tapi tak nak ngaku. heee becoz i m so the hampeh in design derrr. Apapun, nampak cool gak lah aku nyer blog yang aku dah adjust semula ni...(masuk bakul la pula di pagi-pagi hari). serious, pasal yang sebelum ni background dia hitam. Nampak ganas sikitla aku...aku preview2 banyak kali, cam cute pula semuanya. Tulisan pun aku perhatikan  juga owhh. so..ngam sudahla...tunggu rasa bosan lagi, aku show-off kerajinan aku dengan design header aku yang hampeh. ha ha ha....

si kecik pula bergolek-golek beberapa kali dalam keadaan mamai. kepanasan agaknya. aku dah naikkan temperature aircond ke 30*C. suhu normal jer...tapi terasa gak dinginnya. Terpaksa aku turunkan semula ke 28*c. Dia relax jer tido sedangkan mak bapa dia kesejukan...tak boleh di tutup langsung dengan blanket. Pandai ditendangnya. Sambil-sambil ngadap lappy ni, ekor mata aku sentiasa melekat pada si kecik. Tak pasal-pasal bergolek jatuh lantai. Dah menghampiri sipi-sipi katil pun...aishhh.

oklah...setakat ni jer dulu. Nak berkarya tak syiokk kalau kedua-duanya bangun. Dua-dua pengacau...minta perhatian. hadeiii...aku kegeramannnn jer dibuat depa berdua.

(mengedit mode : hujan dah turunnnn...syioooknya. aku baru nak tido ni...hopefully si kecik sporting kasi peluang si mommy sleeping beauty. tapi....perut pula kroooohhhh krooohhh...Maggi??? urrmmpph!!!)

Happy sunday to all.
Peace.

Bz

hurmm... hari ni check En. Nuffnang. just nak check analitik jer... nak mengharapkan earning?? idok ehh...tak mungkin masyukkk lagi kot. UV pun puluhan orang jerk. haiya...tak perlah. Semalam langsung tak dok orang ker melawat blog mrs. daniel?? pelik,kan kat analitik semalam takda pengunjung: NAN. iyer ker takda?? cam tak percaya jer....ialah, semalam mr.D bawa broadband keje. so aku tak ONLINE ler maksudnya. Tengah hari beliau pulangkan, tapi aku takdo masa nak ONLINE gak...sibuk dikerjakan si kecik. Malamnya pulak, we all gi lepak kat Centro klang. 

so...pendek kata, semalam aku cuti mengENTRY. Hari ni pula (sabtu) pun sama. Pagi lewat bangun.Aku pun tak sangka yang we all bangun jam 11am. halamak!!! Bangun-bangun terus house cleaning la pula...Lepas tu bersambung nonton cerita industan dengan Mr.D. terpaksa gak dia layan coz bini control remote. haaa..habis movie time, dah senja la pula. Keluar lagi makan malam. Lepak di JJ..sesak giler. Pulang, ya ampun...ramainya orang berbaris nak bayar ticket parking. panjang giler. Kuar dari JJ we all pegi lepak kat Shamuga Restoran plak pekena nasi lemak dan teh tarik. 

Sampai kat rumah, dah tengah malam dah...mana nak dodoi anak sampai tido lagi. dan bila semuanya settle, jam dah menunujukkan 1.30am. baru boleh online. itupun, aku terhegeh-hegeh gi check ALEXA. try punya try nak masuk....ye lah, aku ni kurenggg sikit bab2 ala-ala programming ni. so, aku tak time gakla...bila dapat masuk, ALEXA perlu subsribe pula baru boleh dia check ranking bagai. so, aku undur diri jerlah. tak nak lah sampai kuar duit semata-mata nak berblogging untuk cari duit. so, just do it my way......sukatila kalau ada ke tak da ker UV. Yang penting, niat aku ialah untuk mendokumentasikan perjalanan hidup aku dan juga mencoretkan isi hati aku yang terbuku agar tersurat. itu jerk. heee....

so now, i m doing blog-walking before ZZzzz. jemles tengok Mr.D dah jauh berdengkur. Cuma si kecik jer sesekali terjaga mencari ibunya. Aku pun terpaksa PAUSE mode untuk memenuhi keperluan si kecik. sejuk-sejuk pun boleh haus,ka?? heee...

beginilah kalau jadi ibu... =)

Friday, August 26, 2011

Keindahan sementara

Tak tau apa perasaan aku menatap gambar di bawah..Aku cam cantik jer. holalaa...(nak masuk bakul sekijap lah..) boleh menandingi erra fazira (aku nyer idola sejak aku remaja gitu) pun ada,kan?? coba SlimWorld kasi chance kat aku. Habislah periuk nasi duta-duta slimworld tu--wardina, lisdawati, ziana zain & erra fazira--... huargggg...nak muntah ker?? sila..sila... Well, after adjust sana..adjust sini....edit sini..edit sana....maka jadilah aku yang kelihatannya seperti RATU--->(syiook sendiri nyer statement..tapi betul,kan?? hihi..). WOWW!!!.Aku suka gak tengok gambar edit aku ni...sejuk mata memandang. Bini siapalah ni ek?? alala...tapi bila aku fikir balik...kenyataannya, aku tak secantik ini. Semuanya ini satu PEMBOHONGAN. though suami aku bodek kata aku cantik. pehhh...

Bila aku bukan aku...
Pandangan setiap orang berbeza tentang kecantikan dan keindahan. Aku kata cantik, suami kata tak. aku kata tak cantik, suami kata iya, cantik...macam-macam lah... maka hargailah iya sebelum iyanya bukan lagi milik kita. Apa yang kita miliki hari ini cuma sementara. Seperti aku...dulu melidi, sekarang dah cam tong drum aka guni baja. aiyakkk!!! dushh..tepuk dahi sendiri.

aku nak kurossss balik!!!
helpppp....

solemn mode

Biarlah...
Orang nak kata aku apa. orang nak mengata aku. orang nak membenci aku. orang nak perli aku.~~ innocent mode~~...yang penting aku tahu apa yang aku perbuat. apa yang aku perkatakan. aku tak reti nak maki hingga menusuk kalbu individu dengan kata-kata. Aku tak usik sesiapapun. dan paling penting, aku dengan hal aku sendiri. Terpulang pada sesiapa yang menganggap aku musuh dalam hidup mereka. tapi bagi aku... aku tak ada perasaan apa-apa pun negetive kat sesiapa coz masa dan fikiran  yang ada pun tak pernah mencukupi untuk diriku sendiri

.walaupun aku tak sambut raya, aku pun nak susun jari minta ampun dan maaf dari ko orang- ko orang yang aku sakiti. ada ker???  aku tak nak wujudnya ikatan hati yang berduri dengan sesiapa pun.  bukan aku... life is too short to waste.

aku bukanlah sesiapapun dalam hidupmu, kau pun bukan sesiapa dalam hidupku. jadi, tak nak ada sengketa lah. sia-sia lah hidup dalam kebencian.

peace no war!!!

solemn afternoon..

Tips keselamatan Sempena Musim Perayaan

selamat tengah hari uols..
Aku baru jer mengikuti program WHI...tak lah tumpukan perhatian sepenuhnya di depan tv. Sambil dodoikan anak, sambil-sambil pasang telinga. Sejak ada anak ni, tak da maknanya aku tercongok di depan tv. Time pantang dulu, iye lah. coz time tu baring jer...tak leh nak buat apa-apa. So, baring depan tv jer lah. itupun mak mertua aku bising. suruh masuk bilik. berkurung. tak baik untuk mata coz after bersalin semua urat-urat saraf wanita lemah. Masuk bilik pun tak leh nak on air-cond. Masuk angin. fuhhh...tension gak aku rasa. Tapi aku ni boleh tahan degil. kira-kira 2 minggu jer aku bertutup litup. aku rasa panas memanjang. Terpakai lah aku seluar pendek dan t-shirt jer. Mak aku pun bising gak...iye lah. mak sendiri, buak deq jer lah walaupun dibebelnya aku 24 jam. hadeiii....

Ya, response aku pasal keselamatan yang dibincangkan. Keselamatan merujuk kepada  diri sendiri, keluarga, rakan taulan serta harta benda. Rasanya sekarang kehidupan sungguh tak selamat. Baik di desa, bandar dan juga walau di mana-mana kita berada. Menggerunkan, bukan?? Selamatkah kita dengan kenderaan yang kita guna? selamatkah kita di dalam rumah kita? selamatkah anak-anak kita dengan permainan mereka?? selamatkah??? selamatkah??? aku jadi takut memikirkannya.

Tak kira dalam apa jua keadaan, hidup ini penuh dengan risiko. cuma terpulang pada kita bagaimana untuk mengatasi segala musibah yang menimpa. sesungguhnya tiada seorang pun yang terkecuali dengan risiko.

 Apa yang penting...berhati-hatilah dan berwaspadalah. Mungkin kita ditimpa sesuatu yang diluar dugaan kita, diluar kawalan kita. Percayalah...setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya.

HIDUP PENUH BERISIKO.


8 New Post(s)

morning uols...pagi ni aku luangkan masa untuk membaca update blog rakan-rakan yang telah masuk ke dalam aku nyer EMAIL...RAJIN,KAN AKU?? HEHE...

Happy being grateful,
posted 1 day, 7 hours ago by jamieyap under Happenings
Aku Anak Malaysia..Merdeka!
posted 21 hours, 34 minutes ago by ajxplored under Events
Jiwa menjiwai. Ini sesuai untuk semua jiwa yang bernyawa, Islam atau tidak
posted 21 hours, 30 minutes ago by shimi4all under Rants and Ravings
untuk berjaya dalam kerjaya
posted 12 hours, 56 minutes ago by AHMAD FAIROS under Blogosphere
Polis kelantan kini sedang memburu seorang suspek perogol bersiri.seorang perogol bersiri yang terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merompak sejak tahun lalu kini g[..]
posted 12 hours, 51 minutes ago by AHMAD FAIROS under News
Seoul,Korea Selatan mendakwa syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia membuatkan diri mereka hampir berbogel sepenuhnya sementara payu dara mereka diraba dan diramas ket[..]
posted 12 hours, 48 minutes ago by AHMAD FAIROS under Humour
suprise,suprise.............!!
posted 12 hours, 39 minutes ago by AHMAD FAIROS under News
sifat wanita^^
posted 9 hours, 49 minutes ago by chasiani under Personal

Hoyayyy!!

Morning uols...
cam mana hari ni?? ada rasa malas nak pegi keje ker?? or... rasa nak sambung tido lagi?? tak apa..take a deep breath...katakan pada diri sendiri "Hidup harus bersemangat". nak tau kenapa?? coz hari ni kita masih diberi kesempatan oleh yang Esa untuk menikmati kehidupan ini. Ya..bila-bila masa dia boleh tarik balik apa yang kita ada tika ini. aku bayangkan yang kita kat muka bumi ni umpama dedaunan pada sebatang pokok...ada daun yang baru nak tumbuh, ada daun yang lembut, daun yang keras, daun yang layu dan ada daun yang tunggu masa melayang-layang jatuh ditiup angin. Sementara kita masih lagi berpaut pada dahan atau ranting kayu itu, bersyukurlah. atau..tiba masanya tuan punya pokok datang memangkas ranting-ranting yang sudah tidak berguna lalu dibakar dalam api. phiewww...itu belum lagi pokok itu dipotong terus. Tamatlah riwayat si pokok.

Apapun, aku plak rasa happy di dalam hati. setiap kali hari Jumaat aku mula ghairah. Oppss..jangan fikir yang bukan-bukan ah. After Jumaat, sabtu dan ahad akan menyusul. tu yang aku suka sangat tu...Hujung  minggu. Hari yang ditunggu-tunggu spend masa bersama keluarga. tak kiralah apa planning of the day. Yang penting, boleh bersatu masa tu..biasanya hari sabtu we all nonton movie. sometimes layan gak movie hindustan. haha... atau merayau-rayau di taman or shopping complex. hiii.... terasa best jer jalan ngan keluarga,kan??

Oklah..sajer jer entry untuk intro di pagi hari...semoga uols bekerja dengan wajah yang ceria pada hari yang indah ini. tak mou lah wajah masam-masam or kelat. tak mou lah negetive thinking...aura-aura negetif tu, suhhhhh jauh-jauh!!!! Tak lupa kepada yang menyambut hari raya....Go On. Drive safe. Jadilah pemandu berhemah ya. ciao!!!

p/s : aku tau Picos dah tak sabar nak balik raya...pandu kete baru tu jangan nak racing ok!! 
 
HAPPY FRIDAY TO EVERY BODY!!! 
PEACE BE WITH YOU....
update again soon.

c ya!!!



Blog-walking la pula...

malam (actually dah pagi dah...pagi-pagi buta) ni aku just blog walking jer.....dalam minda ni memang ada banyak cerita. tapi terasa malas nak menyusun bahasa. saja nak tengok cara penulisan orang cam mana...kalau best, jadi follower. heee.... macam bersungguh-sugguh plak aku berblogging,kan?? kah kah kah....gara-gara Nuffnang yang telah membakar semangat aku. aiseyyymannn... sempat merayap-rayap di 11 blog terpilih jer malam ni. my gurl kejap2 bangun minta disusukan. dan aku pun sering PAUSE mode. plus, line broadband aku pun hampeh....slow gilerrr...tu yang semakin memanjangkan masa. cesss..kalau tak, dah sudah da perjalanan aku.
  1. http://meckomecka.blogspot.com
  2. http://www.luqmanmaat.com
  3. http://my-arenas.blogspot.com
  4. http://myzziema.blogspot.com
  5.  http://sengalman.blogspot.com
  6.  http://hanspunyablog.blogspot.com/
  7. http://bududanbelacan.blogspot.com/
  8. http://imnotcute.blogspot.com/
  9.  http://aj-xplored.blogspot.com/
  10.  http://antalhaq.blogspot.com
  11. http://www.shimi.my
ko orang bacalah....secara tak sengaja aku naikkan rating ko orang semua,kan?? Aku tengah promote blog ko orang nih.....faham-faham jer lah. ecehhhhh. 
bah la...nite uols.

Thursday, August 25, 2011

Meh makan...jemput-jemput...

Wei uols...
dah makan malam ker?? aku belom lagi weiii..tapi aku tak lapar pon. Mr. D pun not around yet. so aku tangguhkan makan malam aku sehinggalah aku rasa lapar. dapat message dari Mr. D yang dia akan makan kat luar. so, aku akan makan sorang lah maksudnya. aku pun, masaklah ala kadar jer malam ni....Nilah dia hasil idea spontan aku. Sebenarnya aku plan tak nak makan malam ni...tapi termasak coz takut Mr. D lapo. aiseymannn... simplelicious taste by me. heee...

 Sawi goreng bilis.

 Fried Cheesy Egg

 Dua jenis lauk jer?? Boleh laaa...

si kecik yang mengintip aku...Her food dah siap. tunggu dia bangun jer lagi.

uols...
perasan tak aku nyer header and kat tepi entry aku?? aku dah tukar dah...pakaikan baju baru, bak kata sesetengah bloggers. kasi ceria sikit lah..main tukar-tukar kite weii... hehe...

semakin menggoda

sekarang sibuk orang perkatakan samsung GAL 10.1. aku bukannya minah gadget pun. tak... malah aku still lagi elek-elek dengan 3310 aku. heeee...ko orang ader tak?? tapi bila tengok asyik2 diwar-warkan, aku pun mulalah belek gak. and yessss..Wow to it!! marvelous lah...eh you, i tak pernah teringin pun miliki menda-menda cam gini tau...tapi semenjak lawatan my husband and i kat Harvey norman suatu ketika dahulu, hati ini dah mula semacam. dah mula mengingini....hadoiii...penangan tab. penangan tab. tapi aku tak lah berkejar nak tab 10.1 tu...if dapat tab 9 pun aku akan tersenyum dalam tido. hahaha.....I WANT!! tapi kena tunggu budget 2011 dibentangkan dulu oleh si dia. hahaha lagi dan lagi...kalau tak cukup $$$ tu, eden paham bebenor. aishhh....tak apa lah. meh Nuffnang spon,kan. heee...iye la tu,(bikin sedap hati sendiri, wakaka...)

Tua

##  sigh  ## 
kenapa ya...manusia ni semakin tua semakin menjadi-jadi. pelik betul aku dengan sikap manusia ni. Bila kena tegur terus melenting. tak nak dengar pendapat orang lain. Bila dengar, perangai pula buat over-over bikin panas. kategori DEGIL bah tu.  Kalau kelapa, makin tua elok di buat santan atau barangan antiq, makin bernilai. Tapi kalau asyik nak ego bahawa diri tu tua...well, fine. its ok you tua. i hormati you atas taraf itu. Bukan kah yang tua harus dihormati, yang muda harus disayangi. Tapi berpada-padalah. jangan amik kesempatan sangatlah...orang tak suka. tak baik gitu. ## sigh...##

Bikin kecoh daaa..

aku tengah sibuk dengan lappy. after kasi my girl breakfast (susu dutch lady + biscuit pureen) aku biarkan dia mundar mandir dengan baby walkernya. punya syiokkk aku checked update blog orang, tetiba tak kedengaran bunyi seretan walker si kecik. aku biarkan jerk. tak lama kendian aku rasa pelik semacam....apa dibuatnya ni?? aku pun jenguk kepala dari station aku. tak da. aikk?? mana peginya?? aku pun terus bangkit dan keluar sambil memanggilnya. "anaq!!".. kat ruang tamu. toilet. bilik mandi. tak da. Rumah ni kecik jer. tak mou lah fikir yang bukan-bukan meski di dalam hati ada sikit pelik dan gusar. rumah kecik jer pun.. ketika aku memasuki ruang tamu kelihatan dia kepalanya terjulur dari bilik jemuran. Dia melihat mukaku, kemudian berlari masuk semula. Nakal gak anak aku nih...so, aku pun tutup semua pintu. sekarang terkurung di ruang tamu. mundar mandir mencari sasaran baru untuk di sepah...alahai.

 Berlari masuk semula ke dalam bilik jemuran. nakal ko yer?..

 Tengok muka tu...muka tak bersalah jerk. bikin mommy geram...

 yang ni...datang mengacau mommy bila semua pintu terkunci. Lepak jer lah kat ruang tamu. heee...

Apapun, keletahnya tetap mencuri hati si mommy. Biar bersepah. Mommy bersyukur coz anak mommy day by day ada-ada jer kepintaran yang tertonjolkan. =) Boleh memahami bila mommy says, "come naq come". laju jer dia meluru ke arah mommy. bila nampak mommy bangun dari katil, cepat-cepat menoleh ke arah mommy takut mommy tinggalkan dia sorang-sorang. bila mommy ambiq, dia senyum. sepanas-panas hati mommy, bila tengok senyuman anaqku, hati mommy sejuk kembali. pandai ko bodek mommy dengan senyumanmu itu, yer??...

oklah, got to stop now. wanna do my research review. Apa khabar ko buku?? minta maaf coz lama tak bersentuh. huhu...perut aku semakin kecut setiap kali teringatkan yang tak lama lagi aku akan ngadap muka-muka lecturer aku. fuhhhh.....semangat....semangat.....

My first GA

Aloha uols...
apa khabar hari  ni?? ada OK?? ada ceria?? diharap semuanya bisa diatur, ya?!! Oklah..saja nak khabaq ni..aku nyer 1st GA akan dilangsungkan tak lama lagi..soon. huhhh??? tapi tak tau bila..there is another 40 followers to go. aku nih...orang dah sampai ratus-ratus follower, aku?? still merangkak lagi. Well..kata budak baru belajo meskipon dah jadi emak orang. Apapun, buat follower2 ku yang sedia ada, sabar menanti K. Kita tunggu lagi another 40 peps yang menyahut cabaran. waisehhh.....

Sorryla, awal-awal aku khabaq yang blog aku ni bukan blog yang bombastic nyer blog. takda bombastic nyer story....semua yang terpapar di hadapan mata anda adalah dari aku, kisah aku, kisah keluarga aku dan kisah-kisah yang berkaitan dengan aku...tu jerk. tapi boleh gak di share2kan buat teman semua. Well, its all about KISAH BENAR ok. 

so, u r most welcome to visit my blog. 
Meh la join I.

Wednesday, August 24, 2011

Nuffnang matter

Aku dalam dilema...
Huhh?? tak boleh ker?? terkebil-kebil mataku ini. kekadang terbeliak la juga. aku blogwalking....jalan..jalan..jalan dan jalan. jumpa blogger kata, tak boleh guna laptop yang sama nak lawat blog. Nanti perangkak Nuffnang leh kesan. tapi...macam mana dengan kes aku ni?? suami aku guna laptop dan adik aku guna laptop yang sama untuk check fb. Bila ternampak aku nyer blog update kat wall, depa terus kliklah blog aku tu. Itupun tak boleh ker?? hadoii...cam mana ni?? aku risau la pula kalau-kalau tak pasal-pasal  taraf *Geli aku kena tarik balik. Aku tak bersalah....please..suami aku rajin gak check aku nyer update. nak tau apa bini dia tulis. lepas tu..ada lah isu-isu berbangkit suami isteri...heee....

Tak Mau lah..

Hari raya just around the corner...tinggal beberapa hari jer lagi. yayyy!!! though aku tak sambut hari raya, aku turut gumbira. Pasal...bila perayaan, public holiday sudah pastinya. Daddynya si Lolo pun gerenti bercuti gak. CUTI. wahhh...nak buat apa ek?? mana nak pegi?? hurmm...walaupun aku cuti hari-hari, tapi bila Boss cuti...lain jadinya cuti aku tu. lebih meriah...wakaka...tapi..aku takut bila cuti berakhir. Aku pun kena ke sekolah cam adik-adik semua. tang ni yang lembiq...malas nak pegi sekolah. huwaaaa....

Sempena nak cuti ni, TAK MOU lah ada tragedi-tragedi tragis. tak MOU lah berita pasal kemalangan atau kematian dek mercun dan juga pusara tak bernama atas jalan raya. (nanti jalan raya berhantu la pula...heee) Tak MOu..Tak Mau.....Biarlah perayaan di sambut dengan gumbira. senang hati. ceria. Tak mou tangisan kesedihan. Tak mou tangisan kehilangan. Jadi, berhati-hatilah ketika mengemudikan kenderaan anda. tegas sikit kat budak-budak tu....jangan dibiar main mercun. jentik jer telinga kalau perlu....lagi parah kalau depa hilang jari, hilang kaki atau ajal dek bunga api or mercun. sedih wooo...Yang ni tak apa. Kasi duit raya kat depa banyak-banyak...=)

Aku benci aka meluat dengar berita kat tv mengenai kemalangan dek Mercun . Napa tak serik-serik nih??!! Pelik juga ya, syiokkk sangat ker dengar bunyik tebabommm tebabommmm tu?? bikin terkezut mok cik ada la...haishhh...

jangan nakal-nakal tau.


AL-Kisah

satu cerita yang tetiba terdetik di dalam hati ketika ini...ya, bukan ketika ini saja. tapi dari pagi tadi.  sewaktu buat sarapan kat suami. sewaktu kasi baby makan. sewaktu kasi baby mandi dan sewaktu dodoikan si kecik.  Cerita ini berlegar-legar di kepala hotak ini.. 

Begini ceritanya....well..sorry kalau versi yang aku tulis ni berbeza dengan uols pernah dengar. Tapi aku menulis mengikut aku nyer kreativiti tersendiri. so, jangan marah.....konon-kononnya ada sekumpulan wanita yang ingin adakan reunion setelah 10 tahun berpisah selepas tamatnya SPM. Kisahnya, adalah seorang wanita ini (aku namakan dia si Uneng) terasa berat hati untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Tapi dia telah memaklumkan kepada suaminya akan agenda yang telah diwar-warkan oleh teman-teman lamanya. Si suami memberi keizinan. "eloklah tu...sesekali bersosial, apa salahnya," tapi si bini menjawab "seganlah, bang. macam tak nak jer pergi. Uneng segan kat kawan-kawan". si suami menoleh. "nak segan, apanyer?? bukan Sayang tak da mata, takda hidung, malah semuanya sempurna". si Uneng mengeluh....kalaulah suamiku ini memahami apa yang aku rasakan ketika ini.

Tibalah saatnya pertemuan tersebut. 10 orang semuanya wanita-wanita moden bergaya termasuk si uneng. Uneng simple jer. sekadar mencalit lipstick yang warnanya tak seberapa di bibir. sapu sikit foundation. Mascara tak pakai la. so,nampak original gitu berbanding teman-temannya yang  bulu mata tebal dan lentik, bibir merah menyala, muka putih  gebu bedak tebal berinci-inci. Tak nampak cacat cela pun. fuhhh.. bertambah kecutlah hati si uneng. "siapalah aku ini..." tapi dia pun buat-buat senyum menutup kegabraan di dalam hati. 

So, mereka pun mulalah memesan makanan. oopsss...semuanya cakap omputeh weii....si uneng terkulat-kulat jer. "ko nak apa? tanya mereka pada si uneng. "apa-apa jer lah..." maka mereka pun order lah apa yang patut buat si uneng.

makanan pun tiba. si uneng kaget. apa ke benda di order buat aku ni?? tapi bila dia melihat kekawan makan dengan berseleranya. di pun cuba ikut gaya mereka. Pisau dan garpu. fuhhh..cam mana lah nak pakai ni ek??? tapi dia pun buat selamba. tapi dia cepat-cepat habis. duduk sambil perhatikan yang lain makan sambil meneguk air suam percuma yang memang disediakan free flow. "dah habis makan Uneng? sedap tak lamb chop tu??" oohh lamb chop namanya menatang yang aku makan tadi..selalu gak dengar cuma tak pernah makan. heee..bisik uneng di dalam hatinya. "dah kenyang dah. tadi makan kat rumah sebelum turun." tapi yang sebenarnya si uneng menahan rasa lapar dengan gulppp gulppp air suam yang tak henti-henti di isi oleh waiter setiap kali gelasnya kosong.
 
Maka selesai makan, mereka pun bercerita. Bergelak ketawa macam dulu-dulu. masing-masing menceritakan pencapaian diri masing-masing. ada yang jadi lawyer. doktor. manager. business woman. ect. semuanya berjaya. Uneng diam jerk. Selesai semuanya bercerita, mereka perasan Uneng seorang jer berdiam diri tanpa bum bam bum bam menceritakan perihal dirinya. semua pakat memandang uneng. Uneng pun tersenyum. serba salah. segan sebenarnya.

Aku, tak ada apa yang istemewa yang ingin aku sharekan kat ko orang. aku bukan insan berjaya. pendidikan pun setakat form 5 jerk. Ingat nak sambung sekolah, jodoh pula sampai awal. Nak tolak, keluarga dah terima. maka jadilah aku isteri orang jerk. kerja aku: layan suami...layan anak...urus rumah....pagi ke petang, siang malam, isnin ke ahad, bulan demi bulan , tahun demi tahun sehinggalah anak aku besar panjang. itu jer....Tak ada yang istemewa pasal hidup aku untuk diperkatakan kat ko orang, katanya tertunduk malu. tapi suasana diam. sunyi. sepi.Uneng pelik. Kenapa dia orang pegang sapu tangan. tisu. membisu.

seorang demi seorang angkat dan meluru ke arah Uneng dan memeluknya. Oh Uneng....kehidupanmu sungguh sempurna. ada anak. ada suami. apa lagi nak di cari?? kita orang semua...sibuk mengejar $$$$ tapi sebenarnya hati kami sunyi. Tak ada masa untuk membina keluarga...umur pula semakin senja. kami ingin lalui apa yang Uneng lalui. Pulak dah....Uneng terharu.

Sepulangan dari pertemuan tersebut kelihatan sang suami menunggu di muka pintu sambil mengendong baby kecik mereka yang ke-5. betapa hati uneng terharu melihat suaminya ketika itu. Dia pun berlari kearah sang suami. diciumnya baby kecik terdahulu sebelum memeluk suaminya. suaminya pelik. "napa dengan bini aku ni??" yang sebenarnya...si Uneng berasa amat bersyukur dengan apa yang dilaluinya...dimilikinya...semuanya sempurna. Meskipun tidak berfesyen sakan, bergaya glamour cam orang lain....busuk-busuk uneng duduk di rumah dengan bau hancing anak-anak, rupa-rupanya dia lebih berbahagia. Oh...terima kasih Tuhan.

Begitulah kisahnya si Uneng. Moral of the story, buat bini-bini yang duduk di rumah aka bini tak bekerja, anda bukannya menganggur. anda adalah pekerja paling rajin yang harus diberi pengiktirafan. Bekerja 7/7 seminggu, 24/24jam bukan 8 jam dan 356 hari tanpa henti. Wajarlah sesekali anda di beri BONUS atau PENAJAAN percutian oleh insan yang sepatutnya. tak kiralah...suami or anak-anak.

heeee...cehhh, sound macam aku pun ada hajat nih....Pendek kata, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan samakan diri kita dengan orang lain. Setiap sesuatu pasti ada hikmah di sebaliknya.
The end.

 p/s :  minta maaf dari penulis di atas penggunaan bahasa yang mengikut sukahati penulis jerk...tak heran, kan?? BM spm pun score 3 jerk. huhu

Terbaek punya!!!

uols..
Follow-up semalam punya kisah..."Oh Senangnya didalam hati".  Hari ini sekali lagi aku mencuba resepi yang sama untuk si puteri. Nampaknya seminggu ni stick dengan resepi inilah kot...minggu depan baru perkenalkan resepi baru. karang perut dia plak terkezut...Considered settle dah problem aku ni dalam membangkit selera si kecik. *mode : senyum sampai ke telinga* berselera dia makan. Makan sampai nak termuntah la pula. haha...tak pernah tengok dia suka makan sampai cam gitu. syiokk la aku jadinya. kalau perut suami pun boleh dijaga, takkan perut anak tak boleh kot..aiseyyymannn!!.

 bubur+carrot+sayur+bilis

 secubit penambah rasa PASTI SEDAP..patutla sedap kot...heee

 kemudian blend kan semuanya.. hasilnya cam di atas.

 sambil makan, dendangkan si kecik dengan lagu kanak-kanak.

 Bukan sedikit tu....berbanding CERELEC yang dia makan sebelum ini.

 Portion yang agak banyak walaupun separuh pinggan.

Lepas makan, kasi dia 2 sudu kecik GRIPE WATER sebagai pelawas. Baik untuk kembung dan penghadaman.


Puan-puan yang disegani...
Amacam??? anda mengalami masalah yang aku alami?? apa kata tukar resepi kasi baby anda makan. Puas hati tengok dia makan. bersungguh-sungguh plak tu...heeee...

Selamat mencuba.

Tuesday, August 23, 2011

Oh senangnya dalam hati.

nak tau kenapa?? petang ni anak aku berjaya menghabiskan dia nyer blended rice. sebelum ni, payah dia nak buka mulut. kali ni...dia open her mouth widely minta kena suap. owhh...begini rupanya. Bowril ajer tak cukup. Malah dia geli-geli pula. so, tadi aku blend nasi+carrot+sayur sawi+bilis. Aku masukkan secubit PASTU SEDAP. lepas ni, kenalah aku shopping bahan mentah khas untuk si kecik.

Ini consider sebagai satu pencapaian yang baik untuk diri sendiri. Tapi yang tak bestnya, dia merengek-rengek plak sekarang. minta diambiq.

beginilah lumrah menjadi ibu. sikit jer sikap positif anak, boleh menggembirakan hati si ibu. ooppss..tak sempat nak tangkap gambo dia on this matter.  Mommy dia pun excited gak bila tengok anak dia makan tadi..  

Hoyayy!!!

Dikerjakan si kecik

Petang ni kepala aku rasa berat semacam jerk. penat. ke sana ke mari ligat dikerjakan si kecik...sekarang dia tengah tido selepas kasi dia makan, mandi dan bermain dengan mommynya. huhu..tak sangka bersama si kecik sepanjang hari agak memenatkan juga. Sampai sendiri tak sempat nak makan tenghari. aku pun tak ada idea nak berkarya ketika ini. bantal pun kelihatannya melambai-lambai diriku....ya. aku harus menghargai peluang yang ada sebelum si kecik terjaga. Phiewww.....manja sungguh.

: : ini bukan keluhan. : :

Life re-construction

selamat bersua kembali..
Hari ni aku sepertinya ingin reconstruct balik aku nyer life. tak lama lagi nak buka buku. fuhh..semestar depan sangat pendek. aku harus menyiapkan thesis aku dalam masa 3 bulan jerk. aku terfikir-fikir cam mana ek aku nak focus wat keje dengan perangai puteri aku yang asyik nak melekat kat badan jer ni. kena tinggal sekejap pun  jer pun tak boleh. timbul gak kerisauan di sudut hati ini. cabaran paling manis gitu.

 \
so, hari ni aku nak fikir balik how am i going to manage my life. and...cam biasa, tiap semestar aku buat scheduled untuk diri aku sendiri. tak semestinya aku follow 101% apa yang aku rancang. cuma, bila aku ada scheduled, aku ada garis panduan. aku ada matlamat. nak ke sana sini akan berfikir dahulu sebelum bertolak. memikirkan secara serious keutamaan. Nak mengarang esei vs berblogging. wakaka...tapi rasanya tak jadi masalah aku post entry dalam sehari. bukannya kena karang or kena buat research pun apa yang aku nak postkan. ianya sekadar diary alam maya aku. so, ianya bukanlah menjadi satu isu atau masalah besar buat diriku.

Aku harus menjejaki buku-buku yang berguna dan penting hari ni. letak bersusun kemas dan rapi di atas meja. senang aku belek sana belek sini sewaktu nak merujuk. tapi bila buku dah buka, aku akan sepahkan balik. aku tak suka barang aku yang bersepah disusun sehinggalah kerja aku selesai. habis arrr lepas ni, suami pasti membebel tengok dekorasi meja studiku lepas ini. nak buat cam mana?? manusia ni pelik-pelik. masing-masing ada style tersendiri dalam mengemudi cara hidup diri sendiri. So, MR. HUSBAND...dont touch my things, OK!!! heee....and so do you my little angel. asyik nak tarik-tarik lapik meja kemudian masuk mulut. hadeii...

go mrs daniel go!!!! 1 semestar jer lagi. Kerisauan tak akan membantu malah menjejaskan persembahanku of the day. so stay cool and stay calm. Hati, jiwa dan perasaan ini...bersedialah. Perjuangan telah mula suam-suam kuku, bila masa tiba kelak....lakukan tendangan yang maha hebat untuk mendapat satu momentum yang bakal menggegarkan alam.

12 hari bersama Nuffnang

Uols....
sekarang jam 03.14am. suami dan anak aku sedang tido dengan lenanya. Aku?? still terkulat-kulat ngadap lappy. sebenarnya aku sedang adjust aku nyer fb akaun. kata suami, aku nyer announcement pasal update blog aku tak muncol kat status fb dier. aku pun pelik lahhh. tak boleh jadi ni.. kalau cam gitu, cam mana orang nak tau aku nyer up-date everyday story aku. haha...kiranya aku ni cam syioook jer ajak orang mengetahui pasal hidup aku. "wuitt kamu..kamu..meh la jaga tepi kain aku," lebi kurang cam gitu la aku rasa. ada rasa malu...ada rasa segan bertandang di hati. tapi...biarlah. aku nak peduli apa yang orang pikirkan pasal penulisan aku,kan?? TAKE IT OR LEAVE IT!!.

ok...nak khabaq ni. lepas aku setting balik aku nyer fb akaun aku pun mulalah gatai-gatai tangan pi blog-walking. Pagi-pagi merayau-rayau di blog orang...paling aku suka INNIT permudahkan aku mencari blogger yang menaikan semangat aku untuk berblogging. Aku tengok orang nyer Buffering Earn (BE), aku cam Wooww...syiookk owh. Berapa lama ek mereka baru dapat??? Bila lah aku dapat nih?? aku berkira-kira di dalam hati...mesti take time nih. aku?? baru jer 12 hari bersama nuffnang. Aku kenal nuffnang pun sebab aku terbaca blog BUDU dan Belacan: Busuk tapi sedap. Dari situlah aku mula google apa itu nuffnang. dan aku tertarik...apa salahnya aku mencuba nasib. kebetulan, aku pun suka menulis apa yang tersirat dalam hati aku ni.

Dan tadi...pada jam 3.14am aku tetiba terasa nak check aku nyer nuffnang akaun. Setakat nak check Analitik jer. tengok draff pengunjung. tak ramai pun...aku nyer traffic tak masyukkkk da. pasal aku memang sangat-sangat lah baru dalam kelompok nuffnang. Tetiba aku terasa nak try-try klik Earning. GHOST!!!!

beginikah perasaannya?? Mata aku bulat. terbeliak. aku kesat mata. aku klik berulang-ulang. dada aku berdebar-debar. Ohhhh ini pula rasanya. sungguh aku tak percaya. Aku dah ada BE. Yayyyy!!! tak sangka..tak sangka!!! dalam 12 hari dah ada yang mula nampak siapa aku...MAXIS!!! engkau berjaya membuat aku ceria di pagi buta begini. aku tak bermimpi. serious uols...$@.@@ dah masuk. meski ciput, tapi ini kan baru permulaan...dan paling penting, aku dah dapat semangat baru!!! aku akan setia bersamamu Nuffnang. tengkiu riban-riban....

tak sabar rasanya tunggu siang. tak sabar nak cerita kat suami. rasa berbangga plak aku weiii...Syukur Tuhan atas rezeki yang tak disangka-sangka ini. well...nampaknya ini ialah rezeki dari anak aku yang berusia 7 bulan 2 hari (22/08/2011). Puteriku...kau telah membawa tuah buat mommy.  muahahaha....

Mode : happy..la la la la....

Monday, August 22, 2011

Bezanya...

bersua kembali..
aku saja jer nak berceloteh pasal masak memasak ni. u pandai masak ker?? bini u?? kakak u??? haha..sekarang tak bolehla nak kata tak reti masak...bila kata tak reti, tak nak memasak terus. macam satu pelarian la pula rasanya. Lari dari periuk kuali dan belanga. aku?? bukan aku nak kata yang aku ni pandai masak. tak pandai pun...tapi aku sentiasa mencari solution supaya masakan aku boleh ditelan. hahaha...tak kira lah apa caranya. pegi jer supermarket. berlambak resepi segera yang telah siap. Hanya perlu panaskan atau adjust sikit-sikit jer...Tengahari ni aku masak lunch segera. hurmmm...malas pula nak angkat bakul....hahaha...boleh tahan jugalah rasanya. Walaupun cuma.....

: : IKAN SARDIN : :




: :  SALMON TONG SAN MASAK ASAM PEDAS : :




Hari ni aku dapat 1 NANG dari suami--->suami aku kata "pandai bini aku masak". huahaha..aku tersengih. hati berbunga-bunga walaupun aku tau bahawa sesungguhnya aku telah mengunakan ilmu "magic modern"yang terdapat di pasaran di luar sana sebagai pelaris. tapi DENGAN 1 syarat---->yang paling penting, bahan-bahan tersebut haruslah dimasak dengan HATI. (cook with your soul). walau sesimple manapun masakan, orang tetap akan kata OH SEDAPNYA!! hee....

 selamat mencuba!!! 


GAMBAR DI BAWAH TAK ADA KAITAN LANGSUNG!!!


Actually ni gambo latest my girl.( diambil ketika aku tulis entry ini) Nak tidokan diri...harus ada gaya!!.

Dont show off your....


STUPIDO!!!
Dah sekian lama aku memendam perasaan ini. Semakin lama semakin berapi di dalam hati. Sampaikan nak tido pun asyik terfikir-fikir. Terasa bahang kepanasan di hati kian menjadi-jadi menyebabkan aku ringan jer tangan gi turunkan temperature aircond sampai suamiku menggigil kesejukan. Si kecik pula steady...aku tutup badan dia ngan blanket pasal kesian dan takutkan dia kesejukan, dia lurutkan. Dia lagi suka tido tanpa ditutupi sebarang kain atau blanket. Barangkali pembawaan sewaktu aku mengandungkan dia dulu kot...aku langsung tak suka berblanket dan aku turunkan temperature aircond sampai suami terpaksa tido kat ruang tamu pasal tak tahan sejuk...tak tau kenapa aku rasa kepanasan memanjang. Tapi sebelum mengandung, akulah insan yang paling mudah kesejukan. Barangkali mengandung punya pasal lah kot...

Ya. Pasal kemarahan aku. Pasal Jiwa aku yang memberontak. Pasal hati aku yang panas membara. Cuma akal saja yang di tahap OK tak terjejas dek emosi. nak tau kenapa??? Aku taulah kereta aku kecik. Viva elite jer pun. Tapi aku pun membayo gak tax jalan raya. so, kepada kenderaan yang besar-besar tu...jangan sesuka hati nak himpit kereta aku. Aku sangat benci bila :-

1. kereta aku dipotong terutamanya ketika traffic jam. Dah tau traffic, tak payah lah nak selit sana selit sini...awak tu yang membuatkan perjalanan semakin semput, tau tak?!!

2. Jalan raya bukan bapa awak yang punya. Pun bukan bapa aku yang punya. Jangan sesuka hati nak makan line orang. BERBARIS!!! orang lain pun tunggu turn gak..ini tak, awak luncurkan kereta awak. Ambik lorong kecemasan. Lepas tu, bila sampai kat hujung, awak terpaksa juga masuk jalan sebenar. mula lah awak nak main cucok-cucok nak masuk. Orang lain nih??!! Orang berbaris..awak tak. awak ingat awak terror. awak ingat awak sorang jer nak cepat. awak ingat awak sorang jer tak nak buang masa. Tapi semakin awak berbuat demikan, semakin slow lah perjalanan.

3. Awak guna lorong kecemasan. Awak tak tau undang-undang ker?? Lorong tu cuma untuk kecemasan. Bukan untuk awak ambik peluang, jadikan lorong tersebut hak milik awak. Beringat-ingatlah sikit weiii...

4. semua orang pun ada hp lah. tak kiralah hp dia Nokia 3310 cam aku nyer...tapi jangan dok hegeh-hegeh nak cakap kat telepon tu. tau lah hp awak touch-skrin...jangan asyik nak tekan-tekan ko nyer gadget tu...bukan awak sorang kat atas jalan raya. Bawa kereta terhegeh-hegeh... tak cukup dengan itu, kereta boleh pula menyerong dek kesibukan awak yang awak seorang jer sibuk. orang lain tak....i hate you, for this attitude. Blue tooth kan ada. guna dengan bijak. 

5. Dah la hujan, cuaca pula gelap...awak bawa kereta laju-laju. Awak tak pasang lampu pun. Awak tau tak yang awak memberhayakan pemandu yang lain??!! Awak tau takkk??!!!

6. Taulah kereta awak ada Hon. Awak sorang jer ker ada hon?? orang lain tak der??!! Sabar la awak..jangan asyik nak tekan-tekan honk tu...bosan arrrr. Tengok-tengok lah keadaan juga. Walaupun awak di pihak yang betul, biar jer orang tu lepas. tak yah nak honk dia...nak kejar kereta dia.....aku paling benci part cam gini, tau!!!! terasa nak terjun jer dari keta kalau bersama dengan orang cam gini.

7. Dan...dahlah awak nak potong orang, ambik line orang, mencocok-cocok kenderaan awak tu kat kereta aku, awakkkk....awakkkkkk buatkan darah saya semakin mendidih apabila awak.....Awak tunjuk menda ni kat aku atau pemandu lain. Come on lah!!! Awak tak malu ker??? Awak di anugerahkan menda tu...tapi awak nak show off kat orang...Tunjuk betul-betul lah kalau berani...ingat awak macho lah kalau buat cam gitu??!! itu tandanya kerendahan moral diri awak. Awak tau tak?!!! Lagi-lagi kalau pemandu lelaki dengan pemandu lelaki. Kenapa perlunya buat cam gitu??!!! seganlah tengok perangai awak yang cam gitu...Buat malu generasi baru tengok jer. Control panas baran awak tu!!!

setakat ini luahan kemarahan aku. Aku tak tau pada siapa harus aku tujukan kemarahan ini. cuma yang aku tau...tolonglah berhemah di atas jalan raya. Tak kiralah siapa awak. semua orang ada nyawa. semua orang sayang nyawa. Apatah lagi nyawa orang yang tersayang. Dan bersama aku sentiasa ada Puteriku. So, awak jangan nak bersikap kurang hajo. Tak rugi pemanduan berhemah ni....ko bukannya hebat pun kalau bawa kereta menunonggg jer macam pelesit. Bukankan Budi Bahasa Budaya kita???!!! ker ko memang orang yang tak berbudi atau tak berbahasa??!!! kalau memang ko spesis sedemikian, ko masuk hutan lah...duduk sorang-sorang. Geram mak, ko tau tak!!!!!

jadi, pembaca entri ni...kalau sesapa saudara mara, rakan taulan, keluarga anda yang bersikap cam gini, tolong lah tegur. Berdarah hati orang lain dengan sikap orang-orang yang hanya mementingkan diri sendiri cam gini. Dan kalau ko pun tergolong dalam pemandu yang bersikap begini, TOLONGLAH BERUBAH! demi awak dan juga demi orang yang  menyayangi anda. Buat apa menangis lagi kalau tragedi terjadi di atas sikap kita sendiri. Tak payahlah nak tunjuk terror atas jalan...tak tabik pun. Benci adalah. menyampah.

aku pun tak tau kenapa...

serius uols..
sejak mula mengenali Innit, aku nyer gian untuk check Nang semakin menjadi-jadi. Tak tau kalau ko orang pun sama. tiap kali aku add new post, aku mesti check balik samada aku ada Nang atau pun tidak. Bukannya apa pun. aku pun tak mengharap juga. Tapi dari sudut terdalam hati ini, kalau boleh paling kurang ada 1 Nang.....aku seronok bila kena Nang. haha... kalau tengok 0 jer tak bergerak, aku jadi cam rimas la pula. hadoiii..ko orang ada alami apa yang aku alami ker??

Lagi satu, aku pun suka kalau aku nyer post muncol kat featured post box teratas tu ha..cam bangga kan tengok nama kuar kat situ. Kenapa ya perasaan cam gini wujud??? ini sungguh merbahaya kerana ini akan menyebabkan aku gian atau ketagih untuk diNangkan....bahaya...bahaya.....nanti setiap masa aku nak hupdate blog jer keje sampai anak suami terketepikan..hahaha..atau...adakah ini memang sindrom penyapu baru yang bersemangat waja untuk permulaannya sahaja.Pelik,kan?? tapi benar...phiiewwww. 

apuuuu.... nyak ya waii!!!...dibilang orang iban. hehe...
(translation :  alamak...itu lah dia!!!)

K lah, nak tido dah ni. Salam sejahtera buat semua...
Peace.

Bila durian runtuh

Anda suka,kan?? hurmm..tapi petang semalam rasanya tak da orang suka kot. Kisah benar, tau nih. (21/8/2011) kita orang kan nak blah dari Air Terjun Gabai. kisahnyer, adalah pelawat ni parking dia nyer kereta kat bawah pokok durian. itupun arahan orang yang jaga air terjun tersebut. tak tau apa nama khas nak dipanggil kat orang tersebut. so...apa lagi, durian gugur. Tapi duriannya hilang. Dan sudah pasti penjaga tu pun hilang sekali..bukan sebab durian gugur penjaga tu hilang. tapi....hehe...dan tak patut waktu kerjer dia dah habis coz waktu itu jam baru menunjukkan 2.30pm. Kita orang terpaksa mengundur diri awal dari keseronokan bermain di tepian air terjun kerana hari menunjukkan tanda-tanda bahawa hujan akan turun bila-bila masa saja. Takut  kat hujan dan juga takut kalau-kalau air bah.... tu yang tak puas hati tu...

Jom saksikan rentetan peristiwa..tuan punya kereta siap nak claim tu..siapa nak jawab..siapa nak ganti. Merc you...

 Orang ramai berkerumun. nak juga aku laki bini tau apa ke halnya???

 Dongakkan kepala. eh eh..ada durianlah. syiookk nih.

 Dang it!! What happen?? Habislah Merc itu....cerminnya...cerminnya....

 still kelihatan kesan durian terpenyek di tepian cermin itu. Berlubang la pula... siapa tak geram weiii...

 Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakan dan sebarang kemalangan. hurrmmm...what say you....risiko kena tanggung sendiri. gigit jari lah gamaknya.

kesian,kan??? Tuan punya kereta adalah pelawat dari negara China. Tapi nak buat cam mana....segala risiko harus ditanggung oleh tuan punya badan itu sendiri. Insurans atau ganti rugi tidak disediakan..so, sediakan payung sebelum hujan. Nak parking kereta pun harus bukan saja tengok kiri kanan tapi tengok gak atas bawah.

Malang tidak berbau VS durian  yang berbau harummmmm semerbak mewangi. aku suka.


Mrs. D pemakan tegar durian. =)

Happy 7 month old anakku

Semoga dihatimu dan hatiku tersemai rasa kedamaian yang maha indah ketika ini..
jam menunjukkan 12.25am. Maka hari isnin telah bermula. dan hari ini bermakna anak aku juga berusia 7 bulan 1 hari. happy birthday, sayang. begitu pantas masa berlalu. dan kini masa itu semakin menghimpit aku. Tinggal dua minggu lagi, mommy terpaksa dan harus memaksa diri mommy untuk membelek buku secara serious. Betapa selama 7 bulan ini, mommy terasa agak sibuk memanjang. sibuk...hurmm...dengan erti kata lain, sibuk dengan princess mommy. Dari semerah-merah bayi sehingga lah kini. Meskipun still orang panggil bayi walaupun dah berusia 7 bulan. But then, kelasakan anakku menyebabkan anakku sepertinya bukan bayi-->kanak-kanak.

Semalam, secara kebetulan dan tidak sengaja...mommy memang terniat untuk pergi ke suatu tempat yang menenangkan serta mendamaikan. sekaligus, memberi satu tanda ingatan bahawa princess mommy first time in her life time mula merasa kejernihan sungai serta kehijauan alam ketika mencecah usia 7 bulan. A good thing to remember. =) Here we go...check it out!!

 lokasi dekat cheras sana kot...masuk kampung.

 pemandangan yang ingin kita lihat.

kehijauan menyegarkan mata.
 Princess Lolo mencipta sejarah hidupnya tersendiri. 

 Selama ni mandi dalam tab jer...sekarang??? anda beran?? hampeh...beliau takut sehhhhh. heee

 melekat lah memanjang kat badan mommy dia... siap menggigil tu.

 Air sungai yang jernih....sejuk terasa sampai ke sum-sum tulang.

 Daddy with love.

simply us.

 mamam time. nasi lemak disediakan oleh daddynya si Lolo. thumbs up gitu...

 Feeding time. terpegun dengan keindahan alam sampai mulut tak mampu nak menerima makanan. haish.
 Peace from me to uols. =)

 sesekali posing ala manja apa salah,nya kan??

 Lolo's Aunt. Peace to the world.

 Aunt kena jaga dia pasal mommy lagi sibuk berenang. heee...

 haha...tido dengan nyenyaknya....first time main air, bah!!

good baby chair so mobile ehhh... pulang la pula.

: : sampai di rumah kira-kira jam 4pm. Penatnya boleh tahan gak lah...aku pun tertido di samping si kecik sepanjang perjalanan pulang. Tapi still tak puas hati nih....nak pergi lagi. Kalau boleh bermalam. haha....syiok owh. Itupun kena tunggu si kecik besar sikit lagi lah. ON PLAN. heee... : :

Syukurku juga kepada Tuhan kerana selama 7 bulan ini, si Lolo dikaruniakan tubuh badan yang sihat meskipun cikeding tapi lasak dan cergas. Paling penting cinta kasih kami terhadapmu tidak terukur oleh apapun di atas muka bumi ini.  Ketahuilah olehmu sayang, You are the very best thing ever happen in our life, Princess LoLo.

Mommy daddy loves you, dear
Muaxxx n gbu.

Sunday, August 21, 2011

Satu petang di hari sabtu

semalam, mrs. Daniel sekeluarga melepakkan diri di Jusco. Saja nak tengok kemeriahan minggu terakhir sebelum Ramadan tamat. Kenapa aku katakan minggu terakhir walaupun ada 10 hari lagi nak beraya sakan. coz minggu ni umat Islam yang merayakan Hari Raya still lagi berlegar-legar di hypermarket untuk last minute shopping. Rasanya next week, dah mula balik. Cuti pun dah ambik. Anak-anak pun dah cuti sekolah. Tunggu apa lagi...plus, bersempena cuti SeMalaysia ni, semua citizen pun nak ambik kesempatan bersama family tercinta. so, lenganglah KL nanti..we all pun plan nak balik kampung gak. yayyyy!! balik kampung Oo balik kampung...hati riang. Semalam punya kisah...Biorlah gambo berbicara.

kedai makanan ringan baru dibuka..ramai orang serbu weii...

Manggo for free...selamba giler sumbat kat mulut eh. hehe....

 with her aunt.

 Artis AF perform.

 menyempat nih...baju kotor dek biscuit. tak pose ker dik?? heee...

 nangis la pula....kita sibuk nak pakaikan baju..dia pun sibuk pusing sana sini

 Di mana-mana pun boleh...tak kisah. aku kan masih kecik. hee...

 Sempat gak tengok upin dan ipin...comelnyer.

conclusion :
Meriah sungguh suasana di Jusco pada hari tersebut. cam ada barang free kena offer kat semua. Well..happy tengok rakyat malaysia hidup aman damai. Cam gini, kan elok. tak nak lah gaduh-gaduh atau kontroversi or provokasi.