Saturday, April 27, 2013

Home Invasion vs 9/10

fuhhh..aku baru jer selesai menonton tv2 entitled as above entry. puas hati tengok ending cerita nih...rasa teganggg jer aku sepanjang menonton movie ni. Lagi satu, iklan pun kurang. Seronoklah layan. haha...emosi aku mampu dibawa seiringan menghayati perjalanan plot cerita. tak sia-sia duduk umah petang sabtu ni. biasanya, tengok cerita hindustani...tapi tetiba ada movie omputih, elok benarlah tu. ingat nak tido-tido kejap tadi pasal nak kuar jalan bawa anak aku. First time mata aku tegak jer duduk depan tv tanpa mata kelip-kelip (tipula tu mata tak berkelip langsung..haaa)

hurmm...hari ni kuar ngan teman gi buru keje kilang. sampai teman tu kate, Ko ni mama lolo...elok-elok dah belajar tinggi-tinggi nak juga jadi minah kilang ker?? apa aku nak cakap?? tak kisah la teman... janji halal,kan?? bukan aku pegi mencuri pun..atau buat keje yang tak helok.. tapi hampa juga aku. Maaf yang, tak da kosong buat sementara waktu ni. kecewa gak aku....haiii...keje kilang tercikai pun orang tak nak hambiq??!! sedih derrr.....aku sekadar letak kelulusan UPSR jer.. percaya lah tengok muka aku ni...hadoiiii!!! tu lah akibatnya menipu, tak restu kot. kang aku kasi kelulusan sebenar, mana ada orang nak upah aku plak. dilema betul ler, ko tauk!! 

Teman siap hentam aku lagi..."kalau aku ko lah mama lolo..tak yah keje. duduk umah goyang kaki. bukan laki ko tak leh kasi ko duit pun." tergamam aku. hurmm...nak harap duit laki aku, maknanya tak ke mana lah aku. setakat membesarkan badan sendiri bole la... aku ni berniat nak hulur-hulur kat emak bapa aku tiap bulan. takkan nak harap duit laki aku plak. tak manis la lagu tu...ye lah, aku ni di sekolahkan emak bapa aku,  tapi hujung-hujungnya aku tak mampu nak kasi balik walau sedikit pun sekurang-kurangnya depa boleh gunakan untuk ke hospital or whatever keperluan depa. Segan  aku kat emak bapa...depa tak minta pun dari aku. Mereka tahu dan faham kedudukan aku sebagai isteri orang. tapi sebagai seorang anak, aku tau rasanya harapan orang tua pada anak-anak. dan pastinya aku tak nak kecewakan emak bapa aku. Dulu selalu janji kat emak bapa...nak belajo tinggi-tinggi nak ubah keadaan keluarga agar keluar dari kepompong kemiskingan....aku selalu janji kat emak...kat ayah....Now, setakat mampu menelan air liur bila dengar anak orang kasi kebahagiaan kat orang tua depa. teringinnnnn sesangat bahagiakan emak bapa aku di hari tua depa. kalau nak harapkan duit laki aku dan aku tak bekerja??? masakkkkkkkkkk la jawapannyer!!! serious dilema seorang wanita, isteri, ibu dan anak...

on the way balik, aku nekad nak berniaga kecil-kecilan pula. biarlah... bermula dari bawah sekalipun, lagi manis. Cuba tanya orang yang berjaya ni...selalu mereka mulakan dari bawah. ye lah..kira bonuslah orang yang terus duduk puncak tanpa perlu bersusah payah tu. rezeki kome gitu... to me, bila kita yang buka sendiri...berusaha sendiri....segala jerih payah dan titik peluh itu akan dihargai...jadi kejayaan itu lebih manis, gitu.. so...aku akan mulakan gerak gempur cari kiosk tumpang kedai plak...

Berangan jer tak guna...kena berusaha ke arah itu. Kata orang, 9/10 rezeki datang dari perniagaan. tak mudah..memang ada dugaan dan cabaran. tapi...itulah yang akan mengkentalkan hati   agar lebih kuat dan tabah untuk menggapai impian.

No comments:

Post a Comment