Monday, April 15, 2013

Melepas la pula

semalam, Ahad laki aku baru buka post box we all. katanya "ada surat untuk awak.". Dalam hati terdetik. surat apakah? hadohh..ptptn dah nak menuntut hutang agaknya. dahla aku ni tak keja-keja lagi. dalam hati tertanya-tanya...surat apakah?

hurm..sekali melihat pada sampul, Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam...aku tersenyum. ada harapan ni masa depan. hadei dei....disebabkan debaran, aku tak boleh nak buka tu sampul. aku suruh laki aku buka. "alah...ni surat offer you jadi suri rumah tangga jer.." sound macam laki aku ni suh aku jadi SRT kekal nih..huhu..tak bule...tak bule....

Tatkala surat dah terbuka..ujian untuk jawatan Pegawai Pentadbir Diplomatik. aku cakap kat laki aku. "pelik lah dia orang ni..kata urusan dibatalkan. tetiba suruh pegi ujian pula." dalam hati berkira-kira untuk menghadiri ujian tersebut. ada masa ni nak ulang kaji...dahla ada ujian Matematik...kena beli buku ringkasan SPM matematik nih....

SEKALI.....owh owh...tarikh ujian 13/4/2013. Aku rasa lain macam jer. aku pun tanya my helper. "sekarang berapa hari bulan?". jadi SRT sampai tak ambil pusing date of the day, taw. huhu...dah 14/4/2013. laaaaaaaa....sabtu tadi examnya berlangsung. sedihnya di dalam hati...kecewa pun ada...

tertelan air liur terkedu. Bukan rezeki aku agaknya kali ni..huhu

lagi menunggu panggilan mode.

No comments:

Post a Comment