Friday, April 19, 2013

si kecik yang penipu

hadoiiiLAH..aku tak tau samada aku nak gelak or nak menangis dengar cerita seorang teman ni pasal anak salah seorang teman juga. isu berbangkit hari ni tadi ialah mengenai duit belanja anak ke sekolah. aku ceritalah alkisah anak kepada seorang teman aku aka jiran aku. aku sangat kagum dengan anak-anak beliau yang tangan tak melilau mengambil duit dalam purse bonda depa. Duit hanya kuar kalau bonda mereka yang buka purse. kalau tak macam tu jer lah sehingga bonda mereka balik berjalan dan tangan bonda mereka sendiri yang hulur duit kat tangan depa. punya bagus kan anak cam tu. Awal-awal lagi sejuk perut ibu mengandung.

berbalik pada entry di hari jumaat yang penuh keberkatan ini, adalah alkisah anak kepada seorang teman aku ni juga mengambil duit si mama dari tabung. Mamanya tak adalah perasan duit dalam tabung berkenaan tapi si ayah menyimpan duit berkenaan untuk membayar sewa bulanan umah depa sebanyak tiga ratus. tak tau lagu apa...si anak telah mengambil duit berkenaan dan membahagikan kat rakan beliau di sekolah. Untung ibu anak kepada anak teman prihatin check beg duit anaknya sepulangan dari sekolah dan terperanjat melihat note rm50 dalam purse. setahu si ibu tak pernah dia bagi duit sebanyak itu kat anaknya buat belanja. Tanya punya tanya si anak pun beritahu yang anak teman yang beri duit tersebut kepadanya. katanya anak si teman jumpa duit di padang. huhu.. si ibu tak puas hati terus gi jumpa temanku yang satu. apalagi terjadilah sessi soal siasat...si anak tetap bagitau si ibu bahawa duit tersebut di jumpai di padang lalu diberi pada kawan-kawan. 

tapi temanku itu tak puas hati dengan jawapan berkenaan. lalu si ibu call si ayah tanya-tanya kalau beliau ada hilang duit or satu amaun duit sebanyak tiga ratus. si ayah pun cakap kat teman ada mengasingkan rm300 yang diletak dalam tabung untuk bayar sewa umah. teman pun cepat gi check...TIADA. apa lagi si teman naik angin lalu dipukulnya sampai berbiras gak tangan kaki budak tersebut. Mulut pun di cili-cilikannya. ialah...itu jer lah belanja untuk bayar sewa bulan berkenaan. Suami pula bawa teksi, pendapatan pula tak tetap. siapa tak bengang!!

lalu si ibu pegi sekolah jumpa cikgu pasal si anak bilang beliau di buli pula di sekolah. Cikgu pun apa lagi mengumpul semua budak tanya samada kes buli berlaku di sekolah. last-last find out, si anak beli gasing dengan kawan-kawannya sepuluh ringgit satu dan kebetulan kawannya itu bawa 7 biji gasing yang berharga rm5 jer sebenarnya. punya angin si ibu..si ibu pun bawalah gasing berkenaan pulang dan suruh si anak makan gasing tersebut. end of story, ada lagi..malas nak cerita detail...cuaca panas nih!! huhu..

kisah terjadi penghujung tahun lepas 2012 dan budak berkenaan baru tahun 2. Bayangkan dia sanggup menipu si ibu walaupun dipukul oleh si ibu berkali-kali tapi terpaksa mengaku bila si ayah beritahu pasal duit sewa rumah. sedih..sedih....aku yang dengar pun terkedu. aku tau rasanya itu bila budget tight. si ibu sampai menangis-nangis lagi.

budak sekarang...budak sekarang...tak tau nak cakap apa daaa...

No comments:

Post a Comment