Monday, August 15, 2011

Back to School

suami dah kuar keje. OS ke JB. time aku kejutkan dia, si kecik pun join sekali terjaga. haruslah terus diangkat si kecik dari katil sebelum dia berlagu syahdu memekak mengejutkan seluruh alam.  si kecik lalu diletakkan di dlm baby walker. Maka, menyempat gak dia menggapai apa-apa yang patut dan bikin sepah berlatar belakangkan melodi good morning, good morning to you.... sibuk dia berlari ke sana ke mari. ok gak...taklah ganggu emak bapa dia breakfast. hari ni breakfast mee goreng sedap + telur separuh masak. sedap pula ek bila digaul sama. slurpppppsss. suami plak pekena oat jerk...jaga jantung. heee...now, menidurkan si kecik setelah dia pun ambik bekfast.....ya. dia dah tido. tapi tangan still mengayun, kasi dia terbang betul2 jauh ke Lolo and the wonder land dia. heee...

pejam celik pejam celik.....masa bergerak begitu pantas. Bulan ogos ni pun dah menemui penghujungnya...betul-betul sekejap jer rasanya. dan aku.....jantung ini mula berdebar-debar. Bila ogos tamat, september akan menjelma. Maka perjuanganku bermula semula. terasa liat pula nak buka buku setelah setahun berehat... tinggal satu semestar jer lagi Lolo's mom....alang-alang menyeluk pekasam, kata orang. issshhh...lama tak pekena pekasam ikan daaa... haha.... kata nak wat Phd lepas ni. kih kih kih.....tengoklah, kalau aku rajin. itu hajat di hati jer...buat tak buat, tu lain citer arrr..BERNIAT, kata orang. Aim aku setelah habis belajar ni ialah bekerja. lepas tu nak menambahkan warga Malaysia 3 orang lagi. mampukah aku??? kalau ada rezeki...apa salahnya. usaha tangga jaya. Amen.


Bermula semula activiti rutin....membelek...membelek dan membelek....kick my ass!!! Need great momentum to move on. haiya ya...berdebarnya jantung ini.  Aku bukan budak pandai...i m slow learner. but need to do it fast. Helppppppppppp!!!

 Dannn....amacam pula baby  made in Malaysia diatas??? Macam mana harus aku selesaikan dia ni??... Focus. Boleh ker aku??? 90% spend kat dia. dia sorang. Belum sempat nak mengarang sebaris dua patah perkataan, dia dah minta puji...ho ho ho...thats y we call her Princess. actually "pin"-cess. Asyik nak melekat jer kat badan mommy dia....

tapi aku suka. Pasal dia cute. walaupun kekadang dia bikin hati ini meradang. Lantas menjadikan aku seorang yang garang. Buku-buku juga....dia tetap aku sayanggggggg.

Si dia ni pula...hurmmm...bisa di atur donggg....boleh dirunding. sokongan padu dari beliau amatlah di hargai. Semoga beliau bersabar erkk. Cuma untuk 4 bulan jer tuhhh.... 

Haruslah aku kena habiskan apa yang telah dimulai. Tak sabo nak bekoje weiii... nak gak merasa $$$$ sendiri... haha..pinjam gambar fulus anak aku...kecik-kecik dah pandai buat duit. kutipan 1K ketika CNY 2011 selepas kelahiran dia.  Kalau ikutkan, dia dijangka lahir pada tarikh CNY itself. tapi kena paksa kuar awal plak  pasal dia bayi GDM...ada hikmah disebalik kejadian. heee...Hopefully, next year aku boleh gak bagi wang besar kat dia. Amen..

Mommy will back to school soon. tu la dia...kecik-kecik dulu tak nak belajar betol-betol. asyik nak bercinta jerk...oppsss!! (well...tanpa cinta, takda la Princess Lolo. heee.....) sekarang baru terhegeh-hegeh nak jadi orang pandai. itu pun setelah jadi emak orang daaa...tapi....Nope mommynya si Lolo...dont give up. Baik lambat dari takda langsung. its just the matter of time....you can do it!!!! ni yang aku lemah ni...kena bagi semangat kat diri sendiri. huhu...

No comments:

Post a Comment