Wednesday, September 14, 2011

rawatan kesihatan sekarang dan dahulu.

Semalam, mrsd gi klinik (tak naklah mention nama kliniknya demi menjaga identiti klinik tersebut.) hurmmm....pasal jari jemari montel mrsd buat hal. allergic sabun. dah habis menggerutu dah tangannya. kalau pejam mata, ingatkan kertas pasir apabila terpegang tangan mrsd ni. seramnya.... well, nak jadikan cerita. mrsd rasa happy coz sekejap jer mrsd nyer giliran dah tiba. so, terus masuk bilik. doktornya, cantik. pakaian kemas. cam emak datin pun ada. aku cuba senyum. namun senyumanku terasa sumbang jer..rasa serba tak kena. orangnya tak response pun. aikk?? aku senyum kat meja, dinding dan kerusi je lah gamaknya. Then, beliau bertanyalah...."sakit apa, mrsd?" 

opss..doktor ni tau plak nama aku. ye lah...sekarang klinik guna sistem. dafter kat kaunter, nama terus muncul kat bilik doktor. "allergic kot.." aku pun was-was nak jawab. betul ke allergic yang menimpa diri ini. aku pun tak pasti sangat. aku tunjuklah jari jemari ini kepadanya, dia tengok sekejap jer. "sikit jer. kulit kering." hurmmm..aku tak puas hati. aku cakap juga "gatal lah doktor. jari bengkak dan pecah." barulah dia tengok lebih dekat aku nyer tangan. kendian mata terus ngadap komputer dan menaip apa tah. aku pun tak tau. kemudian aku tunjuk lagi eczema yang bertempek kat lutut aku kat dia. Aku pun tak tau itu confirm eczima ke tak...dah lama dah aku ubat dan sapu segala macam jenis cream, tak gak sembuh-sembuh. "eczima tu...dia pegang lutut aku kejap" dan ngadap komputer lagi. 

Oh ya..perlu ada record,kan untuk tujuan ISO. Tapi...... "nanti bagi cream sapu kat tangan dan kat lutut". Aku pun keluar....hurmm perasaan cam tak puas hati jerk. ada 2 persoalan di hati ini...1. napa doktor tu tak senyum a.k.a mesra pesakit?? 2. Adakah sekarang cara rawatan menggunakan komputer lebih berkesan berbanding melihat sendiri pada keadaan pesakit? 

So, aku pun membuat kesimpulan....dahlah klinik ni bukannya mengambil kes berat sangat pun. setakat pesakit luar--kalau ada kes berat, terus refer kat hospital besar. But then,  kenapa mood doktor tersebut mengalahkan doktor kat hospital yang ramai pesakit?? itupun bekerja office hour.  entahlah.....aku pun tak boleh nak menganalisa doktor tersebut menggunakan technology @ computer.

2 comments:

Chempaka Sari said...

alalalal cianya MRSD, harap dia sempuh cecepat. Doktor sekarang ni memang. Masuk bilik dia dia tanya sakit apa pastu terus tulis ubat. Tak sempat nak citer apa masalah lagi terus dia panggil nurse. Adoi.. padahal harga ubat murah je dia charge service dia yang mahal. Kalu setakat nak mintak ubat baik kita pergi pharmacy awal2 kan?

Mrs. Daniel said...

klinik kerajaan. =(

Post a Comment