Wednesday, September 21, 2011

Aktiviti Pagi Buta

uols....
nyenyaknya tido. jemles aku, tau!!! .aku tak tido lagi nih...jam sekarang 2.46am. baru rasa aman dunia...haha..si kecik dah tido. itupun after midnite baru dia dapat dia nyer mood untuk tido tu. berulang kali dah aku dodoikan dia...geram makcik ehh. Menjeling laki aku yang sedang tido dengan bergayanya, semangat nak tido pun kuat gak nih mangganggu gugat aku punya iman untuk zzzz sama...tapi aku tak boleh  tido!! this is the time i can do my own thing freely. Aku boleh godek-godek harta benda aku tanpa gangguan si kecik.. Hurmmm, pagi ni aku refleksi diri mencari momentum untuk menggerakkan minda aku yang sudah berkarat setelah almost setahun bercuti. Anak pun dah 8 bulan ni haaa...title thesis pun dah hampir-hampir lupus dalam ingatan.. macam mana tu??!!

ini aktiviti aku di pagi buta ni ha...

1. aku nak kemas meja study aku. bersepah. Meja yang berdekatan dengan baby coat. Letak jer si kecik dalam baby coat, dia mula menarik buku-buku atau kertas yang boleh digapai tangan. lalu mrsd jauhkan dari gapaian tangannya. sempit duhh..bersepah jugaaa...si kecik suka makan kertas. haiya...hopefully jadi genius lepas ni coz makan ilmu-ilmu yang terdapat pada kertas-kertas yang sedap masuk ke dalam mulutnya itu. bak kata orang dulu-dulu. nak pandai, rebus jer buku. minum airnya. nescaya masuk kepala. haha..kecik-kecik anak aku dah amalkan amalan ni. haiya...

2. mencari balik aku punya jurnal yang tersimpan dalam kotok. dah berhabuk dah...

3.  nak register aku punya kereta masuk faculty. tak dapat pula..tak tau kat department mana nak register. dulu kat e-HEP. sekarang tak tau berpindah sistem ke apa. tak jumpa-jumpa. hishhiii...

Haruslah aku lakukan reconstruct aku punya strategy dengan harapan hari ini senang  aku buat keje. dapat mood nak ngadap meja dan menggapai buku-buku yang patut. banyak nak kena baca weiii...mak aiehhh.... Akan tetapi...oh yeahhh!! si kecik...please dont disturb mommy. sakit jiwa mommy dikerjakan si kecik nih haaa... Ishh..kan best kalau aku tak payah buat semua ni. Peluk si kecik 24jam jerk...hati pun senang. Oppss...itu kata-kata dari hati aku yang terkadang mudah putus asa...Well, time constraint bikin mrsD semakin terdesak dan tertekan. Please..please..please.... dunia pelajar ku kembali. Esok jumpa lecturer, hari ni kemaskini apa yang patut untuk ditunjukkan. biasalah tu...last minute punya orang. tak pernah insaf!!!

Bermulalah kehidupan aku yang siangnya jaga anak, malamnya jaga buku ni. LEBAM mata aku!! owhh...duniaku satu semestar ini akan berputar-putar. rasa terkejar-kejar...buat yang itu..buat yang ini....muka senyum tapi kepala otak dok pikiaq-pikiaq So Whats NEXT!!! jadi, jangan heran kalau aku bertambah baran ek. huhu....emo bah!!


No comments:

Post a Comment