Wednesday, September 28, 2011

2 Perkara selepas beranak.

anak aku baru jer tido. Midnite already lorrr... bila aku cakap kat kengkawan yang anak aku tido lewat, depa agak terperanjat. anak depa tido before 10 lagi...entahla. anak aku ni superb active. kesana ke mari merangkak. dah habis baju seluar dia terseret-seret seisi rumah. Hari ni dia gi gomol plastik sampah hitam. yang baru la...dia bukak semua, kuarkan dari bungkusan. sedap barangkali  kot...hadei..

semenjak aku melahirkan si kecik ada dua perkara yang aku tak lakukan pada diri aku. Tak tau ibu-ibu di luar sana. lain orang lain peelnya. hee... pertama, aku tak pakai gincu dah. jimat duit tak beli gincu. Aku cuma pekena krim pelembap siang dan malam jer kat muka ni. more than that, jangan harap. Bukan apa..muka aku ni kena jilat anak aku. bahaya lah kalau ada color-color kat pipi or mata bagai. Aku ni selalu jer ciom si kecik. kalau bergincu alamatnya habislah baju or muka dia. 

Secondly, aku tak pernah pakai high-heel dah. well, semenjak aku ngandung lah. nak bawak badan pun berat. ni nak bawa seorang lagi tambahan. kena berhati-hatilah jalannya. aku pakai selipar jerk. pegi faculty pun pakai selipar Hush Puppy aku. selipar bukan sebarang selipar ko tauk. haha...dibeli khas ketika hamil dulu. Punya tahan ni selipar...

pendek kata, semenjak memiliki bayi kecik, aku tak jaga pun appearance aku. Pernah aku dikatakan sebagai orang gaji, jaga si kecik. Kecik ati aku..kuiii kuiii kuii.. haha. nak bergaya cam mana pula ya?? size badan tidak memihak kepada aku. Nak gi beli baju pun aku segan nak membeli saiz yang besar. cesss...tak sedar diri sungguh. still gak gi belek-belek baju saiz kecik. alahai...

apapun, aku still menyimpan juga harapan di sudut hati kecik ini. kot-kot next year ada rezeki...aku akan jalani segala apa yang telah aku impikan. hihihi..itu kena tunggu. tak leh sebut, karang tak menjadi...malu sendiri. well, aku akan selalu updatekan dalam blog. jangan risau....hehe...

No comments:

Post a Comment