Friday, May 17, 2013

Tribute to Mama2013

haduhhh...aku ni. adaka pula terlupa nak ucap trimas buat mama terchinta.  Maafkan aku, mama. Anakmu ini agak sibuk dengan rutin harian serta menguruskan keluargaku sendiri tapi bukan bermakna aku lupakan akan dirimu. Mana mungkin dan mana bisa dong...Mama sentiasa dalam ingatan even ketika aku diraikan oleh suami dan anak-anak fikiran ini sempat melayang teringat akan dirimu. Syukurlah, sempat juga anakmu ini mengungkapkan rasa cinta anakanda buatmu. agak janggal juga rasanya bila anakanda mengucapkan I LOVE YOU padamu. Pada usia ini baru aku mempunyai keberanian dan kekuatan untuk mengungkapkan kata-kata keramat ini. ye lah..sejak menjadi ibu, barulah aku tahu rasanya. Pasti mama pun mengasihi aku sebagaimana aku mengasihi anak-anakku. Lagi-lagi aku ni seorang anak yang bermasalah dari kecilnya. seperti anak aku yang sulung ni juga. terasa kepayahan, kerisauanku ketika anak sulungku ini selalu jatuh sakit. demikianlah juga rasanya kalian meladaniku. Tak ketinggalan juga dengan kedegilan aku dengan niatku untuk belajar dan belajar lagi. Kalian berdua sentiasa mendorong dan memberi semangat buatku sehinggalah aku berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana. Semuanya itu terjadi disebabkan semangat dan restu kalian yang sentiasa beserta denganku. Tiada kata-kata lain yang mampu aku ucapkan buatmu, Mama. Hanyalah perkataan TERIMA KASIH, IBU dan AKU SAYANG PADAMU dengan segenap hati ini. 

 Mama tercantik dalam hidupku...

I love you, mama...

Doaku semoga yang Esa sentiasa merahmatimu dengan memanjangkan umurmu untuk menikmati kebahagiaan di hari tuamu dan diberikan kesihatan badan yang baik. Doaku juga semoga aku akan mampu membahagiakanmu...berikan anakmu ini masa untuk membuktikan kasih ini padamu dan juga ayahanda tercinta. Ampuni dosaku sejak ku dilahirkan sehingga ke hari ini. Maafkan aku kerana pernah menyakiti hatimu dan mengasarimu dengan kata-kataku serta tingkahlakuku yang tidak sepatutnya. Kekadang aku terlalu beremosi...kekadang aku terlalu ingin kehendakku dan kataku dituruti...namun kesabaranmu memukauku. Mother is always a mother...and i love you the way you are.

once again, terima kasih mama atas segalanya. Tiada apapun dalam dunia ini yang mampu menandingi kasihmu buatku. Biar satu dunia menentangmu...mengutukmu...menghinamu..mengata tentangmu, aku tetap mengasihi dan menyayangi kerana engkau adalah IBUKU tersayang.

love,
anakmu yang manja

No comments:

Post a Comment