Monday, May 20, 2013

Penindasan aka pembuli

melaporkan...woaahhh...entry pagi ni berkisarkan peristiwa yang benar-benar berlaku di persekitaranku. Hujung minggu aku tak bersiaran coz busy ngan anak-anak...kasi tumpuan sepenuhnya pada keluarga la kononnya ni. tak malayan pun fb mahupun blogging...menghimpunkan cerita untuk dikongsi bersama.

Penghujung minggu ni, banyak benda terjadi.....berkaitan dengan entry title. Penindasan. Maknanya...bila yang berkuasa bertindak...bila yang kuat menunjukkan kuasa vito....hurmm..this is not about politik OK. alkisahnya...sang adik lelaki yang telah membelasah si kakak sampai lebam-lebam. Kejadian berlaku dalam jam 10pm ke atas. maka sunyilah rumah jiran yang lainnya nak memasang telinga. Hurmm...aku yang tak puas hati hantarlah sms kat jiran aku. Untung aku telah berkenalan ngan jiran ni after stay sini more than 3 years, baru tahun ni bermesra-mesra dengan jiran tetangga. "beb..ada orang gaduh ker?" soalan bodoh pertama yang aku ajukan, kot-kot jiran tersebut dah tido. "yup, jiran atas..depan rumah si Anu". owhh....aku membalas lagi.."yang selalu jadi dj blok kita tu ker? yang selalu pasang muzik kuat-kuat?" maka berbalas message la kami..duhh.."ha ah..adik si anu pukul kakaknya...mabuk punya pasal." owhh.... bila dah tau situasi sebenar, aku pun malas nak ambil tau dah...and then the next day, aku jumpa lagi teman kat bawah.. "eh, apasal depa gaduh semalam ek?" ulang lagi soalan buduh. maka..terjadilah bla bla bla bla......"adiknya itu ditangkap polis malam tu juga. after you abis bermessage ngan i. kakak dia gi buat laporan." Duhhh....merasa la tido dalam lokap, yer? tak pasal-pasal...

the next day after pergaduhan antara adik beradik, terjadi lagi jeritan kesakitan yang panjang pada petangnya. Nasib laki aku tak da kat umah time kejadian. kalu tak mesti gi menyebok kot dia...huhu...susah gak orang yang ada rasa tanggungjawab melampau ni. tak da ribut tak da hujan, boleh-boleh gi campur tangan hal orang. risau bini awok tau...tak suka lagu tu. sambung balik... budak-budak yang berhimpun depan umah aku pun berlari menghala ke arah tempat kejadian. Aku pun minah kecoh gak. haha...buka pintu setakat menjengah. "napa dik?". anak jiran aku yang hanya memandang dari kejauhan cuma menggelengkan kepala. Dia pun malas nak  pegi. Kemudian budak-budak yang berlari untuk melihat kejadian kembali dengan pelbagai reaksi muka. ah..biarlah, kataku. tak hairanlan jiran kat bawah tu..dah biasa sangat dengar jeritan dia laki bini bergaduh. haaa..tinggal kat pangsapuri ni, banyak sangat wayang.itu tak termasuk dengan kejadian emak bapa yang pukul budak. mendengar jeritan si budak pun boleh tahan buat hati kita cukup berdebar-debar.

begitulah...hujung minggu aku yang penuh kejutan. Keamanan sejagat yang kacau bilau...Aku dapat tau dari jiran aku yang jeritan itu datangnya dari jiran bawah dia. si bapa pukul anak...nak mati anak dia disebabkan si bapa .patutlah tangisan dan jeritannya sayu sehingga meremangkan bulu romaku. Jadi, bukan pasangan suami isteri yang paling bawah tu ler..silap telahanku. 

Bila berlaku kejadian gaduh-gaduh sekarang ni, mostly jiran-jiran tak berani nak kuar menjenguk. or tak heran dahhh....well actually,  kita yang jadi takut. mana tau orang tu nampak kita, cam kita...datang serang kita plak. huhu..budak-budak ni jer lah yang selamba jer jadi "wartawan". Aku pun malu gak nak menyibuk..kekadang aku laki bini pun buat wayang gak...jadi, as time goes by, biasalah semuanya itu. cuma cara wayang itu dimainkan jer berbeza. Ada yang lebih suka menayang...pendek kata, cara wayang itu bergantung kepada pelakon-pelakonnya mengikut watak. haha...kita kentut kat rumah kita pun, jiran depan boleh dengar tau....hadoohhh...

ok...kesimpulannya. kebanyakan kes yang berlaku di sini, selalunya yang kuat-kuat monopoli keadaan. cam ibu bapa vs anak....suami vs bini.....lelaki vs perempuan... bukankah penindasan namanya ini?? mentang-mentanglah pihak satunya tidak mampu untuk lawan balik. kesian,kan?? Apapun, aku mulai memahami satu perkara. atau mungkin disebabkan usia semakin meningkat maka pemahaman aku tentang kehidupan pun turut berubah....setiap orang ada masalah. jadi, pergaduhan-pergaduhan yang tercetus disebabkan masing-masing punyai masalah. kadang-kadang pergaduhan itu satu cara untuk merungkai serabut dalam hati. maka terlepaslah irama suara yang bergelombang tinggi diikuti dengan hempasan pintu or hentaman tah apa-apa... Laut mana yang tak bergelora,kan??

begitulah kisah hujung mingguku...




No comments:

Post a Comment