Thursday, May 2, 2013

Seminar Sumber Kejayaan 2013/The Mines

haaa....dah tido ker? aku still lagi berjaga. tak lengkap rasanya tak update blog hari ni. rutin kononnya ni..hadeii...tadi sampai umah, mengantuk sangat sepulangan mengikuti seminar sepanjang hari di The Mines. fuhhh....direct tuhhh, dari jam 9am to 6pm..lepas tu kami dua laki bini skip yang petang pasal perut dah lapooo.. kot yer pun motivasi, perut wajib diisi taw..haha

 Inilah muka aku yang kesiangan mengikut seminar sumber kejayaan pagi tadi. Sempat main camera hp laki aku lagi Ok..walaupun tumpuan 50% jer..banyak sangat faham aku tadi..mengangguk-angguk walaupun tak disoal. haha...separa bangun aka separa tertido gitu.

 Gamba dia atas menceritakan alkisah di waktu rehat. kosong kerusi. Aku ajak suami duduk
di kerusi paling belakang dan berhampiran dengan pintu. senang keluar masuk ke toilet. Sebelum lunch break duduk diapit depan kiri kanan  belakang. very the rimas i, OK. ye lah..perjuangan menahan mata dari terkatup begitu menyiksakan. sampai laki aku pun perasan tindakan aku yang serba tak kena duduk..sejuk aircond pun tak terasa bila berada di tengah-tengah manusia. bila duduk belakang, terlebih dingin plak...teringat bantal kat umah. huhu..

Oklah..hari ni semua pasal motivasi and all about the money..money...dari pengamatan aku, pada awalnya peserta begitu bersemangat. Ada plak penceramah kasi wang untuk digandakan. rugilah we two duduk di barisan paling belakang. haha..setakat  menengok jer lah..telan air lioq dari kejauhan. Kesimpulan, apa yang disampaikan menarik tertarik hati dibuatnya. tapi at the end of the speech, mostly the speaker akan offer perkhidmatan yang berharga riban-riban. time tu,  peserta ramai terkelu. tak berkata-kata termasuk aku.

Keberuntungan aku pi seminar kejayaan ni hari ni, dapat gak melihat the founder and ceo Groupon. muda dan handsome orangnya..well, atleast tak la buta-buta jer tekan butang groupon nak beli barang diskaun kan? pengalaman hidupnya agak menarik. Kesimpulan sharing dia, seseorang itu boleh berjaya jika dia keep on moving and trying beserta passion yang kuat di hati..pasti akan berjaya. terbangkit gak minda dan mata aku tatkala beliau sharing siapa dirinya sehingga keberjayaan beliau.

setakat ni jer dulu...jam dah menunjukkan 1.37am. pagi ni kena bangun awal lagi..conference ni selama tiga hari..jadilah aku peneman sang suami yang setia dalam terpaksa. haha..tapi tak rugi. dapat gak info dan outpun kasi masuk dalam kepala hotak yang semakin membeku begini.

selamat tido sayangku sekaliannya...ciao!!



No comments:

Post a Comment