Wednesday, May 15, 2013

Pencuri Susu

ya, kejadian berlaku pada hari isnin lepas ketika aku gi shopping barangan dapur di sebuah shopping mall, bukit tinggi. Setelah urusan membeli belah selesai, aku pun kuar dari ruangan mall. tapi terpandang akan kaunter penjualan rumah. biasanya seorang lelaki yang jaga kat situ. tapi hari tu kelihatan seorang perempuan bertudung hitam sedang berdiri di situ. aku ingatkan penjaga baru, tukar shift dengan laki berkenaan kot. tapi sekali aku dekati, aku dengar dia bercakap dalam bahasa asing. bercakap sorang-sorang pula tu. (cam mengomel-ngomel gitu) sah-sah warga asing....aku matikan niat aku nak bertanyakan harga rumah tersebut dengannya.

Sekali tu...aku pun nak menuruni eskelator. tetiba perempuan tu pun ada berdiri kat depan eskelator pula. dia tak turun, tapi berdiri. aku tak kisah pun. so, ketika kaki aku memijak eskelator, tetiba perempuan tadi melangkah. alamak!!! terkejut aku...kelihatan satu kotak di sebalik baju kurungnya. dan aku perasan barangan dalam kotak tersebut ialah susu...tak silap aku, susu enfagrow kotak. mahal bah... terus seorang lelaki botak yg ada kat belakang dia angkat lalu menggendongnya menuruni eskelator dengan lajunya. aku terkejut. orang-orang di berhampiran dengan tempat itu pun terkejut. terkedu. terkelu. semua memandang kehairanan. Perempuan tadi pun cepat-cepat mencelah menuruni tangga sambil mengeluarkan sesuatu dari pocket bajunya.

baru aku teringat. pernah ada liputan dalam tv pasal sindiket susu berjenama. mungkin beginilah kot caranya depa. dulu seingat aku taktiknya ialah penyamaran perempuan mengandung. yang ini pula guna baju kurung dan bertudung..cuma aku pelik..how come la censor tak berbunyi?? how come dia seret kotak berat tu dari dalam baju dia?? mesti dia jalan slow-slow,kan?? terror juga dia orang ni mencuri sampai orang tak perasan langsung.

anyway, peristiwa yang terjadi depan  mata aku ni bikin aku kecut. takut. Ada juga manusia cam gini kat dunia ni. apalah perasaan mereka ketika mencuri tu ek?? tak takut ker?? gembira ker?? puas hati ker??..kalau tertangkap, cam mana?? kan malu......

No comments:

Post a Comment