Tuesday, May 21, 2013

Pagi yang positif

Gooddddddddddddd Morningggggggg world......
haaa...punya bersemangat morning greeting shout out dariku pagi ini. YES!! thats it..hidup harus bersemangat, bukan?? Reaksi positif ku ini disebabkan malam tadi aku dengan amannya bisa tido tanpa gangguan oleh si kecik maupun si kakak. Tak pelik pun, kan?? tapi bagi diriku, ianya really something to have good sleep aka enough sleep.

ok, tak per, meh makcik kasi cerita sama lu...alkisah bermula begini. My boy kan ada rashes teruk kat celah kelengkang dia, termasuk bawah ketiak. Nak dikatakan disebabkan diapers dia tak sesuai, tak leh gak. Semalam gi jumpa doktor luar, makcik pun tunjuklah masalah myboy kat dia. hurmm..terdiam si doktor. Sedang menganalisa problem kot.. alahan diapers dia kot...diapers tak sesuai ni..kena tukaq. Aiyakkkk!! aku terlupa kasi tunjuk dia tang ketiak. tu alahan apa lak?? deiii...

then, beliau pun kasi  transkripsi ubat kat nurse dia. ambik ubat kat luar yer, puan? well..kejap jer jumpa doktor ni. Taraaa....owh owh..sebelum ni aku ada gak tengok iklan ubat ni kat luar klinik depa. kat jusco pun ada gak. tapi aku merasakan yang penyakit anak aku tak sama dengan gambar-gambar yang tertera pada iklan yang dipamerkan itu. mana tauuuu,kan? so...sebelum tido, akupun apply ubat tersebut kat kawasan-kawasan berkenaan. my laki pun tengok gak...alahhh, kan dah cakap ari tu..merujuk kepada iklan. well..lets see...dah banyak kali dah bawa my boy ke klinik. malu nak bawa dah...tak surut-surut merahnya. sangat merahhhh OK!! kalu kita yang dewasa ni kena..tak tau nak cakap apa dah..disebabkan dia baby, maka dia tak retilah kasi tau how gatal it was.

pagi ni...can see the differences. Thanks God...kenapalah aku selalu lewat-lewatkan bawa myboy gi klinik tersebut. ari tu..time telinga dia bernanah, sampai sebulan aku dok bawa ke klinik kerajaan, tak sembuh-sembuh gak. sekali, aku bawa klinik ni, tiga hari jer...terus kering!! suka lah emak dia. nah..kali ni pun sama. gembira tak terhingga hatiku ini. Pagi ni aku boleh bangun....boleh sediakan sarapan untk suami...sebelum-sebelum ni, tiap malam dia bangun. menangis. ingatkan nak susu...tapi rasanya terjaga dek kegatalan kot. aku plak, bila dah terjaga berkali-kali, paginya aku pengsan terus sampai tengahari. tak larat nak bangun untuk siapkan sarapan lakiku. dia pun memahami gak keadaan aku... Malam ni ny anak, langsung tak terjaga sampai ke pagi. fuhhh..nice!! suami pun tersenyum happy. nasib baik...katanya. Sempat gak beliau memeriksa tang tu dan lega melihat perkembangan positif my anak. My boy kalu nangis malam-malam effect both of us. laki aku pun terjaga, anak sulung pun terjaga dek gangguan nada suara my boy yang so macho. Suami pun liat nak bangun bila dah terjaga malamnya.

mempersembahkan....inilah ubatnya. syukurr...

 nyenyaknya dia tido till emak dia type entry ni, kedua-duanya masih lagi dibuai mimpi indah...
kalau tak, dengan aku-aku sekali join depa pasal tak cukup tidoq. haha..

si kakak pun tak terganggu tidonya...we all still maintain babylove diapers.
sekarang ada offer kat AEON untuk babylove. heee...

syukur..syukur..syukur..tak abis abis ku panjatkan dalam hati ini. Beginilah seorang ibu. tak pernah berputus asa demi kesejahteraan anaknya. moral of the story, setiap kali anak aku mempunyai masalah kesihatan, sering kali hati aku dan kesabaran aku teruji. Ibu mana yang tahan melihat penderitaan anak-anak,kan? Yang penting, berusaha dan jangan berserah...Tuhan memberi kita akal fikiran supaya kita jangan berputus asa. teruskan ikhtiar..dan tiada yang mustahil kerana akhirnya masalah kita akan terjawab. so, para ibu di luar sana...jangan pernah berputus asa dalam hal-hal yang melibatkan si jantung hati kita. Now i m happy...Nothing impossible in God/s hand.

sekian, laporan pagi.



No comments:

Post a Comment