Thursday, May 9, 2013

Beza orang miskin dan orang kaya

Hadohhh,,,menyakitkan hati jer tajuk entry malam ni. memangpun...bukan nak kutuk atau menghina orang miskin. peghhh...melampau sangat bunyinya mengkategorikan orang sedemikian rupa,kan? hurmm..ada baiknya aku tukar istilah miskin dengan kurang berkemampuan. nanti ada plak yang lebih-lebih terasa hati. aku tak bermaksudkan sesiapa ok. relax u there...


Nak dijadikan cerita, semalam dan hari ni diistiharkan sebagai hari AEON. Semalam aku dan suami setakat window shoping jer, jeling-jeling mende yang mungkin berkenan di hati. so, tak adalah membeli anything. setakat cuci mata jer lah. Actually laki aku dapat message dari AEON tat we two ada voucher. semalam tak sempat nak ambik. ramai sangat orang..malas menunggu punya pasal though menekan no. giliran. cam kat bank jer la pula rasanya dan suasana. hadeii...meriah...meriah..

so, hari ni aku pegi lagi. nekad nak ambik voucher aku. refer above pic...hehe...rm40 jugalah. hadohhh...kalaulah aku tak amik rm80 that day, kan best. mesti dah rm130. boleh gak membelibelah sakan. beli barang dapur memang lepas sangatlah...membantu sesangat bak kata orang. (well, voucher yang terdahulu dah dilaburkan semula untuk beli diapers budak-budak juga.) tapi aku dari umah niatkan nak beli purse. hadooohhh..purse aku dah uzur weii....kesian tengok. mana tau boleh ganti baru..huhu..

so, aku pun beriya dan bersungguh-sungguh gi kat bahagian purse. dari jauh cam ada potongan 70% dan 50%. laju jer kaki aku melangkah. sekali tanya...purse yang aku suka, potongan cuma 20-30%. hurmmm..sekadar menelan air liur lah aku. dengan voucher rm40 kena tambah another rm-30-rm40 after diskaun. tapi aku tak sampai hati plak membayar harga tambahan. huhu..

my purse yang rabak...seperti mana isinya yang juga rabak..huhu..
 (kalau nak tau seseorang itu adalah jenis yang setia, petunjuknya senang jer. orang itu akan menggguna sesuatu untuk satu jangka masa yang agak panjang. selagi benda itu elok dan boleh digunakan dia tak akan beli baru or tukar  benda lain sehingga benda tersebut betul-betul tak boleh digunakan lagi. haha..juga boleh dikategorikan sebagai kedekut/lokek pasal sayang nak beli baru. hadoiii)

melihat pelanggan lain...senang jer sambar ini dan sambar itu..wahhhh...best gilerrr kalau berRM banyak,kan?? boleh membeli apa saja berdasarkan minat kita. bukan cam aku....membeli bukan sebab cantik or aku minat...tapi cukup ke idok fulus aku untuk membeli? gulppp....disinilah perbezaannya yang nyata. orang yang tak berkemampuan cam aku ni...setakat berangan jer lah memiliki barangan berjenama. bak kata orang..cukuplah  sekadar belek-belek dan menyentuh barangan tersebut. dapat hidu bau barang mahal di jemari, jadilah labu. ha ha ha...gelak yang dibuat-buat gitu. Aku ni ada gak citarasa bagai our first lady Malaysia. suka shopping...shopping,kan terapi. tapi takda $$$$, nak buat lagu apo la kan?? BRIM pula tak lepas.

maka voucher aku...akan aku laburkan semula untuk beli sayur...sigh...demi kesejahteraan keluarga terchinta juga,kan?. tak mou lah mengeluh.


No comments:

Post a Comment