Wednesday, May 1, 2013

PRU13

haaa...nak juga aku ber-entry pasal PRU13 ni. tinggal beberapa hari jer lagi untuk rakyat malaysia menjalankan tanggungjawab masing-masing. Pening aku dengar kempen pelbagai pihak baik kerajaan mahupun pembangkang. semuanya berazam nak pembaikpulihkan kualiti hidup rakyat. iyer ker?? hurmm..cam mana dengan janji-janji yang sudah-sudah yang tak tak ditepati? sekarang janji baru pula berkumandang. ditepati atau dicapati...suka engko lah labu...sekarang semua nak tunjuk baik...masuk bakul angkat sendiri. (aku tak kata mana-mana parti yang khusus OK...aku tibai melalui pemerhatian dan pendengaran am aku jak ba ni. jadi, jangan nak marah or tersinggung sana sini plak...umum ba benda ni. tapi biasanya siapa makan cili, dia terasa pedasnya.)

jangan dek PRU13 ni bergaduh sesama umat. cantas sana..cantas sini...kita yang dok pasang telinga ni pun jadi bertambah blurrr..yang mana satu betul ni...semua nak kasi yang terbaik,kan?? tapi yang aku tak suka tang kutuk mengutuk sampailah mengutuk keperibadian personal seseorang..personal attack gitiew...orang lain salah...dia jer betul  entahlah.....janganla lagu tu..tak baik..kekadang walaupu kita tau mende tu tak betul, tapi dek taksub sangat nak menjatuhkan orang, kita pun terikut-ikut menambah-nambah menyebarkan...fitnah. hurmm...fitnah ni hukumnya lebih kurang membunuh kottt. tak takut akhirat nih...tapi sometimes yang Esa kasih CASH juga di dunia sebagai pengajaran buat semua.

aku laki bini pun sampai berbalah. Laki aku memang semangat berkobar-kobar, sampai aku ni pun dicopnya BODOH gara-gara perbezaan ideologi dengannya. sadis...sadis... sabar jer lah aku. Well, hak individu,kan?? ko sokong siapa, undi siapa...itu lu punya hal lah. though aku bini hang, tak semestinya aku setuju dengan hang..dan ikut ideologi hang/ Undi itu rahsia perrr...tak nakla gara-gara pru keluarga berpecah belah,kan??

apapun, aku mendoakan Malaysia yang terbaik...aku mendoakan keamanan Malaysia....selamat mengundi uols.

No comments:

Post a Comment