Friday, May 17, 2013

Sekalung Tahniah dariku

Pada 14/5/2013 satu lagi sejarah dilakar oleh ahli keluargaku. Tahniah buat adindaku tersayang kerana akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda Perakaunan. Syukur kepadaNya kerana impian kedua-dua orang tuaku akhirnya tercapai juga melihat beberapa orang anak mengenakan topi bersegi empat. Atleast dari sembilan orang, lima orang berjaya  berdiri sama tinggi dengan orang lain. Ini kalilah...kita taklah kaya harta tapi dari segi pendidikan kita orang taklah ketinggalan jauh dibelakang. Aku tau...pasti kali ini mama dan ayah menitiskan air mata lagi tatkala  mendengar nama adindaku diumumkan serta melihat adindaku melangkah segak di pentas untuk menerima skrol ijazahnya. Hati siapa tak berbangga melihat kejayaan anak-anak,kan? Aku tau...ayah pasti berbangga meskipun beliau jarang mengongsikan perasaannya pada kami anak-anak. mama..aku gerenti beliau tidak dapat menyembunyikan air mata kegembiraannya. Syukur....berhasil juga anak-anak kalian.  Kita orang sebenarnya tak pandai..tak bijak...tapi semangat kalian yang menyebabkan kami move on...tak pantas...tapi sampai juga ke garisan penamat.

 tahniah...tahniah....Adinda kedua bongsu....congratulation bro. John
smart bergaya rupamu pada hari yang bersejarah ini.

 Orang penting di sebalik kejayaan adindaku...tak lain tak bukan, mama dan ayah tercinta..

Turut grad pada hari yang sama ialah cousin Anthon, anak kepada mendiang
Uncle Tom. Terharunya melihat kejayaan cousinku ini tanpa ayahanda beliau
mengiringinya. aku tau akan harapan ayahanda mereka terhadap anak-anaknya...congrats
adin, Anthon.

Apapun, perjuangan belum selesai. Ada rezeki, sambung MASTER plak ek??...nyway, good luck in your career, little bro. dan selamat menjalani kehidupan sebenar....student mode dah OFF dah buat sementara waktu. sekaranglah masanya berhadapan dengan realiti kehidupan. Jalani dengan penuh kesabaran dan rasional.

selamat maju jaya adindaku!!! JIAYO!! JIAYO!!


No comments:

Post a Comment