Friday, May 10, 2013

Terharunya

sebelum aku terlupa akan perasaan ini, baik aku sharekan bersama kalian. hurmm...memang. memang aku terharu sesangat dua hari lepas. ceritanya begini...Aku telah parkkan kereta aku di tepi jalan raya yang sangat sibuk berdepan dengan sekolah rendah. alkisahnya, setelah selesai membeli keperluan dapur aku dan anak bongsu akupun masuk kereta aka nak mengundurkan kereta. Disinilah bermulanya kisah. setiap kali aku reverse, kereta yang datang dari depan tak kasi peluang. Begitu juga kereta dari belakang. ya. jalan ada dua jer...haaaa..tak boleh jadi ni..  aku keraskan hati aku. Lantak drive jerlah..biar kereta yang datang dari depan berhenti dan kasi ruang untuk aku masuk ke lane yang bertentangan. aduhhhh... bukan kereta yang datang, ngko...its a big lorry. ketika lori tersebut masih jauh, aku pun reverse stering dan bergerak ke hadapan. sekali, lane bertentangan pula jam. nahhhh..si lori semakin mendekat. aku angkat tangan suh dia tunggu....lorry tu siap signal highligh aku lagi. fuhhh...orang kat lane bertentangan yang tak bergerak cam memerli dan sengih-sengih ibarat kerang busuk memandang ke arah aku. ada yang siap bagi signal tunjuk-tunjuk kat belakang suh aku undur lagi. aku pun undurkan diri masuk semula tempat parking. Melihat aku kuar masuk, beberapa orang pakcik yang sedang menunggu anak tertarik datang  untuk melihat panorama yang tercipta. Dalam hati terdetik gak...kalaulah pakcik-pakcik ni tolong reversekan kereta aku dan bawa kereta aku ke lane bersebelahan. hurmmm...itu cuma detikan dalam hati. well...suddenly keluar seorang lelaki (aku tak nak mention bangsanya...takut menimbulkan racist plak), mungkin dia kesian tengok aku keluar masuk keluar masuk parking coz kereta dari depan dan belakang tak kasi chance aku keluar. di tahannya kereta yang mendatang ala-ala polis trafic dan kasi signal suh aku kuar. maka, terlepas la aku dari jerat kuar masuk parking yang almost 30min keadaan aku sedemikian rupa.

aku pun melambai tangan kat pakcik tersebut tanda ucapan terima kasihku pada beliau. dalam ramai-ramai pakcik yang datang menghampiri yang sekadar menyaksikan. tak da seorang pun yang bertindak. seronok kot tengok aku terkial-kial mengemudi keretaku. mentang-mentanglah aku seorang perempuan. huh!! dan..ketika pakcik yang seorang tadi berdiri dan menahan kereta yang menghala dari depan untuk aku bagi ruang kat aku untuk beredar, terasa bening panas di jendela mataku. hatiku sebak. aku nak menjerit. cam nak menangis pun ada. Ohhh...ada juga manusia yang baik hati yang sanggup bersusah payah menolong aku meskipun tak  mengenali aku dan yang pasti bangsa serta agamanya berbeza denganku. Bersyukur sesangat that day...ko orang pernah tak rasa perasaan begini. perasaan berterima kasih yang tulus yang sukar di ungkap dengan kata-kata.

to you--Uncle of the day...siapa pun uncle, saya betul-betul berterima kasih pada uncle atas kebaikan hati uncle. minta maaf kerana tidak dapat mengungkapkan kata-kata terima kasihku justeru aku harus beredar secepat mungkin dari kesesakan lalulintas di tempat berkenaan. May your God bless you always.

#masih terasa-rasa lagi kesebakan itu di dadaku.





No comments:

Post a Comment