Monday, June 11, 2012

IC

nak mengomen lagi...
ni pasal IC...ni nak balik MYY ni, confirm kena sound lagi oleh pihak migresen. dulu pernah kena sound suruh tukar ic aku yang dah nak pecah. aku iyer,kan ajer...nah, aku dah pegi buat pun IC ku itu di bangunan Masalam sekyen 9 shah alam. tapi..kat kaunter sana tertera notis bahawa kad pengenalan hanya boleh diambil setelah 3 bulan. tapi kalau nak cepat, boleh pegi PutraJaya coz dalam 3-4 hari boleh siap. Pulak dah... aku pelik nih..kenapa perlu mengambil masa 3 bulan padahal kalau pegi ambik sendiri tak sampai berminggu-minggu pula. apa masalahnya?? Bukankah Putrajaya dan Shah Alam boleh berhubungan terus. lainlah kalau pusat di Putrajaya dan tempat aku buat ic kat kampung aku yang terletak jauhhhhhh di pedalaman...yang tak ada transport...tak ada talian internet....dengan keadaan jalan yang bikin gegar seluruh badan... kenapa zaman semakin moden dan canggih begini, kesusahannya sama jer dengan once upon a time.... macam tak logik dan tak boleh diterima akal. kalau iyer pun, sekali seminggu ker, boleh antar tu ic ke seksyen 9 kalau dah tak boleh  hantar hari-hari. Tak ada peruntukan untuk penghantaran kot?? atau..tak ada kenderaan nak hantar?? Perkhidmatan apa ni macam woooo?? cam mana nak jadi cemerlang dan terbilang dalam perkhidmatan yang mengutamakan rakyat??

tak tau la cam mana orang lain fikirkan hal ni...depa tak terfikir ker?? dah macam zaman burung merpati la pula,kan? hurmmm..apa-apa jerlah!!!


No comments:

Post a Comment