Thursday, June 7, 2012

BR1M

Tersenyum sumbing aku melihat iklan rm500 dan rm100 kat tv...terima kasih la kerajaan Malaysia kerana tolong rakyat lagu tu. cuma satu jer...kerajaan perlu pertimbangkan juga keperluan rakyat kawasan pedalaman. baru-baru ni ada la seorang pakcik dari kampung aku nak turun bandar untuk  dapatkan rm500 dia. semangat nihhh....tapi, cuba fikir. turun jer dari kampung, transport nyer tambang rm120. nanti nak balik lagi rm120. itu kira ok sudah, coz dulu penambang-penambang dari kampung kenakan rm150. fuhhh..boleh naik kapal terbang tuuu...ok, itu tak tolak lagi nak makan, nak tido kat bandar. dari kampung ke bandar takda maknanya boleh ulang alik weii...kena bermalam. Tu belum lagi di kira perjalanan yang jauh yang menggunakan jalan darat sebagai perhubungan...jalan yang tak pernah siap-siap..bermasalah...dari aku kecik sampai sekarang, cam tu jugalah keadaan jalan berkenaan. padahal penyumbang kayu balak terbesar nih....kalau kat semenanjung sedap jer tido atas jalan raya-high way sampai ke destinasi. ini tak..silap2 boleh masuk gaung, wa cakap lu.

dan.... nasib baik ada sedara kat bandar, leh tumpang tido. dari kampung ke Miri....satu hari dah habis. the next day, pula dari Miri ke Marudi pula, rm40. balik semula dari Marudi ke Miri, rm40. Pusat pengambilan wang di Marudi, satu pekan kecik di Sarawak. So, mari kita mencongak tambang perjalanan pakcik tersebut semata-mata untuk mendapatkan duit tersebut. 120+120+40+40=320. makan lagi? takkan berjalan jer tanpa makan kot...paling jimat nak makan pun untuk dua hari sebelum kembali ke kampung rm30. so, lebih kurang rm350 melepas begitu sahaja...so, bakinya rm150. bolehlah nak beli barang dapur...beras, gula, garam..apa la sangat yang boleh kita beli guna rm150. sendiri mau tau lah...

tapi kita orang kampung ni, orang memberi  kita terima jer lah. biar rm10 pun orang kasi, mana la ada orang nak kasi duit free kan?? dapat sikit tu pun dah happy dah...lupa penat dan jerih payah yang diharungi apabila RM sudah ada dalam tangan. tapi...kesian la,kan??

aku ni tak berniat nak kutuk kerajaan. cuma aku nak kasi tau perkara sebenar yang terjadi...usaha kerajaan untuk tolong rakyat tu satu usaha yang murni. tapi, perlu juga pertimbangkan keadaan si penerima juga,kan? kalau mereka yang duduk bandar tu, ok la...cam kawasan pedalaman sarawak??? wa cakap sama lu, sangat susah wooo...terfikir gak aku ni..kan kat tv ada yb2 yang pergi hantar direct dari rumah ke rumah. kenapa kat tempat aku tak dibuat begitu?? hurmmm...tu pasal banyak yang mempersoalkan...termasuk gak aku.

No comments:

Post a Comment