Wednesday, July 25, 2012

: : racauanku : :

kekadang orang mungkin  berfikir yang aku ni jauh berubah..hurm..berubah?? memang betul. boleh dilihat pada perubahan bentuk fizikal ku. tak tipu,kan?? mengembang dan mengembang dengan jayanya. orang kata, itu tandanya makmur. tapi padahal, itulah tandanya orang yang tak tau menjaga diri. haha..apa-apa jer lah. Itu yang boleh orang lihat pada aku...luaran.

dalaman aku. rasanya aku tak berubah pun. kata orang, manusia akan berubah. betul tu. tapi kenapa aku tak rasa yang aku berubah pun. Cuma sekarang, aku tak nak tunjuk sangat kesamaan diri aku yang dulu dan kini. jauh di di dalam sana, masih lagi sama. Hanya orang yang mengenali aku akan tau..hurmm..iya ka?? orang yang mengenali aku pun dah tak tau pun. mentang-mentang aku dah jadi emak orang..isteri orang..

apapun, tak perlu aku tunjukkan pada dunia siapa diri aku yang sebenar,kan? Bila aku gelak,bila aku menangis, bila aku sunyi, bila aku menderita....kini, lebih baik menyimpan untuk diri sendiri segala-galanya. Orang tak akan faham pun. Ingat aku ni menyombong.... padahal, dalam hati aku merindui segala kenangan-kenangan manis dan terbaik yang pernah terjadi dalam hidup aku. Aku...jarang melupakan orang malah sukar melupakan orang yang terkesan dalam hati aku. tapi orang??? tak payah cakaplah... thats y, aku pun buat bodoh walaupun dalam hati sana excited sangat untuk bertemu, bercerita dan bla bla bla seperti dulu. cuma tak berani nak luahkan dan lakukan perkara yang sama kerana....akukah yang berubah?? atau...siapa yang berubah sebenarnya??


No comments:

Post a Comment