Thursday, July 26, 2012

: : epidural : :

bah, epidural la pula. tengah bermain-main dalam kepala otak aku ni. dari awal kehamilan lagi aku dok buat research pasal epidural ni. Kenapa ya, doktor tak kasi aku epi time aku nak beranakkan puteri sulung aku ni dulu, ek?? cubala kalau depa kasi, mungkin aku boleh beranak normal kot..coz bukaan pun dah sampai 8cm. Aku asyik nangis jer semenjak dimasukkan dalam labour room..sakit..sakit..sakit...sempat terdetik dalam kepala otak aku ni..taubat tak nak bersalin lagi. tapi mengandungnya, nak..haha..

aku cuma diberi gas ethanox jer untuk menahan sakit. actually, time tu pun aku tak tau fungsi gas tersebut. aku main letak jer kat hidung aku. pegang bersungguh-sungguh nih..tak nak lepas. Sakit akan hilang sampai aku tertido. tapi terjaga balik. bila bangun, aku nangis lagi..sakit. after midnite, kalau tak silap aku gas tersebut ditutup. fuhhhh...sepanjang malam berjaga menangis sorang-sorang. doktor n nurse semua blah. tak nak berada di sisi aku pasal aku ratu air mata dalam labour room.

imagine sampai hari ketiga aku dok nangis-nangis kesakitan. boleh dikatakan, 1 hari 2cm jer buka. tapi sakitnya..ya ampunnnnn. sampai hari ketiga, depa konon-kononnya menolong aku beranak normal dengan memegang kaki, badan bagai dan suruh meneran. aku pun cubalah meneran...tak ada apa-apapun berlaku. tapi sakit tangan depa yang menjolok kat dalam VG aku jer yang lebih-lebih.  

Ya..kenapa depa tak suggestkan aku guna epi?? Kenapa??? aku sampai distressed. dan lastly pada hari ketiga, jantung puteri aku pun semakin slow. thats y aku EC (emergency Cesar)...time tu aku kena kena gak suntikan epi kat dalam operation room tu. semua kesakitan yang aku rasakan sebelum tu hilang...tup-tup kedengaran tangisan puteri aku jer. kejap jer depa kerjakan aku. actually aku nampak gak depa potong perut aku walaupun didindingi dengan kain. aku tengok kat lampu atas sana, ada zink yang seakan-akan cermin. tapi, aku pejamkan mata tatkala melihat pisau terbenam kat perut aku...tak pasal2 pengsan tengok diri ditoreh pula,kan??

aku rata-rata membaca, ibu-ibu yang pernah beranak anak sulung, nak beranak lagi kali kedua dengan epi. Maksudnya, kesakitan beranak tu memang tak tertanggung. Though banyak juga yang mengatakan ada kesan sampingan. hurmm..tapi aku tak rasa pun kesan sampingan seperti yang dikatakan depa. tak ada pun muntah-muntah dan sakit pinggang (touch-wood). Memang sakit bersalin itu merupakan satu nikmat bersalin...tapi kalau kena dengan orang macam aku?? lagi-lagi tak ada suami di sisi...nak buat apa pun tak tau selain menangis kesakitan. 

aku berkira-kira nak berEpi kali ni...sekiranya tiada masalah kesihatan pada diri ini. Cuma aku risau gak bila banyak yang kata akibat terlalu selesa terkena epi, sampai tak tau bila nak meneran bb atau bb terpaksa dikeluarkan menggunakan vacuum atau forsep. Yang ni yang cam tak best jer di pendengaran aku...aku nak baby keluar normal..dan sihat.

teringat-ingat lagi kesakitan ketika seorang diri di dalam labour room ketika percubaan melahirkan sang puteri pada 19 januari 2011-21 januari 2011. Tapi syukurlah...dia sihat dan aku selamat. Terima kasih Ya Tuhan atas berkat KaruniaMu yang terIndah ini.

No comments:

Post a Comment