Friday, July 20, 2012

: : Kerabu Emas : :

hurmmm...nak tau kenapa aku nyer entry entitled Kerabu Emas?? panjang ceritanya..tapi aku pendekkkan juga untuk pengetahuan hang. heee...well, cam biasalah time-time ngandung cam gini. memang banyak list makanan yang tersenarai kat kepala hotak ni ha. lepas satu..satu..ada-ada jer lah. tak pernah terpenuhi. Setakat ni, semua yang aku nak mamam, berjaya menerobos tekak aku. Dan sebulan lepas, aku teringat akan nasi kerabu ketika aku masih bergelar pelajar di lendu. Suka sangat makan nasi kerabu yang dibeli di pasar malam alor gajah. actually belajar makan nasi kerabu dari seorang kawan...roomate aku la tu. Ulam pegaga pun aku belajo makan dari depa.. so, bila teringat...teringinla jadinya. aku bertemankan seorang sahabat pergilah ke pasar malam di Seksyen 6, shah alam. dengan confidentnya aku tunjuk...daging...ikan goreng...cili sumbat...sayur...telur masin. bungkus 3 yer bang?



Sesampai di rumah, aku pun menjemput suami makan. actually dia nak kuar dinner ngan boss dia. tapi bila nampak jer bungkusan nasi kerabu, terus dibedalnya sebungkuih..haha..."sedap nih...lama dah tak makan." aku biarkan jer dia habiskan bahagiannya. setelah selesai, barulah aku tanya dia. "ko rasa berapa agaknya harga nasi kerabu ni?". rm 3-4.50 kot..katanya. "3 bungkusan ni rm24 tau!!". perghhh..terkejut suami aku. nasi kerabu apa mahal cam gini ni?? cam ni, balik kelantan jerlah makan nasi kerabu...melampau betul harga ni..apa boleh buat...makan jer lah labu. heee. time kat melaka paling-paling harga pun rm4.00. kalau amik basic jer, rm2.50 (nasi, sayur, ikan/daging).

Tapi dek kerana rasa tekak yang sesekali nak makan something yang "teringin", maka terpaksa gak hulurkan fulus kat peniaga. Beliau pun terkejut bila time aku bayar aku sempat berkata. " Huhhh!! mahalnya??!!". Orang tu pun muka terus blurrrrr. betul perrr... 

i m nasi kerabu lover OK!!


No comments:

Post a Comment