Thursday, May 31, 2012

takut bini

hurmm...ada orang kata yang suami aku ni takut bini. ikut jer cakap bini. apa bini nak or suka, ikut jer...iyer ker?? walauwehhh...punya power aku nih sebagai bini kalu cam gitu. tak pernah pun aku rasa suami aku takut bini.. tang mananya dia takut bini weiii... singa dan harimau pun takut laki aku. inikan aku yang hanya seorang perempuan yang tembam dan tak terdaya untuk menjadi bahan yang menakutkan suami. 

hari ni baru sembang-sembang ngan jiran aku. dia cakap menda yang sama..keluarga mertua kata bini dia yang kontrol laki dia. pelik,kan?? cam mana depa buat judgement tu, ek?? kesian gak dengar keluhan hati dia. aku ni takda la minta apa-apa pun ngan laki aku. apa yang aku ada, semua yang dia bagi. sampai aku rasa merajuk hati nak balik umah emak bapa aku sendiri and bahagi anak, katanya sayu. nasib baik laki dia jenis yang ok. tak menurut telunjuk keluarga dia or adik beradik dia. Dia buat apa yang patut untuk bini dan juga keluarga dia. suami dia sebaliknya suruh si bini bertenang,dan cakap kat bini dia jangan dengar kata orang sekeliling. "abang buat apa yang termampu. abang yang pilih ^&*)(* jadi bini. Apa yang abang ada semuanya milik  bersama. kalau kita tak da, kita diam-diam jer lah. tak payah ganggu mereka. nanti kemudian hari mengungkit pula." aku terangguk-angguk mendengar dengan penuh khusyuk.

nah...tang mananya laki boleh dikategorikan sebagai takut bini. setahu aku, apa yang laki dia buat adalah atas dasar kasih dan sayang sebagai seorang suami dan ayah. jadi, kenapa orang luar nak pertikaikan. orang bukannya tau susah senang dalam keluarga tersebut. cuma menilai dari luar jer. ada gak, sesetengah lelaki yang agak tercabar bila orang kata dia jenis takut bini lalu bertindak ganas dengan bini dia. pukul bini. tunjuk kekuatan kat bini. rasanya, bini tak akan takutlah kat suami yang bertindak sebegini. collect point dendam adalah kot...tunggu masa nak meletup yang tak ada ampun-ampun selepas itu. rasa hormat pada seorang ketua keluarga pun mungkin berkurangan dek sikap panas baran yang nak tunjuk kekuatan pada bini.

jangan silap langkah wahai sang suami...wanita ni lain. bagaimanapun kena pukul, sepak terajang, dia still tersenyum seolah-olah takda apa yang berlaku. tapi jangan lupa. she has a feeling...makan dalam tu...when the revenge time come, nasi sudah menjadi bubur. jangan bangga sangat pukul bini anda...atau ada lagi laki yang aku kategorikan dayus....lepas pukul bini gi canang lagi kat keluarga dia, cerita kat keluarga dia perihal bini dia dan kebolehan dia memukul bininya. malunya menjadi suami, laki dan bapa orang coz pergi menceritakan pekung di dada sendiri. kelemahan bini anda adalah kelemahan diri anda.

suami aku takut aku??? hampehhhh la jawapannya. tu satu statement yang paling bodoh...

No comments:

Post a Comment