Wednesday, May 16, 2012

thanks koyok

ko orang pernah alami sakit kepala melampau tak?? waduh2..semenjak dua minggu ni, aku berlawan dengan kesakitan yang tak tertahan. nak  makan panadol pun takut. ialah, tengah ngandong, kan?? dek tak tertahan akan kesakitan itu, maka aku gagahkan kaki menuju ke klinik kesihatan. meminta petua dan obat-obatan. sang doctor pula bimbang yang aku nyer tekanan darah ada haywire sikit yang akan memberi satu lagi tag nama penyakit "high blood". arrgghhh..tak cukup kah diabetis "gdm" yang aku alami ini. mestikah nak cukupkan package?? aku sedih. obat yang diberi doktor pun, serupa gak...panadol. malah instructionnya, makan 2 biji 3 kali sehari. nah..selama ni aku tertahan-tahankan jer sakit peningku tanpa menelan sebiji ubat pun. tapi terkadang, mencuri gak makan activefast. hehe...

Ubat yang doktor kasi: panadol sama ubat pening.

semalam dah berputus asa dengan kesakitanku, ku sms sang suami. tolong belikan aku koyok. lalu dibelinya. semalam sebelum tido, beliau menampalkan koyok-koyok tersebut di tengkuk dan bahuku. tidak lupa juga di atas alis keningku. wah...terasa gak kesannya. tak sesakit hari-hari sebelumnya. hari ni aku gi hantar anak ke nursery dan ke kedai bersarapan dengan suami dengan koyok di dahi. selamba gitu...thanks koyok. semoga engkau menjadi penyelesaian kepada kesakitan kepalaku.

wajah sakitku..tak bermaya.


1 comment:

:: Mrs.Eady :: said...

SEMOGA KAMU CEPAT SEMBUH..

Post a Comment