Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru

selamat hari guru duhai cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dari mengenal huruf ABC, angka 123 serta kemahiran dalam kehidupan sebagai seorang murid, pelajar sekaligus siapa aku adanya kini. terima kasih tak terhingga atas penat lelah kalian yang tidak pernah berputus asa untuk menjadikan aku manusia yang berguna. walaupun pada masa ini aku belum bekerjaya lagi. huhu...

Pertama sekali, guru yang paling aku sanjungi, hormati dan sayang. cikgu "ayahandaku" yang telah mendidik aku menjadi seorang manusia meski tak cemerlang dan terbilang dalam kerjaya tapi sekurang-kurangnya aku menjadi seorang insan yang manusiawi. dulu aku sekolah kampung....jerih payah usaha seorang pendidik di sekolah pedalaman jauh berbeza dengan sekolah bandar yang serba mencukupi. ya, waktu itu..betapa dayusnya aku sebagai anak kampung walapun anak seorang guru namun aku tak mengenal erti kejayaan dalam akademik...pemikiran kami tak terbuka. kami dengan dunia kami yang tersendiri...terbuai dengan arus sungainya ..hutannya yang menghijau...kami tenang. aman. tak terfikir apakah cita-cita mendatang. bila ditanya, apakah cita-cita kamu?? simply answered; nak jadi cikgu, askar dan juga polis. kerjaya lain tak terlintas langsung. pagi ke sekolah, petangnya main air...yang aku tahu...main..main..main...tanpa  menyedari apakah hari esok yang sebenar.

aku ketika tahun 3

ahaaa...yang menggunakan cermin mata gelap tu ialah guru besar sekolah rendah merangkap ayahandaku tercinta. nak tau aku yang mana satu?? hurrmm...aku yang berdiri di sebelah rakan baikku yang tangannya bersilang di sebelah  kanan barisan tengah di belakang cikgu yang memakai tali leher warna merah. keciknya aku ketika itu...dan lihatlah. kami tak berselipar maupun berkasut ke sekolah. berkaki ayam....semua yang diatas adalah murid tahun satu, tiga dan lima lebih kurang 30 orang. yang paling tinggi kat bahagian belakang ialah si handsome, mendiang abangku dan barisan paling depan sebelah kiri tersepit diantara dua gadis kecik ialah adindaku.

apapun, terima kasih cikgu kerana sudi mengajar kami.


No comments:

Post a Comment