Thursday, October 6, 2011

Mulut yang Tak bertauliah

Pagi-pagi buta ni mrsd nak sharing sikit. ni ha...pasal penyampai berita tak bertauliah ni. Mrsd tau...dalam negara yang mrsd duduk sekarang ni masih mempunyai kebebasan tak seperti negara lain. Ada negara yang darurat memanjang. Menyebut pasal kebebasan...kita mempunyai banyak kebebasan. Bebas bergerak...bebas beragama...bebas berpersatuan...bebas bersuara...dan segala macam kebebasanlah. malas mrsd nak mengulas panjang.

dan..paling penting mrsd nak sebutkan kat sini ialah  pasal bebas bersuara. Mulut lain-lain...bak kata orang, mulut tempayan boleh ditutup. Mulut manusia??? ada insurans ker??..mrsd cukup tak berkenan dan tak berpuas hati dengan orang-orang yang mempunyai agenda tersendiri nih. siap kepohci ke sana ke mari pasal orang. tak kisah la... itu ko punya hak. cuma masalahnya...mrsd cukup-cukup benci kepada orang yang menyampaikan dakyah2  yang tidak berasas. dengar jer dari mulut orang ni...terus kasi pass. hamboi!! kan main confident lagi ko erkkk??...jangan bermain api, labu. bahaya. panas. 

Adalah isu-isu kat facebook ni member main post kat wall yang tak mengambil kira sensitivity masyarakat majmuk. Majmuk maksudnya....pelbagai kaum...pelbagai agama. Rasanya, tak manis dan tak eloklah nak provok-provok nih. dahlah apa yang diwar-warkan itu sungguh-sungguh tidak tepat!!!. tak ker berdosa namanya menyampai-nyampai menda yang tak betul ni. Bukankah memfitnah itu berdosa. Bukankah memfitnah itu hukumnya lebih berat dari hukuman bunuh. Pasal lidah manusia ni, lebih tajam dari pedang bermata dua. Boleh membunuh orang. membunuh semangat orang. menimbulkan kekacauan dan pepecah-belahan. cukup-cukupla...

kalau nak post pasal agama atau bangsa tu, yakni nak merendahkan mertabat agama atau bangsa orang lain. fikir2 sedalam yang mungkin dahulu...agama tak mengajar kita berbuat sedemikian. agama mengajar kita perpaduan. tak kiralah siapa kita dan agama yang kita anuti. Harus respect sesama kita. we all human, right?. cuma kita diwujudkan Ilahi dalam kepelbagaian. kalau Ilahi cipta satu jer agama...satu jer bangsa...satu jer jenis manusia di atas mukabumi ni, lainlah ceritanya. Ini tak...Tuhan menciptakan kita pelbagai. supaya kita belajar menghormati satu sama lain serta menerima satu sama lain seadanya. Agama dan bangsa adalah satu isu sensitive untuk diperdebatkan atau diperbincangkan di khalayak ramai. Umum pun tau daa...

jangan yakin sangat menyampai berita yang kita tak tahu. statement kita mungkin akan melukakan hati orang lain. Jangan buat kat orang apa yang kita tak nak orang buat kat kita...jangan mengata orang kalau kita tak nak orang mengata kat kita. Tak semua yang kita suka, orang lain pun suka. dan tak semua orang lain suka, kita pun suka. mrsd mencintai keamanan dan membenci 1000000000000000000000000000000000000 pengadu domba...Fikir-fikirkanlah.

Kata kunci paling penting di sini ialah... Respect!! respect!! respect!!!

conclusion....response, relax and respect!!!






No comments:

Post a Comment