Tuesday, October 11, 2011

Lelaki memang merbahaya!!

hai uols...
Lelaki Merbahaya!! itu yang mrsd simpulkan. asal jer lelaki....tak kiralah lelaki tulin or lelaki jadian. bahayaaaa....mereka punyai senjata yang tiada pada kaum hawa. well..sebab itu lah mereka dinamakan  lelaki. teringat pesanan emak mrsd. suatu ketika dahulu mrsd amat rapat dengan golongan "lelaki lembut".

"anak..ko ni, emak tengok terlalu rapat dengan si polan." mrsd menjawab gak time tu. " eleh mak. jangan risaulah...dia kan P%^$#N.". emak aku gerammm jer dengan jawapan aku. "dia pun manusia biasa gak..walaupun begitu. dia tetap ada naluri kelelakian. nanti tetiba TERANGKAT, bukan boleh jangka.". haha...aku tergelak jer dengar omelan emak aku yang agak konservatif pemikirannya.

dulu, boleh lah gelak. bila tengok kejadian sekarang....bapa sanggup liwat baby lelakinya. mrsd bertambah gerun. anak lelaki pun belum tentu selamat. Jangan ingat kita ada anak laki, kita boleh biarkan dia merayau-rayau berbanding anak perempuan. dunia sekarang....tak dapat perempuan, lelaki pun "depa" cekau. Rasanya, lagi membimbangkan anak lelaki kini berbanding anak perempuan. Coz kita tahu...kalau perempuan, memang kita kena jaga. Kalau lelaki...kita tak tau dunia 2 alamnya. phieww.....dunia sekarang tak selamat.

Buat lelaki...kalian adalah sandaran di dalam keluarga. kalian mendapat tempat tertinggi dalam institusi kekeluargaan. please lah....jangan jadi bapa haruan. jangan makan anak sendiri....

mrsd bersyukur kerana lelaki dalam hidup mrsd adalah lelaki tulin dan lelaki sejati. Lelaki yang layak menerima penghormatan~~~>bapa & suami<~~ tapi bukan bermakna lelaki di luar sana semuanya lelaki yang durjana. touch-wood. semoga kalian menjadi lelaki yang benar-benar lelaki. lelaki sejati yang mendapat tempat di hati kaum wanita. Gunakan kelebihan yang ada pada anda sebaik mungkin.

ini pendapat peribadi mrsd jerk. kepada kaum lelaki, janganlah terasa kalau anda bukan dari golongan yang mrsd sebutkan. ampun dan maaf erk.





No comments:

Post a Comment