Saturday, October 15, 2011

Kolej Jati Terbakar....UPDATE!!


Petang yang syahdu ini, mrsd rasa terpanggil untuk menulis tentang kebakaran di kolej jati...beberapa bulan yang lepas kita dikejutkan dengan berita kolej jati yang terbakar. Tragedi september iaitu sehari sebelum birthday mrsd. Pada masa itu aku tak ada perasaan apa sangat. aku ingatkan kebakaran biasa jer...maksud aku, kebakaran kecik. tapi...petang ini, anak buah aku chat online dengan mrsd. Mrsd terbuka pintu hati untuk melihat klip video kebakaran tersebut....melihat akan api yang menjulang di bahagian tengah kolej yang merupakan satu-satunya jalan utama untuk pelajar keluar dari bilik masing-masing, aku terfikir....tangga lain, tak der ker?? sistem keselamatan cam mana nih?? Malang tak berbau,kan?? nah..dah terjadi, nak kata apa lagi. sob sob sob...

dalam banyak-banyak blog yang aku baca, penulis rata-rata mengatakan tak ada kemalangan yang teruk berlaku. Thats why aku pun cam poyo jer..yo o kan ajer. tragedi itu  berlaku di awal pagi ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Imagine kita yang dikejutkan dalam suasana begini. bagi yang boleh cool...ok la. tapi kalau orang yang panik dan tak mampu nak fikir apa-apa?? sah-sah bertindak mengikut perasaan jer..yang penting nak menyelamatkan diri.

dan....dalam berita pun, tak da pula  menyatakan mana-mana pelajar yang cedera serius. Not until this day, my nephew yang merupakan junior kepada saudara Roger Lagis (pelajar dari sabah), telah menyampaikan berita yang saudara Roger Lagis telah meninggal dunia pada jam 1am di Hospital sungai buluh manakala seorang rakan sebilik iaitu  Harison (pelajar dari sarawak) yang juga masih dalam keadaan kritikal.  Mengikut cerita yang mrsd dengar...kedua-duanya yang sedang nyenyak tido dikejutkan dengan kebakaran ini dan bilik mereka terletak di aras paling atas telah meredah api sampai ke ground floor. imagine sendiri...bagaimana mereka meredah api tersebut yang mana itu hanyalah satu-satunya tangga untuk pelajar turun naik kolej....susah mrsd nak cakap keadaan mereka dengan lebih lanjut ketika itu kerana mrsd tak berada di tempat kejadian. cuma yang mrsd tau...mereka berdua memang dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Mrsd tetiba rasa sayu dan sedih....begini pengakhiran seorang anak yang datang merantau mencari ilmu agar di kemudian hari memperolehi masa depan yang cerah. bagaimana dengan harapan keluarganya?? bagaimana hati seorang ibu? seorang bapa? seorang adik? seorang kakak? seorang abang??? Harapan tentang masa depan sudah tidak berguna lagi dengan pemergian insan tercinta..segalanya berlaku bagaikan mimpi. ohhh...mrsd tak mampu nak fikirkan lagi. ketika ini, mrsd mendoakan agar roh mendiang tenang dicucuri rahmat. Meskipun mrsd tak mengenali mendiang.....mrsd sebak dan sayu.

kepada perokok tegar. berhenti lah...tengoklah kesannya yang telah kalian lakukan....jangan tak  merasa apa-apa kerana yang terkena bukan batang hidung anda atau keluarga anda. coba kalau anda yang terkena?!!

Apa-apapun, mrsd nak ucapkan takziah kepada keluarga mendiang Roger Lagis. 


No comments:

Post a Comment