Thursday, May 31, 2012

takut bini

hurmm...ada orang kata yang suami aku ni takut bini. ikut jer cakap bini. apa bini nak or suka, ikut jer...iyer ker?? walauwehhh...punya power aku nih sebagai bini kalu cam gitu. tak pernah pun aku rasa suami aku takut bini.. tang mananya dia takut bini weiii... singa dan harimau pun takut laki aku. inikan aku yang hanya seorang perempuan yang tembam dan tak terdaya untuk menjadi bahan yang menakutkan suami. 

hari ni baru sembang-sembang ngan jiran aku. dia cakap menda yang sama..keluarga mertua kata bini dia yang kontrol laki dia. pelik,kan?? cam mana depa buat judgement tu, ek?? kesian gak dengar keluhan hati dia. aku ni takda la minta apa-apa pun ngan laki aku. apa yang aku ada, semua yang dia bagi. sampai aku rasa merajuk hati nak balik umah emak bapa aku sendiri and bahagi anak, katanya sayu. nasib baik laki dia jenis yang ok. tak menurut telunjuk keluarga dia or adik beradik dia. Dia buat apa yang patut untuk bini dan juga keluarga dia. suami dia sebaliknya suruh si bini bertenang,dan cakap kat bini dia jangan dengar kata orang sekeliling. "abang buat apa yang termampu. abang yang pilih ^&*)(* jadi bini. Apa yang abang ada semuanya milik  bersama. kalau kita tak da, kita diam-diam jer lah. tak payah ganggu mereka. nanti kemudian hari mengungkit pula." aku terangguk-angguk mendengar dengan penuh khusyuk.

nah...tang mananya laki boleh dikategorikan sebagai takut bini. setahu aku, apa yang laki dia buat adalah atas dasar kasih dan sayang sebagai seorang suami dan ayah. jadi, kenapa orang luar nak pertikaikan. orang bukannya tau susah senang dalam keluarga tersebut. cuma menilai dari luar jer. ada gak, sesetengah lelaki yang agak tercabar bila orang kata dia jenis takut bini lalu bertindak ganas dengan bini dia. pukul bini. tunjuk kekuatan kat bini. rasanya, bini tak akan takutlah kat suami yang bertindak sebegini. collect point dendam adalah kot...tunggu masa nak meletup yang tak ada ampun-ampun selepas itu. rasa hormat pada seorang ketua keluarga pun mungkin berkurangan dek sikap panas baran yang nak tunjuk kekuatan pada bini.

jangan silap langkah wahai sang suami...wanita ni lain. bagaimanapun kena pukul, sepak terajang, dia still tersenyum seolah-olah takda apa yang berlaku. tapi jangan lupa. she has a feeling...makan dalam tu...when the revenge time come, nasi sudah menjadi bubur. jangan bangga sangat pukul bini anda...atau ada lagi laki yang aku kategorikan dayus....lepas pukul bini gi canang lagi kat keluarga dia, cerita kat keluarga dia perihal bini dia dan kebolehan dia memukul bininya. malunya menjadi suami, laki dan bapa orang coz pergi menceritakan pekung di dada sendiri. kelemahan bini anda adalah kelemahan diri anda.

suami aku takut aku??? hampehhhh la jawapannya. tu satu statement yang paling bodoh...

malas

ya. terasa sangat malas sekarang ni. malas buat segala-galanya. rasa nak relaks jer..tapi, banyak kerja menunggu. tak buat karang, suami balik keje, bising plak. terasa lemah sebenarnya. sampai nak bergerak pun rasa tak da mood. tapi, rumah harus juga dijaga kondisinya. siapa ingat jadi suri rumah tangga sepenuh masa boleh duduk relaks goyang kaki dan tido memanjang. hati penuh kerisauan, tau. lagilah ada anak kecik yang sibuk sangat nak menyepah. dalam keadaan yang agak boyot begini memang emosi dan mood yang kita lalui pelbagai. cepat nak membengang. cepat terasa. 

Cuma bezanya, kat rumah ni kita boleh tentukan masa kita sendiri bila nak buat sesuatu. tu jer... cepat atau lambat tu lain cerita. jadi suri rumah tangga ni kerjanya 24jam. even masa tido pun kita tak boleh tido dengan lena. anak nangis jer, kena alert. tak boleh kasi dia nangis lama-lama takut bapanya terjaga. nak kena bangkit dari pembaringan buatkan susu. pagi-pagi kena bangun gak siapkan apa yang patut sebelum suami turun keje. cuma sekarang ni, aku kurang bangun awal sama ngan suami. dia pun faham kot kondisi aku. sometime aku tido awal coz aku dah rasa penat. kalau dulu, boleh duduk tengok tv sampai midnite. sekarang, dah pukul 9 atau 10pm jer, aku terus berbaring untuk tido.

tapi, dalam melayan kemalasan ini, harus juga buat apa yang patut. kalau tak orang ingat kita ni goyang kaki jer kat umah...tak sabar nak ada kerja. jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni agak memeningkan kepala dan membosankan...boring!!! 

Monday, May 21, 2012

i m back!!


this few days, aku rasa OK. pening ada kurang sikit dah. tapi agak sibuk dengan anak. maklumlah hujung minggu. hari ni hari isnin. pagi tadi aku tido jer after hantar anak ke nursery. terasa mengantuk la pula. ialah, bangun seawal jam 5am, get ready utk hantar adik ke tempat kerja. anak aku pun automatically terjaga sama. senang sikit urusanku. tukar lampin. pakaikan baju panas dan sebotol susu.

sepulangan dari tempat keje adik, si kecik terjaga terus. nasib baik dalam kereta tadi ada gak tertido. lalu aku memandikan beliau. tukar baju. sediakan beg nursery dia dan jam 8am, she is in the nursery. hurmm..menangis tu, cam biasalah. tak pernah nak tinggal. ciannya. nak jg tak gi antar dia, kang aku plak pening kepala dia sepahkan umah. sekarang pun tengah sepah lagi. aku kemaskan sikit demi sikit. 

aku pun berbaring sekejap. sambung tido. seriously, my second baby ni, aku tak berkesempatan untuk tido siang. bukan sebab aku tak da masa. tapi sebabnya mata aku enggan terlena. ada gak aku berbaring dan pejamkan mata, tapi end up sampai ke petang tak tido-tido. bukannya kategori tido ayam, tau. coz mata jer terpejam. tapi otak ligak berfikir. cuma badan jer yang membujur di atas katil.

tapi oklah jg hari ni. aku boleh tido selama dua jam. jadilah...rasa nikmatnya bila dapat tido yang berkualiti. tapi yang tak bestnya, aku dikejutkan oleh mimpi yang tah apa-apa. semenjak ngandung ni, aku selalu jer bermimpi. mimpi ngeri dan seriau gitu. ish..ish...tapi aku baca kat baby center, memang ibu ngandung akan alami perkara sedemikian. mimpi. so, aku lipatkan kain baju yang menimbun. kemudian iron pakaian laki, masak nasi dan sup labu. terus makan. after makan, cari pakaian kotor untuk dicuci pula. then berehat layan tv3 puteri yang ditukar dan endless love. movie tamat. aku terus tutup tv.

dan...i m back. maknanya....aku kini dalam mode untuk kembali  melakukan tugas-tugas serious keje aku, my thesis. tinggal beberapa minggu jer lagi nih. aku harus kuat!! mesti siapkan....aku nak grad sem ni gak. lama sangat dah bertangguh ni. haiya......

so, now i m back to the serious matter of my life. =)

malas sudah..

hee...bak tertulis pada tittle entry. malas sudah ku ini. aku tak ingin lagi untuk mengupdate my post kat mana-mana sumber yang boleh mempromosikan hasil nukilan dan sentuhan rasa buat tontonan umum. well..bukan bermaksud tak suh orang baca aku nyer blog ni..tapi cam tak best plak bila tulis, kemudian promote. aiyerrr....macam la apa yang aku tulis ni gempaq sangat..boleh mengubah dunia bagai..yang sebenarnya, aku  menulis untuk kepuasan sendiri dan catatan peribadi. so, siapa nak ikuti, ikutilah...siapa tak nak...tak paksa gitu. senang dan mudah,kan?? plus, aku dah give up pun dengan sistem Nuffnang or BE yang tak bergerak langsung. tahap tu jugaaaa. malas nak ampu orang sana sini utk mengikuti perkembangan cerita dari diri ini. tak syoklah menjaja masuk bakul angkat sendiri.  Lagipun, nuffnang cam dah tak da response pun kat blogku. so, malas dah nak ping sana ping sini...cukuplah sekadar gue mencurahkan apa yang gue rasa. berpengikut atau tidak, terpulanggggg.. tak terganggu hidup aku with or without followers. heeeee....

tapi gue juga cukup berterima kasih kepada followers yang melawat kebun tuan tanah yang kegersangan dengan titipan-titipan komentar yang mengujakan.

loves,
aku

menangis lagi

haha...betul. petang ni aku menangis lagi. menangis teresak-esak. emosi sangat diganggu oleh movie endless love tv3. ishhh..parah betul. terlalu melayan perasaan kot. sebelumnya, kisah puteri yang ditukar pun aku nangis gak lagi. alahai...pelik betul hormon second bb aku ni kasi kat aku. sangat sensitive. janganlah kiranya nanti my coming si baby jadi 'crying babe' pula seperti mamanya ini. 

menonton movie dengan penuh perasaan. =)

Sunday, May 20, 2012

Buat apa nak malu??

weiii, ko dah preggy lagi ka?? aku angguk. berapa bulan now?? 4 bulan. yang first dulu berapa umur sekarang?? setahun 4 bulan jawabku ringkas sambil tersenyum. wahhhh..cepatnya ko!! aku tersenyum lagi. ni memang betul2 ni..accident ker apa?? aku terdiam. really dont like OK?!! my little angel in there is not an accident. we want him/her. takda maknanya istilah accident2 pun. kalau accident, dah awal-awal dah ada kot. kami memang plan nak ada bb tahun ni. i really pray hard for it. and thanks god for grant my prayer.

my laki pun terkejut time aku nyatakan, my kecik akan menjadi kakak soon. terdiam. terkesima. tak percaya. sampai aku tunjukkan ketiga-tiga tester htg kat my laki, barulah dia seolah-olah tersedar dari lamunan. apa taknya, baru jer tanya kat aku. Tahun ni nak baby tak?? aku jawab, yes. Dan betul-betul terjadi, puji dan syukur untuk yang Esa. Rezeki gitu.

kes accident ialah, anak baru beberapa bulan, terus preggy. tu yang accident. tapi kami..setahun gak bertahan. merancang secara semula jadi. tahun ni sengaja dah tak merancang...betul2 Tuhan kabulkan impian kami. jadi, buat apa nak malu. seronok dan bangga lagi ada. daripada sesetengah wanita di luar sana yang merindui tangisan bayi sebagai pelengkap rumah tangga dan penyeri.

so, ada anak. ngandung lagi...apa nak malu?? bersyukur sudahhh...=)

Friday, May 18, 2012

kesalku

aku response sendiri aku nyer entry pagi tadi yang bertajuk "buat anak jer pandai". sebenarnya aku kesal dengan apa yang terjadi di sekeliling aku yang melibatkan institusi kekeluargaan. aku bukan manusia yang anti pada  kelahiran anak ramai. aku sendiri lahir dari sebuah keluarga besar. 10 orang adik beradik. ko ader?? tapi aku bersyukur atas didikan orang tuaku yang berusaha menjadikan setiap satu dari kami sebagai manusia yang berguna meskipun tak sehebat anak orang lain. takda doktor, tak ada lawyer, tak ada pilot...biasa-biasa jer kami semuanya. yang penting, didikan itu adalah untuk dijadikan garis panduan dalam mengemudikan kehidupan kami masing-masing pada hari mendatang.

ayahku. takda maknanya nak manjakan kami. laki ker perempuan ker, di pukul sama rata mengikut kesalahan masing-masing. tak da dibeza-beza. tapi ayah tak sentiasa menggunakan kekerasan. satu jelingan mata pun sudah cukup membuatkan kami gentar dan kami pasti jelingan itu bermaksud yang kami tengah membuat kesilapan dan harus diperbetulkan cepat-cepat. Kekadang, ayah tak perlu berkata-kata, tapi lenggokan bahasa badannya sudah cukup memberi isyarat kepada kami. atau...apabila ayah pukul sekalipun, tak ada pun rasa dendam kat beliau. Kami terima pukulan yang kami terima setimpal dengan kesalahan kami coz ayah memukul kami untuk mengajar dan bukannya untuk membunuh.

kesalku lagi berterusan dengan sikap anak-anak. Terlalu mengambil kesempatan diatas kebaikan orang tua mereka. Orang tua mana tak sayangkan, anak weii..kucing pun sayangkan anak inikan lagi manusia yang dikurniakan akal dan fikiran Apabila anak-anak dewasa, maka mereka merasakan yang diri mereka tidak perlu lagi dibawah jagaan ibubapa dan mula nak hidup sendiri. buat benda sendiri. dan tak nak libatkan ibubapa dalam kehidupan mereka. semua keputusan baik buruk di tangan sendiri. malah ada yang sanggup membuang ibu bapa dari kehidupan  mereka. tapi bila susah, mak bapa juga di cari...tapi time senang, lupa dunia dan lupa asal usul. 

aku..aku sebagai seorang ibu. aku tak tahu masa depan anakku bagaimana suatu hari nanti. tapi apabila melihat pementasan drama kehidupan realiti, aku tak ingin anak aku hanyut dan musnah oleh dirinya sendiri. Aku takut dengan pergerakan dunia kini yang sungguh bervariasi. banyak tekanan. banyak godaan. banyak masalah. Tapi sebagai ibubapa, kami akan pastikan anak kami mendapat yang terbaik dari semua segi. Jangan sampai kasih sayang kami disalah ertikan.

Ya Tuhanku, semoga anak-anakku nanti bakal menjadi anak berguna. Anak yang mendengar kata. Anak yang takut pada Tuhan. Anak yang sentiasa menghormati aku dan bapanya lebih-lebih lagi di hari tua kami. Tak perlu jadi seorang anak yang bijak pandai atau bergelar jutawan..hal-hal bersifat duniawi tak akan kekal selamanya..Aku perlukan anak yang menyayangi diri kami sebagai orang tuanya, menyayangi dirinya sebagai insan dan takut akan sang Pencipta.

p/s:
dalam setandan kelapa sawit, sudah pasti ada buah yang busuk atau rosak. tak semuanya baik dan cantik. Itulah cabaran keibu-bapaan dalam kehdiupan berkeluarga dan bukannya mengalah terus. Berusaha dan berusaha terus agar anak-anak tidak tersasar jauh. Jangan jadi seperti Ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, padahal....sigh.

Emo

ya. aku emo. semenjak aku confirm dah membawa budak kecik the second ni, hati aku mudah terusik. air mata mudah mengalir. malah kejadian-kejadian yang aku baca or lihat boleh membuatkan aku tak boleh nak pejam di waktu malam. mata terkebil-kebil, otak ligat berputar.  Bawaan budak agaknya kot.. mungkin juga memang ibu-ibu mengandung memang begini. benda tak seberapa pun boleh menyebabkan linangan bening kejernihan mengalir pantas di pipi.

hari ni, selepas menghantar adikku ke tempat kerja, aku ke klinik. hurmm..kena selang sehari ke klinik untuk check tekanan darah tinggi. under monitor, OK. but so far so good. the reading cantekkk jer. tapi disebabkan aku selalu sakit kepala, so doktor nak monitor dulu tekanan darah ku.

nak dijadikan cerita, aku yang bangga ketika melangkah masuk ke bahagian klinik ibu dan kanak-kanak coz tak nampak kelibat orang pun. wahhh..nampaknya aku orang pertama dan sekejaplah nanti ni. tak perlu tunggu-tunggu. sambil-sambil itu aku memberi perhatian pada skrin lcd yang menayangkan drama lakonan shila Rusli. dan ternyata...watak pelakon-pelakon semuanya terkesan di hati ini. maka aku pun mula menangis. tersedu-sedu. nasib bek tak da orang disekeliling. Agak lama gak rasanya menunggu, satu persatu pelawat datang. "Puan bawa anak sakit kuning ker? nanti we all start keja jam 2.45pm". hampeh..kebanggaan aku sebagai orang pertama luntur. i have to wait for another 40 minute. chittt.....

then, bila time nak check tekanan darah tu, tu missy macam terkejut tengok muka aku. rasanya kedapatan kot air mata yang still bergenangan di tepian kelopak mataku serta pipiku. hadeiii..tapi dia cam tak berani nak tanya pun. selesai ambil aku nyer tekanan darah, normal jer pun bacaannya. aku pun pulang.

tapi on the way keluar dari pusat klinik ibu dan kanak-kanak aku akan melimpasi makmal. kedengaran bayi menangis akibat suntikan mengambil sample darah. sekali lagi air mata aku mengalir laju. sayu. Terlalu sensitif nampaknya aku ketika ini.


Buat Anak jer pandai!!

hambiq ko...geram betul seorang aku pada pagi ni. ye lah....apakah tujuan perkahwinan?? untuk 'project' jer ker?? bah..kasar tu statement. sorry la... well, aku ni tak da pandang hina orang buat anak ni. itukan semuanya rezeki dariNya. siapalah aku untuk menidakkan kekuasaaan yang Esa. Semua wanita akan happy apabila mengandung dan bakal melahirkan cahaya mata. penyeri rumah tangga gitu.

tapi issuenya di sini...buat ibu bapa yang memang tak kisah punyai anak ramai. bagus tuuu..tabik sangat kat kaum ibu yang sanggup berulang-ulang melalui keadaan yang sama, mengandung dan beranak. apatah lagi kalu yang beranak normal. tapi...yang aku sangat tak suka di sini. anak bertingkat..kekadang kembar tahun pun ada.  seronok yer dapat anak?? memang pun. tapi...

kalau setakat pandai buat anak, dapat anak dan anak tersebut dibiarkan jadi penyangak. Hampehhhh sesangat lah. kata anak dituruti. Anak kata itu ini, percaya seratus percent. orang lain salah, anak dia jerrr yang betul. Tapi bila si anak dah mula buat taik, dah tak makan saman..mula nak ugut2 tembak anak tersebut pula. or paling senang hantar kat kampung ngan nenek datuk depa. so, perbuatlah depa sesuka hati memijak kepala datuk nenek di kampung. orang tua anak tersebut kira lepas tangan. ugutan nak menembak anak jer yang sering terkeluar dari mulut diconsider sebagai berbisa la kononnya tu. so what?? ko tembak tu budak, lepas tu ko nak kerat2, buat sup dan makan ker?? baru puas hati?? tu lah, awal-awal time budak tu rebung ko biarkan jer. nah, sekarang ko pun tak mampu nak perbuat apa-apa. menyusahkan hidup orang lain. hello???? you are the parents OK!!! mana tanggungjawab awak??

geram betul bila ibubapa membesarkan penyangak-penyangak yang mengganggu masyarakat nih. tau minum arak, merokok, berjudi, hisap taik dadah dan mencuri harta benda orang lain. Emak bapa budak sehtannn tu, diam buat tak tau.

sedap sangat buat anak tapi sampai lupa tanggungjawab sebagai orang tua sangat memalukan!!! bila tak boleh urus anak sendiri, mula lah nak salahkan sanu-sanu padahal awal-awal lagi orang tua tu dok tercongok jer tengok perangai anak dia..dibiarkan. hampehhhhh betul.

fakta case kegeraman aku ini based on true story/real life.




Buat Ibu terchinta

terlambat pula aku berbicara pasal kasih ibu. Terima kasih mama terchinta kerana melahirkan aku dan adik beradikku yang lain. tak terhingga pengorbananmu. dari diri ini dalam kandungan sehinggalah besar panjang begini. you do everything that you can. Kesabaranmu tidak terbatas. meski aku dan adik-beradik yang lain sering melukai hatimu. tapi ko tetap juga menyayangi kami tanpa syarat dan tanpa batasan.

ibu terchinta, semoga dirimu sentiasa dirahmati, dilindungi dan diberi kesihatan yang baik serta panjang umur oleh yang Esa sehinggalah aku dapat membahagiakanmu dan membuatmu menangis terharu mempunyai anak yang tak sepertinya ini. Ampuni segala dosaku, oh ibu.

Bondaku bersama puteri Lolo usia sebulan

tiada galang gantinya dirimu wahai ibuku dengan sesiapapun wanita yang ada di muka bumi ini. Kau sempurna bagiku. Kau tetap yang terbaik dalam hati ini. maafkan aku kerana belum dapat membahagiakan hari tuamu. Pasti akan ku lakukan juga..itu janjiku sebagai anakmu.

i love you mdm Lucy Urai Ngau.

dari,
anakandamu tersayang

Thursday, May 17, 2012

GA kembali lagi

ehermmm...ehermmm..
pengumuman-pengumuman...GA untuk 150 followers is back!! Bukan orang yang ke-150 yang bertuah akan dapat tapi melalui cabutan undian akan dilakukan. tak kiralah anda followers mrsd yang pertama ker...ke enam ker...ke empat puluh ker....tengok nasih cabutan lah nanti. nah...bukan itu saja, mrsd turut menyediakan GA untuk pengomel  terbaik. ngih3...so, rajin-rajinlah menyinggah di kebun tuan tanah k. well, cam tak meriah jer kebun tuan tanah sekarang ni. maintain jer 59 followers..

 the card..

 the wrapper..

ready to post...

kita tengok siapa yang kena kali ni...=)


Hati Wanita

berurusan dengan wanita ni, mudah jer..berlembut dalam budi bicara. Andainya wanita dikasari, kekadang boleh berdiam diri dan kekadang akan response di luar jangkaan. seorang wanita yang tercalar dengan kata-kata berbisa pasangannya mungkin akan response balik setelah cuba memendam rasa. awas ya andainya Wanita asyik menyimpan rasa, suatu hari pasti Tsunami. Jangan kata wanita itu kurang ajar andainya yang trigger kemarahan dia adalah pasangannya. Andai hatinya tak terguris, pasti dia tunduk taat. Jangan kata Wanita tak menghormati pasangannya seandainya pasangannya begitu mudah menghadiahkan kata-kata berbisa buat halwa telinganya. 

Wanita tak akan berdiam diri.What u give, u get back!!! Jangan ingat setelah dihiris-hiris hatinya, wanita terus melupakan. memaafkan iya...tapi melupakan tidak. Bagaikan sebiji gelas yang pecah berderai, andai dicantum semula pasti kelihatan ketidaksempurnaannya. begitulah hati wanita..dan andainya gelas yang dicantum itu digam, dipastri bagai sekali pun tapi terus dibaling ke dinding berkali-kali sudah pasti yang tinggal debuan-debuan kaca yang sudah tidak bermakna. Apa lagi Wanita yang dikasari tubuhnya. Pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kesannya kepada psikologi wanita berkenaan dan anak-anak yang menyaksikan.

Cuma tunggu masa dan ketika. memang ada wanita yang akan menerima segalanya dan memaafkan atas dasar cinta dan kasih pada pasangannya. tak kisah diperlakukan seperti bola. tapi sampai bila??? tentu ada tahap kesabarannya,kan?? Hati wanita bagaikan dinding. setiap kali disakiti, hatinya seolah-olah dipakukan. Apabila paku tersebut dicabut, pasti ada lubang atau kesan pada dinding tersebut.

jadi, kepada sesiapa sang suami yang sanggup menyakiti bini baik secara  fizikal dan mental tak kiralah dengan bahasa berbisa atau kekuatannya..ingatlah. Kalau dah rasa bini tu bola, rasa nak menendang-nendang, let her go. lepaskanlah dengan sebaik mungkin. Memang betul anda kuat. tapi bila tunjuk kekuatan pada seorang wanita, itu dayus namanya. Jangan gunakan kekerasan untuk menundukkan wanita agar wanita taat dan hormat pada anda kerana perkara sebaliknya yang anda dapat. Pasangan adalah cerminan diri anda..biasannya pasti akan terkena anda semula.


Feeling Good

semalam tido lewat. kemas pakaian suami. actually dah awal-awal dah dia suh kemaskan pasal beliau akan ke China hari ni. yer lah...makcik ni kan asyik2 dengan problem kepala yang pening bagai ni, mana nak larat buat something seperti yang diexpect. separuh hari berbaring jer, separuh hari lagi spend masa kat klinik. lepas tu sekerat hari lagi kuar gi makan malam ngan anak. sampai kat umah dalam jam 9pm cam gitu. semalam anak tido awal, seawal jam 10pm. consider awal lah tu..kalau tak dia tido lebi kurang emak bapa dia jer, midnite. penat kot. kata cikgunya, semalam dia lasak. memang pun nampak keletihan di wajahnya. tapi sepanjang malam dia asyik terjaga dan merengek-rengek. as if dia tau bapa dia gi keje jauh. ialah..selama ni outstation dekat jer, dalam malaysia. 3-4 hari hilang,  nampak batang hidung. nah, ni seminggu..seminggu tu lah batang hidungnya itu hilang di mata. hehe...

pagi ni jam 5am, perkemaskan semula buat terakhir kalinya keperluan suami. takut tertinggal. si kecik pun terjaga gak. bila aku tukar pakaian dia, dia cam tau yang kami akan travelling pagi ni. siapkan susu sebagai bekal perjalanan ke klia dan beg daycare nurserynya sekali. sepanjang perjalanan tertido, dan kami tak turun untuk menghantar ddnya di airport. ddnya sempat mencium pipi gebu si kecik yang dah terlena. sah-sah tak sedar yang ddnya dah tak da di sisi. jangan nanti bila terjaga, meraung coz tadi tau diri sepatutnya berada di atas bbseat mommy's car. bila buka mata, dah kat tempat lain pula. emak bapa aku mana?? huhu... so, driving back...agak jauh gak jalan yang aku guna. kalau gi lcct, aku tau jalan pulangnya. hari ni tersasar guna jalan puchong. dalam hati was-was gak. tapi syukur akhirnya sampai gak.

cikgu kat nursery pun terkejut tengok aku dah tercegat kat gate. biasanya aku antar dia around 9am gitu. dia masih gak tido. so, aku pesan kat cikgu, biarkan dia tido coz dia banyak kali terjaga sepanjang malam ni tadi. terserempak dengan cikgu Rose yang memang mengawasi sikecikku otw pulang...siap dia tunjuk lagi hpnya dan memberitahu semalam depa adakan teachers day. how sweet...the teacher sangat happy menunjukkan gambar si kecik yang berjaya di rakamnya. "semalam si kecik manja sangat. nak kena dukung dan berperangai cute." aku senyum jer...aku tau la perangai si kecik ku itu. dia cam tau nak tarik perhatian orang supaya menyayangi dia...hehe...

paling penting..sekarang dah menunjukkan jam 10.47am. i feel good. diharap semoga kesihatanku terbaik sepanjang hari ni. sangat phobia dengan sakit kepala yang ku lalui. hehe...sambil-sambil itu juga mengulas pergolakan rumah tangga artist Malaysia sebagai entry. Terpanggil untuk response kepada entry bloggers yang aku lawati. not copy and paste ok...aku cuma mengulas jer dan response dengan apa yang aku rasa.

so apapun, God grant me good health today, Amen.

Ady Putra Pula..

ni apa kes ni?? tetiba jer bercerai pula ni. hurmm..kalau aku tak silaplah kan. bukan kah dulu bini dia pernah disahkan ngandung kembar tiga ker? aiyooo..dunia artis ni sangat mengejutkan. aku respect gak kat johnny depp Malaysia ni dulu. aku ingat dia cam suami si vanida Imran dan juga Aaron Aziz dalam mengemudi rumah tangganya. aikkk?? kalau tak silap, ari tu time si fasha kawen, si Nora ada gi Umrah,kan?? at the same time si Ady pun gi Umrah gak,kan?? hurmm...janganlah instinct aku ni betul. Aku happy gak si Nora ni dapat life partner dia. tapi kalau menyebabkan perpisahan kepada orang lain...tak suker lah... coz si Nora ni pun ala-ala "wanita teraniaya" seperti kesnya Rita Rudaini cuma specialnya, dia dikasihi ex-mertua.

aiyooo...pening..pening.."sudah tak ada kesefahaman dan tak ada jodoh di antara kami meski dah cuba untuk diselamatkan". entahlah..ni kes pintu hati dah tertutup untuk kemaafan memang payah lah nak bersebumbung semula. aku faham...tapi take time dan jangan terlalu ikut hati amarah tu. biarkan seorang tu sejuk dulu...lama-lama ok. tapi kalau bertunjangkan keegoan, aku jer betul. susahlah.....

Rita VS Aidil

haha....entry...entry. dah dua hari aku mengikuti kisah si Aidil dan Rita ni. aku siap korek-korek lagi entry "bersejarah" pasal depa. dan pagi ni yang terlatest aku ikuti ialah kenyataan balas Rita terhadap permintaan sang suami yang menarik balik penceraian mereka dan mengajak tinggal di rumah yang disediakan oleh majikannya. Apabila mendengar dan melihat sendiri Rita bercakap pada rakaman video "bloggers", aku tengok dia ni seorang wanita yang tabah. meski kekadang ternampak gak sebak yang cuba disembunyikan oleh beliau. Come on lahhh...tak yah lah lagi nak permainkan isu perbezaan usia antara Aidil dan Rita. yer..memang lah si Aidil tu muda 10 tahun. So, What???  bukannya bermakna si Aidil tu budak bawah umur lagi pun. Kira dah matang dah tu, pandai buat anak tu maksudnya dah pandai nak pikul tanggungjawab dah.

Bukan nak memihak pada Rita, ye lah...berani kerana benar,kan?? Wanita mana yang tak tercalar seandainya suami sendiri dah cam tak tau menahkodai kapal..Aidil sepatutnya mempertahankan isteri dia..menjaga dan melindungi dia..ya, isu lamanya, meski perkahwinan ini tidak mendapat restu gara-gara perbezaan umur, dia (Aidil) harus firm dengan keputusan dia. Terima baik buruk bini dia...meski tak disukai oleh keluarga sendiri, dia HARUS berdiri di sisi sang isteri sesuai dengan niat asalnya yang ingin memperisterikan Rita. Dan...Rita pun cam let go jer semua pasal suami dia kat umum..hehe..pecah rahsia lah pula. Ingatkan jadi bini pemain bola sepak boleh bersenang lenang cam bini David Beckam. Tapi salute la Rita coz all by herself tanpa berkira pun dengan suami. tapi tiba-tiba pula suami buat 'taik'. Hati siapa tak hancur...terpaksa gak 'mengungkit' dan bukan untuk mengaibkan suami. tapi untuk  menyedarkan suami yang dah cam terlena dan terbuai dalam dunia fantasinya.

wah..wah..emo juga entry aku pagi ni. mentang-mentanglah tak sakit kepala pagi ni. hehe..tah lah. aku pun tak nak judge dia orang ni. tapi sebagai wanita, aku rasa tersentuh dengan pengorbanan Rita yang sentiasa dipenuhi dengan onak ranjau dan berduri. setiap rumah tangga ada masalahnya yang tersendiri. bersyukurlah kalau rumah tangga yang 100% aman. tapi seboleh mungkin, lelaki harus bertanggungjawab dalam segala tindak tanduknya. tak sayang bini...or...dah ada betina lain, berterus terang ngan bini kalau nak lepaskan. lepaskan cara baiklah. bak kata Rita, dia tak kan merayu "tolong jangan ceraikan saya". aku pun sokong statement tu. ialah...kalau laki tak sayang, buat apa nak tinggal lagi serumah ngan dia?? buat apa nak menyeksa diri dan perasaan,kan?? biarkan aku pergi...atau..pergilah kasih...

tak sabar nak tunggu keputusan mahkamah depa. tetiba plak jadi fanatik dengan isu Aidil-Rita ni. Apapun, aku tak nak depa bercerai. Pengampunan merupakan senjata yang paling penting yang harus ada dalam setiap rumah tangga. Andainya senjata ini hilang, maka berderailah runtuh istana yang terbina. So, Forgive each other Rita and Aidil. dan..pasal umur or pasal perkahwinan tanpa restu or perkahwinan di thailand bagai tu, not the main issue now...past is past. Re-unite.


Wednesday, May 16, 2012

3 botol besar

aku baru jer pulang dari KK aka klinik kesihatan. menurut review bsp dan tekanan darahku, semuanya ok. tapi aku ngadu aku selalu jer sakit kepala kat doktor berkenaan. puan, keadaan bb puan OK, cuma puan jer bermasalah. berat badan turun, puan sakit kepala. rasanya puan kekurangan air dalam badan. puan kena minum 3 botol besar 3liter mineral water setiap hari.

huhu...ada juga kebenaran kata doktor tersebut. aku minum time aku haus jer. selagi tak haus, aku tak minum pun. dan tabiat minum air cuma aku amalkan ketika selepas makan jer. deiiii...aku harus biasakan diri. bukan suami tak pernah bising. dia pun jarang nampak aku minum air...membebel memanjang jer. tong ko tu, tong lori. tapi ko isi minyak tong kancil. mana cukup...dushhhh!!!

bah, i promise to drink more water start from today and on.

selamat hari guru

selamat hari guru duhai cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dari mengenal huruf ABC, angka 123 serta kemahiran dalam kehidupan sebagai seorang murid, pelajar sekaligus siapa aku adanya kini. terima kasih tak terhingga atas penat lelah kalian yang tidak pernah berputus asa untuk menjadikan aku manusia yang berguna. walaupun pada masa ini aku belum bekerjaya lagi. huhu...

Pertama sekali, guru yang paling aku sanjungi, hormati dan sayang. cikgu "ayahandaku" yang telah mendidik aku menjadi seorang manusia meski tak cemerlang dan terbilang dalam kerjaya tapi sekurang-kurangnya aku menjadi seorang insan yang manusiawi. dulu aku sekolah kampung....jerih payah usaha seorang pendidik di sekolah pedalaman jauh berbeza dengan sekolah bandar yang serba mencukupi. ya, waktu itu..betapa dayusnya aku sebagai anak kampung walapun anak seorang guru namun aku tak mengenal erti kejayaan dalam akademik...pemikiran kami tak terbuka. kami dengan dunia kami yang tersendiri...terbuai dengan arus sungainya ..hutannya yang menghijau...kami tenang. aman. tak terfikir apakah cita-cita mendatang. bila ditanya, apakah cita-cita kamu?? simply answered; nak jadi cikgu, askar dan juga polis. kerjaya lain tak terlintas langsung. pagi ke sekolah, petangnya main air...yang aku tahu...main..main..main...tanpa  menyedari apakah hari esok yang sebenar.

aku ketika tahun 3

ahaaa...yang menggunakan cermin mata gelap tu ialah guru besar sekolah rendah merangkap ayahandaku tercinta. nak tau aku yang mana satu?? hurrmm...aku yang berdiri di sebelah rakan baikku yang tangannya bersilang di sebelah  kanan barisan tengah di belakang cikgu yang memakai tali leher warna merah. keciknya aku ketika itu...dan lihatlah. kami tak berselipar maupun berkasut ke sekolah. berkaki ayam....semua yang diatas adalah murid tahun satu, tiga dan lima lebih kurang 30 orang. yang paling tinggi kat bahagian belakang ialah si handsome, mendiang abangku dan barisan paling depan sebelah kiri tersepit diantara dua gadis kecik ialah adindaku.

apapun, terima kasih cikgu kerana sudi mengajar kami.


thanks koyok

ko orang pernah alami sakit kepala melampau tak?? waduh2..semenjak dua minggu ni, aku berlawan dengan kesakitan yang tak tertahan. nak  makan panadol pun takut. ialah, tengah ngandong, kan?? dek tak tertahan akan kesakitan itu, maka aku gagahkan kaki menuju ke klinik kesihatan. meminta petua dan obat-obatan. sang doctor pula bimbang yang aku nyer tekanan darah ada haywire sikit yang akan memberi satu lagi tag nama penyakit "high blood". arrgghhh..tak cukup kah diabetis "gdm" yang aku alami ini. mestikah nak cukupkan package?? aku sedih. obat yang diberi doktor pun, serupa gak...panadol. malah instructionnya, makan 2 biji 3 kali sehari. nah..selama ni aku tertahan-tahankan jer sakit peningku tanpa menelan sebiji ubat pun. tapi terkadang, mencuri gak makan activefast. hehe...

Ubat yang doktor kasi: panadol sama ubat pening.

semalam dah berputus asa dengan kesakitanku, ku sms sang suami. tolong belikan aku koyok. lalu dibelinya. semalam sebelum tido, beliau menampalkan koyok-koyok tersebut di tengkuk dan bahuku. tidak lupa juga di atas alis keningku. wah...terasa gak kesannya. tak sesakit hari-hari sebelumnya. hari ni aku gi hantar anak ke nursery dan ke kedai bersarapan dengan suami dengan koyok di dahi. selamba gitu...thanks koyok. semoga engkau menjadi penyelesaian kepada kesakitan kepalaku.

wajah sakitku..tak bermaya.


Friday, May 11, 2012

kesempatan dalam kesempitan

wah..wah..wah...dah lama rasanya diri ini tidak mengetik kekunci lappy untuk mengarang cerita. nak bersastera jauh sekali ketika ini. dengan diri yang agak ting tong dan kelam kabut dengan kehidupan seharian, tak da maknanya aku duduk mengadap lappy dengan hati yang gumbira. apatah lagi kalau si puteri ada di sisi. mau nya dia duduk di pangkuanku dan tangannya turut sibuk untuk merebut papan kekunci lappy dan  mouse dari si mommy. dari mengelak sakit hati, baik si mommy tutupkan saja itu lappy. 

sekarang kandungan ku sudah mencecah 4 bulan. syukur, morning sickness semakin berkurangan. namun, masalah-masalah lain masih juga menjengukku bertanya khabar berita. pantang nak tengok aku ni senang dan sihat. sakit kepala...sakit tengkuk...sakit pinggang...sakit lutut...sakit tumit...silih berganti. memang bosan rasanya apabila tahap kesihatan tak pernah perfect 100%. ada-ada saja yang tak kena. sang suami yang melihat pun boleh jadi bosan melihat bini yang lembik tiap kali balik kerja. lalu ubat-ubatan dibeli dengan harapan diri ini akan sihat dan cergas seperti sedia kala. well...engine dah tak berapa kuat dah. jalan pun slow jer... itu suami kena paham la,kan?? keadaan time mengandung berbeza dengan time "datang bulan". penyakit pun senang mendekati dan suka sangat menjadi teman. hampehhh betuiii..

apapun, thanks kepada sang suami coz belikan aku alat untuk check bsp aku yang tersendiri.n takdalah susah2 nak gi farmasi dan membuang rm4 sekali test. tu tak termasuk bayo parking lagi kat jusco tu. hurmmm...hari ni beliau yang menjadi tukang tester. dan resultnya sungguh mengujakan 4.9. tahap selamat. maksudnya, kandungan gula dalam badan aku masih terkawal. lepas ni, aku kena belajo wat sendiri plak. hehe...

oklah..nak rehat dah. tak leh lama-lama ngadap si lappy. nanti pening menjenguk lagi. nak merehatkan diri seketika sementelah seketika nanti banyak lagi urusan yang menanti. hurmmm...tak habis-habis. aku jer yang buat deqqq. kalau nak ikutkan 24jam sehari memang tak cukup untuk berurusan. tapi...kita ni manusia. tau-tau sendiri mengadjust masa dengan keadaan dan suasana. jangan paksa diri andainya tak terdaya.

happy friday every1.
loves.

Saturday, May 5, 2012

MAHALNYA...

wahhh..si scha nyer mas kawen sampai rm2050. mak aiehhh....aku ni ha..tak pernah pun dengar dan tengok mas kawen semahal itu disebut orang. ye lah, aku pun bukannya tau sangat pasal mas kawen ni. wauu...kalau mas kawen jer dah cecah ribuan ringgit, sudah pasti wang hantaran pun...hurmmm....sendiri mau ingat la tu.  sekadar tertanya-tanya gak nih. Mas kawen ni diberi ikut kemampuan ker? ikut negeri ker? or ikut standard seseorang itu. sekali lagi...wahhhh so the high standard lah si scha kalau diukur berdasarkan pemberian mas kawen tersebut. apapun, moga ko orang bahagia hingga anak cucu dan sampai ke hujung nyawa ek?? bosan dah dengar penjelasan, tak da persefahaman dan dah tak da jodoh antara kami...heeeee

tertunggu-tunggu

petang ni aku ke rumah jiran. ehh..ko tau tak, si Awal dan si scha akan live bernikah nanti jam 9pm. ya ka? nak tumpang tengok la cam gitu. hehe...aku kan bukannya pelanggan Astro. so, tak tau la menda2 cam gini. sambil-sambil menunggu, berborak-borak kosong la kami. menyempat gak mata kami melihat pengumuman. SEBENTAR LAGI AKAN DISIARKAN SIARAN LANGSUNG AKAD NIKAH DI ANTARA AWAL DAN SCHA.  so, kami terus rancak berbual. tapi yang pelik, iklan muncul berulang-ulang, berita lah.. Mania lah...aik?? bila lagi ni?? perghhh..macam tiada jer tanda-tanda berlangsungnya siaran yang diwar-warkan. maka aku pun minta diri untuk menjemput adik pulang dari keje. sesampai di rumah, aku pun on lappy, seperti biasa...membaca utusan2 warta berita  rakan fb. rupa-rupanya, siaran langsung tersebut tak pun on air sehingga jam 10pm. aihhhh...janji apa ni ASTRO??? bukan main lagi buat orang tertunggu-tunggu. walaupun aku bukannya peminat kedua mempelai ni, tapi aku nak gak tengok orang kawen2 nih...aiseymannnn ASTRO..naper ek dengan ko ni?? so menci dengan janji2 palsu. huhu 

Friday, May 4, 2012

life show

satu petang aku dan suami serta anak duduk menghadap pizza di papa john. aku kebetulan duduk menghadap eskelator. sambil mengunyah, aku tengok-tengok lah orang yang lalu lalang. eishh..takkan aku focus sangat memerhati pizza jer kot. so...mata aku ni tertangkap kelibat budak duduk di tepian eskelator. dua laki dua perempuan. budak ok.. budak ompuan yang duduk ditengah-tengah bersebelahan dengan "pakwe"nya dok bermain-main dengan rambutnya.. ala-ala menggoda gitu...dan...merpati jantan terus mencium molot merpati betina. mak oiiii!! terkejut aku. fuyooo....advance owh budak sekarang. mungkin menyedari aku dok perhatikan, mereka pun berlalu sambil berpegangan tangan mengalahkan orang dewasa. phiewww. semangat..semangat....tak tau lah kalau depa bersendirian, entah apa yang akan berlaku. ini depan public pun tak malu nak buat aksi begitu. aku yang segan though terbeliak biji mata melihat aksi berani oleh remaja bawah umur sebegitu.

Inilah cabaran membesarkan anak-anak di ibu kota. anak kat mana dan dengan siapa tanpa pengawasan ibu bapa...sungguh menakutkan aku sebagai seorang ibu. 

Sesekali

bila dah punyai anak cam gini, terasa diri dah tua. dah tak menawan..dah tak sesuai untuk beromantika bersama suami. bila tengok orang muda di supermarket berpegangan tangan. wahhh...romantisnya. hurmm..bila aku berjalan dengan suami, anak di dahulukan. dua-dua berebut nak sorong anak dalam stroller... suami kat depan, bini ketinggalan jauh di belakang. ye lah..dalam keadaan berbadan dua begini, terkedek-kedek lah berjalannya. tak per...suami pun tengah gendong anak. tak terfikir la pula nak berpegangan tangan cam dulu-dulu. time bercinta. nah! itulah penyebabnya...suami or bini kekadang tersesat pemikirannya. laki aku ni sayang aku lagi ker?? haha...tapi..bila sesekali suami beromantika. hadehhh....hati memang berbunga-bunga. tapi timbul rasa malu-malu pula walaupun hati sebenarnya berbunga-bunga.  ishhhh....dah ada anak pun still lagi nak buat perangai. tak ngam arrr...hadoiii. macam-macam lah.

tapi sebenarnya, perempuan suka kalau suami dia gila-gila seperti sewaktu bercinta dahulu kala. haha...ishhh, coretan rindu ba sebenarnya ni. maklumlah, suami selalu jer outstation. nak mengada-ngada pun tak boleh.. =)

BERSIH 3.0

Hurmm...semua orang tengah memperkatakannya. aku?? tak ambil port langsung. tapi bukan bererti aku tak ambil tahu..aku insan kerdil warga negara Malaysia cuma menginginkan keamanan, kedamaian dan keadilan. Tak kiralah siapa pemerintah Malaysia. yang penting...jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang adil dan saksama dengan menepati prinsip rukun negara.

apa yang penting...kerjasama. apa yang penting....telus. adil. dan saksama.

i love Malaysia.

good news

ya. sekadar nak berkongsi berita gembira. kan sebelum ni aku pernah post tentang aku penghidap eczima. syukur kepada yang esa bahawa penyakit tersebut sudah kian beransur pergi. pada bahagian jemariku sudah tiada kelibat langsung. pada bahagian lutut dan kaki ku, pun begitu. ternyata suppliment yang sang suami belikan di farmasi itu sungguh berkesan.

terima kasih tak terhingga kepada ahli farmasi yang introduce suppliment tersebut untuk aku dan suami. paling trimas kat suami lah. coz sudi melayangkan fulus membayo suppliment tersebut untuk diriku. =)