Friday, March 2, 2012

duitmu duitku jua..duitku duitku jua...

tajuk diskusi wanita hari ini tv3. cam seronok jer,kan??? tetamu undangan si Khai dan Rosma. Bini si Khai ni maintain jer mantoppp. semakin sweet gitu. daripada riak wajah mereka, sepertinya mereka melalui fasa rumah tangga yang bahagia, gitu. tahniah..tahniah..well, sepanjang mengikuti diskusi ini, mrsd terkedu dan geli hati apabila ada segmen temuramah kisah benar, pasal seorang wanita ni mengaku culture shock kawen ngan orang kaya. "kekadang sampai 5k shopping satu bulan. semua akaun suami, saya yang pegang. ke-5 akaun suami ada pada saya. termasuk card dan pin no. sekali. apa saya nak, saya boleh beli. duit saya, tetap duit saya tapi saya guna juga duit suami tanpa izin. salah suami saya juga tak didik saya dalam berbelanja. suami saya tak perlu bagi duit kat emak bapa dia pasal emak bapa dia pun kaya. ada business. baik bagi duit kat emak bapa saya. mereka lagi memerlukan. lagipula, saya nak berbelanja sesuka hati saya daripada suami berbelanja or ada perempuan lain. baru puas hati." lebih kurang cam gitulah dialog wanita yang dikenali dengan nama Zairin.

aku tergelak. fuyooo...punya baik suami dia, bagi semua $$$$ kat bini dia. tapi dalam hati aku. kekadang lelaki ni, ada udang di sebalik mee. duit boleh cari....jangan2 si suami ada bini lain kat luar, sudah ler. so, untuk cover rasa serba salah, dibiarnya isteri menggunakan duit dia sesuka hati. who knows....segala-galanya mungkin. nak duit ker nak suami, then?? hehe

ish ish ish...cam mana ek rasanya jadi orang kaya. boleh spend duit untuk apa2 jer yang kita suka...sweep sana sweep sini...money pula lai-lai tanpa pening2. hurmmm...aku mula berangan la pula. kalaulah aku kaya...perkara pertama yang aku nak buat, bayar aku nyer PTPTN. bolehlah gi keluar negera melancong and melencong bersama keluarga. lagipula, aku dan suami masih belum gi Honeymoon--->"tertunda" gitu. aku nak gi shopping bagai ratu. nak tu..nak ni..nak tu...nak ni...fuyooooo!!! bestnya.

tok..tok..tok...aku ketuk kepala aku sendiri. ishh indahnya angan-angan aku ni. angan-angan Minah Jenin. Bila buka mata, tup tup tup...jatuh menyembah tanah. menyempat pula berangan tinggi melangit ketika panjat pokok kelapa, yer?? 

apapun, aku bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui kini. well, sekarang ini semuanya hasil penat lelah suami. dan aku setakat jadi pengurus kewangan keluarga. so, aku tau la untung rugi turun naik "saham" pendapatan laki aku. takda maknanya nak bershopping sakan untuk diri sendiri. sedangkan berbelanja untuk membeli pakaian sendiri pun, jarang sekali. kena fikir berkali-kali. dah elok-elok belek baju, diri dah teringin nih...bila tengok harga. hati mula tawar nak memakai. mahal gitu..lebih baik beli untuk anak---->huggies. fuhhhh. makin mahal pula lampin pakai buang sekarang. lagi-lagilah Huggies Ultra, mahal sungguh. ari tu terbeli time promosi jer. sekarang takda promosi, harga mencecah rm50++.  nak bagi dia pakai yang murah-murah untuk jimatkan perbelanjaan hidup, kesian pula tengok kulit dia keradangan. so...huggies( merah) is the best untuk si kecik kami. . tak ada pula istilah duitmu duitku. pasal, aku tak "tax" pun duit suami aku. semuanya cukup-cukup untuk kami meneruskan hidup...duit cukup untuk makan..bayar bill ..kereta...minyak....kata orang, "masih boleh hidup lagi".  tu la pasal  istilah "duitmu duitku" tidak sesuai dalam perlayaran bahtera rumah tangga kami setakat ini.


Bersyukur selalu.

1 comment:

izan mama mia said...

ish...tgk juga WHI tadi.... :)

Post a Comment