Tuesday, March 27, 2012

aku penat mengidam!!

ya, terlupa nak dokumentasikan hal yang satu ni. mengidam. hadoiiiii lah. this second preggy sangat mengada-ngada. sebelum disahkan mengandung dah ngidam nak makan itu ini...teringat lagi ajak mrd gi makan Nandos kat jj bukit raja. ada sejarah plak kat situ, satu supermarket gelap gulita. maka makan dalam gelaplah kami. ishhh...tak cukup dengan itu, nak balitong pedas kat port klang. sambil makan balitong tersebut, sempat aku cerita kat nanny, siput ni lah yang aku nak sangat makan time aku ngandung si lolo. sampai termuntah kat tayar kereta. rupa-rupanya, aku mengajak hubby ke tempat kejadian merupakan ulangan bahawa si lolo pun bakalan dapat adik. hadeiii...kendian nak makan sejenis ikan di sarawak. ikan sungai yang dikenali sebagai "atuk lawek" or "masik lawek". yang ni....tak boleh termakbul langsung. aku suh bapa bawa dari sarawak, jarang pula orang dapat ikan berkenaan, katanya. bapa suh aku gantikan dengan ikan patin. hurmmm..tak teringin pun coz  atuk lawek dalam ingatan. kemudian, nak makan bak kut teh....selagi tak menghirup kuah panas bak kut teh, selagi itu aku terasa-rasa. dan...hari ini, satu lagi makanan yang agak sukar aku dapati disini telah mengganggu ruangan minda aku ni. Nasi kerabu. owhhhh...sedapnya. kenapa agaknya ya, time ngandung...kita nak makan benda2 tertentu dan imaginasi ketika memakan benda tersebut sangat menyeronokkan, sedap dan harus untuk di telan. susahhh weiiii..i m sick of this kind of craving. kalu mudah dicari, tak per. ni...nak dapatkan kat mana ek???? dan ko orang nak tau...selagi tak makan menda tu, dalam hati terasa sangat kecewa, terkilan dan mudah terasa hati. ya...cuma aku tak tunjuk sangat kat suami. ye lah...mesti suami aku kata aku mengada-ngada nak itu nak ini. hakikatnya tidak...its come out of sudden, OK. tak di rancang. huhu....aku pun tak nak mengidam2 nih. dulu time si lolo, tak seteruk ini apa yang aku inginkan. relax jer...nak kenny rogers la...nak kfc lah...nak mcd lah...kan senang cari semuanya tu. bawaan budak....bawaan budak. sabar jer lah aku. huhu ni baru first semestar...how about second and third semestar nanti?? peninggggg3.


No comments:

Post a Comment