Friday, March 23, 2012

Anak sakit lagi

jam kat lappy dah menunjukkan angka 4.02am. mrsd still terkebil-kebil layan fb. hurmmm..bukan fb mrsd punya tapi mrd punya fb. well, mrsd dah masuk share ngan suami dah...sharing is caring. hihihi ada ka orang buat cam gitu ek?? apa yang dipost kat wall suami adalah pesanan dari si isteri. mesti orang pelik tu. tapi mrsd (mmyLolo) after post update kat wall mrd. so, pandai2 ko orang lah nak nilai, ni laki dia ker bini dia yang post ni. hahaha...

sepagi begini mrsd tak dapat memejamkan mata. tadi si kecik muntah. sangat kesian pula melihat dia yang agak terseksa nak batuk. rasanya ada kahak mengeras kot kat kerongkong dia. everytime nak batuk, dia menangis. cam penat jer dia nak batuk. plus, dia tak pandai nak batuk pun. hadoii...nak makan pun tak lalu beberapa hari ni. makan sesudu dua, terus muntah balik. nasib baik menyusu dan minum air kosong boleh lepas. semalam mrsd dah bawa dia ke klinik. doktor kasi ubat demam, ubat batuk dan antibiotik jer. tak tau cam mana nak request untuk cairkan kahak dia. dahla sebelum batuk menjenguk, dia demam panas. rupa-rupanya gigi nak tumbuh..tido dia pun tak menentu. tengah malam menangis sampaikan mrsd risau yang teramat sangat. apa taknya, budak ni sampai menggigil-gigil tapi rasa badan dia sangat panas. lantas mrsd kejutkan suami bawakan dia ke hospital. konon-kononnya, kecemasan. hampeh....cemas lah sangat. 2jam30minit juga menunggu. hadoii.

dah sembuh yang satu tu, sekarang penyakit lainnya pula menjenguk. pity little gurl. tido asyik merengek-rengek. tubuh aku ni beberapa kali dah bermandikan muntah dia. sekarang baru terasa beratnya tanggungjawab menjadi seorang ibu..ditambah pula dengan keadaan diri sendiri yang sarat dan melalui morning sickness begini. dengan peningnya..dengan loyanya...lemah....phieww. betul-betul satu cobaan dan cabaran buat mrsd. kekadang kesabaran mrsd hilang gak. ialah...bila diambil, menangis. diletak meraung. tak tau apa yang perlu dibuat. rasa nak naik jer penampo kat muka si kecik...huhu...ialah, mrsd sendiri tengah melayan rasa yang kurang menyenangkan pada diri sendiri ditambah pula perangai si kecik yang "macam" mengada-ngada. well, aku tak berniat pun nak menampor dia. huhu...saja kata2 ganas terkeluar tatkala kesabaran sudah sampai ke kemuncak.

oklah, mrsd nak membaringkan diri. jam 6am kena antar adik mrsd keja plak, kat hospital. ari ni mrsd ajak dia datang bermalam di umah mrsd coz mrd gi outstation. ye lah, anything happen, ada gak orang yang berpengalaman bersama dengan mrsd. ada juga perasaan lega ditemani oleh seorang missy. hehe... k lah, nak tido dah ni. 

thanks la kepada sesapa yang follow2 mrsd nyer story-mory... =)
peace.

2 comments:

izan mama mia said...

mg anak cepat sihat yer...pregnant ker? dh berapa bln?

Mrs. Daniel said...

anak mrsd still lagi sakit. tapi undercontrol dah. yup. mrsd preggy lagi. rasanya 6 minggu dah kot. huhu

Post a Comment