Wednesday, February 29, 2012

Response ko plak?

hurmm...kekadang apabila kita membaca post orang kat facebook or entry orang kat blog, macam-macam ada. macam-macam rasa yang disampaikan dengan pelbagai gaya penyampaian bahasa. rojak gitu. bila nak maki, kuarlah bahasa omputeh. bila nak berjiwang tu, susunan bahasa dia, sasterawan sungguh. tak kisahlah. itu hak masing-masinglah nak post apa yang mereka suka. kekadang buatkan aku tersenyum. kekadang buatkan aku mengerut dahi. dan kekadang menimbulkan baran di dalam hati. 


tapi...semakin lama aku semakin dibius dengan semuanya itu. lantaklah ko orang nak post apa. itu yang ko orang rasa. yang ko orang nak orang lain tahu apa yang ada dalam isi hati ko orang. dan pelik...kekadang aku terasa gak. tapi kemudian bila aku baca kali kedua dan ketiga, muka aku ni bagai disimbah air. aiehhh...kenapa plak aku terasa ek?? aku tak da kena mengenapun dengan orang ni. tak ada kena mengenapun kehidupan aku dengan orang ni...dan aku akhirnya tersenyum bangga. 


aku kalis peluru sesat berbisa. buat apa nak susah-susahkan kepala otak dengan catatan orang,kan?? even kalau orang shoot aku pun, rasanya aku tak kisah kerana aku kini berada di "pulau jerjak", dengan dunia aku sendiri...tapi aku tabiklah orang yang begitu "free" dalam menyampaikan idea mereka untuk tatapan umum menggunakan bahasa-bahasa yang 'manis di pendengaran dan penglihatan'. Teringin gak buat cam gitu..tapi, bila aku dah type or publish post, tak sampai sehari, aku delete pula. coz, thats not me...not my way. sorry. so, dalam penulisan aku...aku lebih baik fokus pada sesuatu yang aku tahu. tentang diri aku ker..keluarga aku ker...yang penting tak menembak mana-mana pihak untuk tujuan menyakitkan hati orang. kalau ada, sorry.

No comments:

Post a Comment