Thursday, September 29, 2011

Terima Kasihku

Owh...Owh...this is the day. I m getting older and older but i refuge to grow up!! heksss....Happy birthday to me. Big hugs. Syukurku panjatkan ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang sentiasa diberikan buat diri ini dari hari ke sehari, bulan ke bulan, tahun ke tahun sehinggalah aku berusia  33Tahun. Woww...what a number!!  Banyak yang telah aku lalui sepanjang hayat ini. Suka duka, masam manis, turun naik kehidupan. Tuhan sentiasa memperhatikan aku. Memberikan aku peluang untuk kembali kepadanya. Terima Kasih Tuhanku. sinners prayer. Terimalah pertobatanku, Ya Tuhanku.


Terima kasih buat ibu yang melahirkan aku. kini setelah menjadi ibu, betapa aku tahu kepayahan untuk melahirkan. separuh mati. Terima kasih buat ayahanda tercinta. Kasih sayang kalian telah membesarkan aku menjadikan aku seorang insan seadanya aku kini. Terima kasih kerana melayan segala karenahku. kenakalanku. Banyak yang telah kalian lakukan. Terima kasih tak terhingga ayah dan ibu. Sayangggg kamu berdua dunia akhirat.

Terima kasihku buat adik beradikku yang sentiasa menyayangi aku. Ubung, lenjau, usun, wan, udip Lusat, saging, telon, jau dan lawai...Meski ada masanya kita berselisih faham. Tapi ada juga masanya kita bergumbira tak terhingga. Biasalah...sedangkan lidah lagi tergigit. I love you all. in case tak sempat menyatakan kepada kalian semua. Sungguh-sungguh aku mengasihi kalian. Maafkan aku terkadang aku seorang yang degil dan egois. apapun, terima kasih kakak, abang dan adik-adikku sekalian.

Terima kasihku buat sanak saudara yang sentiasa memberi sokongan di dalam kehidupan ku. Kehadiran kalian memberi semangat buatku dalam mengharungi kehidupan yang penuh duri ini.

Terima kasihku buat teman-teman yang menjadi penghiburku. Terima kasihku buat kalian yang memahami aku. Yang sentiasa menemani aku dalam suka dukaku.

Terima kasihku buat insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung yang pernah hadir di dalam kehidupan ini. Kalian menjadikan kehidupanku penuh dengan warna. macam-macam ada.

tidak terlupakan, terima kasihku buat suamiku yang terchinta dan menchintaiku. cinta tulusmu terhadap diri ini telah menjadi kekuatan buat diri ini. terima kasihku kerana sabar dengan karenahku yang tah apa-apa. terima kasihku kerana menjadikan aku seorang isteri. terima kasihku kerana menjadikan aku seorang ibu. terima kasih atas segala-galanya, sayang.

dan..si kecikku sayang. terima kasih kerana hadir dalam kehidupan mommy. betapa kehadiranmu menjadikan mommy sempurna sebagai seorang wanita. Menjadikan hidup ini serba lengkap dalam ketidak cukupan kita. Terima kasih kerana sentiasa mengingini mommy setiap masa mendampingimu. terima kasih, sayang.

Akhir sekali...terima kasih kehidupan. Hari ini aku mampu bangun semula dari tidoku. terima kasih kerana setiap hari adalah hari baru. Terima kasih kehidupan kerana sentiasa memberi harapan buat diri ini untuk menjadi lebih baik dari semalam. 

Happy Birthday 33 Mommy!!




2 comments:

ciK LyndaWawa said...

happy birthday!!x macam umo 33 kitak eh..=]

Mrs. Daniel said...

:yerdeh..iboh angkat kamek gilak. kamek berat tok..haha..tq kitak.

Post a Comment