Showing posts with label aku dan thesis. Show all posts
Showing posts with label aku dan thesis. Show all posts

Monday, February 27, 2012

hi..i m back

hola uols...i m back. mrsd baru jer dapat lappy mrsd dari mr. harvey norman. semua kena replace....so, i m happy to face my laptop once again. yabeduuuuu...so, uols per cer?? hidup cam ner?? hopefully, semuanya berjalan dengan lancar...baik..dan happy2 disamping orang tersayang dan menyayangi. well, this is just mrsd punya intro. almaklumlah, ladang tuan tanah dah berumput rampai nih..nak upah orang potong, tak mampu pula. hehe....

well, buat masa sekarang, mrsd tak da menda sangat nak share n story-morykan. ya..banyak yang mrsd nak kongsikan bersama anda. opsss...bukan itu sahaja. actually sebagai dokumentasi buat diri sendiri juga. february pun dah menghampiri penghujung. sudah pasti, kembali lagi rutin mrsd yang kecohhhhh. thesis mrsd masih tergantung der....well, orang cuti. buku pun cuti. orang belajo, mrsd pun buat2 belajo gak lah...haha. ni tengah mencari orang nak mengedit language mrsd ni. hadoiii...

loves
mrsd

Friday, January 13, 2012

ambik batu timpa kepala sendiri

fuhh... semangat-semangat. kata hero selalu lambat yer??..hambiq ko punya hero. haha..bila dalam keadaan desperado dan mendambakan masa, kepala ini bagaikan menunggu sebijik batu menghempap tempurung kepala yang degil, yang tak serik-serik dan yang selamba cool kononnya ini...padahal separuh nyawa dah melayang.

aku tau, ari ni merupakan date line hantar draft thesis kat faculty. aku tinggal nak letak appendice dan bibliography jer lagi termasuk gak page number. ishhh..kacang, detik hati ku. semalam, aku buat keje...tapi separuh-separuh jer lah. kepala berdenyut. mengantuk gilerr...so aku tidokan diri di samping sang suami yang setia menemani diri ini sepanjang beberapa bulan ini dipejabat. 

pagi tadi terjaga dalam kejutan. ehh..pukul berapa sekarang?? hadoii..dahlah aku mimpi buruk. mimpi ibuku dan suamiku bergaduh. perang besar....entah apa yang buat mereka perang sampai nak hempuk2 katil. aisehhman..cuma yang aku ingat, ibuku berkata "ko kata, ko nak jaga anak aku. tengok apa yang ko buat kat dia?! emak tak suka anak emak diperlakukan sukati jer. kalau tak nak, bagi balik anak aku". fuyooo...marah sungguh emak. tak pernah aku lihat dia semarah itu sepanjang hidup ini. nasib baiklah mimpi semata-mata. Bila aku terjaga, suami pun ikut terjaga sama. teringat akan mimpiku..aku share kat suami. suami diam jer. tapi dialognyer aku tak cakap kat dia. takut dia tersinggung plak. hihi..dialog dalam mimpi bah tu. huhu...

kemudian pulang umah, mandi. and bawa myLolo gi klinik. tau jer lah..prosedure kat klinik kerajaan ni. terasa nak jer aku bagi tau, "cancel,lah. aku ada keje penting nak buat.". lastly...kuar dari klinik jam 12pm. hangin tak hangin aku. tapi tak apalah...atleast aku dalam keterdesakan, jalankan juga tanggungjawab aku sebagai ibu. aku kesian tengok si kecik aku kesakitan and kegatalan. kalau aku ditempat dia, mesti aku bising memanjang.

well, back to the story. kendian, i bawa we all lunch bersebelahan dengan kedai speedmart. oklah..makanan dia pasal we all serbu time panas2 lagi. sesudah makan, bb dan nelly aku hantar pulang. aku pecutkan kereta laju menuju ke opis laki aku. dalam kepala otak aku "alah..tak banyak lagi..senang jer pun...". haha..suami plak call. "mrsd, ada lori antar barang kat opis. tolong buka opis,ek?.". wooh...aku pun hangin gakkk..aku dahlah nak cepat. aku set, by the time 3pm aku dah gerak ke JO. perghhh...selesai kerja memunggah, lebih kurang jam 1 lebih. aku masih lagi berbisik dalam hati..sempat...sempat...so aku naik office. aku pecut mana yang nak buat. tetapi........bila aku transfer ke komputer suami. nahhhh...berteraburan setting lari. aku adjust lagi.

dan...aku semakin tidak keruan. angka 3, lepas. angka 4, lepas. angka 5. woahhh...lutut aku dah menggigil. tapi aku buat cool. aku tanpa segan silu  minta tolong suami masukkan 'lidah' chapter. dia pun cam blurr jer...lama lagi u guna kom i?? mak aihh....bengang siut dalam hati. tapi still i buat cool. "weii...aku ni nak hantar keje ni. ko boleh tolong tak?!!" kataku menahan geram. luckyly, dia sudi tolong. tapi aku ugut gak lah. "tadi ko minta tolong, aku tolong. sekarang aku minta tolong, nak mengeluh-ngeluh pula." hamboii..lancar jer bahasa kureng hasam keluar berdebuk dari mulut ini. haha..time2 cam gini, jangan dijolok sarang tebuan. kang kena sengattt tak pasal-pasal. 'kawan aku kata, baik akak minta tolong husband, suh husband tolong akak sekali'.  buduhhh. itu jawapan yang aku terima. kalu aku tak keje, siapa nak buat keje aku?, kata suami geram . ieyelahh... sebab tulah i tak pernah minta tolong ko pun. aku lalui sendiri. walaupun sibuk, aku bawakan juga anak ke klinik. tak sanggup tengok dia sakit, tak ada aku minta tolong ko. kecuali terdesaklah. cuma waktu malam terpaksa ajak ko temani diri ini dipejabat. pasal aku ni penakut. kalau tak takut, oh yeah...aku boleh jer duduk sorang2 kot. tapi aku pemalu. haha..sempat berdialog bikin hati panas sama suami. 

Tapi, aku faham keadaan suami aku. thats y aku tak demand pun..kalau bukan dia yang uruskan company ni..siapa lagi. kesian dia...jadi boss dan kuli dalam satu masa. bukan senang you...dahlah keje berat2 plak. angkat itu ini masuk kete, sampai kete pun dah uzur sekarang. siapa nak jawap tu?? huhu kalau orang lain, dah lama blah dah...bravo laki aku. nama pun DANIEL,kan?? seorang yang kuat dan macho!! i loike..hehem

dann...aku still gak kalut. ni nak gi binding lagi...sampai jo lebih kurang jam 7.30 or 8pm. office mesti dah tutup dah. aku mula terbayang masa depan aku. owhh tak sanggup aku. tapi hati kecil ini berkata, "setiap sesuatu ada penyelesaiannya. bersabarlah." dan yes. aku akur dengan bisikan hatiku. "hello..cik A, kat mana sekarang?" intro aku memang kurengg hasamm jugalah. "kat office." office Jo?, tebakku laju. iyer. eeii...cam mana ek, rasanya aku ni tak sempat nak menghantar kat jo sekarang lah. napa?? aku..bla bla bla...reasons.  owhh..ok. takper..hari isnin boleh hantar lagi.  pergghhh!! kepala ini bagai disiram air. syukurrrr!!!

nah...sekarang, aku ada dua hari untuk settle masalah aku. should be no problem on monday!!! suami plak..pot pet pot pet...pasal aku tak kemas meja dia. ialah...orang in hurry, bah. agak-agaklah. hadoii...pening pula kepala ni. tak sabar nak balik. malam ni tak nak turun opis. tak nak buat thesis. nak gaul ngan anak jer. esok jer aku full concentration. tak cukup tido buatkan aku layu dan akhirnya terkandas performanceku. huhu...

semangat mrsd!!!

correction Mode menanti!!

semalam aku hantar draft thesis kat supervisor aku. katanya, malam nanti aku baca. hurmm..besok aku bagi, then apa-apa correction, esok awak type semula. OK. tapi prof.... banyak sangat error dalam sana. its ok. namanya pun belajar. tak ada manusia yang perfect. (tapi dalam hati aku masih tergaru-garu...) biar betul prof ni. nanti dah baca, baru tau. (aku sebenarnya was-was). "kalau dah siap esok, aku sms then u datang lah."

hari ni hp aku kong batt. rupanya dah 3 kali prof dah call aku. aku sms jer..."selamat petang Prof. i m otw to shah alam. i dah boleh datang amik draft tu ker?" owh..berapa minit boleh sampai sini? 30 minit prof. so, aku pun guna jalan kesas. kurang sikit sesaknya. then aku potong lagi satu highway, baru semalam guna highway tersebut. lancar jer perjalanan tapi kena tol 1.20. hurmm..tapi aku sampi faculty lebih awal dari 30 spt yang dijanjikan.

sampai fac. tak da tempat parking. hurmm..masalah betul. si kecik aku angkat naik dan nelly tunggu jer kat kete. ialah, aku main hentam jer parking kat bontot kete pekerja fac tak kira kerani, lecturer or pekerja am. risau gak kalau-kalau mereka  nak kuar. 

naik lif ke tingkat 4. terkedek-kedek bawa si lolo. dia tak nak ditinggalkan dalam kete. aishhh..anak emak, kan. lepas tu, aikk ada orang jumpa prof. ho ho ho..mereka pun tengah buat correction. aiseyymann...rasanya aku lagi teruk kalau cam gini. dannn...

wokeh mrsd..tadi i call ingat nak suruh u tak payah datang. just nak inform you...i tak habis lagi nak baca semua thesis you. i like it..cuma...haha..itu yang paling berdebar. CUMA..hadeiii...tapi aku 'macho'kan diri. semalam tak habis nak baca lah...language problem. haisehhhman. aku angguk. aku sedia maklum. kan aku dah kata...aku tak baik dalam bahasa ong puteh ni..lagi-lagi liberal punya language..mampuihhh ehh...aku main entamm jer tulis. "tak kisah ker?? i tulis guna pen merah ni?". tak kisah prof, janji  lepas ni senang i buat pembetulan...ikhlas aku katakan gitu.

oklah..tak ada apa-apa dah. u balik lah. nanti bagi i masa utk baca semuanya. tak kisah,kan?? takkk prof. actually bersyukur juga pasal, aku tak anto edit or translate pun karya aku. semuanya ikut bahasa kepala otak aku. so, i accept it and i deserve it. tak kisah pun buat correction...yang penting....aku dah dapat anjakan paradigma. aku nak grad gak sem ni....dah tak sabar nak bersama si kecik. 

ari ni aku free sikit. segala macam pasal thesis aku letak tepi. aku tido jer...syiokkk owh tido atas tilam semalam. aku tido sampai tengahari, balas dendam. heee...tapi, malam ini, aku mula lagi....coz esok nak hantar soft copy kat fac. "pekakkan telinga jer nanti, sementara i abis dengan correction yang ini". thanks prof.

sebenarnya aku pun dalam HOLD ON mood. nak happy tak boleh pasal masih tersekat...akaiii daii...  jiayo mrsd. buat jer apa yang patut. lain-lain let God.

Tuesday, January 10, 2012

90% debaran memuncak

giler aku tak berdebar??!!esok adalah hari yang penting buat aku. 11/1/2012 aku akan menghantar soft copy binding comb thesis kat faculty. hurmm..rasanya esok pun ada thesis preview. wahh....aku tak buat apa-apa lagi untuk preview tu.. tengoklah nanti, kalau sempat aku buat kat ilus n print AO jer, than tampal kat dinding. cuma..aku tak prepare utk bercakap jer lah.. hadeiii.. ishhh tak sabar semua ni berakhir...tinggal sikit masa jer lagi me. bersabarlah....tapi...momentum hati aku kuat mengatakan...aku nak grad cepat!!!! aku nak pulang  ke pangkuan anak tercinta. bukan anak pulang ke pangkuan aku OKEH!! pasal aku yang tinggalkan dia...huhu

aku sangat ngantuk plak skrg. time ni lah ngantuknya datang. tapi kalu aku terusan nak perah otak, rasanya tak berjalan. dah cam zombie plak buat keje..separa tido n sedar. so, lebih baik aku tido, kosongkan kepala otak aku dan bangun dengan segak dan bergaya selepas itu.

bah, tido dulu ku.

Sunday, January 8, 2012

Finale Gambate

pray for the best. today is my last gambate to altering my final draft. wahhh...nampaknya masa agak suntuk bagiku. my body is very weak...kekuatan fizikal dan kekuatan mentalku agak jauh berbeza. gerak hatiku begitu kuat mengatakan yang aku mampu bertahan bersengkang mata, tapi kepala pula berdenyut-denyut dengan pandangan yang kabur. Ya, apakan daya keupayaan fizikal membatasi semangatku. huhu..apapun, takkan mengalah hingga ke titik terakhir. go mrsd go!!! u are almost there!!! Gemilang itu semakin menghampiri......berdebar di hati. 

Kuatkan semangatku ya, Tuhan. aku perlukan kekuatan dariMU. Amen.

Sunday, January 1, 2012

Sabar jer lah...

dari kejauhan...sayup-sayup kedengaran bunyi hiruk pikuk suara manusia berdansa kegembiraan menyambut hari pertama tahun baru. wah..seronoknya mereka. betapa meriahnya warga TAMAN TUNKU menyambut kedatangan 2012. Dengan mercun dan bunga api yang tebabum dan liplap, aku semacam nak excited gak. tapi..mengenangkan aku masih lagi berada di 'pertengahan alam', tiada kudrat untuk aku bersuka ria. aku hold dulu perasaan suka-suki ini..Kegembiraan christmas aku pun tak ngetoppp. semuanya dalam peringkat HOLD ON. Tungguuu.....masanya akan tiba. Pasti gempak sambutan tahun baru di kampung ketika ini. Tak sempat pun nak gi jenguk kubur mendiang abang Linus. maafkan aku, bro. kau tetap manis di dalam ingatan ini. miss you so much!!...paling tak best, alang-alang dah balik kampung tapi tak turun 'padang' untuk picnic. aisehhhman...

aku?? masih terkebil-kebil mengadap lappyku. aku pun tak tau progress sebenar jadual untuk penghantaran thesis dan segala macam yang berkaitan dengannya.  Agaknya apa ek terjadi kat kampus sekarang?? dan...paling menyedihkan, sudah dua kali kerja aku terOFF tanpa sempat untuk diSAVE. cuma Tuhan saja yang tahu isi hati ini. Walau bagaimanapun, tiada gunanya aku menangisi segalanya. yang penting..aku teruskan progressing. apa yang terjadi kemudian, biarlah dulu. tinggal sikit jer lagi untuk disettle. apabila balik nanti...aku cuma berharap agar draft lengkap aku diterima oleh supervisorku. phieww.....inilah yang dikatakan risiko. Tak nak memikirkan perkara negetif, aku harus kental...mungkin ini salah satu kot azam baru aku. bersikap kental, berani dan tabah mengharungi segala kegetiran hidup.

rasanya...segala kepahitan dan kedukaan dalam hati ini harus aku tenggelamkan di lautan China Selatan. Selamat tinggal penderitaan. aku nak delete semua memory-memory luka yang menyayat hati...sebaliknya, menghiasi hati ini dengan ketulusan. dan...aku tak nak ingat apa-apa pun pasal hal tahun lepas...jangan ingatkan aku.

tak sabar nak grad. nak mulakan hidup baru...dan paling penting, telah lama si kecilku tidak mendapat sepenuhnya perhatian dan kasih sayang dari ku. kesibukan membuatkan aku sering mengabaikannya..kesian my girl. oh ya...dia dah mula belajar berjalan. paling best..bapa aku telah mengira setiap langkahnya...paling jauh, 8 langkah. hehe..syabas gurl.

banyak yang aku nak kasi cerita uols. pengalaman balik kampung sangat bermakna kali ini. dah lama tak balik kampung, uols. kampung betul-betul kampung ok..no internet..no connection....agas banyak. haha... next time aku cerita. 

skrg masa utk terhegeh-hegeh buat keje...ish ish ishl...tahun baru ba ni. tapi aku?? tak pa lah. masa aku akan tiba juga lepas ni...sabar mrsD oK!

ciao!

Tuesday, December 20, 2011

penatnyer..

mengantuk yang maha hebat. takleh nak bertahan. nak tido kejap. dlm hati xcited nak balik kampung. dua tiga hari ni shopping marathon. penat sangat, jln kat GM klang. satu menda pun tak menarik minatku. huhu..thanks eh to mr. d yang belikan kiter adiah xmas. hehe. syiookk owhh.
oklak nak tido kejap. perjuangan masih diteruskan sehingga ke titik akhir. gendong buku balik kampung la aku nampaknya ni. hopefully dapat sumber inspirasi.

rasanya akunyer body sesangat exhausted. tak sabar nak lalui tempoh ni. nak rehat puas2. nak tido puas2. nak recharge energy. muka pun dah ketara nampak tua dr usia coz tak cukup tido. huhu

sleep now. nyte all.

Saturday, December 17, 2011

zombie tak zombie

hadoiii lah....mata dah kelat ni.. kepala dah macam kat awang-awangan jer...phiewww..so penat me. semalam pun cam gini gak. sepanjang hari tak tido pula..rasa cam zombie kot. ni yang buatkan aku bila orang cakap, masuk telinga kiri kuar telinga kanan coz aku membatu. hotak dan perasaan melayang..biasalah, kalu tak cukup tido,kan?? cepat berang juga.

malam ni aku tak bawa my gurl. aku tinggalkan dia ngan nanny dia kat umah. tak leh lah nak bawa dia. ari tu aku bawa coz aku yang tak tahan rindu berjauhan ngan dia. atleast bila penat, leh gi peluk dia. tapi masalah lain plak timbul. dia yang over mengacau mommy sampai tak leh buat mende. huhu...tahlah, dia bertambah manja sekarang ni. sangat manja..nak kena dukung memanjang. bila letak jer, nangis cam apa..dulu ok jer. mungkin coz dia merasakan aku dah tak lagi beri tumpuan kot. busy memanjang tapi keje tak gak siap-siap. helppppp!!!

ni nak pulun gak ni. kena antar ari selasa ni kat supervisor. fuyooo....macam bangang dah kepala hotak aku. kusut. serabut. haiyoo...paling benci nak menambah statement kasi sokong wa punya writing. haiyooo...mana nak membaca, menaip, mendesign...aku cuma ada beberapa hari jer untuk semuanya itu. bak istilah yang selalu diguna pakai orang...sesak napas eden lah... huhu

oklah..nak sambung keje balik. tapi...tetiba perut ni cam grrrrrrr meradang minta di isi. hadoiii...ada-ada jer lah time2 cam gini. baik-baik ko di sana...

loves,
mrsd

Thursday, December 15, 2011

ku temui kekuatan

hari ni mendapat kekuatan diri. membuat kerja dengan tenang tanpa gangguan emosi. thanks kat husband yang memahamai. apapun, kali ni rasanya mrsd confirm jd balik. itu pun bergantung dengan usaha mrsd beberapa hari ni. sentiasa ada option dalam kehidupan ini. dont worry so much about life. God knows. i need to go home, which is far2 away from modernization. and most of all, its time for family gathering. and its time for thanksgiving esp becoz Lord heal my father from his illness. and it is the first time for my husband to see my so-called kampung. my mum must be frust if she knw me n my gurl not going back. know what, my mum bekerja keras pelihara ternakan semata-mata menunggu anak2 pulang. tak sanggup aku kecewakan bondaku itu.

not to forget to thanks nuffnang yang sudi lagi menderma buat SIMplYuS blog meskipun mrsd dah agak jarang update blog . sayang awak nuff.

back to serious matter. time to perah hotakk sementara my gurl sedang leka bemain dengan nannynya berlatarbelakangkan lagu 'here without u baby.' tetiba bayangan senyuman seseorang bermain di kepala hotakku ini. miss you beb! peace every1. nytes.

Wednesday, December 14, 2011

tension tahap gaban

mrsd sangat busy sekarang. tension sesangat! terkejar2 mode. ni nak balik christmas lagi ni. hello? this is my gurl first xmas ok. ofcourse ler xcited. datuk nenek dia dah tak sabar tunggu dia balik. nak buat cammana ek? geramnya mrsd dgn schedule yang ada. mrsd pun satu. napa la beli ticket airasia tu awal2 dulu. ye lah, time pantang dulu, senang2 klik everyone can fly. hampehhh.nah, tengok sekarang. yang murah dah jd cam membazir if i cant fly. huhu. boleh refund ker ticket airasia tu agak2nya ek? tak suka lagu ni.

oklah. back to serious matter. ciao!

Monday, December 12, 2011

sorry uols

hi uols, mrsd nak minta maaf bebanyak. mrsd sangat sibuk kebelakangan ini. boleh d katakan office my husband dah jd umah no 2 kami beranak. well, mrsd biasalah. bila buat keje perlukan space besar. buku plak berterabur atas meja. haha tp tak boleh d kemaskan tau. nanti lg bingung msd nak mencari apa yg mrsd perlukan. ya, lain orang lain caranya.

oklah,mrsd dah berkira2 nak pejamkan mata dah ni. niat d hati nak terus buat keje tp mata dah kat tak boleh dah. badan pun rasa semacam jer. agaknya badan mrsd kasi isyatat suh rehat kot. hehe. nah. mrsd rasa nak menaip pun dah tak larat ni. harus logout segera sblm tertaip bahasa alien. hihi

nite uols.

loves
mrsd
4.35am

Friday, December 9, 2011

dah sampai limit...

halamakkk!! 6.07am already lorrr...hadoiii...dah pagi dah pun. cuma kelibat sang mentari belum kelihatan. triplet masih lagi nyenyak tido. dari working station mrsd kedengaran bunyi keletunggg keletanggg tong gas berlanggaran. restoran bah kut teh next door dah mula beroperasi seawal jam 4.30 tadi. setiap pagi mrsd balik umah kelihatan sekumpulan apek tua yang menjadi pelanggan tetap restoran ini. sihat pula ek makan daging hari2..huhu..ishh terkecur la pula air liur mrsd. dah la kelaparan perut mula mengintai. minta di isi lah tu...

mrsd pun dah tak larat nak berkarya dah...mata memang totally dah kuyu dah ni. nak tido, kejap lagi nak balik umah plak. haiyooo..macammana ek? engine dah slow sekarang..tak boleh dipush lagi..Limited edition juga aku punya kepala hotak ni....yang mrsd tau sekarang, kelihatan my lovely bantal busyuk melambai-lambai memanggil mrsd. cukup tergoda mrsd dibuatnya. haha..mrsd prefer bantal busyuk daripada daddynya si lolo. susah ni ada bantal kesayangan....habit.. habit... sayang suami ker sayang bantal?? saya sayang bantal busyukkk saya!!! haha..perlu ker nak kasi tau nih?? bah..celoteh pagi hari. merapu gitu...

ya..ada baiknya mrsd gi bancuh teh tarik segera bagi mengisi kekosongan perut yang dah mula berkeroncong berdondang sayang dengan rentak irama dangdut. nasib baek lah semalam mrsd rajin gak bawa bekal, sebungkus roti gardenia. enak di makan begitu saja...la la la...sorry ya, kat sarawak tak da roti Gardenia..hihi..

oklah...semoga hari ini lebih baik dari semalam. Pintaku, berikanlah kedamaian dan ketenanganMu ya Tuhanku di dalam hati ini. semoga keikhlasan sentiasa menghiasi ruangan hati mrsd sepanjang hari ini dan masa akan datang. 

ow owhhh kedengaran rengekan tangisan si kecik. got to go...teh tarik kinggggg mari satu!!! bancuh sendiri la weii..haha...


Perjuangan belum selesai

anda masih berjaga lagi saat ini?? hurmm..anda tak keseorangan. ada aku menemanimu. walaupun kita saling berjauhan dan tak bersua muka. apapun...semoga kita sama-sama niatkan diri dengan ikhlas dalam melakukan apa yang kita lakukan. tabahkan hati menghadapi segala cabaran mendatang...meski...sebenarnya hati ini teringatkan bantal busyukkkku!!! alangkah indahnya dibuai mimpi ketika ini....tapi apakan daya, perjuangan harus diteruskan selagi belum usai segala kemelut yang bertautan ketika ini. semakin sesak nafassss!!

oklah...selamat beradu dan selamat berjuang. jiayo-jiayo!!

Thursday, December 8, 2011

akhirnya...

4.56am....yesss!! i berjaya siapkan ke-30 set design. phiewww...lain-lain hal, akan diperhalusi kemudian. yang penting dominan punya tugasan dah siap. tinggal nak scanning lagi..hadeii..macam-macam kerja. leceh weii...luckyly, my gurl tidak terjaga sepanjang mrsd berusaha dengan tekun buat apa yang patut. Cuma awal-awal tadi jer...

ok..now time for me to sleep. uols dah bangun kot time ni...dah ready gi kerja pun ada kot. or ada yang busy memasak di dapur dah ni. macam jiran depan umah mrsd. subuh2 dah ketunggg ketanggg ketunkkk ketankkk memasak. itu tak kira lagi bunyi tumbukan lesung yang bertalu-talu. opss..orang atas suka menumbuk. tak tau lah..tumbuk sambal or tumbuk pinang...suasana ala-ala bersahur gitu.

wokehhh....mrsd nak logout dan tidooo. ho yeyy!! bolehlah menyelitkan diri di antara si kecik dan si daddy. hehe..tapi kena bangun plak jam 7.30am. hantar anak dan nelly balik umah...mandi...datang semula. phieww..jam otak, makcik cam gini wehhh...or, maybe ada option lain kot, kalau nanti mrsd termengantuk yang maha hebat, jam 10.30 or 11am mari pejabat lah...haha...

bah uols...happy day and peace!!

loves,
mrsd

coretan di pagi buta

selamat pagi uols...
sekarang pukul 2.19am,tau. bukannya pukul 2.19pm. huk huk huk...mrsd cam biasa. berjaga... terpaksa. kalau tak, deras jer mrsd menarik blanket kat umah. syiokkk bah tido. huhu... mrd, kecik dan nelly dah fly away menganyam mimpi..cuma si kecik terkadang terjaga dan nanges memecah keheningan pagi yang sepi...haruslah kerjaku tergendala seketika. 

saja mrsd nak rehat kejap...penat dah tangan menari-nari tracing design. syukur coz dah lepas 20 set ...tinggal lagi 10. rasanya pagi nanti boleh siap kot..huhu..target siap sebelum jam 5am. boleh tido sejam 2 sebelum pulang umah. mandi, dan datang lagi ke opis..haiyoo..my world..my world...

oklah...nak teruskan perjuangan la pula. tidolah uols. tido erat-erat....mimpi yang indah-indah..lupakan segala kebencian yang bertakhta di dalam hati. Penuhi ia dengan doa kudus...

loves,
mrsd

Wednesday, December 7, 2011

hari nak hujan

yayyy!! its time to go backkk!!!..ecehh..cam happy sangat. well, mrsd memang rasa happy pon coz sebentar lagi akan ketemu si kecil insan tersayang. jauh-jauh rindu-rinduan. dekat-dekatan bau taik ayam...wakaka..ni nak gi gaduh ngan si kecik mrsd. Budak ni time mrsd sibuk nak memasak, dia pun nak join sama...nak kena pegang. semalam terkejut dengar dia tetiba menangis tatkala mrsd tengah bersiram. rupa-rupanya si kecik gi mengintip mrsd di bilik mandi. bahaya ni budak...hadoii...dah mula kenal arah dan kebiasaan. nanti pandailah dia gi cari kat mana kita berada.

sepanjang minggu ni, mrsd terkesan satu perkembangan si kecik. oppss..sepatutnya kena tulis di ruangan si kecik menda ni. tak pa lah..len kali update. my kecik punyai ingatan yang baik...good. si kecik hari tu main kat tingkap. kendian ternampak cicak gerak-gerak. eiiii....dia pandai takut. apatah lagi dikacau oleh si auntie dan si nelly. semalam, tatkala mrsd baring-baring...si kecik gi la kat tingkap, tetiba dia meluru ke arah mrsd, menangis. terkejut mrsd. dia tengok ke arah tingkap..rupa-rupanya cicak. siap pandai lagi buat suara cicak cek cek cek..cute jer bunyinya di pendengaran mrsd. sebenarnya si kecik mengajuk si auntie dan si nelly buat suara cicak. bila mrsd buat suara cicak, terus jer dia tengok tingkap...taraaa..meski takda cicak. cute,kan??

oklah..nak pulang dah...10 dah hasil artwork yang aku telah trace petang ni. sia-sia dari pagi tadi guna illustrator. melambatkan process mrsd jer. malam ni nak siapkan lagi 20 set. katakan BOLEH mrsd. semalam tak tau kenapa penat sangat...hadoii.. malam ni nak bantai habis-habisan. lepas tu, scanning...and writing process begins...chapter 4 and 5. kena cepat dan pantas tau...kata, nak balik kampung 21/12 ni. ghoosttttt....sesak dada terkejar-kejar gitu. but...relaxxxx mrsd!!! yang penting progressingggg...

oklah, nak logout dah. masa sekarang paling menciii...jam uols...hadoii...bersabo jer lah...dari sini pun dah kedengaran bunyi hon kete dah...semua orang nak cepat pulang lah weiii...semua orang  cepat nak sampai ke destinasi...tapi please lah jadi pemandu berhemah. jangan nak cepat menonong jer...bahaya kat orang lain jer. kot iyer pun nak  potong line, agak-agaklah ekkkk.. phieww...

jalan dulu...bye.

Pulun lagiiii

Whattt???!!! tinggal beberapa hari jer lagi sebelum aku balik kampung!! tak boleh jadi. so, Illustrator drawing, good bye. i better pecut manually. well...i m good in tracing. wakaka..not free hand drawing ok. just now, memecut ke jusco beli tracing paper lagi. haiyaya...banyaknya orang. haiyoo...kalaulah aku tak berperang cam gini sekarang ni, pasti aku akan bawa my kecik gi lepak2 sana sama. syiokk o tengok orang. haha..pemerhati gelagat manusia gitu..semangat cuti pula Vs dengan kerja2 yang sedang aku lalui ketika ini. wahhh...sesaknya di dalam dada dan kepala hotakku ini. Helpppppp....

oklah..makcik nak memecut...drive smart and steady ok....next week nak start ngarang dah...tak nak dah main-main dengan drawing ni. menciiiii...tak suka. haiya, cam mana boleh tersesat masuk kat art school kalu tak suka drawing2 matter ni ek??.. terlanjur. perghhhh!! hambiq jawapan paling berAsam dari mrsd.

ciao duluan. take care uols.
loves,
mrsd.

Jati diri itu penting!

pagi uols..
sekadar nak check-in kehadiran di blogku. rutin gitu..hihi...pagi ni, mrsd turun office sama dengan mrd. kereta lain-lain ar. tadi pagi we all pulang "camping" dari sini gak. mata mrsd masih ngantuk sebenarnya. cam best jer tidoq,kan?? tapi memikirkan agenda yang tak siap-siap lagi ni...kenalah kuatkan semangat. jati diri harus ada!!! nanti-nantilah boleh tidoq,kan?? hehe..ayat pujuk diri sendiri.

oklah..mrsd nak upload gambo dari fb. gambar bahan kajian ada kat fb...phiewwwww. beginilah teknologi,kan?? haha..semua nak kena online. cepat-memang cepat..tapi leceh gitu. cesss...

bah la..semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. peace no war!!

ngantok laaa..

bersiaran dari office..
sekarang jam menunjukkan angka 12.07am. my husband just take his place next to our little gurl. now, my turn to berjaga. aishh..macam main police and thief pula,kan?? you know what, baru sekarang mrsd sangat2 menghargai tido malam. satu kenikmatan yang maha besar beradu pada waktunya. ni tak..berjaga tapi kepala hotak terfikir, best nih kalau i tangkap lentoq. hadehh..tapi memikirkan urusan yang belum selesai-selesai, mrsd terpaksa gagahkan diri. maka, di sini..sekali lagi kami beranak berkampung lagi. my gurl luckyly dah tido. tadi, sampai office terus ligat...besar,kan kawasan untuk bergerak. so, happy la dia. tapi dia selalu jer dapat arahan NO dari kedua orang tuanya.  haiya...standard ar beb..

good nite uols. mrsd nak berjuang nih...dah dua hari mrsd tak berjaya membuat sebarang work. rasa bersalah sesangat...macam cuti besar rasanya. come one..the time move past lah.  hate it...

nite.
12.11am

Tuesday, December 6, 2011

tak excited pon.

from home with loves,
hai uols, i  m working from our so-called home sweet home. well, actually i m dealing with design. thats y i think i can sit down in the room doing my work. but then, ramalanku tidak tepat belaka. my gurl bertambah-tambah mengada-ngada. i really cant sit down "playin" with Illustrator. once, my gurl ternampak the mommy buka laptop, tau-tau jer dia nak nangis minta kena pegang. what can i do then??

well, inilah yang dikatakan orang, pengorbanan seorang ibu. terpaksa bijak membahagikan masa. tapi kalau kat umah, nak bahagikan masa pun tak  menyempat, uols. lagi-lagi dengan seorang anak manja cam gini. plus bijak melampau. means...bijak gi buka almari pakaian, kasi berteraburan. gi tanggalkan soket elektrik, which is sangat dangerous. gi kutip-kutip kertas kendian masuk mulut...haiyooo. macam mana nak tumpukan perhatian kat apa yang kita nak buat. elok-elok nak mula...menjerit lagi..jerit..jerit..jerit...baby dont.. baby come here..baby this..baby that... tapi kalau i takda kat umah, elok jer perangai dia. itu nanny dia yang kata lah. aik?? bila mommy ada, boleh plak ngada-ngada. bukan mommy kasi manjapun. kena pukul lagi ada. huhu...sorry, mommy pukul bukan sebab benci. sebab nak anakku sedar apa yang anakku buat adalah merbahaya dan tak betul. tapi..fahamkah dikau, wahai si kecikku?? ko belum lagi mengerti erti pukulan mommy..huhu...terlalu awal mommy melentur rebung kot. hadehhh....apapun, anakku sudah mula mengenal pasti yang mommy memarahimu melalui nada tinggi suara mommy. mulalah nak nangis. macam-macamlah...

oklah...nak buat keje. sekarang dia tengah layan teletubbies. dia suka tengok baby yang muncul kat matahari tu...mesti dia gelak sama. oh ya, to my GA, tunggu dulu ya...mrsd masih belum menyempat gi post office nihh..minta maaf sesangat...kesibukan ini menambat kakiku. lagi, kena pulun dengan thesis ni pasal, cuti xmas tak lama lagi. awal2 mrsd dah tempah ticket balik kampung. wo wo wo balik kampung....tapi sebenarnya mrsd tak excited. hati ini tertambat dengan final paper nih. huhu...

ciao.