cool duh... dulu aku benci orang perokok. Bila Ex boyfriend merokok, siap gaduh-gaduh lagi. Cam satu kesalahan besar gitu. my Ex pun cubalah juga jadi "baik", ikut kata dia punya ex-gal. geli. kendian sampai satu peringkat, mrsd pula jadi perokok. dushhhh!! pengakuan berani mati gitu....haha..tak per la. menda dah lepas. konon-kononnya nak lepas tension. mencuba. Asal tension, menghisap. tension jer, menghisap. tak henti-henti. memanglah masalah cam hilang sekejap. Pasal mulut asyik menghisap. dah tak ingat menda lain dah..tapi bila habis, tension mari semula. haha..oh ya, lagipula mrsd terpengaruh dengan dakyah, "merokok boleh kuruskan badan." hampeh. memanglah kurus kalau asyik merokok. time makan jer, ganti dengan rokok. haha...ada gaya owh. tapi bila dah berhenti merokok. huhhh..hambiq ko!!! tebabommm meletop badan kak jah....lagipula, aku ada masalah kendiri~~emosi parah~~ dalam mencari diri sendiri. hidup aku time tu agak tink tonk + kelam kabut + huru hara. sad story. tak nak ingat dah...suhhh jauh-jauhhh.
(Oh ya..ini entry bukan bermakna aku mendabik dada berbangga bahawa aku adalah perokok. ini adalah pengalaman yang harus dijadikan sempadan buat semua. sekadar perkongsian pengalaman mrsD nakal suatu ketika dulu....nakal,kan??)
Aku juga pernah diperlekehkan pasal aku perokok. Dushh!!! sukahati akulah..haha.. "apa pandangan ko terhadap perempuan yang merokok??". hamboi... ko ingat perempuan yang merokok tu jahat la...aiseymannn...ramai kat luar sana, perempuan tak merokok. tapi HANTU!! (tak semua la...) tak nampak dia nyer belang tu..tersembunyi. berselindung di sebalik kepura-puraan. atleast, si perokok.. boleh gak menghalau nyamuk. wakakaka..daripada ada yang nampak "baeeeek" la sangat..tapi kaki mengata orang. rasa diri baek. kaki kelentong. kaki curi. kaki kikis dan kaki-kaki yang sewaktu dengannya. Well, tak ada manusia yang sempurna. Perokok, dia tak kacau tepi kain orang pun. kan? kan? kan? cuma mengganggu dengan asap tu jer lah. busyukkk..hadeii.

haha...memang aku gelak dengan pengalaman yang ini. memperbodohkan diri sendiri dengan jayanya. rasanya perokok di luar sana pun tak leh nak challenge kebodohan aku. sekotak jer, aku boleh habiskan dalam sejam dua. non-stop. sehari sampai 3-4 kotak. "ko ni mengulam ker merokok ni??". suara aku pun serak jer time tu. sampai jadi demam owh...now, dah insaf. kembali ke pangkal jalan lama dah. Pengalaman merokok itu ada la juga dalam 6 bulan..bravo to me!!!
ni nak citer, mrsd anak beranak gi la makan di restoran kebiasaan kami pegi semalam. hujan pula tu..haiyoo...ramai pemuda duduk makan dan juga lepak. asap berkepul-kepul. kebakaran ke apa ni..depa tak leh nak lepak kat luar pasal hujan. tapi yang tak syioknya ni, depa harus prihatin. ramai gak baby dalam restoran tu. tak baik untuk kesihatan para baby lah...aku ni ha. masuk keta, kepala anak aku bau rokok. pening kepala aku dengan bau-bauan tersebut. aikk?? dulu menghisap, tak pening ek?? tapi betul. loya tekak aku menghidu bau rokok pada baju anak aku. jadinya, anak aku dah cam perokok la pula.
haiseyman...kepada semua perokok di luar sana. kementerian kesihatan dah letak gambar orang kena barah kat kotak-kotak rokok tu. Kisah benar la tu...besok-besok kena, baru menyesal. terlambat la pula. aku tau ko orang susah nak lepaskan tabiat merokok tu. aku boleh. kenapa ko orang tak boleh? atau mungkin sebab dulu aku merokok pasal aku nak merokok. bila aku dah tak nak...aku berhenti. kesian duit kena bakar. sekotak bukan murah owhh...beli nasi bungkus lagi lepas. kenyang. lagi-lagi kalau ada anak bini..simpan duit tu. beli buku kat anak. ada untungnya daripada membakar jantung sendiri nak bunuh diri secara perlahan. boleh mampus tu boleh...asal dah cukup simpanan buat anak bini setelah ditinggalkan oleh kamu..kamu..kamu...perokok tegar di luar sana.
kekadang kita tersilap memilih jalan hitam dalam hidup. Namun, sentiasa ada U turn dalam kehidupan. Yang penting, melalui pengalaman yang lepas telah mematangkan kita dan menjadikan kita lebih baik dari semalam. Tabik kat MrD yang SMART sah-sah bukan perokok!!! muahhh...
Tak Nak Merokok dah!!!
benci rokok!!
Tak Nak Merokok dah!!!
benci rokok!!
No comments:
Post a Comment