Showing posts with label Promote la pula... Show all posts
Showing posts with label Promote la pula... Show all posts

Thursday, October 13, 2011

SOGO

sehari suntuk lepak di Sogo. kami sekeluarga makanlah di food-court bahagian atas. ohhh..begini rupanya SOGO. dulu pernah pergi ke sana, tapi tak da lah sampai bahagian atas. meriah juga SOGO ni ek??..banyak sales gitu. paling best part handbeg...meliurrrr mrsd. tapi tak leh nak menggatai ngader-ngader tunjuk minat yang mrsd pun nak sebijik kat mrd...kata baru dapat Galax...tahan jerrr, tunggu lagi lain-lain special occasion, kot. hahaha... well, mrsd bukan shoppingholic eh.. cuma sesekali cam teringin jer. setakat teringin gitu. kita bukan orang kaya. kita ni still lagi belajo hidup bersederhana...tak leh membazir. sahabat syaitan. takutttttt.


kat sogo...
mrsd laki bini just tertarik barangan bayi jerk, di tingkat 4. Maka dapatlah si kecik sepasang kasut biru cuddles dan teman baru, si Dora. itu jer. Biasalah...anak didahulukan, ibu dikemudiankan. Bapa...nanti-nantilah. haha..

 makanan mrd dan Nelly sama. Clayport chicken rice.

mrsd pula..suka banget makan itu laksa penang...favourite nih. sodapp.

 ada gak tempat posing kat food-court ni ha.

 si daddy pun kena paksa posing gak..sebenarnya dia nih pemalu. heeee...

 anak aku yang dah penat....lebih suka tido dalam pelukan bonda tercinta. dreamland natural bah... haha

pemandangan biasa kat KL. lepaking. we all tengah tunggu cik adik manis yang dalam perjalanan dari shah alam.

Dengar-dengarnya...
SOGO tengah buat clearance sales sekarang. fuyooo....tangan dah menggigil-gigil nih..tapi we all tak suka gi kl. Paling sakit, bab jam. hari tu, we all follow abang mrsd dari belakang. kereta abang mrsd hampir-hampir disekepit oleh dua biji bus. depa dah nampak dah keta abang tu, tapi depa terus gak jolok bus depa.  mrd yang tengok dari belakang, gerammmm jer. mrd terus honkkkkkkkkkkkkk!!!! bahaya lah. macam ni rupanya pemandu bus kat KL ni. tak berhemah langsung...tak takut orang kemalangan. nak cepat jer. lupa pula aku ambik no. bus tersebut...boleh buat laporan kat jpj,kan?  tangkap gambo jadi bukti sekali. Lagi satu, bayo parking kat sini mahai gilo... jam pertama 4.50. jam berikutnya setiap jam 2.50. so, berbelas-belas gak la we all punya bayo parking. kalau bestttt tempat parking tu tak per gak. naik taraf la sikit...sesuai dengan harga tu. huhu... 


Friday, August 26, 2011

Blog-walking la pula...

malam (actually dah pagi dah...pagi-pagi buta) ni aku just blog walking jer.....dalam minda ni memang ada banyak cerita. tapi terasa malas nak menyusun bahasa. saja nak tengok cara penulisan orang cam mana...kalau best, jadi follower. heee.... macam bersungguh-sugguh plak aku berblogging,kan?? kah kah kah....gara-gara Nuffnang yang telah membakar semangat aku. aiseyyymannn... sempat merayap-rayap di 11 blog terpilih jer malam ni. my gurl kejap2 bangun minta disusukan. dan aku pun sering PAUSE mode. plus, line broadband aku pun hampeh....slow gilerrr...tu yang semakin memanjangkan masa. cesss..kalau tak, dah sudah da perjalanan aku.
  1. http://meckomecka.blogspot.com
  2. http://www.luqmanmaat.com
  3. http://my-arenas.blogspot.com
  4. http://myzziema.blogspot.com
  5.  http://sengalman.blogspot.com
  6.  http://hanspunyablog.blogspot.com/
  7. http://bududanbelacan.blogspot.com/
  8. http://imnotcute.blogspot.com/
  9.  http://aj-xplored.blogspot.com/
  10.  http://antalhaq.blogspot.com
  11. http://www.shimi.my
ko orang bacalah....secara tak sengaja aku naikkan rating ko orang semua,kan?? Aku tengah promote blog ko orang nih.....faham-faham jer lah. ecehhhhh. 
bah la...nite uols.

Thursday, August 25, 2011

My first GA

Aloha uols...
apa khabar hari  ni?? ada OK?? ada ceria?? diharap semuanya bisa diatur, ya?!! Oklah..saja nak khabaq ni..aku nyer 1st GA akan dilangsungkan tak lama lagi..soon. huhhh??? tapi tak tau bila..there is another 40 followers to go. aku nih...orang dah sampai ratus-ratus follower, aku?? still merangkak lagi. Well..kata budak baru belajo meskipon dah jadi emak orang. Apapun, buat follower2 ku yang sedia ada, sabar menanti K. Kita tunggu lagi another 40 peps yang menyahut cabaran. waisehhh.....

Sorryla, awal-awal aku khabaq yang blog aku ni bukan blog yang bombastic nyer blog. takda bombastic nyer story....semua yang terpapar di hadapan mata anda adalah dari aku, kisah aku, kisah keluarga aku dan kisah-kisah yang berkaitan dengan aku...tu jerk. tapi boleh gak di share2kan buat teman semua. Well, its all about KISAH BENAR ok. 

so, u r most welcome to visit my blog. 
Meh la join I.

Saturday, August 20, 2011

Baby Makan di Restoran.

hai uols..
whats up?? harap dalam hati ada happy selalu. aku?? happy gak..pasal hari jumaat ialah penghujung minggu yang aku tunggu-tunggu. naper?? pasal, mr. daniel aku considerkan tak turun padang bekerja hari sabtu dan ahad. Walaupun hari sabtu dia keje separuh hari...oppss...actually masa keje dia tak menentu. itulah susahnya kalau jadi boss dan jadi kuli at the same time. tapi aku tetap gak nak consider  hari sabtu hari cuti bersama suami. heee....

Tadi suami balik awal gak lah...around 5-6pm cam gitu. kalau hari biasa...matahari dah bersembunyi, baru nampak batang hidung. kiranya hari ni, lama gak dia spend masa dengan princess...jam 8pm, perut pun dah bergendang. nak gak turun awal dari kayangan ni ke kedai makan. tapi bila memikirkan saudara Islam pasti tengah berbuka, kami lewatkan kemunculan kami di restoran yang biasa kami kunjungi iaitu G.I.Joe restoran. Sesampai we all kat sana, restoran clear jer....dah tak da orang. Order pun cepat..panas-panas lagi. hurmm....Mari kita saksikan. eceh.....

 Inilah port yang selalu kami sekeluarga lepak....budgeting restoren.

 Kita orang pilih duduk kat luar jer kali ni...selalunya kita orang duduk  kat dalam coz kat luar biasanya penuh.

 ko ada ker buat cam gini?? haha...anak aku boleh pula berselera nak makan. 

kita minum dulu.....bersemangat dia minom. selalunya tak layan pun.
 
 lap..jangan tak lap.

 Settled. macam ni cara nya nak kasi anak makan... hebat..hebat..

 emak bapa dia makan...puteri lolo layan botol. sky juice. hee..

sup cendawan, kailan goreng dan sotong goreng tepung + limau suam & barlie ais....
sedap wa cakap lu...rm16.80

 Memperkenalkan....hehe...kat belakang tu bukan suami mrs. daniel tau..
itu lah Taukey kedai. Nama dia Joe. Org kelantan. peramah orangnya.

wokehlah....
dah 12.30am...mrs. daniel pun dah nak tido. Baby dia dah tido awal tadi, jam 11pm. Daddynya pula tengah memperhatikan anak dia tido. nampaknya, aku pun kena join sama. heeee... tak pasal-pasal ada yang membebel plak. alahai...

nite peps.
sweet dream.





Wednesday, August 17, 2011

Magic- nya!!! Walao weiii....


You all...
Dah masak dah ker??? tak yah pening-pening nak fikir lauk pauk... lagi-lagi kalau lapar gilerrr....haha..yang sebenarnya, malas nak masak la tu. ini resepi berguna untuk anda. rasanya product ni masih agak baru di pasaran dengan harga rm4.40. (minta maaf saya pada saudara Muslim yang tengah berpuasa...tak per. nanti berbuka, bolehlah buat MAGIC untuk keluarga. heee...)

 Terdapat 2 jenis. Tuna Magic Biru dan hijau...
.
 nampaknya yang biru ini menjadi pilihanku. aiyaya...suami OS, malas nak masak. 
Capai jer tin tuna magic..

 instruction. dah ada kekunci pembuka dah...jangan risau..

 Beginilah rupanya...boleh tahan gak.

Magic..magic juga..nasi yang panas harus ada. barulah lengkap!!

 gaul...jangan tak gaul....

 Taraaaaaa!!! Magic sungguh,kan?? begini lah hasilnya...
.satu tin cukup untuk dua pinggan...tapi disebabkan aku sorang,
aku semangkukkan ajer satu tin tu....boleh tahan banyak gak owhhh...

Licinnnnnnnnnnn.....tak sia-sia aku membelinya. Nikmat makan sorang.

Tapi,kan uols...makan cam gini lagi seronok kalau gi picnic kat air terjun. makan nasi campur begini sambil cecah kaki ke dalam air jernih yang sejuk menikam kalbu. dan...oh ya, tin hijau lagi sedap berbanding tin biru. Magic, kan??? suami pulang OS, aku hidangkan tin hijau. beres. settle. senang keje aku...haha....

cuba..jangan tak cuba.

Free Baby Johnson Promo


Hello there...
Pastikan anda jangan bosan dengan paparan-paparan aksi-maksi Puteri aku ni, ek?? well...you know me. haha...setiap momento yang dilalui bersama anak aku kalau boleh aku hentikan masa kerana setiap momento itu begitulah berharga dan aku tak ingin untuk melepaskan segala kenangan itu berlalu begitu saja. dannn...mana tau, top-top lepas ni puteri aku ni dipanggil pula oleh penaja-penaja di Malaysia ni untuk mewarnai ruangan iklan di kaca tv plasma anda. "eh eh eh eh... itu anak aku lahhh. wuiii orang kampung semua, tengoklah... anak aku masuk tv, weiiii"....wakakaka...impian...impian...atau mimpikah aku??? nasib baik la aku dah terjaga dari tido.  Here we go uols!!! 

 Free Promo for Johnson's Baby
Top-top-toe wash
by
Princess Lolo

 Nampak tak ketulan-ketulan di sebelah kiri si puteri?? itu ialah biskut Pureen yang disepahnya setelah melihat besen mandi. Ini kalau si daddy ada, pasti bisingggggg. Excited duh dia.....Kejadian berlaku sementara menunggu air jerangan.

 OOoppss!!! nak ke mana tu??? Perhatian beralih arah...ada sesuatu yang tak kena.

Mommy....jangan lupa tau!!! i loike...

 Tanpa Johnson Baby top-to- top wash, mandianku tak sempurna...ahakkksss...

 Puteri tengah bersiram...suri ram suri ram ram ram...suri ram yang manis...

 Aksi akrobat si kecik...Oppss!! Training untuk terjunan papan anjal di kolam renang mewakili Malaysia suatu hari nanti.  sebenarnya, Menyempat juga menonton tv sambil-sambil manda yer??...

 seronoknya dia....siap main tepis tepis air gitu..basah seisi rumah woiiiittt....

Nah!!! kan dah kata dah... dah terbukti,kan??? Tak pedih, kan mata...heeeee...

So para ibu di luar sana....
Amacam?? Apa tunggu lagi, ewahhhhh....rush to supermarket terdekat untuk si manja anda sekarang jugaaaaaa. Anak suka, ibu tertawa....Harimu pasti cheriaaaaaaaaaaaaa!!! adios.

Saturday, August 13, 2011

Hadiah Misteri Untuk Anda-->G.A

tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi...
Taraaaa....satu kejutan dan satu hadiah misteri menanti anda!! caranya mudah sahaja, anda perlu mendaftarkan diri anda sebagai follower blog Simply Us secepat mungkin. Satu cabutan bertuah akan diadakan untuk 50 orang followers pertama blog Mommynya si Lolo. So, apa tunggu lagi...jom arrr...jangan malu dan jangan segan. Masuk jangan tak masuk...ahaaa...tak ada sebarang bayaran dikenakan.  Bak kata orang F.O.C. Anda berminat??? apa tunggu lagi ewahhh.....

[GA--->Gift Away to lucky blog followers.]

Peace no War!!!