Showing posts with label isi hati la pula. Show all posts
Showing posts with label isi hati la pula. Show all posts
Friday, November 25, 2011
Thursday, November 24, 2011
otak kering
bukan ikan jer kering, tau dik. huhu...tengah kebuntuan di sini. well, dari pada aku "mencarut-barut" dalam fb tak tentu hala, baik aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku di sini. my diary. luvly. well, mrsd tetiba teringat akan MATI. serammmm. aku tak nak mati lagi...Tuhan panjangkan usiaku. Banyak yang ingin aku perbuat dan lakukan.
Paling penting, aku ingin melihat si kecik aku ni menjadi pengantin suatu ketika nanti. wahh...i see me in you, gurl. aku ingin melihat kehidupan anak aku setelah aku tua. adakah dia bahagia. hidup senangkah or hidup susahkah dia...aku sentiasa ingin berada di samping anak aku. tak tau la nanti-nanti. kita dah tua. dunia pulak berubah, takut anak pun tak suka...bau hamis, bau busuk orang tua. owh tidak!! SAYANGI lah daku.
dan...kita tak tau bila kita akan dipanggil. mengibaratkan kita manusia ni dedaunan pada sebatang pokok. ada yang layu. ada yang dimakan ulat. ada yang berguguran. pelbagai cara dedaunan itu tidak melekat di dedahanan or reranting. kalaulah kita tahu...konon-kononnya sudah pasti kita akan bersedia. bersembahyang setiap saat, beramal dan berbuat baik. TAPI walaupun kita tidak tahu bila tibanya ajal kita, kenapa ya still kita lupa yang kita akan dipanggilnya bila-bila masa. Kita masih lagi hidup seolah-olah kita akan hidup beratus-ratus tahun lamanya. Mudah terleka dan terlupa. time sakit jer, baru ingat Tuhan. Time susah jer, baru ingat Tuhan. Tapi time senang.....LUPA SEGALA.
teringat daku saat ayahanda terlantar di icu tahun lepas. aku menangis bagai histeris. tak henti-henti. ketika itu si kecik dalam kandungan 2 bulan. aku sanggup tido di veranda ICU coz tak da bilik disediakan untuk menunggu. aku tak nak aku tidak ada di tempat kejadian apabila saat-saat genting berlaku. dengan jawapan doktor yang merimaskan. 50-50. ada harapan dan ada ketakutan. aku tak sanggup!!!
Dengan kuasa Ilahi, aku percaya. ayahanda aku disembuhkannya. Peritnya hati melihat beliau terlantar di pembaringan. Dan ramalan doktor...ya, aku tahu. Mereka bukan Tuhan untuk menentukan hidup dan mati seseorang. tapi daripada kondisi-kondisi pesakit, mereka membuat hipotesis. Syukur Tuhan kau lanjutkan usia ayahanda tercinta. Miracles happen!!
dan hari ini...kepala otak aku ligat memikirkan kalau ini terjadi ke atas diriku. owh tidak..banyak yang aku belum bersedia untuk lepaskan. Tuhanku, sekurang-kurangnya hambamu berbakti pada keluarga yang telah berjasa dalam hidupku. Tak nak lah pemergianku nanti menyusahkan mereka dengan masalah-masalah yang aku sendiri masih terikat---PTPTN---huhu. bukan tak nak bayar, tapi belum bekerja lagi ni. dan..paling penting, aku ingin puaskan hati aku dengan membahagiakan orang-orang yang menyayangi aku.
Tuhanku, aku belum bersedia. Andainya Dikau memanggil diriku, biarlah aku datang kepadaMu dalam keadaan yang aku tidak berbuat dosa, baik dari fikiran, perbuatan serta kelalaian.
insaf mode.
Monday, September 26, 2011
reconciliation time!!!
kesian kat si kecik after kena marah, tengking dan menangis panjang. kini tiba masa untuk reconciliation la pula...looking at her face...tiny body...mommy feel so bad about herself. i m not such a good mother to you, dear. huhu...maafkan mommy kerana buatkan lolo rasa diri terabai sepanjang hari ni.
sorry darling lolo.
=(
Friday, September 16, 2011
Selamat Hari Malaysia
Hari ni hari jumaat. Kerajaan telah mengumumkan bahawa 16 September 2011 bahawa Hari Malaysia akan diadakan di Dataran Merdeka. Aku dan Keluarga?? hehe...menyambutnya di depan tv jer. Si kecik hari ni badan dia panas. Demam barangkali... so, hari ni aku berkeputusan untuk tidak membawanya keluar dari rumah. Duk diam-diam dalam rumah jer...boleh ba tu.
Ya, bersempena dengan Hari Malaysia atau 1 Malaysia yang telah menjadi satu gagasan negara, aku ingin melaungkan juga MERDEKA!!! MERDEKA!! MERDEKA!!! Semangat kuat ni dalam hati....semangat rakyat Malaysia yang cintakan tanah airnya.
Jadi, bersempena dengan Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun ini, aku sangat-sangat berharap agar Malaysia kekal menjadi sebuah negara yang aman dan damai. Tak nak ada pergaduhan. Apatah lagi peperangan. Mak cik tak nak oii...Tak nak la gaduh-gaduh pasal bangsa...gaduh-gaduh pasal agama...gaduh-gaduh pasal agenda tersembunyi....tak nak gaduh-gaduh pasal kepentingan diri sendiri....tak nak wujudnya isu-isu yang berat sebelah jer...tak nak wujudnya isu~~>dia jer betul, orang lain tak....nak AMAN jer. Pukul jer sama rata semua bangsa yang menghuni negara ini..tak nak ada anak emas...tak nak wujudnya beruk di hutan di susukan.
Kalau boleh tak nak lah barang naik harga...minyak naik harga.. kerana, kalau segalanya naik, taraf hidup pun semakin naik, maka kadar jenayah pun semakin meningkat. Pasalnya, dah tak mampu nak membeli atau menyara hidup dalam keadaan ekonomi yang parah...so, apapun orang sanggup nak buat. nak survive...jadi, biarlah negara yang aku cintai ini ekonomi-sosialnya sentiasa bersederhana.
Inilah harapanku pada negara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)