Thursday, September 15, 2011

Nostalgia Hari Raya

Aku rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dan tentu sekali tak menyambut raya. Seperti kebiasaan, bila takbir bergema, para penganut agama Islam pasti akan terasa. Tak kiralah, merasa gembira disebabkan kemenangan berjaya mengatasi nafsu selama sebulan dan juga merasa hiba kerana perayaan tersebut tidak lagi disambut bersama orang tersayang. Cam aku juga...Hari Raya adalah satu "tanda peringatan" buat diri ini. Aku pun turut bersedih dan berhiba setiap kali Hari Raya menjelma.

Aku kehilangan abang tercinta pada 23 Oktober 2006. Sehari sebelum raya iaitu 24 Oktober 2006. tolak tambah tolak tambah sudah  6 tahun abang tersayang meninggalkan kami sekeluarga. Tapi, bagi aku....aku cuma merasakan yang abang aku ni gi merantau jauh. dan seolah-olah suatu hari nanti dia akan kembali. Sebabnya, aku tidak sempat menatap pun wajahnya buat keterakhiran kalinya sebelum beliau bersatu dengan tanah. Aku cam tak percaya sampai sekarang yang abang sudah tiada. ~~o ow..air mata bergenang la pula.~~

Abang aku menghidap penyakit skizofrenia secara mengejut. Itupun kami sekeluarga tidak dapat menerima kenyataan. well, sebenarnya beliau telah dipukau pada awalnya. bukan aku nak mengarut, tapi bukti-bukti pemukauan telah dikesan oleh salah seorang lagi abang aku yang telah dijumpai di dalam baju mendiang. Setelah dibawa berjumpa doktor, doktor turut memberitahu bahawa kesan pemukauan tersebut boleh hilang jika abang seorang yang kuat semangat dan boleh juga berlanjutan. Abang aku ni sangat baik. terasa tidak ada pria di luar sana seperti abang. Dia baik dengan semua orang. Thats why ramai yang mengambil kesempatan terhadap beliau. Tapi dia tak kisah juga. 

Peristiwa yang paling sentap yang menyebabkan beliau telah membuat keputusan "membawa diri" setelah risikan atau pinangan beliau ditolak oleh seseorang yang sangat beliau kasihi. kemurungan beliau semakin menjadi-jadi. Sehinggalah pada suatu hari beliau tidak menunjukkan apa-apa tanda dan "pergi" dari hidup kami sekeluarga. Dan baru-baru ini aku pulang ke Miri terjumpa diari mendiang yang disimpan rapi oleh ibu dan ayah. Mendiang menyimpan gambar "kekasih hatinya" dan surat di dalam diari tersebut. kesian abang... hingga kini aku merinduinya. sangat-sangat merindui...justeru, apa bila raya menjelma...aku turut merasakannya.


Diatas ialah gambar kenangan bersama mendiang pada penghujung tahun 2002. Handsome,kan abang aku?? huhu..yang ditengah-tengah tu ialah adik bongsu aku. Beliau dah tak sesihat ini dah sekarang. Orangnya dah tinggi dan slim plus handsome juga...tapi still little brother in all our family members heart.

Duhai abangku,
semoga engkau tenang di alam sana. aku dan keluarga tetap dan sentiasa merinduimu. Engkau sentiasa kami ingat di dalam doa kami. Tuhanku, terimalah persemadian mendiang abang tercinta. Abang....aku sangat rindu padamu!!! aku sangat rindu pergaduhan yang sering terjadi di antara kita.....aku sangat merindui segala gurau senda dan gelak tawamu....sangat rindu. huwaaaaaaaaaaaaa!!!

2 comments:

Nikodemus said...

Tuhan memberkati Brother Linus always...

Lemek sgt adik ya...hahaa...

raindrop said...

wo~ sedihhhhhhhhhh lg2 aku yg mengatahui ceritanya :(.smoga roh dirahmati tuhan

Post a Comment