Hari ni hari jumaat. Kerajaan telah mengumumkan bahawa 16 September 2011 bahawa Hari Malaysia akan diadakan di Dataran Merdeka. Aku dan Keluarga?? hehe...menyambutnya di depan tv jer. Si kecik hari ni badan dia panas. Demam barangkali... so, hari ni aku berkeputusan untuk tidak membawanya keluar dari rumah. Duk diam-diam dalam rumah jer...boleh ba tu.
Ya, bersempena dengan Hari Malaysia atau 1 Malaysia yang telah menjadi satu gagasan negara, aku ingin melaungkan juga MERDEKA!!! MERDEKA!! MERDEKA!!! Semangat kuat ni dalam hati....semangat rakyat Malaysia yang cintakan tanah airnya.
Jadi, bersempena dengan Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun ini, aku sangat-sangat berharap agar Malaysia kekal menjadi sebuah negara yang aman dan damai. Tak nak ada pergaduhan. Apatah lagi peperangan. Mak cik tak nak oii...Tak nak la gaduh-gaduh pasal bangsa...gaduh-gaduh pasal agama...gaduh-gaduh pasal agenda tersembunyi....tak nak gaduh-gaduh pasal kepentingan diri sendiri....tak nak wujudnya isu-isu yang berat sebelah jer...tak nak wujudnya isu~~>dia jer betul, orang lain tak....nak AMAN jer. Pukul jer sama rata semua bangsa yang menghuni negara ini..tak nak ada anak emas...tak nak wujudnya beruk di hutan di susukan.
Kalau boleh tak nak lah barang naik harga...minyak naik harga.. kerana, kalau segalanya naik, taraf hidup pun semakin naik, maka kadar jenayah pun semakin meningkat. Pasalnya, dah tak mampu nak membeli atau menyara hidup dalam keadaan ekonomi yang parah...so, apapun orang sanggup nak buat. nak survive...jadi, biarlah negara yang aku cintai ini ekonomi-sosialnya sentiasa bersederhana.
Inilah harapanku pada negara ini.
No comments:
Post a Comment