oh..mentang-mentang dah jumpa lecturer dia, terus dia ON BLOG mode. haiseymann.... dua hari ni tak dapat update dia nyer blog. mesti dalam hati menggelupur keresahan gitu...Rutin tu...Rutin...ye lah, dah biasa mencurahkan rasa pada alam maya dengan harapan ada insan yang mengerti isinyanya dan juga mungkin memerli dirinya. tapi.. Hoku Pedulik Hapo??!! aiehh..dah sudahlah nak mengambil peduli apa yang orang lain fikirkan terhadap dirimu MrsD. hak depa bah tu..Sukahati depa!!!
Semalam bertungkus lumus mengedit apa yang patut. Dua malam berturut-turut tak tentu tido nya. ya lah..waktu awal pagi jer dapat concentrate. dah sedia maklum,kan dengan keadaan mrsD yang tak boleh buat apa-apa sekiranya si kecik MrsD ON JAGA mode. uihh..boleh tahan owh rasa dugaan time-time cam gitu. ye lah..ko memang nak concentrate, tapi ada-ada jer yang mengganggu. rasa cam nak menjerit,kan?? sampai emosi tak terkawal jadinya. kesian si kecik mrsD. Terabai..i mean, memang MrsD layan dia..tapi hati mrsD pada tugasa MrsD. tak dapat nak focus kat si kecik. Bila nak focus pada si kecik pula kepala hotak ni plak yang blink blink blink mode...SIAPkan!! SIAPkan!! makanya aku rasa cam TOINK TOINK TOINK...ko paham tak perasaan cam gitu?? phieww...sorryla Lalink mommy, si kecik dan si daddy..mommy ON BARAN time-time cam gini..so, please dont bingit-bingitkan tolinga mommy bila mommy kelihatan buat-buat rajin membelek buku, OK!!
Semalam, si kecik punya perangai lagi berubah. sehari demi sehari, dia sentiasa menunjukkan kepintarannya. Kali ni, dia tak boleh langsung nak berenggang dari mrsD. dulu pun sama..tapi this time lagi teruk. Dia tak akan puas hati selagi mrD tak bersentuhan kulit dengannya. Manjanya...mrsD sempat gak mengucapkan sepatah kata dua kat si kecik. "besok-besok ko kawen, mommy ikut sekali la tido dengan ko laki bini". hehe...cam gam jer ngan mrsD. Melekat bersungguh-sungguh.
OKlah...tak ada apa sangat pun yang MrsD nak perkatakan dalam entry yang ni. MrsD menyimpulkan niat di dalam hati...TAK NAK KEJA LAST MINUTE. BUAT PELAN-PELAN...BIAR LAMBAT TAPI SENTIASA BERTERUSAN. coZ mrsD sedia maklum bahawa diri mrsD adalah SUPER GREAT SLOW LEARNER!! semangat..semangat...betul bah. MrsD tak bijak..tak pandai pun...cuma semangat dan keazaman yang ada pada mrsD yang membuatkan MrsD keep Going and keep Moving. Susah tau...thats why, usaha kena lebih berbanding orang lain.
MrsD..apa tunggu lagi ewahh!! jangan berlengah-lengah...jangan bertangguh..sikit-sikit tarah bukit lama-lama akan rata. jadinya...jiayo!! jiayo!!!
2 comments:
kitak gik studentka? wah,...besar juak tanggungjawab tambah2 gik dah da baby ya..papapun..all d best..kitaklah wife yang hebat..=]
ouk..agik student. hehe...nang. berat gilak rasanya. agik2 baby nok belum mengerti apa2 kedak tok. what to do...=)
Post a Comment